Monday, May 30, 2011

1st Party Bash Tia Zahraa!

28 May 2011 (Saturday) was Tia first birthday party. Kiteorang buat kat rumah sendiri aje. Just invite kawan-kawan rapat and family.

Hari Jumaat aku amik EL, sebab macam banyak aje nak kena prepare. Kiteorang pergi Tesco extra utk beli barang2 kering. Hari khamis Lokman dah pegi Pasar Borong beli bahan basah. MIL & adik2 ipar akan jadi chef besar pada hari tuh. Menu utama buat Mee Kari dan roti jala. Makanan sampingan benda2 goreng aje like koktail sosej & karipap. Pastu candy buffet aku buat sendiri & order cake dan cupcakes kat kawan baik aku, Lya. Dapat lolichocs free dengan dia. hehe..tu yg best ada kawan buat bisness bakery nih. Thanks to Lya. Dia takder blog, tapi leh cari liyana harun dalam FB. Harga dia letak amat la murah berbanding orang lain. Aku yakin, sebab aku dah survey2 tempat lain before order.

Pepagi sabtu tuh kiteorang dah bangun siap2kan bahan utk memasak. Lokman pulak g umah abah aku amik meja makan panjang. Dah lama tertangguh nak amik, ni sebabkan party nih baru la rasa nak amik. So dari pagi sampai la pukul 3pm baru la keje semua siap. Seriyess aku dah penat giler dah masa tuh. Nasib baik orang start datang pukul 4.30 ptg. last tetamu balik pukul 11.30 malam okkkkk..kawan2 baik aku (UiTM S.A) yang paling lambat balik, sebab ada yang dari JB lagi, sekali dengan family aku. Birthday girl pun ikut sama main ajee, taknak tido langsung even mata dah sepet2. Dia paling seronok kottt, dapat perhatian ramai. Tu yang mengediks lebih! haha..

oh konsep party konon Minnie Mouse..hehehe :P


Tetamu terawal sampai. Cik Adie & tunang dia. Kawan baik Lokman masa sekolah menengah. Thx Adie!

Main table food. Mee Kari, Roti Jala ,Karipap goreng (home made by MIL),
Sosej rebus, Dadih (SIL), Tembikai, cake

Candy Buffet, deco buat sendiri. hentam aje laaaa..
Ada Jelly stick, cokelats, mini cupcakes in 3-tier plate, loli-chocs, nata d coco jelly, candy
Additional dessert: Dadih & Ais krim Malaysia perisa Milo & Sirap Bandung

Minnie mouse cake & cupcakes. Cepat melt sebab topping dia cream biasa aje, tapi dalam dia choc miost yang lembut..sedapppp..tinggal suku aje tuk aku simpan dlm freeze. :P

My birthday girl! hepi 1yr and 2 mths! Luv u girl!

Birthday song plsssss..Aqish pulak yang excitedd..tia buat muka blurr..haha

si kecik nak potong kek sendiri

haaaa, habisss di tikamnyerr kek dia tu..adehhh!
Separuh dari kawan2 yang datang Thx all!
Kawan2 UitM aku..pukul 11.30mlm baru balikk

Haaa, lya tuh yang sebelah aku (pakai tudung purple tu)

yang ni kawan baik paling lama, since sekolah menengah - form 1
thanks korang! muah muah!! :P

Dah malam, tetamu dah kurang..banner "happy" pun dah tercabut..hahaha

hadiah utk Tia. I likeeeee!!
Terima kasih semua..rezeki Tia lagi kali nih..

Thanks to kawan2 Ummi & Abah yerrr..tahun depan Tia nak lagii..hek hek hek

ni aje la gambar kiteorang bertiga yang sempat di amik.. :D

nota kaki: gambar lain akan di masukkan di lain hari. nak buat collate pictures, tp website piknic tu office dah block pulakkk..tak dpt nak edit pulakk..huhu :P

Fakta Sambutan Harijadi Tia:

  • First time celebrate besday anak, so aku mcm byk cari info dalam internet, rata2 dari bloggers la. Thanks to bloggers yg kasik info in celebrating birthday anak korang. secara tak langsung sgt membantu aku.
  • Paling excited aku nk buat yelah candy buffet, even takdela dpt buat mcm event planner tuh kan, tapi kira ok la..hehe. Kalu aku ada printer kaler, mmg la leh buat banner2, labelling & tag tu semuakan..tapi aku nih bukan budak art,takdo la semua itu. Beli gula2 & coklat kat warehouse ada, kat tesco extra ada..dua tiga bulan aku dah beli skit2. hehe. Nak tanye benda lain mane aku beli, bleh, sila tanyer :P
  • Segala deco semua buat tengahari tu jugak. Meja makan pun pasang terus.
  • MIL & SILs semua dah ke dapur seawal pagi, bergilir2 tolong-menolong, sampai MIL aku lenguh2 la satu badan..hehe. Sayangggg mama! :P Plus kena jaga cucu2 yang nakal2 termasuk la aku kena jaga Tia yang kejap2 nak berdukung la, nak susu la dll.
  • Paling leceh, bila ddk kondo nih, kena ada access card utk masuk ke lif, so nak kena jemput tetamu dari bawah la dan hantar balik pun kena tag utk buka pintu di lobby bawah. Penat turun naik la, jadi mangsa si Lokman.haha. ada gak aku turun amik/hantar kawan2 aku 2-3 kali je. Yang lain ada gak aku mintak tlg kawan aku g sambut.hahaha..
  • Lagi satu umah aku nih kocikkk aje..memang tak cukup space. So orang lelaki kena la bergossip di luar sambil2 tuh leh arr diaorg hisap rokok. Di dalam penuh dgn kawan2 perempuan aje yerrr. Sampai aku tak terlayan dah..sorry la pada kengkawan yang tak sempat nak bergossip lama2 tuh. Mak buyung nih kepenatan bergossip! haha..
  • Tia byk dapat cash dari kawan2, so kat situ gak suruh dia masukkan dalam Tabung Unta dia..hehe. Malam nih aku nak kira2 la, bila free leh g tabung haji, buka akaun utk dia. Dah penuh dah pun tabung tuh. Hasil menabung beberapa bulan.
  • Aku & Lokman semangat nak beli baju Minnie & Mickey MOuse, tapi cari merata tempat tak jumpa2, termasuk g Uptown kat Kota Damansara tuh sampai pukul 1 pg, last minute sgt, so mmg takder la kan, frust jugakkk..finally just pakai baju ikut tema ajela, nasib baik aku ada blouse pink polkadot & lokman pakai shirt hitam aje la. huhu..nasib baik sampat beli baju & skirt utk Tia. Tu yang penting! :)
  • Lastly, sampai sekarang aku masih lagi rasa penat & kaki rasa lenguh2..sampai jalan pun dah tak btul. Aku risau gk keadaan twins nih, sbb kurang aktif dalam perut nih..mungkin aku penat sgt kot. esok nak g check up kt PPUM. Hopefully semuanye ok.
  • Setiap majlis sure ada yg spoil kan, majlis kiteorang nih pulak by malam aje Kari Ayam dah basi..huhu, kes lokman tertutup penutup bekas kari masa masih panas. So bykla lebih roti jala & mee kuning tuh. Aku kasik tapau aku utk family aku without the curry, pepandai diaorg la nak beli kari kat kedai mamak nanti.haha..nasib baik malam tuh tinggal kawan2 dua tiga kerat aje & family, so takla rasa kalut. Just diaorg tak dpt la nak makan for the 2nd round.huhu, balik rumah sure lapar tu. Sorry bebanyak geng!
  • ok semua, thx sebab memeriahkan majlis harijadi Tia thaun ni. Panjang umur kita jumpa lagi tahun depan :P Lokman dah tanyer dah next time nak buat makanan ape pulakk..aikkkk, over pulak mamat nih. haha

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio