Tuesday, October 30, 2018

MENARA KL - KL TOWER 

27/10/2018

Unplanned trip ke KL Tower oleh Lokman. So OOTD pun memang biasa aje laa.. hahaha, siap selipar lagi anak-anak bujang aku. 

Plan asal nak keluar pergi klinik then brunch kat tempat biasa, Subang Ria Kelana Jaya layan capati & keay tiaw goreng legasi Auntie Gemok. 

Lepas brunch anak-anak nak jejalan. so abah nya pun terus la melencong ke KL. 

Ini first time kiteorang sampai Menara KL. 

Parking limited kat dalam kawasan, tapi bagusnya parking free aje. 

First thing first abah dorang semangat nak ambik gambar dengan background kl tower. haha

Then baru la kiteorang berjalan-jalan area situ. tengok ada rumah terbalik. masuk kena bayar dalam rm19 dewasa, kanak-kanak rm16, kiteorang skip. 

next tengok dalam area kl tower pula. Ada 3-4 groups lawatan sekolah. so nampak la meriah cuma still tak terasa crowded sgt. usha tiket masuk, ada beberapa kategori tiket, untuk observation deck murah skit dari sky deck. Sky deck nih paling atas, dan boleh keluar dari area menara dan boleh jalan2 tengok permandangan. 

restoran kl tower antara observation deck and sky deck. setiap floors tu ada price dia, dan ada jugak package. 

nak masuk restoran rasanya ada dress code dia. 

anak-anak tak nak naik sebab takut katanya. hahaha. ok save duit! haha

so next pergi kawasan Mini Zoo. awal-awal dah disambut dengan du ekor burung parrots. hehe

yang ini anak-anak nak masuk sesangat. so jommm! 

tempat dia tak ramai orang masa tu. memang senang aje nak berjalan sini sana. kids pun happy je senang bagi haiwan-haiwan tu makan. 

staff sana dorang memang control visitors bagi makan kat pets dalam tu. seorang akan dapat 1 helai je daun untuk diberi makan pada haiwan dalam tu. 

if tak ramai orang then baru dia bagi bagi extra food for pets. ini memang bagus laa, idoklaa pets tu semua terlebih makan kan. 

kebersihan tip top. ada cafe dalam tu jugak. 







just haiwan dia tak banyak sangat. just ni nice. ada kangaru sekor, haha menyorok bawah kerusi,dapatla fira merasa pegang kangaru, hahaha teringin nak pergi australia tak tau laaa bila nk sampai sana

Sunday, October 28, 2018

Cara Mengawal Resdung

Sakit resdung nih memang dah menjadi kebiasaan bagi orang kita. 

Antara sakit keturunan yang akan turun ke adik beradik, ke anak-anak jugak.

Dalam adik beradik Fira, arwah abang, kakak dan adik lelaki semua ada resdung / sinus. 

Jenis bangun pagi aje confirm akan bersin-bersin. 

Fira masa kecik & remaja takder masalah bersin, tapi bila nak umur 30-an nih baru perasan ada sinus. 

Bangun pagi kepala pening, pastu bersin-bersin, bila duduk kat opis hidung akan blokage sampai susah nak bernafas. 

Orang yang ada resdung dan sinus nih pertama sekali kena jaga pemakanan dia. Tak boleh makan sambal belacan dengan banyak, ada orang alergik seafood, ada orang alergik ayam, so kena tau makanan apa yang akan trigger kegatalan pada muka. Once dah tau, senang laa control resdung/sinus dari kena attack. 

Dua banyakkan minum air masak. 

Tiga pastikan keadaan rumah/ office dalam keadaan yang bersih. Habuk takder, basuh cadar, tuala, sarung bantal setiap minggu. 

Last sekali ambil supplements yang terbaik. Fira amalkan Vitamin C dan Alfalfa dari Shaklee. Alfalfa adalah dauh herba. Dia mengawal serangan resdung/sinus nih dengan menguatkan sistem dalaman kita. 

Vitamin C pulak menguatkan imunisasi badan dan mengelak badan dari serangan selsema dan bersin berlarutan. 

Bila makan secara konsisten, resdung dapat dikurangkan, masalah jerawat kat muka pun boleh diatasi tau dengan dua supplements nih. 

Ni atas pengalaman fira sendiri. Lepas amalkan secara konsisten, fira dah kurang ambil paracetamol. 

Supplimen Shaklee adalah dari bahan semulajadi, InsyaAllah asbab pemakanan yang baik, sakit resdung dan sinus dapat diatasi. InsyaAllah.

Nak dapatkan info dan supplements Shaklee boleh wasap Fira. :) 

Fira agen sah Shaklee di Malaysia. 

Http://azlfira.wasap.my 

012-6177661

Boleh wasap terus k. 

Saturday, October 20, 2018

I am back!

Assalamualaikum 
Hai bloggers! 

I am back! Haha setelah bertahun-tahun. Last time ada masuk jap pastu terkubur balik. Hehe. Sebab faktor kekangan masa. 

Now kena cari masa gak untuk ber-blog. Rinduu la nak bercerita dalam nih. 

Nak blogwalking balik all my bloggers list. Ya ampunnn lama nyaa jugak tak baca blog orang lain. Huhuhu. 

Ada yang still ingat kat Fira ker? Hehe.

Now I am a mother of 5 little kiddos. 

Still working office hour times, and now ada part time business. 

Later will share about my bisnes laa. Hehe

Anak-anak semua dah sekolah dah, yang paling kecil umur 2 tahun kena pergi playgroup gak. 

Ok, nak kena jadi “cikgu” pulak. Next week anak-anak nak exam kan, so nk kena mengajar la pulak. 

See ya! 




Tuesday, August 15, 2017

Kembar lain tarikh lahir

Dah lama tak citer pasal si kembar kan?

6 tahun lepas blog nih rancak cerita pasal dorang.

and esok genap si Aariz berumur 6 tahun.

lusa pulak kembar dia, Hafiy.

Dorang nih beza 12 minit aje, tapi sebabkan beranak tengah2 malam, so terjadilah perbezaan tarikh.

Doktor kat PPUM tu tak kasik diskaun tarikh dorang kasik sama. hahaha

so mak redha aje laaaaa.

janji tetap kembar :p

Alhamdulillah, mereka membesar dengan sihat.

penah sekali dimasukkan ke hospital secara berjemaah 2 tahun lepas sebab pneumonia & hepatitis.

Yang lain-lain sakit tu biasa la, sorang sakit pastu karang mesti kembar dia berjangkit sama.

Always together.

Now dorang dah ada 2 adik,

Dah pangkat abang-abang dah. hehe

next fira cerita pasal adik2 dorang eh,

Happy 6th year my twin boys!

Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak2 yang soleh. aminnn

Monday, July 31, 2017

Assalamualaikum

MashaAllah,

Speechless bukak blog sendiri nih.

Dah 2 tahun dia bersawang. Allahu..

Baca tajuk-tajuk blog nih rasa tersentuh. huhu.

Blog nih dicipta untuk mencatitkan kenangan bersama orang-orang tersayang.

Journey saya sebagai Ummi and isteri.

Saya berhenti menulis blog selepas mendapat anak ke 4, Harraz Mishari Zayyan.

Sekarang Harraz dah 4 tahun, Tia Zahraa dah 7 tahun dan si kembar lelaki saya dah 6 tahun.

Dan saya dah ada anak kelima, seorang perempuan.

Perkenalkan ahli keluarga kami yang baru.... Lea Zayna

Sekarang dah berusia 1 tahun 3 bulan. :)

Total anak-anak saya dah 5 orang. Alhamdulillah.

Mulai sekarang blog ini akan kembali aktif.

Tunggu update saya semula yek.

InsyaAllah.

Hi semua bloggers! Welcome me back in blogger world!hahaha..

See ya!
 
Blog Template by Delicious Design Studio