Friday, January 14, 2011

Little TZ 10 months

Si Tia Zahraa dah 10 bulan hari ini! Alhamdulillah..

Perkembangan semasa Tia :

1)     Dah ada 3 batang gigi. 2 di bawah, 1 di atas. Lagi satu (atas), coming soon! Bila dah byk gigi nih, dia dah kuat mengigit laa..aku dah kena gigit sekali kat bahu, masa nak cebuk budak buchukk nih. Menjerit satu rumah aku dibuatnye..sakitttt gilerr ok! Dia leh buat muka slumber aje lepas tuh. Sabar aje la..
2)     Berat Tia tak tau dah brape. Dah tak payah pergi klinik buat check up sampai umur dia setahun, so tak dapat la nak timbang berat dia. Kiteorang pakai penimbang kat rumah tuh, macam tak confident aje..hehe..Tapi aku dah rasa lenguh2 tangan bile dukung dia lama2. Bagi aku yang kecik berat kooo si kecik tuh. Kuat makan yaaa amat! Ape orang makan semua dia nak. Aku dah kasik dia makan eskrem, yogurt, nasi ayam, cokelat kek, termasuk la cookies hitam legam aku tuh..hahaha. Tia cakap sedapppp! :P
3)     Dah pandai main agah2 dengan orang. Sangat excited kalau orang main peek a boo dengan dia. Melompat2 & terkekek2 ketawa.
4)     Dah pandai joget2 bila dengar lagu, sambil tangan & badan goyang2. Mood baik dia akan tepuk2 tangan. Alahaiiii, comel aje..
5)     Benda yang aku terkejut skali, dia dah pandai mengamuk. Tetiba aje leh mengamuk, jerit kuat2 & hentak2 kaki. Kekadang aku malas nak layan, biarkan aje dia mengamuk sampai penat. Bila kite dukung, pujuk2 baru la diam. Ntah ape kes ntah..saje nak protes agaknyer kot.
6)     Badan Tia masih kecik comel..baju yang 3 – 6 bulan masih leh pakai. Haha, how slim she is no? Ada lagi baju2 yang aku & Lokman beli/ orang kasik dia tak boleh pakai. Bergantung elok dalam almari. Rasa sayang pulak. Nak aje aku kasik orang. Ntah leh pakai ke idak budak kecik nih?
7)    Masih lagi isap puting. Tapi dah limit dah. Hisap masa nak tidur aje. Dah lena cepat2 cabut. Tapi ada masa, time malam2 dia nak jugak puting, tak dapat dia akan guling2 satu katil sambil merengek2. Gaya memberontak la tuh..sabar aje la!
8)  Dah pandai menyelongkar handbag, kotak mainan, bakul baju & bukak kabinet perhiasan, kabinet tv. Dia akan keluarkan barang2 satu-satu sampai sepah2, then dah boring dia tinggal kan. Pergi tempat lain untuk buat sepah lagi. Naik penat aku nak kemas! Aku biarkan cos maybe buat cmtuh buatkan dia berpikir kreatif kot..hahaha..kreatif la sangat, menyepahkan rumah!
9)  Dah kenal orang, sangat tak suka org yang dia tak kenal dukung dia. Dia akan menangis & lembik2 kan badan. tapi kalau pandai tackle hati dia sampai buat dia ketawa then dia nak la.
10)  Masih lagi minum susu 3oz sekali minum. kalau lapar sangat baru leh cecah 4-5oz. sebabkan itu aku masih lagi guna botol susu bersaiz kecik..botol susu besar utk minum air masak. Dan Tia dah leh minum guna botol susu brand lain selain Avent. kekadang aku pakai botol susu Tupperware.

ok, itu aje..Happy Birthday my Little Princess. Ummi & Abah luv u so much! :D



Abah tolong buat susu yerr..

Anak manja..

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio