Friday, November 26, 2010

myBBstore di Kelana Jaya

aku dapat newsletter dari mybbstore last week. diaorang buat YES until 2 Jan 2011. Selama nih aku tengok2 kat online aje, tak penah lagi nak beli online, cos tak kuasa nak bayar extra for delivery..hehehe, boleh ek camtuh?? poyo jekk! Nak g outlet kat Kuchai Lama tu memang aku tak reti laa..huhu

tetiba aku tengok ada latest news, bbstore ada di kelana jaya..wahhhh, dekat sangat dengan rumah aku, jalan kaki pun sure sampai..dalam 10 min jalan kaki kot..ape yang pasti dekat lah! aku dah teramat excited, senang la nanti aku beli barang2 anak..yahooo!

nak jadikan cite, lunch time tadi aku singgah jap. teringin lama dah nak beli drying rack untuk botol2 susu tia. Lama aku cari, asyik out of stock aje. Rezeki tadi dapat la beli sebijik dengan 10% diskaun..yeayy, lepas nih idak la terabur2 botol2 susu si kecik nih. Umur dia dah 8 bulan baru sibuk2 ek nak beli benda alah nih..mengada la sangat Ummi nyerrr..hehe..takper2, benda leh simpan lama & bergenerasi..tak rugi..

Harga selepas diskaun RM35.90

BBstrore kelana jaya

ADDRESS: 17-G, BLOCK B, ZENITH CORPORATE PARK, NO 1, JLN SS7/26
KELANA JAYA. 47301 PETALING JAYA, SELANGOR
jadi, kepada mommiess yang duduk berdekatan kelana jaya, bleh la singgah ke sini..cuci2 mata..

Ini kiddies float - tengah value buy RM19. teringin beli untuk Tia..tapi nak mintak abah dia la beli kan..hehehe. Boleh tak abah tia? :P

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio