Monday, October 24, 2011

Edisi Pantang Koboi

Salaam semua..

Hari ini dah hari selama, dah 5 hari aku masuk keje. So far byk keje aku kena handle bila masuk balik opis. Biasala, keje tertunggakk..hehe..

Aku nk cite pasal kisah aku berpantang selama 44 hari selepas melahirkan kembar..

Hari 1 ke 10
Aku berpantang di rumah kakak aku. Dari hospital terus la ke rumah dia. Kakak2 aku la yang tlg aku sepjg 10 hari tuh, tolong masak, tlg jemurkan si kembar sebab ada kuning, tolong basuh baju2 aku & anak2, kemas bilik dll. Senang cite, memang btul2 pantang la..cuma tang jaga kembar tuh mostly aku la yang handle..sebab kakak aku kan babysitter, ada la anak2 orang dia kena jaga. so ok la, kembar pun keje tido aje pun..tak susah..sempat la aku nak pump susu, buat stok biler dua2 serentak nak susu kan. Masa 10 hari nih memang aku rajin pump, susu pulak melimpah ruah..tp cair2 aje..aku still bagi even dorang tak puaskan, sejam sekali nak susu lagi. tu yang tangkap pinggang tuh. Seriuss sakit2 badan sampai aku tak dapat lena tido.
Selama 10 hari tuh jugakla, Lokman & Tia berkampung sekali kat umah kakak aku. Aku suruh gak lokman teman, sebab takut bila malam2 aku tak dapat handle kembar sorang2 dengan Tia skali. hehe..Lokman akan datang lepas berbuka puasa.
Mengurut pulak, aku start mengurut lepas 5 hari rasanya. Makcik urut tu keta pulak rosak, so abg ipar aku yang tolong amik hantar makcik nih selama 2 hari. Cos lokman dah start keje. Nasib baik abg ipar working time dia flexibel..Lepas tu makcik tu datang balik naik teksi aje. Segan dah kot kiteorang dok hantar dia..hehe. oh, aku amik pakej 5 kali mengurut, sebabkan aku beranakkan 2 orang, so rahim lambat sikit mengecut, dengan sakit pinggang yg melampau kan..kena la extra. Dulu aku amik 3 hari jek. Kali nih aku mengurut dengan makcik lain pulak. Panggil dia Mak Yam, duduk kat Tmn dato Harun, PJ. Makcik nih murah skit..tapi dia mengurut tak lama. tak sampai sejam kot..rasa macam tak puas. Tungku pulak aku kena sediakan sendiri. Nasib baik kakak aku ada batu sungai khas utk tungku, dan nasib baik jugak belakang rumah ada pokok mengkudu. Makcik mengurut nih datang berlenggang. heran gak aku..dia ckp batu2 tungku dia orang sewa. aikk, leh pulak macam tuh..pastu takder pulak dia bagi daun buat mandian ker, manjakani ker. makcik urut zaman Tia dulu lagi best, tapi aku malas pulak nak amik makcik tu balik sebab dia dok jauh, kena pulak mengambil menghantar..leceh laa..
haaa, sape nak no tepon tukang urut sila roger aku ek :p  bleh la rekomen.

ok tu cite berpantang cara yang betul selama 10 hari.

elok2 lepas tuh Hari Raya pulak datang...haaaa, start la aku berpantang koboi..hihihi

Hari ke 11 - 25
Bila aje aku balik rumah sendiri, aku dah kena buat keje2 rumah. Semua benda la buat sendiri. Dari basuh baju, angkat baju, sidai kain, lipat kain, kemas rumah, basuh pinggan etc kecuali memasakkk. Itupun dah cukup letih. Bab makan, awal2 dulu memula lokman rajin la masak lauk pantang aku. lelama...order kedai aje laaaa..hihihi.
Masa minggu nih, adalah minggu Raya. Pantang pertama yang aku langgar adalah keluar rumah. Hari Raya pertama tuh kiteorang tido umah abah aku. Siap Hari Raya pertama tu g umah nenek kat Kg Pandan then rumah makcik kat Balakong. Haaa, pantang dah dilangar..siap kuar jejalan tu..hehe. Then seminggu lepas tuh balik kampung Lokman pulak kat Linggi, N9. Memula aku xmo ikut, sebab rasa leceh nak balik kg bawak kembar, tapi sebabkan Lokman cakap orang2 sana nak tgk kembar plus adik dia bertunang, aku ikut aje laaa. Tido sana 2 malam. Plan asal tido semlm aje, tapi majlis berlanjut sampai ke lewat petang, tak sedap pulak balik macam tuh aje. Lagipun tak elok bawak baby kuar malam2 kan. Nasib baik aku bawak barang2 semua extra2.

Hari ke 26 ke 44 40
Aku dah buat keje2 harian. Cuma tak keluar rumah dah sesuka ati..Hari ke 40 aje aku dah kuar g shopping. :P  Kira aku rasa aku pantang setakat 40 hari aje. hehehe..

Apa yang Pantang Koboi?
 + Makan makanan yang bukan 100% untuk orang berpantang. Aku ada makan nasi goreng, KFC, cokelat, kuih raya, kopok2. Selagi aku rasa benda tuh bukan makanan sejuk & bukan yang memberi effect kepada kembar, then aku ok aje. Iyela sebab aku still breastfeeding dorang kan. So Alhamdulillah, kembar ok..sepanjang dalam pantang tak penah lagi ada kes kembung2 perut sampai menangis melalak.
+ Aku buat keje2 rumah. Orang2 tua kite cakap dalam pantang takleh buat keje berat2 kan, tapi aku terpaksa la jugak buat. Tapi takde la sampai aku angkat benda2 berat, even bakul baju pun aku minta tlg lokman yang angkat. If dia takder, aku tolak aje la slow2..hehe. tapi awal2 tu aku jaga la jugak, lama2 tuh aku rasa dah kuat aku buat je semua. hehe, tapi ada jugak aku rasa sakit2 kat bhgn rahim nih. takut gak kalau jatuh balik peranakkan aku nih. So bila malam aje, aku tungku sendiri pakai tungku moden tu then lumur badan dengan minyak panas. Rasa la lega skit badan2 nih.
+ Aku tak pakai param, pilis, bengkung tu semua..bengkung aku pakai sepanjang 10 hari, tapi dah lepas mengurut, perut dah mengecut skit, bengkung yang ada pun dah tak effective nak pakai sebab bengkung tuh besar atau perut aku yang kecik..hehehe * perasan* tapi betul babe, aku xselesa nak pakai bengkung tuh sebab rasa longgar. Dah bertemu tali bengkung tuh haaa. Aku malas nak alter kasik kecik bengkung tuh. Sudahnyer aku pakai girdle aje la..heheh. tu mmg btul koboi style..hahaha..tang perut tuh kekadang aku sapu kapur+limau, kekadang aku pakai yang serbuk susut dalam set bersalin Orang Kampung. Ikut mana aku sempat la, tapi most of the time mmg tak sempat laahh..si kembar asyik nak menyusu aje. Camnooo??

Walaupun  aku cakap pantang koboi, ada gak benda aku follow..takut gak bentan beb. huhu

+ stokin memang aku pakai memanjang. Unless aku rasa panas.
+ aku tak minum air berais langsung. tapi masa dah nak penghujung pantang tuh ada gak la aku minum air dari peti ais. macam air soya, milo :P
+ makanan sejuk aku tak makan jugak.
+ ubat jamu aku makan selepas 3 minggu. aku tak makan awal2 sebab takut kembar kembung. Kes cari pasal la kalu kembar kembung serentak. Aku gak yg stress nanti.
+ Tapi benda yang aku suka buat masa pantang adalah lulur. Bila si kembar dah tido aje, cepat2 aku g melulurkan diri. Serbuk lulur pun ada dalam set bersalin siap. Lepas lulur akan rasa badan berangin aje..segar badan!
+ tungku - sebelum tido aku akan bertungku guna tungku moden. Kurang rasa sakit perut bila dah bertungku tu.

apapun, lepas nih aku kena jaga badan nih jugak, nak kena cari supplement yang elok utk di amalkan..nak jugak makan jamu2 kampung ke..utk dalaman nih haa. 

sekian. terima kasih :)

ni masa berpantang kat umah kakak. Si tia asyik nak kiss adik-adik dia jek

haaa ni la set bersalin aku beli kat Mydin Subang..keh keh keh

si kembar yang halus mulusss

kakak aku menjemur si Hafiy

Tia teman adik dia berjemur..ahhaha

haaa tgh si kakak tu..sgt nakal!! nak kaco si kembar.
haha

sorang nangis nak susu, sorang lagi diam

ni dah kira penghujung pantang

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio