Wednesday, November 28, 2012

Cake in jar ~ rainbow cake

Haritu aku dok tayang durian crepe kan?
Haaaa..harini aku tayang kek pulak..hehe
Kek yang dimasukkan ke dalam balang kaca..tren orang masa kini..
Sesuai untuk dibuat doorgift majlis perkahwinan, birthday party anak-anak, majlis cukur jambul, majlis farewell company pun boleh jugak..atau apa-apa event yang korang nak buat..belasah aje..termasuk nak berpiknik sambil main layang-layang..hahaha haaa boleh2, tarak masalahhh..
Sebab memang layann makan kek berkrim cheese sambil lepak santai-santai.
Lagipun senang nak bawak kemana-mana bila dah siap-siap letak dalam jar ni.
Anak aku Tia suka pulak makan kek dalam jar ni, siap nak pegang sendiri.
Yang ini bukn aku la yang buat. Aku memang xde jiwa seni dalam membaking ni..kekeke. Jadinya aku tolong jadi agen aje. If korang yg duduk area pj, shah alam, subang, kota damansara..bole arr order. Tapi kena ambil sendiri kat umah owner dkt kg melayu subang atau boleh dihantar dekat area yg berdekatan. Boleh tengok kat fb Dinda Delight.
Harga sebotol RM7 sahaja. :)
Minimum order sebanyak 5 botol.

Marila rasaaaa..yummylicioussss!! :))

Oh ye, selain rainbow cake, ada gak red velvet atau apa2 cake yang anda mau.





Tuesday, November 27, 2012

Bukit Gambang Waterpark Resort #Part 3

Aduhaiiii...baru teringat aku hutang korang lagi 1 entry pasal Gambang nih..Aku cite serba ringkas ek..entry sebelum2 nih tengok kat SINI dan SINUN
entry kali nih pasal outdoor activities yang ada kat sana selain berendam kat waterpark dia. Outdoor activities kat sana agak menarik la utk yang suka aktiviti lasak. Untuk kanak2 pun ada gak. Antaranya:

1) flying fox
2) menunggang kuda/poney
3) paintball target shooting
4) ride in horse carriages - ala2 merasa jadi cinderalla gitu..
5) ATV rides
6) lain2..aku tak ingat semua benda..sebab sibuk jaga askar2

aku cuma main paintball shooting aje. Teringin naik ATV tu tapi memikirkan si kembar yang melasak terus tak jadi. Kakak & adik aku aje yang main. Dorang ambik pakej..bayar RM30 shj dapat main beberapa benda. Kira murah sesangat!

Kitaorang main before check out. Lepas breakfast terus ke tempat outdoor. Jalan kaki aje..betul2 berdepan dengan resort.

Si Tia tak berani lagi naik poney..tunggu dia besar lagi sikit laa..keekekeke..badan halus aje kuda pun tak terasa bawak dia..heh!

Mohh layan gambar aje yerr..




          haaaa, penanda nih aje yang ada kat sini....kekeke..comel jek

tak clear ek? sowiieee..
antara aktiviti2 yang ada


Askar2 aku takleh main apa2..so ada white board dgn marker, si Tia bantai main lukis2..
si kembar menyibuk la of corsss


bebudak semua tak mandi lagi..
dengan baju tidur semua kuar main..kekeke


adik aku yang sengal
dengan kakak aku di belakang


tengah usha2 nak main apa dulu



kekeke, gambar terbalikk

aku yang poyo nak menembak..
dapat gak 4 mencapai sasaran..yang lain ke lautt..ada 20 palet dia bagi




ada gaya macho tak? heheh..

Monday, November 26, 2012

Update Pureen warehouse

Sabtu lepas aku dengan kakak g warehouse nih pukul 1 petang. Sebelum sebelum nih pukul 8 pagi dah keluar rumah..excited nak berebut-rebut dengan orang pilih2 baju bajan. Sekarang kitaorang dah malas nak berebut...kakak aku pulak ada baby kat rumah yang fully breastfeed..jadinya kena shopping dengan express! Aku nak beli baju bajan kembar, grab mane yang sempat aje laaa..takder dah nak belek satu-satu..then toileteries kakak aku tolong ambilkan. Aku bagi list aje kt dia..since dah hafal dah bebarang kat warehouse nih, so sonanggg ajo..kiteoang berpecah. Anak buah aku tolong beratur siap2..nasib baik budak kecik tu ikut..leh tolong beratur. By dah dekat sampai kaunter maknya pun whatsapp aku, suruh g ke kaunter. Dalam masa sejam settle!
Sempat gak la aku ambil order kekawan. Ada kawan aku pesan beli baju dengan mitten booties.
Komen aku kali nih on this warehouse...
1) This time lebih teratur. Kaunter ada 28 bijik..So memang laju aje masa nak bayar.
2) Aku sampai sana pukul 1 petang, orang dah tak menyesak sangat..sangat selesa pilih2 baju. Baju2 pun still banyak!!
3) Cuma harga baju menaik la dari warehouse yang lepas. Dah takder dah baju 1 set (suar baju) RM6 dan RM8. Paling rendah RM10. Paling mahal RM15 satu set. Tapi masih ada lagi 1 pc RM3 dan RM4. Mitten booties set pun macam naik harga..aku rasa la..dulu aku beli RM3 aje, sekarang dah RM5. Kasut2 prewalker tak nampak. Dulu berlambak2.
4) Harga tuala, selimut, bantal rasa masih sama RM12 ke atas.
5) Toileteries & diapers pun still sama harga. Aku tak sempat mengusha bahagian toileteries. Cuma dapat tengok kat resit aje harga2 bebarang.

Overall, ok..masih boleh lagi pergi next time. Hope next time harga barang-barang tak naik. Ramai kekawan aku yang baru2 nak dapat anak excited mengajak teman dorang nanti..hehehe..takper2 selagi anak2 aku pakai pampers, pakai baju saiz bawah 2 tahun dan menggunakan wipes & toileteries Pureen, selagi tu aku pegi..hehehe..



Kiddi wash RM16
Wipes 2 botol Rm18

Mitten & booties dan pamper kawan aku pesan
Diaper S66 Rm24


Ini la hasil belian aku untuk si kembar
Tia punyer dapat la satu Tshirt besar RM5 aje selai
Kembar dapat sorang 6 pasang seorang
huhuhu..
Bankrap dah Ummi korang nih akibat harga baju naik..
lepas nih takder dah beli baju basahan dorang
Pakai la sampai naik kulat2 hitam..hahahah..

Bebudak sibuk mengeledah..
tiga2 kena tinggal dengan bapak dorang..kekeke..
aku pegi time dorang tengah melena..so takder la adegan melalak2 nak ikut

Friday, November 23, 2012

Setia City Mall: H&M dan Kids Playland

Minggu lepas aku beria mengajak Lokman pergi Setia City Mall dekat Setia Alam, Shah Alam. Ramai yang cakap tempat tu best, shopping mall baru buka. Nak pergi sana pun kira tak berapa jauh sgt la dari rumah kitaorang, heading ke Setia Alam, cuma ada 2 tol nak kena lepas. Mahal pulak tuh tol nyaaaa..
Yang buat aku teringin tu sebab ada butik H&M yang baru2 masuk ke Malaysia. H&M nih brand dari Sweden yerrr..hehe, ye la sejak perang tercetus antara Palestin & Yahudi nih, orang mula boikot semula barang2 buatan Yahudi dan kroni2 nya. So aku siap google lagi owner H&M nih..haha. Nasib baik dari Sweden. So leh arr tanpa rasa bersalah membeli nanti. Aku suka brand nih sebab pernah beli baju2 dan seluar anak-anak aku. Ada kawan aku pergi ke UK dan dia offer diri ambil order. masa tuh H&M lagi 2-3 bulan nak buka kat sini. Harga jualan murah kat UK amat murah berbanding dengan harga baju2 kat sini so harusla order sementara ada orang nak tolong belikan. Aku suka design & kualiti kain baju seluar dia. Tu yang rasa nak tengok sendiri butik HM kat Setia Mall nih, nak pergi outlet kat Lot10 tuh macam jauh pulak nak turun KL. Before that tengok kat website H&M Malaysia, rata2 harga-harga barang kat sana boleh katakan affordable la untuk kita. Kira nak beli sekali sekala untuk family boleh lagi arr..kalau selalu leh bankrap gak aku rasa..hehe (tu aku la yang keje makan gaji nih :P).
Lepas cuci-cuci mata kat outlets sekitar situ, aku & Lokman terus cari playland untuk anak-anak. Ada kawan kiteorang pernah bawak anak dia ke sana, kan sejak aku bawak Tia main kat Starship Galatica, OU dulu, terus dia suka main kat tempat macam nih, dok ulang2 kata nak main bola. So since playland kat Setia Mall nih murah, RM12 per entry kira 3 orang anak lepas lagi la. Tapi rupanya si kembar tak payah bayar..hehehe..Tia aje dorang kira. Masa tuh pulak cuma ada 2 orang budak. Jadi senang la nak control Tia & kembar. Dorang pun taklah takut nak main segala benda dalam tuh. Amazingly si kembar automatik tau nak pergi mana, nak buat apa, panjat sini, turun tangga..mak aihhhh, sangat aktif! Lepak sejam gak la..sampai Tia xmau balik. Si kembar pulak terus pengsan lepas tu..leh arr makan kejap before balik rumah. Overall, kira lepas nih if takder apa plan weekend, leh arr bawak askar2 aku main kat sana. Selagi kembar dapat masuk secara percuma!kekekeke..jimattt ooo!

Thursday, November 22, 2012

Sejarah Gaza, Palestin & Al-Quds & Israel

Aku copypaste dari blogger ini (Saudara Mohammad Azhan). Aku menggunakan khidmat google untuk mencari siapa sebenarnya Dr Mohamed Mursi, President Mesir yang baru yang berjaya membuat rundingan gencatan senjata antara Palestin & Israel. Dalam blog saudara Azhan nih ada menceritakan siapa Dr Mursi dan juga beberapa cerita mengenai Palestin termasuk la sejarah dari awal kemunculan Islam sehingga hari ini. MasyaAllah!
Aku kagum dengan penulisan sejarah beliau dan aku ingin share dengan korang semua. Sebab baru aku nampak dan paham sejarah mengenai Palestin & Israel dan siapa dalang2 dan kroni2 mereka. Dulu aku suka subjek sejarah masa sekolah. Dan dapat score A1 masa SPM..kekeke..tapi bila dah umur 30 tahun nih banyakkan yang aku belajar dulu dah lupa..lupa habis! parah! :P
Meh korang, kite mengimbau sejarah dunia balik..nanti satu hari nanti anak-anak kita sure akan tanya kita mengenai kisah ini..So dapat la kita cerita dengan mereka atau kite tunjuk aje entry ini kat dorang..kekekek, suruh dorang sendiri yang baca pulak :P tak susah2 kita nak hafal ek? hehe
Credit to saudara mohamad azhan :) terima kasih

Pengenalan

Allah s.w.t telah berfirman tentang Masjidilaqsa iaitu: “Yang Kami berkati sekelilingnya.” Apa yang dimaksudkan dengan sekelilingnya ialah bandar Al-Quds (Baitulmuqaddis).

Bandar Al-Quds terletak di garisan bujur 35 darjah dan di garisan lintang 31 darjah.Bandar Al-Quds adalah merupakan bandar yang tertua di dunia, di mana ia telah dibangunkan pada tahun 3000 Sebelum Masihi.
Di dalam bandar ini terdapat Masjidilaqsa yang juga termasuk di antara masjid yang tertua di dunia selepas Masjidilharam. Imam Bukhari dan perawi-perawi yang lain telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Nabi s.a.w ditanya: Masjid yang manakah pertama kali dibina di atas muka bumi? Lalu baginda bersabda: Masjidilharam. Selepas itu baginda di tanya lagi: Selepas itu? Baginda bersabda: Masjidilaqsa. Kemudian baginda ditanya: Berapakah jarak tempoh pembinaan di antara keduanya? Baginda menjawab: 40 tahun.

“Solat di Masjidil Aqsa adalah sama nilai pahalanya dengan lima ratus kali solat di masjid-masjid yang lain kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.” (H.R Bukhari-Muslim).

Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Pembukaan Islam telah berjaya sampai ke bandar Al-Quds selepas kekalahan tentera Rom di dalam peperangan Yarmuk menjadikan jalan ke Baitulmuqaddis terbuka luas. Lalu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a meminta supaya Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a datang ke bandar Al-Quds kerana penduduk bandar Al-Quds tidak mahu menyerah kecuali selepas kehadiran Khalifah umat Islam untuk menerima penyerahan bandar tersebut.

Lantas Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a pergi ke Baitulmuqaddis pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi serta memberi jaminan keamanan kepada penduduk di sana serta berjanji untuk menjamin keselamatan jiwa, harta dan tempat-tempat ibadat mereka serta tidak membenarkan orang-orang Yahudi untuk tinggal bersama mereka di bandar Al-Quds.

Khalifah Umar bin Al-Khattab telah memberi kebebasan beragama kepada penduduk di bandar Al-Quds secara membayar Jizyah. Beliau juga menolak permintaan salah seorang paderi untuk mendirikan sembahyang di dalam gereja Kristian supaya masyarakat tidak terikut-ikut untuk melakukan tindakan yang sama. Kemudian beliau pergi ke kawasan Masjidilaqsa lalu menyapu kotoran yang terdapat pada batu As-Sakhrah seterusnya beliau membina sebuah masjid di sudut sebelah selatan tempat tersebut.

Di dalam Islam Masjidilaqsa mempunyai kedudukan yang sangat tinggi, di mana ia merupakan kiblat pertama bagi umat Islam dan Nabi s.a.w sendiri pernah mendirikan sembahyang sebanyak 17 bulan secara menghadap ke arah Masjidilaqsa, kemudian baginda menukar arah kiblat ke Masjidilharam setelah diturunkan perintah oleh Allah supaya baginda berbuat demikian.

Dari masjid inilah juga Rasulullah s.a.w dimikrajkan ke langit selepas baginda diisra’kan dari Masjidilharam ke Masjdilaqsa selama satu malam dan mendirikan sembahyang bersama seluruh para nabi-nabi sebelum baginda melakukan perjalanan Mikraj ke langit.

Pada setiap masa dan zaman para pemimpin dan khalifah umat Islam kelihatan sentiasa memberikan perhatian yang tinggi terhadap bandar Al-Quds yang penuh dengan keberkatan ini. Contohnya pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah, Abdul Malik bin Marwan telah membina Kubah As-Sakhrah pada tahun 72 Hijrah bersamaan 691 Masihi dan selang beberapa tahun selepas itu Al-Walid bin Abdul Malik telah membina kembali Masjidilaqsa.

Tidak ketinggalan juga pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiah, di mana mereka turut memberi perhatian kepada bandar Al-Quds sehinggalah pemerintahan Islam menjadi lemah dan Masjidilaqsa dikuasai oleh tentera Salib selama hampir 100 tahun kemudian dibebaskan kembali oleh pahlawan Islam yang agung iaitu Salahuddin Al-Ayubi rahimahullah.

Setelah itu Al-Quds mendapat perhatian penuh pada zaman pemerintahan kerajaan Othmaniah dan terus berada dalam keadaan aman sehinggalah berlaku kelemahan di dalam pemerintahan Kerajaan Othmaniah yang diakhiri dengan kejatuhan Khalifah Islamiah menyebabkan orang-orang Yahudi dapat masuk ke bandar Al-Quds dan Al-Quds masih lagi dijajah oleh Zionis Yahudi sehinggalah ke hari ini.

Sejarah Awal

Sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.

Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.

Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.

Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"

"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"

"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin. Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki. Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.

Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.

Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.

Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram. Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.

TARIKH dan PERISTIWA PENTNG

1882-1904 Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin

1897 Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan

1904-1914 Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi

1917 2 November Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin

1918, 9 Disember Tentera British menjajah Palestin

1920, 24 April Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin

1936-1939 Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan

1947, 29 November Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melalui Jawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin

1948, 9 April Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis





1948, 14 Mei Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram israel

1949 Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin

1967, 5 Jun Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka


LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948!


Azhan: Sejauh mana kepedulian kita terhadap sahabat dan saudara mara kita di Gaza? Sekadar cukup melaungkan Anti-Zionis tanpa mengetahui sejarah kejam, zalim dan licik bangsa terkutuk ini? Moga sedikit perkongsian membuah rahmat dan semangat buat semua bahawa Islam sudah lama terjajah dalam diam umatnya masih ramai yang leka. Teruskan berdoa, bersedekah semampunya untuk sedikit senyuman di wajah mereka kerana isu Palestin bukan lagi sekadar konflik agama tetapi kisah kemanusiaan yang makin ranap di sana.

isu berkaitan:Memperingati Hari Nakba, 63 Tahun Palestin Dirampas!(Gambar Menarik)

sumber:kini2u, iluvislam

[yahudi3.gif]



Update terbaru dari Gaza oleh Farhash

Pagi2 tadi aku buka fb dan terbaca status terbaru yang ditulis oleh Farhash:




Allahu Akbar!!
Alhamdulillah...beliau selamat dia sana :)
dan kesemua sukarelawan Malaysia selamat juga

Updated: Nov. 21, 2012
The Gaza Conflict, November 2012
Nov. 21 Israel and Hamas agreed to a cease-fire after eight days of lethal fighting over the Gaza Strip, the United States and Egypt said after intensive negotiations in Cairo. The cease-fire, to take effect at 9 p.m. local time (2 p.m. E.S.T.), was formally announced by Secretary of State Hillary Rodham Clinton and Foreign Minister Mohamed Amr of Egypt at a news conference in Cairo and was aimed to avert an escalating battle between Palestinians and Israelis that had threatened to turn into a wider war.
Nov. 20 President Obama sent Secretary of State Hillary Rodham Clinton to the Middle East to try to defuse the conflict in Gaza, but a cease-fire proved elusive on the deadliest day of the conflict. Gaza officials put the death toll there at more than 130, roughly half of them civilians. An Israeli soldier was killed, bringing the death total there to five.

Mengalah jugak si Yahudi laknaktullah..
Tapi tak tahu la sampai bila si giler tu akan beralah..moga Allah membalas kejahatan mereka nanti..Aminnn..

Teruskan memberi sumbangan kepada Gaza sebab mereka masih lagi memerlukan sumbangan dari kita. Banyak bangunan dan tempat tinggal mereka musnah. dan masih lagi ramai yang tercedera..
Semoga mereka akan bebas dari gangguan Yahudi laknatullah suatu hari nanti. In shaa Allah..

Wednesday, November 21, 2012

Kawan lama berjihad di GAZA & sumbangan anda amat diperlukan..

Kawan lama aku kenal sejak dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3. Kawan sekelas masa sekolah di PJ..dia antara yang paling aku senangi berkawan dengan dia. Sangat cool dan kelakar. Dalam kelas dia duduk belakang aku. Hobi dia baca komik Shin Chan masa boring, kadang2 tuh cikgu tengah mengajar pun dia slumber baca komik. Tak pun tidurr..hahaha, tapi dia tetap bijak and scorer. Nama beliau Farhash Wafa Salvador. Ada darah filipina + melayu.
Lepas aje tingkatan 3, aku pindah ke kedah dan dia pun pindah sekolah. Langsung lost contact. Cuma baru2 nih aje aku dapat jumpa dia dalam FB. Dan aku ikuti perkembangan dia bila dapat tau dia seorang volunteer dalam project Gaza/Palestin nih.
Dia antara volunteer malaysia yang berada di bumi Gaza sekarang nih, meninggalkan isteri dan anak kecil (berusia dalam 1 tahun lebih) untuk berjihat demi Allah.
Allahu Akbar!!
Pagi nih aku baca status terbaru dia di Gaza. Tempat dia duduk dah diserang Israel laknatullah!
Dia sempat update berita terkini dia & memohon ampun pada semua.
Syahdu rasa hati....terbayang family yang ditinggalkan...
Semoga Allah melindungi dia dan serta rakyat malaysia dan palestin di sana. Celaka la ko wahai Yahudi!!
Korang baca la status2 dia tulis kat fb dia..dan kalau ada berniat untuk memberi sumbangan pada Palestin, bank in terus aje dalam akaun adik dia. Ini aje pertolongan yang mampu kite buat disini. In shaa Allah dapat menbantu mereka disana..
copy from Sharifah Mahsuri Wafa
"All Banks in Gaza are shut down as well as western union and other similar facilities of its nature. Even their National Islamic Bank was bombed. The only way for you to help and donate is via the NGO's or Palestinians you may know here,they will find ways to bring the cash in Gaza, at the moment according to OIC there are only two Malaysians in Gaza. Take this opp...
ortunity and do what you can forGaza, it does not matter if you choose to donate via me or any other entity, the most important is to help our Muslim brothers and sisters and to my fellow Malaysians, Ahlan to Gaza, come to Gaza and give your blood!! Wallahi this is the place to be!!"- Farhash Wafa Salvador. dear friends, you can donate the money thru bro Farhash's brother, Farizz Wafa Salvador:
"Abang sekarang berada di Gaza,dan sedang mengumpul sumbangan untuk pertahanan diri ubatan dan makanan bagi brigate al-Qassam.Kami akan kumpul dan hantar ke kak safa yang kini berada dia Qairo bersama baby khalid.dan dari Qairo duit itu akan diseludup ke Gaza.sbb bank semua down di gaza. 162302585716 maybank farizz. "

pls spread to others. pahala dikongsi bersama.jihad bersama.
As salam kenalan dan sahabat, marilah kita doakan keselamatan saudara kita Farhash Wafa Salvador yg berada di Gaza sekarang nie...

Last fb update dari saudara kita....

21 November 2012
"Ya Allah, was in the midst of doing solat sunat and calling it a night at 2 am,when my accomodation was attacked by a rocket,the building shook fiercly, continued with my solat taubat and went to check if zionist troops were app...
roching since i could hear some commotion downstairs. Looks like they are targetting my area now, Allhamdulillah the bomb missed and landed infront and caused some damages
to our building. I would like to take this opportunity to express my thoughts since i do not have much time to write to each and everyone of you one by one.To my darling wife, i am out of credit to contact you, hoping you will read this message, i love you and our son very very much! To my mom and dad, brothers and sisters i love you all,same goes to aunty lila,uncle anuar and all my family members, not forgetting old friends and new. Forgive me for all my wrong doings and halalkan semua, if i owe you guys anything, contact safa, In Shaa Allah she will take care of it on my behalf."
All Banks in Gaza are shut down as well as western union and other similar facilities of its nature. Even their National Islamic Bank was bombed. The only way for you to help and donate is via the NGO's or Palestinians you may know here,they will find ways to bring the cash in Gaza, at the moment according to OIC there are only two Malaysians in Gaza. Take this opportunity and do what you can for Gaza, it does not matter if you choose to donate via me or any other entity, the most important is to help our Muslim brothers and sisters and to my fellow Malaysians, Ahlan to Gaza, come to Gaza and give your blood!! Wallahi this is the place to be!!

Asalamualaikum my dear friends and family,currently we are expecting a ground invasion by Israel.
Semoga Allah merahmati saudara kita ini Farhash Wafa Salvador.
Info.

Seorang rakyat Malaysia bernama Farhash (daripada MAPIM) sekarang berada di Gaza. Beliau merupakan peserta MyGMJ tahun lepas.

Kecintaan beliau terhadap Palestin patut dijadikan pengajaran kepada kita semua. Doakan, beliau. Amin ya r...
abb.

Update drp facebook Farhash:

----------------------------------------------------------------------

Updates from Gaza: The journey here took me two days from Macedonia, that it self was an adventure since me wife and son were far away from the closest Airport, after being stranded in Istanbul for 7 hours and a sleepless night, we managed to reach Cairo at 9 am, had no time to spare since the other OIC delegation has left fro Rafah. Said my farewells to wife and son, my heart was sadden by her tears but i had to go nonetheless.

The journey from Cairo took 6 hours, we barely made it in time before the border was closed, has no choice but to bride several military officers to allow us to cross the check points. Having arrived Rafah border, Allhamdulillah the entry this time was much easier than the last time i was here, maybe the fact that it was empty helped hehe.

Allhamdulillah arrived Palestine and while getting my arrival Stamp was greete by loud Bombing and the building shaked a little. Was picked up with a full escort complete with a decoy car and the drive into the city was full of adrenaline with bombings and aircrafts being heard along the way. Woke up for subuh with the noise of bombings and now i am updating this status before i head out for my meetings.

One thing tho, amids all the chaos in my surronding, i felt a feeling that is familiar to me, one that i have only felt infront of Kaabah, Raudah near the makam of our Beloved Prophet and while visiting syria not so long ago.Maybe this is why our Prophet peace be upon him says that Al- Syhams, Land full of Barakah!

Gambar2 bawah nih aku amik kat fb dia


yang berjubah hitam itu Farhash
keadaan di Gaza
yang baju merah dgn anak kecik itu isteri & anak dia
kuat sungguh hati isteri dia nih T_T

Rombongan Malaysia ke Gaza bersama2 beliau

Musim Durian Crepe

Sekarang musim durian ek?
Sana sini dalam fb, twitter, whatsapps segala mak nenek online nih orang dok post gambar durian bagai..haaa, kat sini aku nak post gambar DURIAN CREPE.
hehehe..aku order dari kawan aku. First time makan terus jatuh cintaaaa..aku suka kelembutan crepe nih..dalam tuh durian berlayerkan dengan whipped cream..rasa2 manis cream dengan durian. kulit luar tuh pulak nipis dan lembut. Yummylicioussss!!!
Kawan aku jual RM5 utk 2 pcs. 1 pc tu sebesar saiz Iphone..heheh..kira berbaloi arr..
Korang nak cuba rasa DC dia nih, leh email aku dapatkan contact no. dia..Dia duduk dia Kg Melayu Subang. Jadi sesapa dok area sana, KJ, PJ leh arr order dgn dia. Yang duduk jauh dari tu if korang rajin mengambil order kat rumah dia boleh arr..sebab dia tak dapat nak personally deliver kat korang. kes dia buat bisness nih sesorang. Bukan setakat DC aje dia buat, cake in jar, cheese tat (berbagai tat), apam polkadot, cakes, cupcakes semua dia leh buat. so tak cukup tangan kaki nak handle and buat delivery service.
Aku dah pernah rasa semua jenis buatan tangan dia - Liyana Harun. semua pun memang sedapppp!! excellent! harga pun tak mahal. seriyesss aku tak tipu..hehe..
Nak lagi sedap, letak ice cream vanila on top of this crepe...pergghhhh terangat!!
Apa2 nak tau email aku ek : zahfiraneka@gmail.com

Monday, November 19, 2012

Teater Tun Dr. Sri Hasmah @ Istana Budaya, KL

Sabtu lepas aku mengajak Lokman dating dengan aku tengok teater. Last tengok teater Natrah tahun 2010. Lama dah tak layan teater nih..adik ipar pulak offer nak dapatkan tiket murah..heheh..harus la grab peluang yang ada! Then kakak aku pulak baik hati nak jaga askar2 aku. Sekali sekala nak keluar tanpa anak2. hehe..tapi tak jadi hantar kat kakak, adik ipar aku pulak offer diri jaga askar2..terbaik!
Kiteorang bukan berdating berdua, tapi dengan rombongan keluarga lokman. Mak mertuaku, adik ipar dengan husband dia & adik bongsu Lokman. haaa, meriah kooo!
Dapat duduk kerusi 3 row dari depan stage. cuma kat tepi arr..memang nampak clear2 muka para pelakon.
Part paling best masa zaman Tun Hasmah (Lisa Surihani) bercinta dengan Tun Mahathir (Nadzim Othman), Tun Hasmah panggil nama manja Mahathir dgn "det". Rupanya dorang bercinta since kat UM, Singapore. Both amik jurusan kedoktoran. Dorang bercinta selama 8 tahun! Tun Hasmah adalah student yang sgt aktif, masuk hoki dan memacam persatuan. Sampai belajar pun asyik repeat2..hahaha, penat chedet membebel kat dia, suruh belajar betul2. Chedet pulak seorang yang skema..keje belajar aje. Dia yang mengajar Hasmah..kira dorang belajar bersama2 la. Parent Hasmah sgt tegas, suruh dorang dapatkan Ijazah dulu baru boleh berkahwin. Lepas tuh Hasmah bekerja sebagai doktor kat hospital kerajaan di beberapa negeri (Johor, Jitra Alor Setar). Tinggal berjauhan dengan Chedet. Dia mengajar bidan2 kampung supaya menjaga kebersihan dan memberikan kursus2 khas pada bidan2 kampung. Lakonan LS & NO sangat best! part dorang menari2 & menyanyi tuh memang syok, comel aje..
Then bila masuk part Chedet join politik, Eja & Esma Daniel pulak ambil alih. Part nih dah serius2..macamana Hasmah support Chedet dalam kerjaya sebagai ahli politik. Dianiaya, di fitnah dsb. Memang kuat la Tun Hasmah nih bila memacam dugaan menimpa. Dalam masa sama dia still bz dengan keje dia sebagai doktor. Ada satu part nih Chedet yang suggest dia pergi ke Iraq untuk bantu mangsa2 perang kat sana dan bertemu dengan Saddam Hussein. Kira dorang dua nih saling support kerjaya masing2 sehingga satu tahap chedet selalu kena outstation, dan perlukan Hasmah follow dia..then baru Hasmah resigned dan menjadi mengikut setia chedet kemana aja - sweet couple giteww!
Ada just part politik2 diselitkan. Kisah musuh2 politik Chedet seperti PAS & Anwar Ibrahim yang ingin menjatuhkan beliau, then part UMNO bersidang..siap kuar lagi UMNO tu takleh tahan..hahah..ada wanita2 UMNo pakai pakaian seragam merah putih dorang, part yang Chedet umumkan perletakkan jawatan dia..paling lawak masa ada pelakon sebijik macam Rafidah & Sharizat..kekeke..audience memang bantai gelak part tuh..tapi dalam masa sama sedih gak bila Chedet umumkan resignation dia, and Hasmah sokong segala keputusan Chedet even chedet tak inform kat dia pun pasal plan beliau nak resign at first. Ada part yang Chedet dimasukkan ke Hospital sebab serangan jantung. keadaan sangat kritikal sampai doktor2 suggest pergi ke US untuk operation, tapi Hasmah takmau buat keputusan sendiri, surh Chedet yang pilih nak buat operation kat mana. Finally Chedet pilih operate kat Malaysia aje sebab dia yakin dengan kemampuan doktor2 tempatan untuk melakukan operation untuk dia. Quote Tun, "kalau bukan kita yang nak percaya orang kita, sapa lagi?"..betapa tebalnya sifat percaya pada bangsa & negara chedet sampai sanggup pertaruhankan nyawa beliau sendiri. Dan Hasmah merelakan sahaja walaupun takut kehilangan suaminya. Anak2 dia semua ada..Dira Abu Zahar as Marina. Anak2 yang lain aku tak tau nama pelakonnyer..hehe..sorryyy..
Lakonan Eja & ED memang terbaik gak. ED memang pandai bawak watak chedet sampai cara cakap & gaya pun sebijik macam chedet. hehe..
Overall, baru la aku tau kisah perjalanan Tun Hasmah. Seorang yang berpelajaran tinggi, berdedikasi dan superwoman! Salute arr dengan dia. Dan beliau merupakan Wanita kedua yang menjadi doktor di Malaysia. haaa, jangan main2! Baktinya kepada negara sangat besar.. baru sesuai digelar First Lady Malaysia. hehe..
Cuma ending cite nih tetiba cite pasal Chedet pulak..hahah, macam tak sesuai sebab teater nih pasal Hasmah kan..scene terakhir, even Chedet tak lagi menjadi PM tapi dia still busy terima undangan sini sana sampai si Marina nak jumpa dia pun kena buat appointment dengan secretary chedet (lakonan Erma Fatima). Eventhough dorang berdua tak pegang jawatan penting dalam kerajaan, tapi masih lagi berbakti pada negara, selama negara masih memerlukan mereka (bak kata Tun Sri Hasmah). THE END.

Nice!

nota kaki: rasa lagi comel kalau Tun berhijab kan :)

aku jumpa Umie Aida..sangat cantekkk & kurus melampai. Dia pegang tabung untuk kutipan amal Gaza kat depan pintu nak masuk teater. :)

secene chedet dimasukkan ke hospital
aku dengan MIL
gambar nih patut terakhir..hehe, layan bihun sup kat sebelah Hospital Sentosa. Terbaik punyer bihun! kata Lokman..yolahhh..
menunggu teater bermula
heheheh..nak jugak bergambar seorang kat Istana Budaya..kwang kwang
dalam teater hall. aku duduk depan weyyy! :P
part UMNO bersidang :P
para pelakon hebat!
cakkk! :D
pergi la try bihun sup dia..superb! :)
ending, memperkenalkan para pelakon. Baju kot biru itu Nazim Othman :)
Tahniah pada semua..nice theater overall :)
 
Blog Template by Delicious Design Studio