Thursday, January 19, 2012

Penyakit tangan, kaki & mulut

Pagi semalam aku & MIL pergi KJMC. Even semalam dah g klinik biasa, tapi hati aku tetap x confident. Aku sgt yakin Tia dapat sakit tgn kaki mulut ni. Sebab tanda2 dia sgt jelas kelihatan.
Bintik2 merah keliling bibir dia sgt nampak lain. Aku heran apsal doctor klinik tu leh x nampak. Dia cuma ckp ulcer. Aku terus mintak EL utk bawak Tia jumpa pakar. Lgpun aku tak berani hantar dia kt rumah kakak aku. Takut berjangkit dengan budak2 lain pulak.

Malam tadi sikit pun Tia xleh makan. Dia nak sgt makan, tapi bila makan masuk je dlm mulut & tekak terus dia menangis. Terasa pedih dan perit rasanya..aduhhhaiii aku jadi kesian sgt. Mesti dia lapar sgt2. Dia xuma boleh minum air sahaja, itupun xkan habis sebotol. Agak payah jugak nak telan air, termasuk air liur. Dia sanggup kumpul air liur dlm mulut sebab sakit nk menelan.
Paling aku tak tahan semalam waktu nk tidur dia melalak2..mungkin dah lapar sgt2.aku siap dpt dgr perut dia berbunyi2 minta di isi..aku paksa gak dia minum susu. Akhirnya dia minum gak sampai habis..baru la dapat tidur.
Tapi sepanjang malam aku asyik terjaga aje..kejap2 dgr Tia merengek2, pastu si kembar bergilir2 nak susu. Plus kembar tak selesa tidur dlm cot..panas rasanya.. Berpeluh2, aku angkat dorang tidur atas katil. Barula dorang leh tidur nyenyak. Tp akula x dpt tidur dgn aman. Kejap2 bgn to make sure Tia x hempap/ tendang adik2 dia..
Oh berbalik cite kt KJMC, doc terkejut tgk aku balik. Aku tergelak and cakap, "yes doctor, me againnnn..hehe", pastu doc ckp "u yg ada twins tu kan?", "yup doc, but this time my daughter pulak sakit"..
When i said that i suspected tia ada penyakit tgn mulut kaki tu, terus doc check tgn kaki dia semua. And terus dia confirmkan Tia mmg sakit tu.. Haihhhh, betullah mother instinct..sekali tgk bintik2 kat bibir dia aku terus rasa HMFD.
Doc suruh kuarantin. Xbg sebarang aktiviti luaran.doc bagi ubat spray for ulcer & jugak gel ulcer. Tu aje. Xde ubat specific utk penyakit ni. Just kasik ubat demam biasa if demam. Nasib baik masuk hari ke3 demam Tia dah kebah. Tapi bintik2 kat tangan & kaki makin byk. Dekat bhgn "pokpok" pun ada. Aku x taula dia rasa gatal2 ke idak..tgk ok je tu. Cuma yg buat dia meragam sebab ulcer dlm mulut tu. Byk doktor cakap. Patutla menangis aje bila minum.huhu cian anak ummi.

Dan malam tadi buat pertama kali si kembar x tidur dgn aku..hukhuk..aku mintak tlg kakak jaga dorang. Aku x berani nak bwk dorang balik. Takut Tia cium2 adik2 dia. Baby lagi senang berjangkit. Harap2 dorang xkena. X sanggup aku dah..even org dewasa pun boleh kena jangkit. Harap2 imunisasi badan aku kuat. Amin!

Semlm jugak aku g giant beli barangn dettol. Nak kena cuci umah bersih2.. Mane yg tia tidur, baring & main2 semua kena cuci bersih..

Dan hari ni aku EL lagi. Menjaga penjaga peribadi si kecik-byk-songeh ni.. Doakan dia cepat sembuh ek kawan2.. ;)
Dahla cuti pjg minggu ni..adehhhh. Baru nk bawak budak2 join piknik kt ulu yam dgn kawan2 lokman..ntah boleh pegi ke idak. Aku x tau brape lama masa nk sembuh sepenuhnya..
sakit2 pun leh main lg kt hosp
atas: ubat spray ulcer tu sgt berkesan. aku pakai tu aje spray2 dalam mulut Tia.dia takmau pun, tapi sebabkan muncung spray tu panjang, sonang aje aku hala dlm mulut dia even tutup rapat. then terus boleh minum.
yang ubat gel tuh langsung dia takmau
tia tidur kesakitan
siap pegang botol susu, taknak lepas langsung. time nih memang aku sedih.
dia tak dapat minum susu tu, so dia just peluk rapat2 kat dia. macam bila dia peluk botol susu tuh dia dah minum la. 2 hari dia kelaparan. turun 300 grams. 
Dia leh minum susu bila dah mamai aje..sob sob sob ;(
skrg ni asal bergambar aje nak buat peace.
mulut kaki tangan penuh bintik2 merah. 
mulut pennuh ulcer sampai tak nak buka mulut. sudahnyer dia simpan air liur dalam tuh.
jenuh meleleh kat seluar aku semua.
kena bawak kain ke mana2..aku suruh dia buang air liur bila dah penuh dlm mulut..huhuhu~

3 idea?!:

akillaibrahim said...

hai,salam perkenalan.moga2 ank fira cepat2 sembuh.sian bc dia kn ulser kt mulut tu.kita yg dewasa ni pn xthn klu kn ulser.

Cerita bonda said...

Alahai siannye tia.. ko mmg supermom la fira..kasik tabik sket.. aku nye kes dulu yg wat aku gelabah masa tiga2 anak aku kena demam campak.. mmg kelam kabut gile. berminggu2 aku tak masak..main bungkus aje makanan..sbb nak jaga budak sakit..byk ragamle kan sbb tak sihat.anyway..semoga sweety pie, Tia cp sembuh

lokmanfirajunior said...

akilla: hi killa, thx singgah baca blog fira :)
tu la, fira kalau kena ulcer aje, mau effect sakit gigi gak, satu hari leh emo tau..huhu..tu yg bila si kecik nih meragam aje, bersabar sgt2..
Sarah: haha, tabik jgn tak tabikk! supermom pun kekdg leh angin gak babe.. seriyess naik sawan aku layan kerenah budak2 nih. huiii, demam campak lagi sakit tuh nak jaga. nanti ko kasik tips ek cmnoo nak handle. hhehe :P

 
Blog Template by Delicious Design Studio