Thursday, June 9, 2011

Emak memboyott, anak membontotttt..

haaaa, amikk ko tajuk entry aku kali nih.

NI bukan entry tarakk senonoh nyerr, ini cerita pasal Ibu yang tengah sarat dengan anak kecik yang menjadi teman setia si Ummi dia. hehe..

Aku dah terasa sarat sangat nih. Baru aje 26 minggu tapi sarat terasa macam dah 8 bulan.huhu. perut makin hari makin besarr, jalan pun dah tak centre, sana sini sakit. Tido malam pun dah tak lena..adehhhh..kaki dah 3 kali cramp di tengah2 malam. Baru la semalam Lokman tolong urut, itu pun lepas aku buat muka kesian..kurang skit rasa sakit lepas tuh. Pinggang pun lenguh2, tapi MIL tak kasik urut..setakat sapu minyak gamat aje la. Dah mula rasa stress sebab semua benda rasa tak kena. makan, minum, tido, keje opis berlambak2 lagi..tu yang mood nak berblogging pun dah kurang.

Cite pasal si kecik yang 14 bulan nih. Makin hari makin manja. Semua benda yang dia nak kena turuti, kalau tidak dah pandai nangis2 sambil jerit2 dengan kaki dihentak2.. kekadang memang hilang sabar..kalau aku tengah minum, dia nak jugak..siap nak amik cawan tuh pegang sendiri. Pastu nak amik balik dah tak kasik, dah mcm hak milik dia. Dah la Ummi ekauuuu nih kurang air dalam badan, ko amik lagi air minum Umi nih kecikkkk!! Dia minum sampai habis baju basah2. Sehari tuh ntah brape kali tukar baju laaaa.

Itu baru bab minum air, kalau bab mandi lak. Sampai takmo keluar toilet. Meraung2 bila kite tutup shower tuh. Dah la ko punyer paru-paru tuh tak kuat, memanjangnyer selsema batuk. Naik fobia Ummi nak kasik awak mandi lama-lama la. Sekarang nih pun tengah batuk, sampai muntah2 susu. Sebabkan tu, sampai sekarang la aku tak bawak dia g cucuk setahun lagi. Doktor pun reject. huhu. Next week la Umi nak bawak g Paed jugak. kasik cucuk!
Pastu kalau time nak tido ke, kena tengok segala macam video clips, lagi2 kalau video Twinkle2 little star kat BB abah dia. berulang-ulang kena pasang sampai mata tu kuyu..Abah & Ummi dia pun sama kuyu..hahaha. Dalam hp aku takder video twinkle2 tuh, so aku pasang video clips dia sendiri, yang mane aku sempat rakam la, even dia tgh main kat playground pun aku record. haha..dia layannnn jugakk.syok sendiri btul si kecik nih. hurmm, tak kisah la, janji nak tido..
Mane aku & Lokman pegi dia membontot. Sampai aku g toilet pun sanggup dia berdiri depan pintu, tersengih2 macam comey. Abah dia g hisap rokok kat luar rumah pun cepat2 dia follow belakang. Abah dia isap rokok, dia g main kasut2 kat rak tuh. Keje nak menyibukkk aje laa. Kekadang rasa mcm comel, kekadang rasa meluat pulakk! haha..

Iye la Tia, sementara adik2 tak keluar lagi nih leh la ko mengada macam nihkan, ala2 diva gituuu..kiteorang layan kan aje. Nanti adik2 dah keluar, ntah macam mane la pulak pe'el dia nih..aku nak kena ajar dia independent skit. hehe, ajar skit gaya2 jadi kakak. Semua benda pun kena share..takleh kedekut. Mintak tlg kakak aku aka babysitter Tia ajarkan nanti..hehe.

ok till then! bubyee..

ni merengek2 nak mintak dukung..adehh!

haaa, ni lagi dasat..menangis2 depan orang ramai sebab nak main kek besday dia..

tetiba aje nak manja2 dengan Atuk dia

kat Border, The Curve last week..Abis semua buku dia nak capai. Aku la terkedek2 nak mengkutip balik.

Play time..abah dia melayann..

Dimana2 ada benda alah nih, sure bapak dia kasik naik..sorang anak leh layan lagi, nanti dah 3 org, mampu kah??? sekali naik 50 sen or seringgit abah oiii!! budak2 kecik naik 3 round tau abah! :P

ni time tengah takder mood, nak menepek aje pulakk. sakit perut mak yongg nih. Terhimpit adik2 dalam rahim nih Tia oii..




0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio