Wednesday, March 28, 2012

Shopping Ubat!

Orang lain time2 Mega Sales nih dok shopping baju kasut semua, aku dok shopping UBAT anak2..kekeke..

Aku rasa bulan nih plus bulan lepas saja dah 3 kali g KJMC. Memula Aariz demam selsema, Hafiy cuma selsema batuk. Then kena pulak nebulizer budak2 nih. Pastu semalam aku pegi lagi KJMC sebab kembar cirit birit. Stok sampai melecet2 bontot sampai ke bebird dorang. Meragam aje, then asal basuh dengan air, dorang melalak sakan. Sangat kesiannnn..

Memula Hafiy kena, lepas 2 hari si Aariz pulak kena. Tu yang decide bawak g paed dorang gak. Doctor bagi ubat macam2..Ubat last 2 weeks pun tak abis lagi, tambah lagi ubat lain. Selsema batuk dorang pun tak bebaik lagi. Then doc kasik 2 tin susu MAMEX gold soya, percuma punyer. Sample la kiranya..hehe, nasib baikk..susu tuh mahal okk kat supermarket..aiyookkk. yang kecik nih pun tak tau tahan brape lama..harap2 sampai kembar sihat la yerr..pastu kembali kepada susu lembu..huhu. Kesian dorang tak minum susu badan aku lagi. sob sob sob..*ralat la jugak

Harap2 la dorang baik sampai Jumaat nih. Doc cakap if tak baik jugak kena admit hosp utk drip air, takut dehydrate. wuaaarrgggghh, xmauuu arr, kesian nanti dorang kena cucuk2 kat tangan. Sekarang nih bebudak tuh mane leh duduk diam..kang jenuh melalak aje..huhu.

Ummi doakan korang sihat yekk. Kawan aku cakap cirit2 sebab nak tumbuh gigi. MIL pulak kata nak pandai merangkak. Harap2 ada la benar disitu sebab taknak la sebab benda2 lain yang lagi teruk. Buat masa sekarang cuma cirit2 aje, takder lagi muntah2 or demam. Alhamdulillah..


Gambar semalam kat KJMC
Si kakak sibuk nak pegang tin susu Mamex nih..hehe
Krim doc bagi sampai 2..huhu
gambar pagi tadi, lepas bangun tidu ceria aje..tapi masa nak basuh berak melalak sakan
haaa. no contoh muka tengah melalak
ubat! ubat! ubat...mari makan oobaatttt!
ada serbuk air garam
ada serbuk utk kasik najis keras
ada serbuk untuk mengurangkan hydrasi badan
then ubat air utk buang angin
ubat selsema & cairkan kahak still makan lagi.

huhuhu..sian kembar, badan penuh dengan ubat2.. ;(

Monday, March 26, 2012

FUN fun with Frens

Sabtu lepas penuh giler aktiviti aku. Dari tengahari sampai ke malam. Seriyess penat..lagi2 bila bawak budak2 kecik nih. Hari Ahad semua lepak umah keletihan..nak kuar beli barang dapur pun tak larat. Sudahnyer makan malam tapau aje. Makan tengahari pun maggi aje..hahaha kes malas nak masak sebab barang dapur ciput2 aje tinggal. kuikuikui..

Agenda hari sabtu:
1) 11 pagi - pergi KJMC. check kembar..sebab batuk & selsema teruk sgt. Rasa kahak tersekat. Dua2 kena nebulizer. Doc suruh buat 3 kali.

2) 1ptg - Pergi majlis kawen kat Setapak. Kawan opis lama aku.

3) 3ptg - Sampai The Curve. Lepak minum Dome then baru naik atas..kawan2 sekolah Lokman buat acara main bowling pukul 5 ptg.

Dah lama tak main bowling. Aku sangat teruja dapat main..hehe..
Yang lawak, si kembar (Aariz) takmo duduk dalam stroller, maka kiteorang bergilir2 pegang dia..seronok la budak tuh kena dukung aje.
Si Tia lagi excited. First time aku & Lokman tengok dia cergas & happy go lucky dengan semua orang. Kalau boleh satu kawasan bowling tuh dia nak lari. Sampai orang2 kat bowling yang 3-4 lane dengan kiteorang tau dia anak aku. Aisehhh, malu gak arr. Dia bantai g tempat orang kaco2. Penat aku panggil2 dia. Ada satu tahap dia g 3 lane sebelah, pastu ntah apa dia buat kat lantai sampai aku tak nampak dia. Tercarik2 aku, then budak2 remaja tuh perasan aku cari si kakak tuh, dorang pun tunjuk2 kat aku mane Tia. Sengal btul. Terpaksa aku g tempat dorang angkut budak kecik tu. Happy sesangat dia. Lagi2 ada geng, salah sorang kawan tuh anak laki dia umur 4 tahun, haaa, dok la geng dgn dia. siap paw nugget bapak irfan tuh..haha. kes mak pak Tia excited main bowling lupa anak tak makan lagi..hihi. parahhh!!

Kiteorang main 2 games. First games aku tangga tercorot..haha, kes serabut masa main time tuh la handle kembar. tukarkan diaper2 budak2..then tukar baju dorang. agak kelam kabut aku..haha. buat macam rumah sendiri la pulak. Pastu second game aku no 3..hihihihi - dari 8 orang ye kawan2. part paling best aku kalahkan lokman set ke dua. Dia pulak tangga tercorot. abis kena bahan dengan semua orang. kihkihkhih..lokman memang bukan tangan bowling. hampeh sungguh! :P

Lepas main, dinner kat Ayam Penyet. First time makan situ. Sedap la bagi aku, licin aku makan. tapi part tak best, kena duduk kat luar. panas giler, sampai kembar meragam. Pukul 11 malam baru sampai rumah. Budak2 dah mengantuk sesangat. terus pengsan lepas letak atas katil. hehehe..

Lokman dengan skillnyer, tapi bola masuk longkang juaaaa..haha
Tia bersorak2 sebab bola masuk longkang..kihkihkih
Go ABAH! :P

Hafiy dengan Auntie Babe. First time berjumpa setelah kembar 7 bulan..hihi
Tu Tia dengan perangai pelik2..jakun tengok lampu spotlight bawah lantai kott..hehe

Happy nyerr diaaa..
Langsung tak takut orang..aku sgt heran..

Bowling geng :D
great time with all of them
Tia ada boyfren baru. irfan - 4 yrs. budak nih petah btul bercakap.
Apa dia buat, Tia ikut aje..hehe, comels!

Masa kat KJMC
Hafiy dah 6.2kg. Dah sama dengan Aariz :)

Aariz kena neb. Memula diam, lepas tuh dah meragam.
Sama je dgn Hafiy,,adehhh

My old fren - Asdilla & Atie.
Selamat Pengantin Baru! :D

Potty training & Tia

Tia dah 2 tahun, nak kata paham bahasa takla selalu. Ada je benda kite cakap dia blurr aje. Kalau dah macamtu sah sahla bahasa dia pun aku tak paham sangat. Aku pun blurrr jugerrr..
Kalau dah Ummi dia pun kurang paham, abah dia lagi la parahhh! Haha..siap abah dia yang cakap pelat ikut Tia..isk isk isk
Ada kawan aku dah ajar anak dia potty train seawal usia 2 tahun. Aku still rasa x confident nak ajar si kecik ni berak sendiri. Mau bersepah...sangat high risk oo..mau aku sawan lagi teruk bila tengok najis dia terabur satu rumah, dgn nak handle kembar yang makin byk ragam. Si hafiy 2 hari ni sampai melecet bhgn punggung dia kes asyik berak aje..semalam menangis2 asal di cebukk. Kesian dia. Orang tua cakap berak2 sebab nak pandai sesuatu, hopefully merangkak arr. Dah bontot ko tu berat sangat, tu yg najis kena kuar hafiyy oii..hahaha..pepandai jela Ummi ko ni :p
Ok, so aku tunggu sampai Tia paham bahasa 70% dulu baru aku akan ajar dia potty. Harap2 masa umur dia 3 tahun dah ok. Sekarang ni dia dalam stage membebel & mengajuk orang bercakap. Hari2 aku kena bercakap banyak2 dgn dia, nak bagi dia familiar dgn words satu2.
Buat sementara ni gigihla aku belikan dia diapers tetiap bulan. Kiteorg dah upgrade size petpet dia ke L. Lagi senang besar so tahan lama skit. Budak ni kencing banyak. Aiyooo!
Nanti bila dah boleh potty aku buat entry khas ek. Sekarang ni dia cuma akan bagitau yg dia "yak" = berak lepas dah yak. Nak suruh cuci. Sebab dah geli la tu.
Buat masa sekarang aku nak ajar dia buka seluar sendiri. Ada masa boleh buat sendiri ada masa dia xboleh. Hurmmmm, tapi ajar slow2..insha'Allah berkat kesabaran pasti ada hasil, kan?
All the best to me & to mommies like me..hehe
Bekas potty nih awal2 abah dia dah belo, kekonon nak ajar Tia awal2..tapi takder maknanyerr..
kang aku jugak yang susah..so hold la dulu.
Ni gambar last weekend, dia suruh Tia yak dalam nih.
Budak tuh eksyen je lebih, tapi takleh gak yak..
sudahnyer yak dalam diaper gak..huhu
My time is not coming yet la Ummiii....

Thursday, March 22, 2012

Celebrate budak SPM

Semalam seperti yang dijanjikan untuk celebrate kecemerlangan adik aku terlaksana. Tapi ada perkara emosi terjadi kat aku & famili. Semalam bapak message kat nak makan2 kat Nandos IOI Mall pukul 8.30 malam. Jadinyer lepas maghrib baru kiteorang gerak, meredah jammed teruk nak masuk Puchong tuh memang dah sedia maklum la. Dalam kereta si kembar meragam sekali dengan Tia. Aku nak je cepat sampai supaya budak2 nih duduk diam. ok fine, sampai je Nandos, aku call abah aku tanyer duduk mana. Dia kata dah kat dalam. Sekali bile aku masuk tengok2 dorang semua takder. Aku call balik semula. Nak confirmation tempat table dorang.
Sekali bapak cakap dorang kat Nandos SUBANG PARADE. aku macam....WATTTT?? dia cakap dia ada sent message kat aku pasal pertukaran tempat. hishhh, boleh pulak aku tak buka message masa nak kuar rumah. aku sempat buka watsapp aje, siap borak skit2 dengan kawan aku. adehhhh..tu yg leceh ifon nih sebab screen dia bermuka2 surat..ehhh, maksudnyerr, berslides2..aku asingkan icon message dgn icon whatsapp, facebook, twitter..so kekadang memang tak sempat belek2 semua. my mistake gak la. tapi apsal dorang semua tak call aku??
terus aku emosi sangat2. Dah la aku macam lost masuk IOI mall tuh, buat pengetahuan tu first time seumur hidup aku jejak kaki ke sana. Seriyess lost gilerrr..macam kambing masuk reban. eh ye ker??
Dengan Tia nak berdukung pulakkk..tetiba leh ek salah tempat. ikutkan hati dah malas dah nak g Subang Parade tu. Si kembar dah siap tidur dalam stroller. Kesian dorang kena angkat2 lagi, masuk keta, kuar keta masuk stroller..terganggu time tidur dorang. huhuhu..
Sebabkan dah janji, bapak pun kata datang aje dorang tunggu plus orderkan makanan utk kiteorang. Nasib baik dari IOI mall tuh lokman tau jalan dekat. dalam 15 min dah sampai SP.
Sampai je sana, dorang dah siap abis makan ek..tinggal tulang aje. Geram btul aku. Emosi jap..sebab lapar. Dah makan baru cam ok. Dorang memang tergelak2 and bahan2 aku la.,,kurang asam punyer adik beradik.
Dah lama tuh baru aku ok..bapak aku pun join perli2 aku..Salah aku ker?? cesss...
okla, layan gambar aje ek..


Ipad for kids

Kes nak mengelakkan ifon ke rosak dikerjakan Tia, aku jumpa mainan yg serupa, hehe..ipad for kid namanya.
Aku beli online kt fb. Kawan atas kawan yang jual. Harga RM40 aje termasuk postage.
Benda ni touch screen gak. Utk budak2 bawah 7 tahun belajar ABC, numbers, lagu2 kot. Aku x tgk live lg benda ni. Baru sampai je kt umah kakak. Aku promote kt kakak terus dia pun nk join beli utk anak2 dia. Beli byk lg ada diskaun.
If korng berminat, cari Sophia's Corner kt fb. :D

Kakak aku watsapp tadi kata tengah pening dgn budak2 excited main ipad dorang, memacam bunyi ada. Bila dia nk ambil gambar si tia tunjuk peace aje, langsung xnak toleh tempat lain. Syok mengadap ipad kid dia.. Haaaha lepas ni harap2 selamatla iphone daku..

Wednesday, March 21, 2012

Tahniah Adikku!!

Harini result SPM keluarkan..adik aku berjaya dapat 7A's.Dia budak aliran sains. Terkejut aku pagi ni dpt message dari Abah. Announce kt adik beradik result anak bongsu kesayangan dia. sure abah aku bangga.
Masa dpt message tu aku dlm meeting, so xdpt reply. Then lepas 10 minit dapat lagi message from abah. Nak ajak celebrate malam ni jugak kat IOI mall. Wahhh ni btul excited ni. Selalunyer kalau ada agenda makan2 kiteorg buat weekend sbb xnk ganggu time keje.ini x dan dan tunggu weekend, tengah bulan pulak tu..confirm parents aku and si budak SPM tu excited terlampau. Layankan ajeee..
To my sis, Congratulation!!! Nasib baik ko score, kalau tak sia2 kena bahan dgn akk & kak fais..hihihi.
Hadiah tuntut kemudian ek :p

Monday, March 19, 2012

Kembar @ 7 bulan

Si kembar dah 7 bulan.

Baru baik demam. Paling lama demam ialah Aariz. Dekat 4-5 hari. Demam dia on- off. naik risau aku. Bawak budak2 g KJMC, doc suruh dtg balik if demam lebih 4 hari, amik darah and tahan wad. haaa, bab tuh memang aku tak mau. So aku gigih kasik ubat on time & sponging dorang.

Alhamdulillah..sekarang dah kembali aktif & ceria.

Aariz dah mula stand by gear nak merangkak. Dalam proses balancing..hehe. Dah angkat badan, kaki & tangan, cuma tak stabil lagi. lagi seminggu dua tuh start la bergerak tuh. tungguuuuu!!

Si hafiy lakkk....ermmmmm haiii laaaa hafiyyyy..si bulat aku tuhhh..dia masih mood "santai" lagi. keje nak melepak aje..langsung taknak cuba2 angkat badan tuh. keje dia jadi superman..nak terbang..hahaha..Ntah lagi sebulan apa baru nak merangkak budak manja nih. Si aariz terhegeh2 belajar merangkak, yang dia buat tak tau..dia tengok aje Aariz tu sambil santai2 aje. kekeke..

seriyess lain btul perangai dorang dua nih.
Sampai aku dah leh nak bezakan dorang bila tengok reaksi muka dorang dan karakter masing2.

Hafiy cepat tersenyum bila tegur, Aariz pulak buat muka seriyes aje.

Dorang dah leh makan dgn betul. So far aku dah bagi bubur campur carrot & sweet potato. Pagi pulak aku blend oat & kismis halus2. semalam g umah abah aku ada pisang, aku lenyek pisang bagi dorang. Haaa, berjaya la korang makan beberapa jenis makanan. Next week aku nak try bayam, kacang pea & apple lak. Laju aje aku buat makanan dorang sebab dah berjaya beli blender.kekeke..Dah lengkap dah perkakas makanan dorang, lepas nih antara rajin atau tak aje la. Pagi nih tak sempat masak bubur..huhu, makan yang instant dalam tin aje la. Cuma bagi oat & kismis aje la kat kakak aku.

Berat Aariz dah 6.3kg, berat Hafiy 6.2kg. Aku tak sempat lagi bawak dorang ke klinik kesihatan. Patut Hafiy kena cucuk BCG balik. Yang cucuk masa lepas bersalin tuh tak keluar bekas cucukkan tuh, so nurse kat KK suruh cucuk balik. adehhh..bercinta btul nak g KK nih. Malas sungguh nak tunggu berjam2 tuh. Tengok la kalau abah dorang nih free minggu nih.

Benda lain dorang takde petanda lagi. Macam gigi langsung bayang pun tak nampak. Duduk pun takleh lagi sebab merangkak pun tak pandai kan. Tunggu la dengan sabar. Harap2 ada la improvement dalam masa sebulan nih. :D
Ummi excited nak tengok korang merangkak & duduk sendiri. InshaAllah..




Aariz
haaa, berjaya dah memposisikan diri utk merangkak
Hafiy bersantai aje..kekee
Hafiy yang manjaaaaa
sweet little twins
Aariz main ball
haaa, tak jemu2 Aariz cuma bangun. tengah layan cite upin ipin pun sempat lagi mencuba.
Hafiy..ko tengokkk..buat slumber ajeee..kekekek..

SIL Wedding

2 March 2012 lepas adik ipar aku bernikah. Sandingnya di kampung Lokman pada 3 Mac. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Macam biasa bila ada majlis perkahwinan aje harusla pakaian seisi keluarga tuh sedondonkan? hehe, adik ipar sponsored baju family beli kat Bandung, pegi sana bawak MIL, sambil jejalan sambil tuh beli kain nak kawen.

Aku and Lokman sgt excited and buang tebiat g tempah baju kat tailor bernama Heyroll di Bazzar Rakyat dalam Bangunan MARA. Kakak ipar aku yang rekemen, so satu famili tempah kat dia. Senang plus kiteorang memang tak tau nak tempah kat mane. Aku nih byk kali experience dgn tailor yang tak best. Byk baju2 kurung tempah just pakai sekali aje..kes jahitan tak bagus. Bayar mahal2 pastu dpt baju ntah apa2. aku jadi serik nak hantar tempah kat tailor yg ada kedai2 nih. Last punyer baju raya pun beli siap kes aku baru bersalinkan kembarkan. Baju beli siap lagi selesa..aku rela hantar baju kat mak kawan aku kt JB atau hantar kat tailor berbangsa Pakistan yang jahitan sgt kemas dan murah. Cuma bagi baju contoh dia akan ikut sebijik2 macam baju contoh. Puas hati aku.

Okkk, aku dah lari tajukkkk. Nak cite pasal wedding adik ipar..kekekeke, sorryyy..

so baju tempah kat heyroll nih nasib baik ok. Walaupun kakak ipar & adik2 ipar aku kata baju dorang tak best dia jahit, tapi nasib baik baju aku & Lokman ok, cuma dress Tia aje out habissss. part nih memang aku geram gilerr, dah la dress budak tuh simple giler, dia charge RM40. Beria amik ukuran badan Tia, tapi sekali buat besar kedabak. Emo btul aku. Aku nak pulang kat dia balik, suruh alter. Tapi tak tau biler nak g KL tu..huhu. Baju aku tuh ukuran ok cuma lace yang dia tampal skit benar. padahal lace aku bagi kat dia tuh 2 meter. takkan la skit aje dia dpt amik. Musykil btul aku.

ok tutup cite pasal baju. seriyess tak cakap dah pasal baju.muhahah

Pasal wedding, aku tak byk leh take part sebab akukan kena jaga kembar. Sepanjang kat kg aku dok berkepit dgn kembar aje la. huhu, seriyess aku tak dpt tolong byk..setakat kemas skit2 aje. Lokman sebagai abang dia la byk buat keje. hehe. aku tolong jaga anak aje la. Tia pulak bukan main lagi excited dia balik kampung jumpa cousin2. Main aje la sampai kena paksa tidur baru nak tidur. Kembar pulak 2 malam pertama susah nak tidur. Sebab tak biasa..kesabaran jugakla melayan kerenah dorang nih. Nasib baik leh tidur gak. Itupun lepas pukul 1 pagi baru dorang lena.
Aku suka pelamin dorang. Cantek sgt! Aku sekarang tengah nak cari ilham nak deco pelamin adik aku kawen bln 6 nanti. Pelamin semua buat sendiri. So bila g kawen2 nih, carila ilham. cedok sini sana idea orang. hehe.

Majlis bertandang kat Melaka, minggu berikutnya. Kiteorang stay 1 malam kat homestay area Merlimau then malam lepas kenduri layan ikan bakar kat Umbai. Lama giler tak g sana, last masa aku awal2 mengandungkan kembar rasanya. Since ada kembar nih memang jarang dah makan luar. Bila ada ramai2 nih baru confident nak bawak kembar makan luar & jalan2 jauh.

Dua minggu berturut2 berjalan jauh. Balik dari Melaka tu yang terus kembar demam. Penat berjalan rasanya.Pastu kat tempat orang dorang susah nak tidur. lagi2 kalau tempat panas. Takperla sekali sekala dapat berjalan..hehe..

Adik ipar aku pun dah selamat balik dari Honeymoon kat Karambrunai. Bestnyerrr..Semoga berkekalan hingga akhir hayat Nabiha & Mel :D



Friday, March 16, 2012

Hadiah dari Fisher Price & DiyanaAzman

Rezeki anak2..

Menang GA dari blog Diyana last2 month. Hadiah tuh dah selamat sampai kat opis aku last week. Hadiah post direct from Fisher Price Company.

Yang paling excited nak main adalah Tia..hurmm, sape la lagi kan..hehe..

Suka btul dia dapat tekan2 toy nih, sampai nak kuar g KJMC pun dia nak bawak skali toy nih..itupun aku berjaya pujuk supaya simpan toy dalam kereta aje, taknyah bawak keluar..aisehhh parah btul budak nih.
aku suruh main dengan Adik baru la dia letak toy sebelah hafiy
excited nak suruh buka la tuu
siap nyanyi2 lagi. Aariz atas bouncer tengah demam
budak gediks!
Teruja sebab dah lama aku takbelikan dia toys ada bunyi2..hihi
 
Blog Template by Delicious Design Studio