Wednesday, July 18, 2012

Jumble Sales + Blood Donation + Anniversary

Aku kebusyan ada event company back to back. Start hari Jumaat lepas ada Jumble Sales, aku one of the Event Committee, so segala persiapan kena buat..keje2 opis memang tolak ke tepi. xde mood nak fikir. hehe..Kat Jumble Sales berjaya beli kasut flat. hihi, kira kasut jejalan bersama kembar. Takder dah nak terkehel2 masa dukung budak2 nih nanti. hehe..Aku jual baju2 Tia yang masih elok2 lagi. Suku dari hasil jualan pergi ke charity. Alhamdulillah. Hasil Jualan staff2 sini pun sebahagian pergi ke Rumah Anak Yatim terpilih.
Semalam pulak aku ada Blood Donation Campaign. Panggil orang Pusat Darah Negara datang. Tahun nih sambutan kurang la pulak, kes bertindih dengan Training..ramai staff2 pegi training, pastu ramai jugak yang cuti. Biasala, hari Isnin ramai monday blues. Nasib baik dapat la jugak achieved minimum donor 40 orang. Actually ramai jugak datang mendaftar. more than 60 staffs, but tak lepas ujian saringan (ujian darah). termasuk la aku..hehehe..hemoglobin rendah. 12.3 daripada target lepas 12.5. cissss!!! nurse tu pulak very the strict one, tak cukup syarat aje takleh menderma. Ada kawan aku, berat 44.5kg, pun takleh menderma terus. Berat minimum 45kg. Berat aku 46kg..hehe..tapi dah hb rendah..kecewa pulak tak dapat menderma. huhu..last time aku menderma masa zaman belajar UiTM dulu..ada la 10 tahun lepas. lama gilerrr!! bila ada peluang camni, aku pulak tuh yg organized tak dapat pulak. Last year sebab aku tengah pregnant. Memang sah2 la tak boleh menderma. Tahun ini pun tak dapat. Harap2 tahun depan boleh arrr. Kena ambil iron tablet la camni. Ingatkan lepas bersalin nih HB aku naik..rupanyer sama jugak. Masa pregnantkan kembar lagi la rendah, tahap 10 aje. huhuhu..Nampak sangat tahap kesihatan aku masih tak stabil. adehhh..kena amik supplement ker ek??
Jamu aku beli harituh pun tak makan2 lagi..kekekeke..asyik terlupa aje. parahh!
Apapun, nak menderma darah ni bukan senang rupanyer. Banyak sgt syarat2 nyer. Aku sangat2 berterima kasih pada sapa yang menderma darah semalam. Berjaya jugak achieved target walaupun tak seramai tahun lepas. Harap2 darah yang di derma dapat menbantu orang2 yang memerlukan.
Hari nih pulak ada Anniversary company ke 40 tahun. Buat celebration kecil2an aje..aku tolong skit2 aje la..hehe, penat semalam pun tak abis lagi. So harinih aku nak enjoy aje the event. Jap lagi kena distribute cupcakes kat semua staffs. Tadi tengahari sempat singgah Starbuck kat Giant, beli gift cards untuk contest dress up terbaik. Dalam penat2 tuh sempat lagi lari ke Giant beli gifts..huhu..
ok la, sorryyy harini aku membebel syok sendiri. hehe..
Esok aku update pasal anak2 yer. Dorang dah bertambah bulan..kembar dah 11 bulan, Tia dah 28 bulan :)

Bubyyyyeee! :)
Anniversary CGC ke 40..dan ada Red Theme Day..so kebanyakkan staff pakai baju warna merah mak ngah!
Sgt supportive staff...suka aku..hehe...berbaloi arr penat lelah g beli voucher etc..
Blood Donation Day
Aku pun takder card Starbuck nih..bestnyerrr kalau org bagi free...huhu
Finally dapat la dua tong darah dari staff CGC..
Orang2 kuat sepanjang event 3 hari berlangsung
mini poster aku create sendiri..hehe
aku kat sini sgt multi-tasking...kekeke..
back to back events
Dapat la kurma Yusuf Taiyoob sekotak dari GM aku..
Alhamdulillah..sempena nak Ramadhan nih.. :D
Setiap staff dapat la cupcakes nih sempena CGC Anniversary

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio