Monday, September 10, 2012

Bila si kembar sakit...

Minggu lepas start hari Khamis MIL inform si Aariz muntah. Malam sebelum tuh si Hafiy tengah tidur tetiba batuk then muntah pukul 4 pagi. Aku ingat dia tersedak susu, so takder la pikir lain. Plus badan tak panas. Lepas muntah sikit dia sambung tidur.

Esoknya MIL bagitau si Aariz lak muntah. Habis keluar semua susu dia minum. Pelik pulak aku. Apahal dorang nih?
Balik keje aje..aku tengok dorang memang macam tak berapa aktif. Pastu jadi cenggeng. Nak bertenggek aje kat MIL & aku. Sekali aku tengok si Hafiy pulak muntah.

Aiseyyy...

Malam tuh la start dua2 muntah bergilir sekali dengan cirit birit. Sampai tengah tidur pun dorang leh cirit. Makan langsung tak nak. Lepas minum aje susu, terus keluar balik.

Aku memang cuak..tapi perkara ni pernah terjadi masa dorang 5-6 bulan dulu. Ubat peket2 doktor pakar bagi pun ada lagi. Nasib baik aku tak buang..expired date tahun 2014. So kira leh makan lagi. Doc tuh bagi 2 jenis sachet. Satu air garam, satu la aku tak sure. hehe..perasa oren. Memula memang kembar takmau minum, tapi dah aku stopkan susu dorang, dah haus sgt dorang minum gak la...
Aku siap amik MC lagi Jumaat tuh, anak sakit aku yang MC..hhehehe..dah cuti tinggal 2 hari. terpaksa la bohong sunat..huhu..
Korang bayangkan 3 hari berturut2 aku kuar masuk toilet cebok si kembar bergilir2..seriyessss memang double penat!!! tu belum masuk si kakak Tia berak 2 -3 kali sehari..huhu, terkehel pinggang!
Bontot dorang melecet sikit..agak merengek gak la bila kena cuci..huhu..kesian kembarrr..
Aku takut dorang dehydrate aje..memang kena paksa minum air masak & ORS banyak2.
Hari sabtu pulak banyak giler dapat invitation openhouse. Larat pegi satu umah aje..yang lain tak dapat la nak pegi. Si kembar dah bocor2 kat rumah kawan lokman. Sorang cirit kat sofa, yang sorang cirit kat lantai..wuargghhhhh! malu aku nokkkk!! nasib baik la rumah kawan baik Lokman..takder la aku sampai nak sorok muka bawah sofa..dorang pun paham sebab anak dorang sebaya kembar..siap lahir sama tarikh yekk..hehe. Dan nasib baik si kembar cirit masa semua tetamu dah balik..hehe..takder la serabut sgt. Lepas aje dah bocor, siap tumpang mandikan kembar lagi..tukar baju terus balik. Tak jadi nak g beraya lagi..huhuhu..sorry ye kawanku Anem..tak dapat beraya ke rumah ko..huhu..Pergi satu rumah pun aku dah penat giler seharian..pukul 8 aku dah masuk tidur dengan budak2, malam tuh adik ipar nak belanja makan kat Klang pun kiteorang tak larat nak pegi. Aku dah pening & flat habis. *pengsan*. Sebelum tidur tu si Aariz sempat lagi muntah. Abis katil. Aku tukar lagi cadar buat kali kedua dalam dua hari. Tukar pulak cadar baru. Setiap 3 jam bangun bagi susu/air masak dan tukar diapers dorang.
Masuk hari ke keempat (Ahad), kembar dah tak muntah2, cuma cirit ada lagi. Walaupun sakit, adakala dorang melasak gak. Bila time cmni aku suka pulak tengok dorang melasak, sebab tu tandanyer dorang nih kuat. takder la nak menepek dan menangis aje kat aku. If menepek aje memang teruk la sakit dorang nih. Tak berkesan ubat2 yang ada. Kena bawak pegi hospital kot, drip air. Aku banyak la baca2 pasal anak muntah & cirit nih kat internet. Tu yang aku agak konfiden nak jaga dorang kat rumah dulu. huhu..sebab if bawak ke hospital camne aku nak jaga dua2? lagi aku serabut kot..jaga kat rumah senang aku monitor. +pendapat peribadi aku la+
Cara terbaik nak cure cirit birit adalah dengan menukar susu dorang yang takder laktosa tuh. Aku suruh aje Lokman beli susu apa2 yang xde Laktosa. Si kembar tak memilih sangat bab susu. Lokman beli Isomil. Lepas aje tukar susu baru la cirit dorang berkurangan. Dan baru la nak makan. Sebab dah tak loya nak muntah la tu. Aku bagi roti & biskut je dengan chicken soup. As long nak makan aku dah kira lega jugak. Kesian 2 hari dorang tak makan. Makin susut aku tengok si Aariz. Baru nak naik badan, dah susut balik. Aduhaiii..
Pagi nih aku tengok ada lagi cirit. Harap2 esok dah ok. Dorang dah kembali ceria..InshaAllah, moga Allah berikan kesihatan yang baik2 pada anak2 aku..aminnn..

Notakaki: Orang tua2 kata, sakit nak beralih bulan. Mungkin. Si kembar nak belajar berjalan kot. Or nak tumbuh gigi lagi. :)

Notakakilagi: jiwa kacau bila anak2 sakit. Kena banyak istighfar sebab aku cepat melenting & emo. tak suka! Dugaan dari-Nya menandakan Allah sayang kat kite :)

Sakit2 pun boleh lagi buat keje rutin, memanjat sofa
gambar pagi tadi. dah mula ok. but still kena minum air masak banyak2. recovery process
dah ceria dah muka dorang
hari jumaat. menepek sakit. Dah takder baju suar dah. Asyik bocor aje..tak terbasuh dah pakaian dorang kena muntah berak..huhu
kat openhouse umah kawan
boleh lagi main2, sebab ada geng & toys

2 idea?!:

Cerita bonda said...

sian kembar...get well soon darling..si ayan tu pun br kuar ward..lung infection..aku tobat takmoh biar nasuk wad..betol ckp ko..serabut..rela ulang alik spital buat fisio. .

lokmanfirajunior said...

thx babe. tu la, aku ada baca entry aryan sakit tuh, nak komen pun tak menyempat. serabut kan wey anak2 sakit? Dugaan sungguh! apapun semoga anak2 sihat lepas nih.. InshaAllah.. :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio