Wednesday, November 23, 2011

Mykids & Savings for Twin

Si kembar dah sah warganegara Malaysia. hehe
Abah dia g collect mykids dorang nih kat JPN, Kota Damansara semalam. Aku tengok no mykids dorang nih jauh benar beza nombor belakang dia, yang 4 angka tuh. Dah la tarikh lahir pun berbeza, sorangkan 16 Ogos, sorang lagi 17 Ogos..dah macam bukan kembar pulakkk..hihi (ntah apa yg aku merepek nih).. Dah kembung dah purse aku dgn Mykids anak2..abah diaorang nih semua bagi kat aku suruh simpan..
Lepas dapat aje mykids dorang, Lokman terus g buka akaun Tabung Haji dorang. Masukkan duit2 raya dorang dapat dulu. Nak buka akaun TH tu tak semestinya kena g Tabung Haji, leh aje buka akaun TH kat mana2 cawangan Bank Islam. Lokman g TH, ramai sgt orang nyer, terus dia kuar pegi Bank Islam aje. ceapt aje urusan settle.
Hari ni Lokman nak g lagi, nak top up akaun Tia pulak..duit tabung Tia dah hampir penuh. Alhamdulillah..rezeki budak2 kan..InsyaAllah, harap2 bertambah2 la duit simpanan dorang tu..Aku nak try buat saving gk utk dorang every month, guna Maybank2u aje transfer duit dalam akaun TH dorang tu..mak mertua & Abah aku cakap, sebulan masukkan RM30-RM40 sorang pun xpe..janji ada. hurmmmm..InsyaAllah..semoga murah rezeki kiteorang..aminnn..
So anak2 Ummi sekalian, nanti duit simpanan dah banyak jgn bazir2 yerr..buat untuk belajar korang nanti. Atau untuk apa2 kecemasan ke..Ummi & Abah simpan sikit2 mana yang termampu aje..hehe, semua sama rata..takder beza2..so nanti jangan gaduh2 k. :)


kena buat satu file khas utk anak2 sahaja
letak mykids, surat beranak, buku akaun, kad insurance dll

oh ni Hafiy Zafran..
geram semalam tengok dia..
dah la makin bulat, pastu buat gaya2 comel lak tu
skrg nih dah pandai masukkan tangan dalam mulut..padahal baru lepas susu tu
kau lapar ke dikkkk?? hehe.. keje nak minum susu aje..

1 idea?!:

puanbee said...

salam

akk memang dah ada satu file utk letak dokumen anak2 , apa2 hal tarik je beg khas tu..

oo buka tabung haji ye ..akk buka akaun sspn

 
Blog Template by Delicious Design Studio