Thursday, January 17, 2013

Sok sek kosong..

Hi korang!

Pertama kali, ok tak backgound blog aku? kekeke..semalam gigih buat. keje opis settle je terus aku merapu dengan blog ni. Tangkap aje template mana yang tak di block oleh opis. So far aku guna yang ini aje..nanti ada masa aku tukar lagi..kekeke

Second, kejap lagi aku dengan Lokman nak bawak Tia g PPUM. Ada follow up dengan doktor surgery kanak-kanak lagi. Lepas 2 minggu lebih, bijik yang kat punggung Tia dah mengecik. Dia dah kembali aktif. Harap2 doktor kata ok dan tak perlu buat apa2 pemeriksaan lanjut dah. InsyaAllah..

Third, kes unpaid leave aku masih tiada berita. Ntah mana pulak budak AM HR nih. Aku dah redha dah gaji bulan nih bakal ditolak. huhu..tapi still aku akan tetap mintak nak tengok policy berkenaan. Fight for my right! eceehhhh..poyo la pulakk ;p

Fourth, segala aktiviti cuci mata for online shopping harus disekat! Dan aktiviti ke shopping mall pun tiada dalam agenda hujung minggu. No shopping for me  next month. Duit makan pun kena mintak Lokman support aku..kekeke..*yang, sila take note. i tau u baca ini blog..heheh*

Kelima, Tia genap 34 bulan 2 hari lepas. Lagi 2 bulan dia akan 3 tahun. Alhamdulillah. penuh cabaran membesarkan dia..dan si kembar semalam genap setahun 6 bulan. Alhamdulillah dua2 dah boleh berjalan. Dah tak gaduh nak dukung2. Cuma kalau rasa nak cepat aje kena dukung dorang. Maklumla budak baru pandai berjalan..terkedek2. Sampai nak masuk lif pun semua orang dalam lif kena tunggu dorang masuk..terhegeh2..nasib comel, orang leh senyum2 sambil menunggu..kalau orang lain dah kena maki dah kot. haha..

Keenam, tengah menunggu masa nak keluar opis nih. lapar dan bosan. mood buat keje ke laut ,sebab half day working.

Ok korang..esok aku update pasal perkembangan Tia yek lepas jumpa doctor petang nih. Doakan semua berjalan lancar yek. Aminnn..

C ya! take care guys.. & happy working! :)

1 idea?!:

Munirah Mohd Ali said...

Cun! saya nak tukar layout gak laaa~~ Hihihihi~~ :D :D :D

 
Blog Template by Delicious Design Studio