Monday, January 21, 2013

Birthday Party Berpiknik @ Lembah Kiara TTDI

Happy Monday all!

Sabtu lepas aad invitation kawan opis lama, dia buat besday party anak dia ke setahun.
Konsep birthday party ala berpiknik kat taman rekreasi. Since anak-anak aku suka pergi taman rekreasi cos dapat main playground, aku & Lokman boleh arr bawak dorang. If birthday party kat rumah orang tuh memang agak susah nak lepak lama2..iyela dorang nih bukan boleh duduk senyap2..ada je kang huru hara rumah orang dorang buat.
First time kiteorang sampai kat Taman Rekreasi TTDI nih, actually tak pernah tau pun kat TTDI nih ada taman rekreasi..hahaha..dulu2 masuk TTDI pun sebab kekawan zaman belajar suka lepak makan kat Rasta. Rasa dah bertahun2 kot tak pergi Rasta since dorang dah berpindah tempat. huhu.
Melilau gak cari tempat ni..landmarknya sekolah kebangsaan TTDI. parking sangat senang. Kiteorang sampai dalam pukul 4.30 petang. Orang dah ramai gak. Nasib cuaca tak terlampau panas dan tak hujan. Just nice untuk lepas budak2 main.
Terus pergi ke playground. Area party betul2 depan kawasan playground. Sementara tunggu dorang set up tempat, aku & Lokman layan budak2 main. Excited budak2 nih main, sampai takmo stop. heh.
Overall, suka gak aku konsep birthday party anak macam nih. Bebas nak buat apa2 kat situ. Nak main playground, nak main air kat mini air sungai seberang playground tuh, or main badminton ker..hehe..actually if ada beberapa aktiviti untuk kanak2 lagi macam best (macam ala2 sukaneka, permainan tiup belon ke, cari gula2 dalam tepung dll) selain aktiviti makan-makan.
Suka jugak taman rekreasi nih. Luas & bersih. Sangat terjaga. Selesa la nak bawak anak-anak. Nak bawak stroller sambil jogging pun boleh. Ada aku tengok beberapa orang foreigners buat camtu. Rileks aje..ada area untuk main badminton, area budak2 belajar roller blade. siap ada instructor khas lagi. Seronok nengok...rerasa lagi macam syok aje bawak anak2 beriadah kat sini, idak lerrr balik2 pergi shopping mall, hehe..

Nanti nak belikan Tia basikal, so leh bawak dia main kat sana. Asal dia tengok budak2 baya dia main basikal aje dia cakap nak main gak. aiyooo..
sebab dah janji dengan dia, besday dia nanti kiteorang nak belikan dia basikal..kekeke..haaa, teringat2 la budak tuh..asyik dok cakap nak naik beskal aje la...penat lagi la aku nak explain..huhu.

Moh layan gambar..
aku selitkan sekali gambar pergi taman rekreasi kelana jaya, seberang aje dengan kondo kiteorang duduk. Amat berbeza la dua2 rekreasi nih..huhu. Tmn rekreaksi KJ tu amat2 la tak terjaga. Playground pun dah pecah2 & berlumut2. Ikan kat tasik dah mati timbul2 lagi..Tia excited tengok ikan mati terampung..haha. Dia ingat fish tu tidur kot. kekeke..



confident aje minah kecik nih berjalan kat depan..siap cekak pinggang..




piknikkkk & playground time


my fren & her little boy, Atie.
Dia buat semua sendiri party nih..siap boleh jadi event planner if korang nak buat low cost besday party.
Dia boleh tolong :)


ada mat badut dok bagi belon kat bebudak


penuh tangan hafiy dengan makanan..


view kawasan party
seberang sana ada mini air sungai. Aku tak snap photo kat sana
Tia takmo main air..lebih suka main kat playground


kanak2 belajar roller blade ..sebelah aje dengan playground


+++++
ini kat taman rekreasi KJ. 2 minggu lepas




kat kolam nih arr ada ikan mati terapung. dorang nak sentuh air tuh
aku tak bagiiii...heeeee ;p


playground nya banyak..tapi tak terjaga..

1 idea?!:

nurulizzahz said...

suka tmn nie jugak.. rindunya!

 
Blog Template by Delicious Design Studio