Tuesday, August 15, 2017

Kembar lain tarikh lahir

Dah lama tak citer pasal si kembar kan?

6 tahun lepas blog nih rancak cerita pasal dorang.

and esok genap si Aariz berumur 6 tahun.

lusa pulak kembar dia, Hafiy.

Dorang nih beza 12 minit aje, tapi sebabkan beranak tengah2 malam, so terjadilah perbezaan tarikh.

Doktor kat PPUM tu tak kasik diskaun tarikh dorang kasik sama. hahaha

so mak redha aje laaaaa.

janji tetap kembar :p

Alhamdulillah, mereka membesar dengan sihat.

penah sekali dimasukkan ke hospital secara berjemaah 2 tahun lepas sebab pneumonia & hepatitis.

Yang lain-lain sakit tu biasa la, sorang sakit pastu karang mesti kembar dia berjangkit sama.

Always together.

Now dorang dah ada 2 adik,

Dah pangkat abang-abang dah. hehe

next fira cerita pasal adik2 dorang eh,

Happy 6th year my twin boys!

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak2 yang soleh. aminnn

Monday, July 31, 2017

Assalamualaikum

MashaAllah,

Speechless bukak blog sendiri nih.

Dah 2 tahun dia bersawang. Allahu..

Baca tajuk-tajuk blog nih rasa tersentuh. huhu.

Blog nih dicipta untuk mencatitkan kenangan bersama orang-orang tersayang.

Journey saya sebagai Ummi and isteri.

Saya berhenti menulis blog selepas mendapat anak ke 4, Harraz Mishari Zayyan.

Sekarang Harraz dah 4 tahun, Tia Zahraa dah 7 tahun dan si kembar lelaki saya dah 6 tahun.

Dan saya dah ada anak kelima, seorang perempuan.

Perkenalkan ahli keluarga kami yang baru.... Lea Zayna

Sekarang dah berusia 1 tahun 3 bulan. :)

Total anak-anak saya dah 5 orang. Alhamdulillah.

Mulai sekarang blog ini akan kembali aktif.

Tunggu update saya semula yek.

InsyaAllah.

Hi semua bloggers! Welcome me back in blogger world!hahaha..

See ya!

Tuesday, March 31, 2015

Im back!

Assalammualaikum 
Hi
Hello
Apa kabar bloggers?
Lamakan aku xbersiaran..pagi ni tetiba baru nk install blog app kat hp ni. Rindu nak mengupdate kehidupan sendiri dlm blog..hehehe
Dah masuk tahun 2015. Esok dah 1 April. Tahun GST. Tahun ekonomi bergelora. Harap2 kita boleh bertahan. Rezeki datang dari Allah. Percaya pada kurniaan dari-Nya. InsyaAllah, ada rahmat akan dtg. *positive attitude * hahaha..
Blog ni utk cite kehidupan anak2 tujuan utama. Nanti2 aku update cite pasal dorang eh. Lagi2 yg si kecik tu..lama aku xupdate pembesaran dia. Sunggu x aci kan..kisah kakak & abang2 dia details aku rekod dlm blog ni, tapi kisah dia sikit2 jek..huhuhu..sorry yek Harraz, nnti ummi update byk2 k. 
Tahun ni Tia dah 5 tahun, dah masuk pre-school. Aariz-Hafiy nak masuk 4 tahun, and Harraz nak masuk 2 tahun bln 10 nanti. InsyaAllah. Dorang makin membesar dan makin byk kerenahnyerr..sangat2 mencabar dalam membesar & mendidik dorang. Apepun tetap seronok tgk dorang dah besar2..
Ok, stop dulu..nak start buat keje. Kot free mlm nanti aku sambung. Wassalam.. 
Xoxo
Fira


Friday, August 22, 2014

Raya2014

Syawal nak sampai ke penghujung dah. Raya tahun ni disambut dgn kehadiran ahli baru, sape la kalau bukan si kecik Harraz Mishari Zayyan. Skrg dia dah 10 bulan. Alhamdulillah. 
Disebabkan bilangan ahli bertambah makanya persiapan raya tahun ni aku start awal, membeli sikit-sikit..seawal 3-4 bulan seblm Raya..hehe..tapi tempah baju kurung aku & tia paling akhir..lg 2 minggu nk raya kot baru hantar..haha..mentang2 hantar temoah dgn bff..buat rilex aje eh. Thanks Anem sbb terima last minute orderku..ngehngeh..
Tahun ni mcm biasa mlm raya bergerak ke rumah abah aku..start berkumpul adik beradik kat sana. Adik laki aku je xde sbb balik belah wifey di utara. Lokman suka ikut abah aku bertakbir rumah ke rumah, tu yg suka blk sana mlm seblm Raya. Amik mood raya gitu..
Raya pertama just pergi rumah warisan datuk nenek kiteorg di kg pandan, then terus pergi rumah mak long arwah ibu aku kat Balakong. Aktiviti sama tetiap tahun. Malam tu seluruh ahli keluarga belah abah akan dtg kerumah abah. Sampai 15 bijik kereta rombongan giteww.meriah sgt! Tahun ni rendang ketupat jadi basi so lokman & abah tong2 beli kfc..hahaha..beraya bersama kfc. Kakja pulak sempat masak mushroom sup satu periuk besar..tetiba raya berkendurikan ayam kfc & sup. sold out! Utk 40-50 org. Syukrann. Part paling best bertukar2 sampul duit raya..yahuuu..dah anak ku ramai mmg syiokkla ummi nyer menadah tangan..ngehngehngeh..rezeki anak2..tp until now x sempat lg aku nk g bank in dlm akaun dorang. Isnin nnti kot..aku apply cuti..hehe
Next day gerak balik ke kg lokman, kebarah selatan. Stay sana 2 mlm. Then terus ke Melaka. 
Simple raya celebration..pastu isnin tu lokman dah kena outstation. Selama 3 minggu ni mmg bykla openhouse xdpt nak terjah. Just our Raya with families. Apapun tetap bersyukur dapat meraikan bersama famili. 
Rasa syukur sgt2 bila tgk kat internet & tv     pasal MH17. Hari ni hari berkabung.sedih & nangis gk la bila tgk anak2 kecik kehilangan mak/ayah dorang.teringat masa aku kehilangan ibu pada usia 10 tahun..hanya Allah Maha Mengetahui perasaan sebuah kehilangan..semoga anak2 ini kuat.. ;( ;( 








Saturday, August 16, 2014

Bayou Theme Park, Melaka

Harini tetiba ada mood nak update blog. Kes sebab duduk rumah sahaja, Lokman kerja luar berminggu-minggu jadinya xdapatla nak beraya open house rumah kawan2..sob sob..jeles tgk kat fb kekawan beraya sini sana, aku duduk rumah dengan anak2 aje. 
Takpela, anak2 tetap pandai enjoykan diri walau duduk rumah 24jam pun. Aku jela kan yg penat melayan..haha
Eh nak cite ringkas pasal trip ke Melaka cuti Raya lepas. Destinasi ke Bayou Theme Park, 3 hari 2 malam. Kiteorang duduk kat Apartment Service Amari, ada dua bilik, hall yang luas, meja mkn, pantry, 2 bathrooms, balcony. Cukup selesa & bersih. 
Dapat 4tiket dewasa ke theme park dgn breakfast free. So selama 2 harila budak2 ni nk ke waterpark tu. 
Waterpark kira okla jgk..bukan budak2 je seronok, bapak budak pun seronok naik slides air pusing2 tu..cuma waterpark dia xdela macam Sunway Lagoon ada ombak2 dgn permainan air yg pelbagai..bolehla utk sejam-2 jam main bg anak2 aku yg kecik2 tu. Dorang dh menggigil kesejukkan barula nak naik bilik. 
Petang2 round bandar melaka. Singgah 2-3 tempat aje..malam pertama pergi makan seafood kat Umbai. Malam kedua tapau aje mkn kt apartment. 
Okla short trip Raya, nak spend time dgn famili & bg anak2 seronok berjalan jauh. 
Alhamdulillah..












 
Blog Template by Delicious Design Studio