Wednesday, August 8, 2012

Abah @ DSH

Assalam semua..
Dah lama tak buka blog nih, bertambah pulak follower..thanks to all, Salam kenal yer..nanti ada masa aku blogwalking blog2 korang..sekarang sangat2 takder masa..
Semalam aku EL, my abah masuk wad. Dah seminggu actually, ingatkan gastrik tapi rupanya2 ada sakit lain..dan semalam dia kena operate. Hempedu dia kena buang sebab dah rosak bernanah and doc jumpa batu2 kecik sekitar perut dia. ada 5 ketul batu2 kecik kena sedut keluar. hhuhuhu..kesian abah aku. So since minggu lepas aku ulang alik hospital melawat abah. Nasib baik la hospital tu kira dekat dengan rumah. Gagah la nak jenguk even malam2 pun. Adik beradik aku yang lain siap berpiknik berbuka puasa di hospital lagi..hehe, teman bapak makan..abah aku for sure la tak boleh puasa dah. Aku tak dapat nak join la sebab ada askar2 kecik nih. Cuma datang lepas berbuka aje.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Operation selama 3jam setengah berjaya. Abah aku kena stay hospital lagi 5 hari sebab nak monitor darah dia. Darah putih dia banyak dari darah merah. Risau gak tuh..mungkin sebab pemakanan abah aku tak menentu plus dia byk amik ubat2 diabetes dan darah tinggi. Tak tau pun apa jadi macamtuh sebenarnyar..mungkin sebab hempedu dia dah lama rosak..huhu..
Apapun, semoga abah aku cepat sembuh dan kembali aktif bermain golf :P

nota kaki: teknologi canggih zaman sekarang sgt membantu kiteorang adik beradik. Dengan hanya whatsapps seluruh adik beradik aku dapat berita semasa pasal operation abah. Even bila ada yang tak dapat pergi hospital, kiteorang still dapat tau setiap perkembangan abah. Tak la risau aje memanjang. dalam masa yang sama, ikatan kemesraan terjalin rapat..hehehe..ayat skema lak aku nih..
tapi betul, whatsapps nih sangat berfaedah sebenarnyer :) kan? hehe
lepas operation semalam, tengah mamai. send photo bapak kat adik beradik
my little sister kat Matrik Perlis informed dia dpt sms from abah.
Budak tu dah la tengah exam..susah hati dia..
so ada whatsapp inform la condition bapak supaya dia tak risau
baru kuar bilik bedah
bertapa dekat 2 minggu kat sini
ni la batu2 dalam perut abah
kecik2 aje tapi sakit dia memang tak terkata..huhu
aku & kakak kesangapan menunggu 3 jam lebih
dah takder keje main amik2 gambar...hehe
first day masuk hospital sampai mengigil2 dia.
abis selubung..huhu

3 idea?!:

Lina said...

Fira,
I doakan ur dad cepat sembuh.. dulu my mom pon ader batu kecik kat gall bladder die. lama jugak nak recover, nak duduk pon susah.. huhu. ur dad mesti bangga giler ada anak2 di sisi.. :)ease the pain he is having and quicken his recovery.. i hope!

Huda Hassan said...

Insyallah...everything will be okay...be strong my fren...

lokmanfirajunior said...

Lina,
Thx so much babe! rasa sronok baca ur komen..hehehe..yeahh, hope my dad bangga ada anak2 macam kiteorang..heheh..and InshaAllah, today dia dah leh kuar wad after 1 week. Alhamdulillah.. :)

Huda,
Thx babe :) Alhamdulillah..abah aku dah mula ok. Dapatla beraya sama2 nanti..InshaAllah..
berkat doa kawan2 & family jugak.. :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio