Thursday, December 13, 2012

Penyimpanan Sel Stem Tali Pusat Bayi - Apa kebaikannya?

Tengahari tadi aku organized talk program untuk staff opis. Aku invite wakil dari StemLife Berhad. Yang bagi talk tu COO Stemlife sendiri, Encik Zahrein Redza, datang dengan Sales Team & Assistant dia. Setiap orang dapat goodie bag, dalam beg tuh ada brochure set & pen. Very useful info inside there..aku tak dapat dengar sangat talk tadi, cos busy urusan packed lunch participants..so dengar la sipi2.

Aku nak share dengan korang pasal kebaikan penyimpanan sel stem tali pusat anak. Meh baca k!
Aku sangat teruja nak tahu pasal penyimpanan stem sel tali pusat anak nih. Sebab nya banyak benefits kite boleh dapat dengan menyimpan tali pusat anak kita. Sebab utama adalah untuk kesihatan. Dengan adanya penyimpanan tali pusat anak tu nanti, in future ada kemalangan ke, penyakit berbahaya seperti Cancer darah/leukemia, heart problem for baby or siblings, Talasemia dan bermacam jenis penyakit kronik, stem sel yang kita simpan tuh boleh diguna untuk mengantikan stem sel yang dah rosak. Let see macam leukemia, pesakit kena buat kimoterapi kan? Bila buat kimo, banyak stem cel akan damage/hilang. Imunisasi badan jadi lemah. Sel darah merah pun akan hilang. Ini yang menyebabkan pesakit tak bertahan lama. Jadinya, adanya stem sel yang baru dari tali pusat tu la akan mengantikan semula segala stem sel yang rosak. Sebanyak hampir 80 jenis penyakit boleh dirawati dengan adanya stem cell nih.
Let say kite simpan tali pusat anak kita, in case adik beradik dia yang lain (atau anak2 kite yang lain) atau diri kita sendiri jatuh sakit ke, kite boleh guna stem cell tali pusat yang kita simpan tuh utk cure dia/kita. At any time.

Macammana dorang ambil tali pusat baby ini?
Orang stemlife akan join skali masa korang nak bersalin dalam LR. Kita kena inform pihak hospital yang kita nak simpan tali pusat anak nih. Then lepas aje baby keluar, masa doktor nak potong tali pusat tuh, org stemlife akan get ready. Dorang immediately kena simpan tali pusat nih dalam storage box and bawak terus ke makmal dorang. Within less than 10 minutes aje tali pusat tuh tahan kat luar.
* so rasa2 aku nak buat penyimpanan nih kena g hospital swasta, sebab hospital gomen tak bagi orang lain masuk. Kawan aku la cakap..tu aku tak pasti. Tak sempat nak tanyer speaker tadi..huhu..nanti aku akan email kat org stemlife arr tanyer lagi detail..hehe..

Kenapa guna tali pusat baby?
Sebab tali pusat bayi paling fresh, darah dan sel-sel dalam tali pusat sangat berkualiti tinggi. Menggunakan stem sel tali pusat lagi senang nak matchkan dengan darah adik beradik/famili.

Berapa lama boleh simpan stem sel tali pusat di StemLife?
Selama 21 tahun. Sampai umur anak tuh dah besar, dan bila tali pusat tuh dah jadi hak milik dia sepenuhnya, dia kena decide nak buat apa dengan stem cel dia tuh. Nak musnahkan atau donate untuk research atau kepada yang memerlukan.

In case semasa penyimpanan berlaku kerosakan pada tali pusat tersebut, pihak Stemlife akan membayar ganti rugi.

Berapa kos penyimpanan?
Semasa pendaftaran cuma perlu bayar RM2500. Boleh dibuat secara ansuran selama setahun.
Bayaran selanjutnya - setahun RM250 pada setiap ulang tahun harijadi baby.
Jumlah keseluruhan hanya RM7,500 selama 21 tahun penyimpanan.
Berbaloi tak? :)

Aku nih bukan la nak jadi promoter stemlife..hehe, cuma aku rasa teruja sebab teknologi nih sangat bagus utk family kita.
Rasa ralat la jugak tak buat masa mengandungkan kembar. Ada dua tali pusat tu..huhuh..masa tuh xde pengetahuan langsung pasal stem cel nih. Ada kawan aku sempat la dia buat untuk anak kedua dia.
Dah ada 1 tiket security kat situ bila dia dah ada penyimpanan stem sel anak dia.

Bagi orang Islam, fatwa agama Islam negara dah meluluskan penggunaan tali pusat stem sel nih. Tapi bagi tujuan kesihatan sahaja. Bukan untuk tujuan lain. Macam orang bukan Islam ada yg gunakan untuk kecantikkan dan lain2 lagi.

Sekarang nih Researchers masih lagi buat memacam kajian on cord blood stem cells. Terkini dorang jumpa stem cell nih pun leh cure masalah rambut gugur. hehe.. Kira if kita still simpan until 21 tahun, mungkin lagi banyak kegunaan stem sel ini akan dijumpai. InsyaAllah..

InsyaAllah, ada rezeki anak lagi untuk aku, akan ku invest utk penyimpanan tali pusat nih. Yerla, family aku nih ada memacam history penyakit. Bukan la aku minta untuk sakit, tapi untuk langkah berjaga2. Kita tak tau ujian Allah akan datang bila2 masa..Mintak dijauhkan la yer..dan kita pun kena buat preparation awal, untuk berikhtiar dan bertawakal.

If korang berminat, korang google aje mengenai cord blood stem cell nih..banyak info korang leh dapat..banyak negara dah yang menggunakan teknologi ini.

Sekian, info dari saya. If ada kekurangan ke aku minta maaf yek.



Encik Zahrein :)




haaaa, gambar gelap..sebab tetiba tengah talk berlaku electric off. blackout pulak satu bangunan..huhuhu..
malu den! so nasib baik la encik zahrein nih ok, dia proceed aje talk without slides presentation. huhuhuhu..nasib baik profesional..dah biasa buat talk, so kira tak bergantung dengan slides presentation semata..dalam panas2 takde air con pun participants still stay sampai habis talk sejam..hehehe..










nice talk. if korang nak invite dorang bagi talk kat opis2 korang pun boleh, just call/ email them. Respon sangat bagus. 
Thanks so much Stemlife Berhad! :)

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio