Wednesday, January 16, 2013

Macam mana kiraan Unpaid Leave Company korang?

Semalam mood aku terus hangat selepas aku dapat email dari kerani Human Resource (HR).
Dia bagitau yang unpaid leave aku amik pada 26 & 27 December 2012 tuh akan tolak gaji bulan January 2013.

Ok fine.

Yang tak fine nyer bila dia inform gaji aku ditolak untuk 5 hari. aikkkk?
Cuti 2 hari, tapi gaji kena tolak untuk 5 hari? Macam mana pulak tuh?

Kesnya, dorang kira jugak untuk Krismas day (public hol - 25/12/12) dan weekend.

giler tak? company korang ada tak policy macam nih?

haaa, kat company aku dorang kira macam tuh. Sesapa aje yang ambil unpaid leave pada jumaat, terus sabtu ahad pun dorang akan kira.
kes aku pulak aku applied for wednesday & thursday. tapi tak memasal selasa, sabtu dan ahad pun dorang tolak gak. adil ker tuh?

lebih dari RM500 tau...huhuhu

duit poket aku untuk setiap bulan. sadissss aku.

kena puasa la gamaknya bulan depan. dah la hujung bulan 1 dan awal bulan february banyak cuti umum. baru plan nak bawak anak2 g jejalan & shopping2 sebab tgh sales CNY kan? uhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu
plus besday lokman pun awal bulan Feb. Baru plan nak order sebijik pavlova..gamaknya tukar dengan kek batik biskut marie aje la yerrrr yang? hehehe..bini mu sengkek bulan depan ;p

aku tak puas hati sesangat! aku bising2 gak arr dengan kakak2 senior opis nih. semalam ramai yang ambil unpaid leave pada bulan 12 dapat email dari HR. Ramai gak yang tension. Dok sok sek lepas geram.
HOD HR baru resigned. Dapat AM baru. Aku terus shoot email tak puas hati pada dia, since dia budak baru, mesti dia nak tau dari policy mana benda nih muncul. Sebab dari dulu bila ada yg tanya kerani2 HR nih mana policy dorang ikut, semua cakap tak tau. Policy zaman HoD yang lama kata dorang, tapi bebudak HR ni sekor pun tak pernah baca policy tuh. Just buat kerja mengikut peraturan lama yang dorang sendiri tak tau punca. Benggong!
Aku yang dah 4 tahun kerja kat department System & method pun tak pernah tgk policy2 dorang nih. Agak sengal gak arrr. Padahal salah satu keje aku adalah meng-update manual2 & policy2 company dan setiap department. hehe. even bos aku pun senyap aje. Kira HR company nih tak transparent arr dengan staff2 dia. atau memang HR ada hak untuk P&C kan setiap policy dorang? Boleh ker?
Ada kakak opis nih siap tepon org kat labor law, menanyakan ada ker policy macam nih wujud. Dorang cakap takder. dan tak boleh buat macam tuh.
So apa kessssss???
Aku lagi la tak tau pasal labour law nih..huhuhu..semalam ada gak aku google sini sana pasal akta labour law..tak jumpa pulak pasal unpaid leave nih. haiyaaa..

Email aku ke AM HR tuh tak berbalas lagi pagi ini. Minah tuh senyap pulak. nanti aku nak follow up dengan dia. at least aku nak tau gak jawapan dari dia.. gaji tuh memang sah2 akan dipotong..keraskan hati aje la tengok slip gaji nanti..huhu.

Korang ada tak yang kerja kat bahagian HR? apa pendapat korang? leh share?

3 idea?!:

Unknown said...

kakak tak kan lah kot diorang kira macam itu. cuma naik HR tanya face to face... lebih jelas dan telus

Munirah Mohd Ali said...

Certain2 company camtu kot. Saya lak aritu masuk kerja kat opis baru ni hari selasa, sebab isnin tu cuti public holiday. Dan2 dia tolak 3 hari gaji (sabtu + ahad + isnin). Huhu.. Tapi masa first month tu je la. bulan2 lain okay dah. Ada staff yang bising2, sbb offer letter date diorang start 1hb 9 = hari sabtu. Tapi mana ada orang dtg opis weekend untuk register stat kerja kan. Org2 tu diorang dapat balik duit yang ditolak pada hari sabtu ahad. Masuk balik dalam gaji diorg bulan depan. Huhu...

lokmanfirajunior said...

MummyDamia: org HR nih bila face to face kang semua jawap tak tau, pastu kata nak check, tapi pastu diam aje..beubudak HR nih ramai yang baru2 dan muda2..takder pengalaman lama..tu yg susah tuh..huhuhu..

Munirah: ye ker babe? awak pun kena ek dulu? aiseyyyy..ralat la jugak kena tolak sampai 5 hari. tapi bila pikir UPL sebabkan anak, so redha aje la..dah rezeki kite takat tuh kan..huhuhu..

 
Blog Template by Delicious Design Studio