Tuesday, October 19, 2010

Perkara biasa atau jarang berlaku? ..bila anak jatuh katil

Perkara yang paling menakutkan para ibu bapa adalah apabila anak mereka JATUH. tak kisah la jatuh tanggan ke, jatuh ketika berlari ker atau jatuh katil...huhuhu..sure la mak pak akan rasa bersalah sesangat sebab kecuaian sendiri tak jaga anak2 tuh betul2. Anak kecil bergantung pada kita 100 peratus keselamatannya..jadi kalau diaorang cedera, salah siapa??? Ummi & Abah nyaaa jugakkkk!!

Semalam Tia ditidurkan oleh Abah dia..awal, pukul 8.30 malam dah masuk dalam bilik, sebab Tia macam meragam..kalau duduk dengan aku dia bantai main lagi, memanjang kepala katil ,bantal, badan aku, sampai berjam2 baru nak lena, jadinya abah la dia la kena tidurkan, dengan Lokman dia senang nak tidur (sebab abah dia akan paksa dia tidur bagai nak rakkk!). tak kasik chance langsung Tia nak main..hehe..

Lepas dia dah lena, aku dok la main FB bagai. Lokman tengok tv. Tetiba aku dengar si kecik melalak..aku masuk bilik tengok dia takder atas katil. aahhhhhh sudahhhh!, dengar suara kat bawah katilll, tengok2 dia dalam posisi meniarap, melalak bagai nak rakk..

aduhhhh, jatuh katil jugakkk ko nyerrr..lasak sangat tidur!! Lokman dah letak dia kat tengah2 katil dah, tapi tak pulak dia letak bantal keliling..huhuhu, budak kecik nih tidur dasyaatttt! bergolek2, sedar-sedar dah bawah katilll..haiyooo, benjol dahi jendul ko tuh Tiaaa..

Aku punyer la risau, sampai aku sapu air zam-zam serata kepala dia, then memacam surah aku baca..berdoa kat Allah swt supaya tak jadi ape2 yang teruk lepas nih. Aku terus teringat kes budak kecik yang meninggal dunia minggu lepas kes pendarahan dalam akibat jatuh di nursery dia. huhuhuhuhu...mintak di jauhkan laaaa semua ini..aminnn..

Lepas 15 minit, Tia tidur semula (aku & lokman silih berganti dukung dia)..aku sapu minyak kat benjol Tia tuh, dah nampak kesan lebam skit..uhuhu, aku urut2 kepala dia..terus takder mood nak layan FB dah, amik novel baca sebelah dia...huhuhu..

Pagi nih kul 7 pagi dia dah celik mata..terus dengan aktiviti memanjat sambil membebel dia...Alhamdulillah, dia kembali ceria..dah lupa la tuh dia terjatuh katil semalam..tengok benjol dia dah kurang, tapi still ada lebam. InsyaAllah, harap2 tiada kesan sampingan.

Lepas nih kena letak double pillow keliling katil. Atau tekad la kot nak tidurkan dalam crib dia..try arr malam nih.

Dear Tia,
Sorry sayang sebab Ummi & Abah tak jaga tia baik2 semalam..lepas nih kitaorang akan jaga Tia sebaik mungkin yerrr..Tia pun jangan la tidur lasak2 sangat, guling sikit2 dah la, yang bantai tidur 360 darjah tu watper??mimpi nyanyi lagu hindustan sambil guling2 ke tetiap malam??? haihhhhh...

nota kaki: Abah Tia pun dah dijangkiti selsema & batuk dari Ummi & Tia..hehehe..cian abah..sudahnya share la ubat2 Ummi tu nyerrr.. :D Semoga cepat sembuh yerrr Abah Tia! :)

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio