Thursday, December 29, 2011

2012 WISHlist

Lagi 2 hari nak masuk tahun baru. Tahun 2012!
Tahun depan aku pun dah 30 tahun (InsyaAllah, kalau umur panjang)..
Dah nak masuk angka 30 nih baru terasa aku dah makin berusia..hahaha, fizikal luaran aje macam budak sekolah, tapi sebenarnyer dah tua..kihkih, anak pun dah 3.
Alhamdulillah, tahun 2011 telah dilalui dengan penuh cabaran & dugaan. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan laluan hidup aku, segala dugaan aku hadapi dengan tabah. Memacam dah terjadi sepanjang tahun nih, ada yang suka, ada yang duka..yang suka sebab aku berjaya melahirkan anak kembar & membesarkan anak dara aku sendiri. Yang duka .... biarla aku simpan sendiri :) semua nih menjadikan pengajaran berguna untuk aku di kemudian hari nanti. Aku terima dan aku redha atas segala percaturan yang telah aku lalui. Benda dah terjadi dah tak boleh nak tarik balik, aku cuma manusia biasa yang ada kala melakukan kesilapan...kan? :)

Apapun, mana yang buruk yang berlaku pada 2011 ni, aku nak lupakan terus. Aku dah takmau ingat dan ungkit. Aku nak mulakan hidup baru dengan lebih bermanfaat..lagi2 dengan keluarga aku sendiri (suami & anak-anak). Tak sabar rasanya nak tengok anak2 membesar! Dan untuk aku sendiri, nak belajar menjadi isteri & Ummi yang lebih effective..hahaha, dan efficient! cewaaahhh (lagak poyo aje :P )

InsyaAllah....

Wishlist aku untuk tahun 2012 nanti:

1) nak settle kan hutang sikit demi sedikit. Aku nak merasa dapat gaji bersih yang banyak tanpa menolak hutang2 lapuk aku tuh..huhu. tapi aim utk totally "free debt" adalah lagi 4 - 5 tahun. Genap umur aku 35 tahun aku dah bebas dari hutang. Kecuali hutang PTPTN kot..hahaha

2) nak pergi bercuti bersama family 3 kali setahun. tapi cuti2 malaysia aje la dulu, sebab anak2 kecik lagi..tak dapekk la nak mengangkut naik kapal terbang bagai. Aim nak pegi Johor, Penang & Langkawi. Apapun tengok jumlah duit yang ada dalam poket dulu. :P

3) nak belajar memasak dengan lebih rajin! hehe, utk pengetahuan korang aku ni memang tak reti masak, kalau kat umah, si Lokman dan Mak mertua yang rajin ke dapur. Aku tlg skit2 aje..hiks! Teruk kan?? dah tua2 tapi tak reti masak..dah kes mengandung tetiap tahun, dengan alahan yang teruk..membuatkan aku tak rajin ke dapur (alasan terbaik setakat ini, hihi). Tu yang azam tahun depan kena selitkan jugak azam memasak untuk suami & anak-anak..hihih..parahhh kan?? takper2, ada masa lagi..jgn mengalah. Segala bermula jika ada kemahuan..ye dak?

4) Azam untuk mengupgradekan rumah ku. Aku suka deco2 rumah dan beli barang2 rumah. Tapi korang tau la, nak beli barang2 rumah nih semua makan byk duit. Nak beli langsir aje makan beratus dah. nak cat umah pun beratus2 jugak..nak betulkan toilet pun kena upah orang, duit jugak. So kiteorang ni stok buat skit2. mane yang lokman tau buat, dia buat sendiri. Tapi dulu aku ada postkan entry pasal deco2 rumah, lokman & adik dia tlg catkan umah, tapi keje2 mengecat tak complete lagi. Ada lagi part2 yang tak di cat..huhu. Pakcik tuh macam dah tak larat aje nak cat balik..so aku nak kena cari orang lain, upah mat2 indon aje kot sambung keje2 mengecat rumah ni..huhu..lagi senang, siapkan duit upah aje la nanti. Cat2 ada lagi. Pastu nak beli katil untuk anak. Baby cot dah tak muat utk kembar. huhu..mission terbaru: beli katil anak! hahaaha

5) Dan yang last, mengantikan puasa-puasa lapuk aku yang dah 2 tahun tergendala. selama 80 hari!! wuargghhhh...aku plan nak start bulan january. Sebulan 4-5 hari ke..nanti perut dah biasa berlapar leh arr tambah sikit skit..hope dapat ganti abis sebelum Ramdhan menjelang. InsyaAllah..

ok la tu aje..aku tak berani nak tulis panjang2 wishlist aku, takut tak tercapai. Sejak ada anak ni, aku main pakai redah aje ape yang sempat aku buat. tak berani nak letak target2 sebab dah byk dah komitment skrg nih. Aku ikut aje flow seharian... :)

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan aku & keluarga untuk tahun akan datang..dan dimurahkan rezeki untuk anak2..aminnnnn :)




0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio