Monday, January 23, 2012

HFMD: kembar 2 berjangkit!!

Petang khamis lepas kakak aku call, dia kata badan hafiy macam panas..pastu meragam aje sampai dia pun naik sawan..hehe. Dahla haritu jugak anak bongsu kakak aku terjatuh kat taska dia, mengadu sakit tangan. Dia rasa macam tangan budak tu retak. Serabut kepala otak semua. Aku pulak dah start runsing bila terbayang si hafiy sakit macam Tia. Memacam bermain dalam kepala ni. Aku whatsapp lokman mintak kalau boleh dia balik awal and ambil hafiy & aariz balik.
Bila aku check suhu badan hafiy, yessss he got high fever..around 38.2c. Adehhh, aku check2 satu badan dia memang ada nampak simptom2 mcm kat Tia. Tapi tang mulut x brape. Dia punye meragam...xleh letak langsung. Nak berdukung aje..atau letak atas bouncer shj. hafiy tak minum susu langung sepanjang malam. Last dia minum masa balik dari rumah kakak petang tu. Salah satu sebab dia meragam sebab lapar rasanya. Tapi x dapat minum sebab ulcer dah tumbuh dalam mulut kot dgn x sedap badan kan. Pity my baby..
Sepanjang malam aku berjaga. Dan aku yg mcm ada sindrom "kerisauan-tahap-melampau". Yes, seriyess aku cuak! Aku check suhu badan hafiy setiap setengah jam okkk! Haha.. And aku x putus2 lap badan & kepala dia. Habis basah2..menangis2 budak tu bila kena air separuh sejuk di tengah2 malam..aku tak kisah! Nak nangis, nangisla..janji demam dia surut.
Aku tertido cuma dlm sejam dua mcm tu. Hafiy pun xlena tido..asal dia dah lena aje aku kacau. Aku kena make sure kepala dia sentiasa ada tuala basah. Naik rimas budak tu. Aaahh pedulikk, mak ko ni memang terlebih ngelabah hafiy!
Ada satu tahap, suhu dia dah cecah 39c. Aku dah macam nak ajak lokman g kjmc. Kalu dia xnak pun aku sanggup aje dukung hafiy & jalan kaki g sana. Haha, btw, hospital tu depan kondo aku ni je. Jln kaki 10 aje kot. Can be less than 10 minutes if u walk fast lah.
Okk, tapi aku teruskan sponging hafiy. Non stop! Sampaila aku rasa suhu dh kembali 37.8-38 then baru aku stop.. Itupun dah pukul 7pagi..
Huiiiii, malam 2012 yang sangat menakutkan aku!
Nasib baik Tia dah tak demam.lena budak tu tidur dgn abah dia. Oh cite pasal abah dorang ni..dia teman aku jaga hafiy sampai pukul 3 pagi aje..pastu bantai tidur mati..grrrrrr!
Esok pagi slumber dia tanye aku, "u tidur ke semalam yang?"
Wahhhh, terbaiklah soklan u yang..dia xtau bini dia jadi zombie semalaman jaga anak bujang dia tu.
Pukul 9.30 pagi aku call kjmc ckp nak datang pagi tu jugak, nak tukar time appoinment dorang ni. Sepatutnya dorang memang ada follow up apptmnt dgn doc malam nanti, kes yg telinga bernanah tu. Dah hafiy demam aku angkut jela dua2 skali jumpa doc syed nazir ni.
Masa kat hosp, boleh pulak tiba2 hafiy tak demam dah. Suhu badan jadi 37.4c. Alhamdulillah..pagi tu pun barula finally dia minum susu. Baru berhenti meragam. Tapi berat badan turun 0.05g. Bole? Haha.. Dari 5.82kg jd 5.77kg. Seharian x minum susu. Ada gak impact dia kan..huhu
Doctor pun geleng kepala bila aku ckp hafiy dah berjangkit. Nasib baik Aariz x kena lagi..dan alhamdulillah sampai sekarang Aariz ok.
Doc kasik ubat yg sama mcm Tia dpt. Doc check jugak telinga dorang. Doc ckp dah ok, tapi semalam aku perasan telinga Aariz ada balik nanah tu..buat aku cuak balik. Next week kena mengadap doc balik la rasanya..nak mintak dia double check balik telinga Aariz.
Update hari ini: isnin- 23 jan 2012,selepas 4 hari tia & hafiy dah x demam. Both dah minum susu macam biasa. Cuma tinggl bintik2 kat kaki dorang aje. Dorang dah kembali aktif & ceria. Alhamdulillah. Thank you Allah!
Lepas ni jgnla sakit lagi..
Oh nanti aku buat entry pasal Aariz with eczema pulak yerr :p

Nota kaki: aku siap ambik 3 hari EL. Nasib baik bos paham.huhu.. Baru bulan januari, cuti tahunan dah ambil 4 hari setengah. Adehhhh..
gambar ni diambil masa kt KJMC
Si hafiy baru diserang FHMD. Meragam aje..
Si Aariz diserang eczema di bawah mata dia. tapi nasib baik tak meragam
kakak dengan manja2 dia, baru baik demam
budak sakit
gambar diambil dalam pukul 12 malam rasanya.
aku tak pakaikan baju utk dia..senang aku nak lap2
nak tidur atas bouncer aje..huhu

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio