Friday, December 16, 2011

Percutian : Gunung Jerai, Wang Kelian & Padang Besar - Part 1

Percutian kali ni banyak tempat kiteorang singgah. Almaklumla dah lama tak berjalan. Dah alang2 sampai ke utara..harus la singgah menyinggah. Aku cite ikut hari ek..so takder la aku pening nak cite, korang pun tak pening nak membaca. haha..sebab aku ni taip main ikut kepala otak aje..boleh jadi serabut pulak..maklumla, penulis blogger tak bertauliah.. :P

Day 1 (9 Dec 2011)
Sepatutnye bertolak pagi2 pukul 9, tapi sebabkan aku accident maka aku & lokman - anak2 gerak kul 4 ptg. Family aku dengan makcik pakcik dah gerak pagi. Kiteorang sampai sana je dah malam, kul 11. So takder la aktiviti ape..huhu..
Bermalam dekat Jerai Hill Resort.
sangat superb tempat nih..seriyess aku suka! sangat selesa..dan rekemen pada korang yang teringin g naik Gunung Jerai.
Seriyess nak naik gunung jerai ni memang agak pening, berliku2..adik perempuan aku sampai muntah2..hahaha, kebetulan dia mmg tgh sakit bulanan. So parents aku kena duduk kat homestay bawah.
Sampai ke puncak gunung memang sangat sejuk. bilik takder aircon pun, kipas pun dah laju. Si kembar & Tia sampai tak bangun malam la, sedap sgt tidur dalam cuaca natural sejuk tuh. Sekali aje aku bangun kasik dorang susu, pastu masing2 pengsan! Pukul 7 pagi dah bangun, sebab nak tengok permandangan pagi yang damai dari balkoni resort..seriyesss ilang stress!

Pukul 11.30 pagi siap2 nak g rumah bakal adik ipar. Majlis pertunangan berlansung sampai pukul 2 ptg. Kiteorang terus check out dari resort. Balik dari Majlis terus masuk Homestay kat area sana. Kat sana byk homestay..murah2 aje..dlm Rm150 leh dapat dah..ada 3 bilik lagi..lengkap semua ada..siap toto extra pun ada..adik beradik aku semua dok satu rumah. sangat jimat!hehe..orang2 sana beli rumah teres 1 tingkat then buat homestay..kira rumah baru2 la..tu yg amat2 la selesa. Aku duduk kat Wardah Homestay. If sapa nak g sana, nak no tepon homestay tu leh arr email aku..nanti aku kasik :P

Pukul 2.30 ptg adik beradik aku, cousin2 & makcik pakcik bergi ke Air Terjun. Kat sana ada 2 tempat air terjun. Sorry babe, aku tak tau nama dia apa, sebab aku tak pegi..huhuhu..lepak rumah dengan lokman & kembar. Kakak aku bawak Tia. seronok btul dia mandi air terjun sampai takmo kuar even dah mengigil2.

Lepas maghrib kiteorang naik balik gunung jerai tuh sebab nak dinner kat sana, nak celebrate birthday ibu aku dengan meraikan pertunangan adik aku tuh. Siap tempah kek dari resort tuh lagi. Makanan kat sana tuh buffet, tapi macam tak banyak pilihan. Biasa aje la bagi aku..
yang best sebab dapat naik atas balik, tak puas rasanya duduk kat atas tuh..malam tuh pulak adalah malam gerhana bulan, so leh nampak bulan terang, sgt menarik!

dah settle semua, turun la kiteorang balik. tidurrrr, sebab esok perjalanan lagi jauhhh berbatu2..hehe

Pemandangan pagi dari Puncak Gunung Jerai

Us at Jerai Hill Resort
Si Hafiy syiookk terbaring atas katil

The resort
Sangat best & selesa..paling aku suka toilet dia..bleh?hehe

Hafiy & Tia mandi sama2
Aariz takder, malam tu dia tidur dgn kakak aku..
Mandi air kolam panas dalam resort..hihihi

Dari atas puncak boleh nampak satu pulau kecik & sawah padi keliling
Nice!

Area resort



Tia at Air Terjun
Syok sangat mandi sampai hilang subang dia sebelah kanan, lepas sehari tuh aku terlupa nak letak penganti subang lain, terus lubang dia dah tertutup..huhuhu
2 hari lepas satu lagi subang tercabut, nak pasang balik dia takmau..sakit kot..
adehhh kang lagi sebelah la tertutup tuh..

me with ensem twins! pakai sweater tebal, sebab seriyesly sejuk atas tuh

celebration - mom & brother

part of us
malam gerhana bulan :)






0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio