Friday, July 19, 2013

Rumah nak berseri dengan Wall MakeOver by Na

AAku duduk rumah jenis kondominium. Dah kata umah kondo nih mestilah tak besar dan tak jugak kecil keluasannya. Kira ngam2 la untuk aku, Lokman dan 3 anak-anak (oh, coming soon sorang lagi putera akan meramaikan keluarga aku bulan 10 nanti, InsyaAllah ;) ) Jadinya, total penghuni rumah ada 5 plus 1(on the wayyyyyy ;p)

Kitaorang duduk kondominium ni sejak kahwin (dah 4 tahun). Masa mula-mula masuk dulu pernah cat sekali, lepas dua tahun aku boring dengan warna yang sama, aku minta Lokman cat warna lain..tapi separuh jalan aje kerjanyaa..sebab suamiku itu tak larat nak cat sendiri..kekeke..jadila colourful rumah itewww..takperla, masih sedap mata memandang (mata kiteorang aje kot..hahaha, mata orang lain sure terbeliak punyer, sebab warna-warni ko!!). Pernah terfikir nak pasang wall paper aje..tapi bajet kena la besar plus aku risau gak anak2 aku kopek nanti. Pernah terjadi anak dara aku pergi kopek wall paper kat rumah adik ipar..aduhaiii, gerun dibuatnyaa..tu yang rasa belum masanya rumah dipasang wall paper. Tapi nak cat balik semula rumah bagi warna harmoni pun takde masa yang sesuai. Kos pun mestila tinggi..huhuhu.

Hari ini aku baru tahu ada getaway by Nadia, pemenang akan mendapat makeover rumah (wall design bernilai RM500!!). Teruja pulak nak join..kot-kot ada rezeki bulan Ramadhan nih kan? takper, kite cuba nasib..esok last daynya, aku mencuba nasib di saat2 akhir ;p


Cara nak join contest ada 4 langkah. Like FBpage Wall MakeOver by Na, Like FBpage NadiaFarahida. Dua2 settle dah aku buat. Lepas tu, pilih satu design yang aku berkenan dalam FB Wall MakeOver by Na, kemudian tulis satu entry sebab2 aku nak rumah di make over oleh Na.

Aku pilih design ini:


"Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana ..........................


Kehidupan aku sebagai Ummi pada 3 anak kecil (3 & 2 tahun) memang mencabar. Pulak tu aku ni bekerja office hour selama 9 jam. Balik rumah lewat petang pastu bila malam kena layan anak-anak dan suami. Jadinya, aku perlukan tempat yang selesa & cantik untuk berehat. Bagi aku rumah adalah tempat rehat untuk kiteorang sekeluarga. Bila hujung minggu takder aktiviti luaran kiteorang lebih suka lepak kat rumah. Duduk la mengadap tv di ruang tamu berjam-jam lamanya. Sebab tuh aku perlukan suasana yang tenang, ringkas dan sedap mata memandang di dalam rumah. Bukan aku aje, rasanya suami dan anak2 pun sukakan rumah yang cantik.
 
Aku suka design di atas sebab nampak mendamaikan, tengah stress2 layan perangai anak-anak, pastu tengok aje kat wall yang ada bunga2 terus rasa cool la skit, marah2 tengok dinding berbunga sampai sejuk hati,kekeke..(nak2 pulak wall di design secara percuma, lagi la best kan?!hahaha). Design ni pun boleh menampakkan rumah kondo aku yang tak berapa besar tuh jadi besar dan luas. Wall design mainkan peranan jugak dalam segi keluasan rumah kan? hurmmmm...seronoknyaaa tengok rumah luas! walaupun azalinya tak berapa nak luas..hehe..
 
Lagi satu sebab aku nak rumah di design dengan Wall MakeOver by Na sebab nak hapuskan kesan kreativiti anak2 aku kat dinding2 rumah..wuaaaaa..sekarang nih dinding rumah dah penuh dengan hasil tangan doranggggg!! *______*
Bukan aku tak hargai hasil tangan dorang tapi aku sukakan kecantikkan..heheh..dorang boleh tunjukkan kreativiti dorang atas kertas dan akan ku tampal dekat peti sejuk atau aku akan framekan dan gantung di dinding berbelakangkan design di atas..haaa, takkan lebih menarik tertarik tu? kekekeke..iyer dokk?
 
InsyaAllah..
 
 


2 idea?!:

Munirah Mohd Ali said...

good luck kak fira!! harap2 kakfira terpilih!! saya pon x saba nk tgk.. cun tu design k.fira tuuuu~~~~ sweet~~~~~ :D :D :D

lokmanfirajunior said...

Muniiii..
kekekeke..chomellll kan design tuh?? if menang rezeki baby lorrr.. :P aminnnn...

 
Blog Template by Delicious Design Studio