Showing posts with label 3luvlykids. Show all posts
Showing posts with label 3luvlykids. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Pertama kali si kembar naik LRT ke Birthday Party

Sabtu lepas dalam tengahari Lokman ajak pergi Birthday Party anak ofismate dia, party kat A&W PJ, berdekatan dengan Amcorp Mall tuh. Masa nak keluar tuh tengok LDP memang slow moving, kalau ikut federal highway confirm la lagi jem kan..tetiba Lokman suggest naik LRT aje ke sana. Dia tanya aku si kembar tak pernah lagi naik LRT kan? Iyer..so far si kembar belum lagi naik train, si Tia aje dah 2 kali.

Terus dia u-turn then parking dalam LRT. Nerves gak aku nih..janganla si kembar buat perangai dalam train nanti. huhu..mau huru hara nanti.

Masa nak beli tiket aje dorang dah buat lawak..aku kena beli tiket sebab takder touch n go. Masa nak dapat balance syiling si kembar dah berebut2 nak amik syiling..haiyaaa..masuk dalam train, muka dorang blur2 gak..nasib tak mengeletis..elok duduk diam. Takut pun ada rasanya.haha.

Selama nih setiap pagi ikut aku hantar Lokman ke LRT. Kiteorang hantar Lokman dulu then baru aku hantar dorang ke rumah babysitter. So setiap kali sampai LRT dorang excited tengok train. Tia memanjang ajak naik LRT nak ke opis Abah dia. huhu..

Kiteorang turun LRT Taman Jaya. Attend birthday party then terus balik ke KJ semula. AKu ingatkan kalau naik kereta tadi memang aku ajak singgah Amcorp Mall. huhuhu...tapi kesian kat anak2 nak berjalan jauh, nak2 pulak time tuh time nap dorang. Mata dah kuyu masing2 masa nak balik. Si Aariz pulak siap bocor...aiseyyyy, menitik kencing dia kat kerusi..huhu..masa nak turun tuh baru aku perasan dia dah bocor sampai menitik2..harap2 la takder orang yang duduk atas kerusi basah tu..bersalah gilerrr weyyy!! buatnya orang islam duduk, dah terbatal solat dia nanti..huhuhu..

Lokman tukar la pamper & seluar si Aariz kat toilet LRT. Nasib laa aku memang sentiasa bawak seluar baju spare dorang nih kemana2..Before balik rumah ada  beberapa tempat Lokman nak singgah. Aku kena la duduk dalam kereta aje, tiga2 dah tidur lena..

Malam lepas Maghrib ke rumah abah aku lak. Minggu nih nak tidur sana..lama dorang tak jumpa Atuk dorang..hehe..

tu diaaaa..berebut duit syiling! sekarang dorang giler dengan duit syiling sebab abahnya dah beli tabung satu sorang..hari2 aku & Lokman kena pow duit syiling, sampai tabung bapaknya dah kosong..kekekekekekeke

Menunggu trainnn!!

Tia dah biasa la Ummi ;p

muka blur dua orang nih...heheh..
tu kat tangan Hafiy dok kepit duit syiling
suruh simpan dalam poket langsung takmo
haha

Birthday party kat A&W


Anak2 aku semua takut dengan bear A&W tuh..huhu

ni otw balik KJ balik
elok duduk diam masing1..kepenatan la tu..

Aariz dok berdiri aje
rupanya dah bocorrrr..aiyoooo...
sorry LRT!! anak saya nerves naik train sampai kencing dalam seluar!hahah

Hafiy duduk atas tuh..abah nya paksa..memula takut2 gak pastu dia ok aje..
nota kaki: dapat jugak bawak si kembar naik train..ingatkan dulu kena tunggu dorang besar dulu baru leh bawak..takut kiteorang tak boleh control..Alhamdulillah..behave jugak mereka ini..kekeke..bagus anak2 Ummi..tapi next time tak tau lagi nak bawak dorang naik train lagi ke idakk..haha..nanti adik baby dah kuar..nak handle 4 orang pulakkk..huishhh takleh nak imagine lagi...

Till then ~~ bubyeee

Friday, February 15, 2013

Hasil tangan anak-anak yang kreatif!

Anak-anak aku memang pantang nampak pensil warna. Tak kisahla crayon ke, pensil warna ke, pensil atau pen.
Tia memang suka menulis. Umur sekarang nih memang keje mintak pensil warna aje..."Ummi, Tia nak lukis, mana kaler?" almost hari-hari dia nak mewarna buku. Aku memang suka la, ye la mak mana tak suka anak minat pada pensil & buku kan? Aku memang encourage dia dalam bab2 nih..
tapi aku jadi pening bila si kembar pun sibuk2 nak masuk campur..seperti biasa,yang buat hidup aku huru-hara adalah bila masuk bab si kembar..hahaha..
bukan la aku menyampah dengan anak2 laki aku tuh, tapi kesabaran memang teruji sesangat bila melayan kerenah dorang. My blood pressure go up & down you knowwww!! ;p

Seperti selalunya, apa saja yang Tia pegang dorang bukan akan sibuk2. Tia main ipon aku, dorang nak jugak. Tia main masak2 pun dorang join skali..siap ada aksi suap menyuap la..haha (part tu xpe, comel arr jugak), tapi sampaila si Tia main barbie doll pun si aariz nak join jugakk..haaa, sudahh..had tuh aku kena control..kekekek..tukar dengan bola ye Aariz..awak tak sesuai main barbie :D

Dorang pun dalam stage nak menconteng. Tengok kakak mewarna, confirm dorang nak jugak. Ada kala memang aku bagi. Tapi bila dah bagi, bukan buku yang dorang conteng. Habis semua tempat dorang nak conteng...huhuhuhu..

Tempat feveret dorang menconteng adalah;

LCD. dah jadi macam white board dah bagi dorang. huhu..takde rasa bersalah aje bila dorang menconteng kat situ..itu bukan white board la sayang..itu tv kesayangan Ummi..jenuh mengelap aje la abahnya pun. tak syok bila nak tengok tv ada kesan2 conteng disitu..ponteng stim nak tengok muka Adi Putra tau! hek hek..

Lantai. lantai rumah dah la putih. diconteng dengan crayon agak lenguh tangan gak la nak menyentalnya. alahai anak!

terbaru semalam, tengah aku & lokman masak2 kat dapur, dorang bertiga buat aktiviti menconteng. Tia ok la conteng kat kertas A4 aku bagi, Aariz conteng lantai. Hafiy? haaa, budak nih terlebih kreatif, dia conteng peti sejuk kaler putihhh akuuu!! dengan cabinet dapur pun kaler putih pink..
wuarrgghhhhh...menjerit aku tengok! 

aku terpaksa rampas crayon kat tangan dia. apa lagi, melalak arr dia.

Subhanallah! tersentap darah ummi ko nih Hafiy..dari ruang tamu ke dapur korang nak menconteng..sudah2 la tuh nakkk..tak larat dah nak membersihkan semua yang dorang dah conteng2. kat dinding jangan cakapla..setiap sudut ada hasil tangan dorang. huhuhu..buat tutup mata aje la Ummi korang nih..orang cakap, nak bagi anak cerdik pandai jangan halang kekreatifan anak..biarkan dorang tunjukkan kreatif dorang macam mana cara pun selagi tak merbahayakan diri. yerla, memang la, tapi kalau dah tahap merosakkan harta benda camno tuh? benda beli bukan sikit2 harganya..tercungap gak nak membayorr..so lepas nih kena la jugak perhatikan dorang nih main2.

Abahnya terus nak sorok semua jenis kaler Tia..hahah, tak bagi dah dorang main conteng2. nasib la korang.. :)  Ummi pun surrender..kekeke..

Terpaksa la aku upload application colouring dari iponku untuk bagi tia main kaler2 without real color pensel..hahahaha..jadilah! asalkan dia happy & Ummi pun happy sebab tak perlu nak jaga2 korang dok menconteng peti sejuk ;p






aktivit malam tadi.


mula2 bagi kertas, okla conteng2 kat kertas..


tapi tetiba lantai pulak dorang conteng..merata2 ada kesan conteng..aduhhh


haaa in kat peti ais. hasil tangan Hafiy


ini kabinet dapur, sebelah peti sejuk.
aku marah xbagi conteng peti sejuk, then dia tukar ke kabinet pulak!
cleverrrrrrr boy :)


aktiviti weekend
tia sibuk mengaler, si kembar saje kacau


Aariz siap landing2 atas buku kaler tia..hahaha..
tensen makcik kecik tuh..


aktviti main buku sticker sebelum tidur


dorang takmo tidur, aku amik sticker tampal2 kat muka dorang..hahaha

Monday, March 12, 2012

Musim sakit-sakit

Malam tadi si Aariz dah start demam. Suhu badan cecah 38.2c. Dia tak meragam lagi, tidur aje..even aku lap2 badan dai dgn air pun dia diam aje..Pukul 2 pagi, dia nangis2 nak susu, lepas aku kasi susu terus dia muntah susu. banyak giler sampai muntah kena kat baju Tia. Tak pasal2 aku kena buka baju seluar Tia. Katil abis basah dgn muntah dan air lap Aariz. Si hafiy pulak kejap aje nak tidu dalam cot, pastu menangis2 nak kuar..dah tak selesa. Aku pulak rimas ramai2 atas katil, aku terus angkat Tia masuk cot..haha, nasib baik minah kecik nih pengsan terus..tak sedar langsung yang dia dlm cot sampai la pagi subuh..
Lokman tidur luar. Cuma aku & kembar aje atas katil. Setiap 2 jam aku bangun utk lap2 badan Aariz. Suhu badan memang area 38c.
Pagi tadi aku mintak masuk lambat..Aku ingat nak amik half day aje..tapi byk keje kena settle kan..esok aku ada Lunch Talk program..aku nak siapkan byk benda..nak tak nak kena g opis gak. Kakak aku jaga budak2..Aku pesan in case Aariz meragam sampai dia sawan takleh handle budak2..aku leh dtg or aku kena gak amik EL half day. Sekarang dah pukul 3ptg, kakak aku kata Aariz meragam..tapi still ok. Hafiy pulak macam ada panas2..hope jgn la dia pun demam..leh pengsan aku cmni..
Aku dah mintak GL, malam nanti terus g KJMC..check tiga2 sekali. Semua selsema, Tia dah start batuk2..adehhhhh...this week birthday dorang..tapi tiga2 pun sakit. huhu..Aku pun ada tanda2 nak sakit lagi. Stress + penat!

Semoga Allah swt berikan kesihatan yang baik2 pada kami..Aminnn..
ni gambar petang semalam..macam dah ada tanda2 nak demam

gambar pagi tadi. Si Tia nak memujuk Aariz yang meragam

Aariz rimas la Ummi!! ..hehe..
Kakak Tia ko memang merimaskan! :P

Thursday, March 8, 2012

Sempit lah!

Pukul 4 pagi aku terbangun lagi. terdengar suara si kakak Tia menangis. Aku tengok kat sebelah aku dia takder..berpandu pada bunyi suara tengok2 si Tia dah ada kat atas lantai..sambil memeluk bantal dan menangis!! hahahahaha..
Nak tergelak gak time tuh, tapi dalam masa yang sama kesian okkk. Dah lama si halus nih tak jatuh katil, tak pasal2 malam tadi jatuh pulak. kesnyer dia tidur kat hujung skali. Aku dah dpt agak masa nk tidor, si budak nih mesti jatuh katil kalau tidur tepi, dah la tido lasak..haaa, amik ko..betul2 ko jatuh katil Tia oiii! Sorry la yerrr..
Malam tadi aku nak tidur kan si kembar. Si tia sibuk nak main games kat ifon aku. so aku bagi la dia baring kat hujung. so that aku baring kat tengah2 nak tidurkan hafiy. Aku geram si kembar lately nih susah btul nak tidur. Asyik nak main aje walaupun dah penat. Pastu bila tak dapat tidur asyik nak merengek. Kesabaran aku memang teruji laa sejak dorang nih masuk umur 6 bulan. Lagi2 dua2 dah pandai meniarap & mencapai. huhu..
Pastu sekarang nih lima-lima (aku, lokman, tia & kembar) nak tidur atas katil yang sama! Nasib king size. tapi stilllllll...sempit gilerr! yang jadi mangsa..sapa lagi kalau bukan aku. grrrrrrr...
Aariz dah taknak tido dalam baby cot dia. Sebab dalam tu panas agaknyer. Malam tadi aku masuk kan dia dalam baby cot sebab dah beberapa hari aku kesempitan bila lima2 atas katil. Sudahnyer pukul 3 pagi dia menangis2 tak selesa. Bila Lokman angkat bawak tidur atas katil baru dia senyap & lena. Mengada sungguh! Si hafiy pun taknak jugak tidur dalam cot. Sanggup tidur atas katil kena himpit2 dgn kakak Tia pastu kena tendang2 dgn tia..aisehhh..
Bila dah lima2 menyempit atas katil, dorang berempat tidur menegak..aku tetiba melintang ek, kat bawah kaki anak2, hujung2 pulak tu..kalau aku jatuh katil tetiba, memang tak terkejut la kan?..huhu..apala nasibbbbbbb..
Disebabkan itu aku jadi stress sebab tidur tak lena dan tak selesa. dah la setiap 2 jam aku kena bangun bagi budak2 nih susu. Tambah pulak kena tidur melengkuk aje..wuarrrgggghhhh!! tak aciiii..
Tak sabar betul nak beli katil budak2 nih..nak deco bilik dorang tuh. aku tak kira, nak kena asingkan budak2 nih jugak. Haaa, korang tido la bilik lain! Kesian kat Ummi tau! Dan kesian jugak kat dorang cos risiko berhimpit & jatuh katil. huhuh...it's time to change our nite life. Orang putih awal2 dah ajar anak2 dorang tidur asing kan? nape kite takleh ek?

ok takper..langkah pertama aku..beli katil dulu. then tengok camne..

Tunggu bonus keluar dalam beberapa minggu lagi, then aim pertama aku nak beli katil. Sekarang pulak IKEA tengah buat sales..haaa, harus la aku cuci mata ke sana. Insha' Allah..moga2 bonus tahun ini banyakk walaupun KPI aku rendah tahun lepas..kuikuikui..

I wannnnntt my sleeping beauty back! heeee~ (sleeping beauty la sgt.. :P )

3 budak nakal :)

Monday, February 27, 2012

Tia's new shoes :D

Sambungan dari kisah video entry sebelum nih...

Pegi OU bertujuan nak beli barang2 anak2. Biasala, bila dah dapat gaji nih barang2 anak la keutamaan nyer. Barang Ummi yer mesti sipi2 aje kan..Kalau ada duit extra2..huhu

Nak carikan Tia kasut yang gegirl2 skit. Kebanyakkan kasut Tia semua jenis lasak punyer, ala2 boboi..Dah abah dia yang beli, taste nak ke arah boboi la, Croc la, sandal Adidas la, kasut sneaker la..haiyaaaa..
bila Tia pakai dress & baju kurung tang kasut aje terus spoil! haha

kasut feveret Abah dia
Ni je la kasut yang aku beli. kasut ala2 ladylike skit. Siap ada bunyi2 tuh bila berjalan.

Kaki Tia pun dah makin besar. Ada 3 pasang kasut yang dia dah tak muat. Harusla aku buat alasan nak kena beli kasut baru utk dia. sebelum nih memang la ada usha nak beli kasut utk dia, bila nak beli aje sure takder size. Saiz kecik ni cepat abis. Tia pakai saiz 4UK. So sampai ke sudahla kiteorang tak beli kasut utk dia.

This weekend adik lokman nak kawen, dress tempah untuk Tia dah siap. cadangnyer nak jadikan anak2 buah flower girl..tak tau budak2 nih nak ke tak. Anak dara aku nih kan takleh tgk orang ramai skit, mulala nanti nak melekat aje dengan aku..huhu. Ok, tu nanti aku cite..tunggu kenduri kawen nyer ekkk..haha..

So bila dress dah siap, harusla ada kasut gegerl yg match kan. Laju aje hint2 lokman, ajak kuar. hehe..

Finally jumpa gak kasut dia..kat Cotton on KIDS! yeayyyy..

Rezeki ko la Tia..


Tia dah leh pakai kasut saiz 6 dah. heee~
kasut kat COK nih cantek2,,baju2/seluar pun cantek2..geram nengok! huhu

Memula tengok kat bhgn kasut nih, memang macam takder je size dia, bila tanyer SA tuh dia kata size kecik dah abis. wahhh, kecewaaa! tapi aku tetap gak belek2 kasut2 kat situ, then bhgn bawahhhhh skali ada la aku nampak size 6. terus aku try kat kaki Tia. yeahhh, muatt..siap suruh dia testing jalan lagi. tersengih2 minah kecik tuh dapat pakai kasut baru.
 
Tengok price kat kasut2 lain RM34 camtu kot..ada yang RM40..so macam okla..kena pilih salah satu. Lokman suka yg creamy tuh..aku prefer yg merah. Sekali SA tuh kata, kat bhgn bawah tuh value buy..semua RM15 aje. wahhh, memang harusla aku rembat dua2 skali. Dah la anak dara aku tuh susah bebenor dapat saiz. Kaut ajela dua pasang terus.
 
Nak belikan kembar stokin. COK ada jual stokin 4 pasang RM25. Nak beli aje, tpai bila tengok sample, macam lebar2 aje, terus tak jadi..huhuh..takut bila pakai, kejap aje dah tercabut. Kaki si kembar nih halus aje..
 
Aku beli stokin dorang kat Jusco aje la..brand pigeon, dua pasang RM9.90. Murah2 compare dengan brand lain.
 
 

Video: Kids laughing together2

Semalam kiteorang g OU. dah lama giler tak outing sesama..last before sakit HMFD tuh, then every weekend aje ada wedding nak kena attend. takder masa nak bawak kids jejalan.

Video aku rakam masa kat mothercare. Sementara menunggu Lokman pilih puting botol susu TT budak2, aku dok jaga dorang. Then while waiting, Tia dok agah2 adik2 dia..ntah apa yang dia buat sampai si kembar ketawa mengekek2..lagi2 si hafiy..punyer la kuat suara dia, sampai semua orang pun tercari2 empunya suara tuh..sangat comel! bila dorang tgk kembar sedang ketawa dgn Tia, terus dorang gelak sama..suka dorang tengok keletah budak2 nih.

Aku terus keluarkan ifon and rakam gambar & video.


Ingatkan dah abis dah kat situ.

Masa tunggu lift, Tia agah2 lagi dorang, terkekek2 gelak lagi. Terus orang semua kerumun dorang..adehhhh!

So cute la korang nih..buat Ummi tersengih2 aje..

Tapi otw balik umah, Ummi naik sawan..tiga2 buat perangai..sebab dah penat sgt la tuh.
Sampai aje rumah, terus lap2 badan kembar, tia kasik mandi - buat susu - then semua selamat tidur xsampai pukul 9 malam..hoorayyy, Ummi leh rest & buat keje2 umah. Kepenatan dorang 4 jam kuar jejalan.

:)

Tuesday, January 31, 2012

Cara-cara mendidik anak kecil (2 tahun ke 10 tahun)

Last 2 entry aku ada copy paste artikel dari Prof Dr. Rozieta Shaari kan? Aku ada add dia dalam FB aku. Sebab aku rasa info2 dan tip2 yang Prof nih kasik sangat2 berguna utk aku.
Semalam aku ada tanyer dia cmne aku nak control dan didik anak dara aku yang baru nak masuk usia 2 tahun tu. Lately nih, sejak dia pandai bercakap nih dan makin bijak dalam segala hal, dia makin kuat melawan dan buat2 benda yang aku susah nak control. Aku selalu menggunakan perkataan NO pada dia..aku takut menjadi kesan negatif pada diri Tia bila besar nanti. As Prof nih cakap, banyakkan perkataan positif like YES to our kids, so that dia sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan bila besar nanti.
Jadinya, aku tanye la Prof lebih lanjut macamane cara aku nak respon yg positif pada anak2 aku nanti. dalam masa yang sama aku takder la emosi melampau sampai aku kena pukul/cubit dia. Tipu la kalau aku tak rasa menyesal lepas aku pukul dia..seriyess aku akan rasa bersalah..aku keksg pukul dia dalam keadaan marah dan tertekan. Kesian dia bila dok meraung2 lepas tuh. Walaupun aku akan pujuk dia balik, tapi aku takut akan ada kesan negatif dalam diri Tia nanti.
Even Abah aku pun tak suka aku & kakak mendidik anak2 dgn cara memukul. Sebab abah aku tak penah pukul kiteorang, cuma sekali aje dia penah pukul aku kat punggung sebab aku tak nak solat. haha, ok masa tuh baru dalam 11/12 tahun yerr..dan aku penah nampak abah aku pukul adik aku pun sebab adik aku ponteng kelas mengaji, masa tuh adik aku berumur 12 tahun gak. sekali tuh aje abah aku penah pukul aku, aku ingat sampai sekarang. Bayangkan kalau aku pukul tia banyak kali, mesti benda tuh akan jadi satu bayangan negatif kat dia kan? huhuhu..sorry sayang.. Ummi cuba untuk tidak pukul awak lagi. Hopefully aku leh control emosi aku dalam mengajar anak2..

Prof pesan, bila mengajar anak atau menegur anak, lakukan dengan penuh kasih sayang, jangan melakukan seperti menghukum dan membenci. tenaga yang hendak kite sampaikan pada anak, ialah kite tahu dia boleh berkelakuan baik dan kelakuan dia tadi adalah tidak mendatangkan kepadanya dan semua orang.

InsyaAllah..aku cuba pratikkan slow2..aku ni mak baru, mak muda kata orang, hihi, so byk ilmu ibubapa nih aku tak pandai lagi. banyak benda baru aku kena belajar..lagi2 anak2 makin membesar..dorang membesar dgn memandang kelakuan kita hari2..so secara tak langsung kite adalah model dorang kan?

Semoga Allah permudahkan aku dalam mendidik anak2 menjadi anak yang soleh & solehah. Aminn..

Korang yang ada masalah macam aku nih, aku sarankan korang add la FB Prof nih. Banyak tips2 dia kasik..Aku rasa sangat manfaat utk kite. Wallahualam..

Thursday, January 19, 2012

Penyakit tangan, kaki & mulut

Pagi semalam aku & MIL pergi KJMC. Even semalam dah g klinik biasa, tapi hati aku tetap x confident. Aku sgt yakin Tia dapat sakit tgn kaki mulut ni. Sebab tanda2 dia sgt jelas kelihatan.
Bintik2 merah keliling bibir dia sgt nampak lain. Aku heran apsal doctor klinik tu leh x nampak. Dia cuma ckp ulcer. Aku terus mintak EL utk bawak Tia jumpa pakar. Lgpun aku tak berani hantar dia kt rumah kakak aku. Takut berjangkit dengan budak2 lain pulak.

Malam tadi sikit pun Tia xleh makan. Dia nak sgt makan, tapi bila makan masuk je dlm mulut & tekak terus dia menangis. Terasa pedih dan perit rasanya..aduhhhaiii aku jadi kesian sgt. Mesti dia lapar sgt2. Dia xuma boleh minum air sahaja, itupun xkan habis sebotol. Agak payah jugak nak telan air, termasuk air liur. Dia sanggup kumpul air liur dlm mulut sebab sakit nk menelan.
Paling aku tak tahan semalam waktu nk tidur dia melalak2..mungkin dah lapar sgt2.aku siap dpt dgr perut dia berbunyi2 minta di isi..aku paksa gak dia minum susu. Akhirnya dia minum gak sampai habis..baru la dapat tidur.
Tapi sepanjang malam aku asyik terjaga aje..kejap2 dgr Tia merengek2, pastu si kembar bergilir2 nak susu. Plus kembar tak selesa tidur dlm cot..panas rasanya.. Berpeluh2, aku angkat dorang tidur atas katil. Barula dorang leh tidur nyenyak. Tp akula x dpt tidur dgn aman. Kejap2 bgn to make sure Tia x hempap/ tendang adik2 dia..
Oh berbalik cite kt KJMC, doc terkejut tgk aku balik. Aku tergelak and cakap, "yes doctor, me againnnn..hehe", pastu doc ckp "u yg ada twins tu kan?", "yup doc, but this time my daughter pulak sakit"..
When i said that i suspected tia ada penyakit tgn mulut kaki tu, terus doc check tgn kaki dia semua. And terus dia confirmkan Tia mmg sakit tu.. Haihhhh, betullah mother instinct..sekali tgk bintik2 kat bibir dia aku terus rasa HMFD.
Doc suruh kuarantin. Xbg sebarang aktiviti luaran.doc bagi ubat spray for ulcer & jugak gel ulcer. Tu aje. Xde ubat specific utk penyakit ni. Just kasik ubat demam biasa if demam. Nasib baik masuk hari ke3 demam Tia dah kebah. Tapi bintik2 kat tangan & kaki makin byk. Dekat bhgn "pokpok" pun ada. Aku x taula dia rasa gatal2 ke idak..tgk ok je tu. Cuma yg buat dia meragam sebab ulcer dlm mulut tu. Byk doktor cakap. Patutla menangis aje bila minum.huhu cian anak ummi.

Dan malam tadi buat pertama kali si kembar x tidur dgn aku..hukhuk..aku mintak tlg kakak jaga dorang. Aku x berani nak bwk dorang balik. Takut Tia cium2 adik2 dia. Baby lagi senang berjangkit. Harap2 dorang xkena. X sanggup aku dah..even org dewasa pun boleh kena jangkit. Harap2 imunisasi badan aku kuat. Amin!

Semlm jugak aku g giant beli barangn dettol. Nak kena cuci umah bersih2.. Mane yg tia tidur, baring & main2 semua kena cuci bersih..

Dan hari ni aku EL lagi. Menjaga penjaga peribadi si kecik-byk-songeh ni.. Doakan dia cepat sembuh ek kawan2.. ;)
Dahla cuti pjg minggu ni..adehhhh. Baru nk bawak budak2 join piknik kt ulu yam dgn kawan2 lokman..ntah boleh pegi ke idak. Aku x tau brape lama masa nk sembuh sepenuhnya..
sakit2 pun leh main lg kt hosp
atas: ubat spray ulcer tu sgt berkesan. aku pakai tu aje spray2 dalam mulut Tia.dia takmau pun, tapi sebabkan muncung spray tu panjang, sonang aje aku hala dlm mulut dia even tutup rapat. then terus boleh minum.
yang ubat gel tuh langsung dia takmau
tia tidur kesakitan
siap pegang botol susu, taknak lepas langsung. time nih memang aku sedih.
dia tak dapat minum susu tu, so dia just peluk rapat2 kat dia. macam bila dia peluk botol susu tuh dia dah minum la. 2 hari dia kelaparan. turun 300 grams. 
Dia leh minum susu bila dah mamai aje..sob sob sob ;(
skrg ni asal bergambar aje nak buat peace.
mulut kaki tangan penuh bintik2 merah. 
mulut pennuh ulcer sampai tak nak buka mulut. sudahnyer dia simpan air liur dalam tuh.
jenuh meleleh kat seluar aku semua.
kena bawak kain ke mana2..aku suruh dia buang air liur bila dah penuh dlm mulut..huhuhu~

Tuesday, January 17, 2012

Kids Update: My tot is 22 mo & my twins are 5mo

Macam biasa setiap bulan akan update progress anak2..

Tia Zahraa Lokman

Lagi 2 bulan Tia dah masuk 2 tahun..then baru aku akan stop progress report dia..hehe, focus kat adik2 dia pulak. Tia dah big girl..perkembangan pembesaran dia pun macam kanak2 lain..Alhamdulillah, aktif & sihat. sakit2 kekadang tuh biasalah..even semalam pun dia dah demam..aku check temparature badan dia 38C..dan sepanjang malam, asal aku terbangun aje aku akan rasa tahap kepanasan badan dia. Sekali aje aku lap2 badan dia dgn air..itupun dia bising2..hehe..so harini tak hantar kat babysitter dia (my sis), mintak tolong MIL jagakan..special care I think..
Oh update pasal makcik kecik nih, dah makin pandai bercakap bahasa melayu. haha..perkataan seperti: Ummi, Nenek, Acu, Abah, Mama, air, susu, tak nak, yak= berak, le'lek= gula2, kopok, sirap..etc.. yg best sejak dia pandai sebut susu & air dengan jelas..so makin byk la dia minum..berselang2 antara susu dgn air sirap/ribena/air masak. Makan dah kurang pulak..banyakkan main. Aku nak suap jgn harap la dia nak..ikut mood dia aje.
Berat badan dia dah 9.7kg..almost 10kg kan..patut la setiap pagi aku dukung dia rasa lenguh gak la tangan..sejak aku dah leh dukung dia nih, memanjang nak mintak dukung. ooo dulu masa aku pregnantkan kembar, aku jarang dukung dia..heheehe..kesian budak tuh, kira masa mengandung dia kurang kasih sayang dari Ummi dia kot.haha..Tu yg sekarang bukan main mengeletis dia nak berkepit dgn aku..huhu, redha kan aje laaaa..aku tebus la balik.
Susu dia dah cecah 6oz sekali minum. Diaper still M size. budak slim.
Gigi dia dah hampir penuh. Tapi bahagian bawah gigi dah ada karat2..huhu, my baddddddd..seriyesss aku rasa bersalah sgt sebab gigi dia dah berkarat. Nak bawak g dentist, tapi aku sure dia tak mau buka mulut punyer. Camne ek? Dia susah sgt nak gosok gigi. Tapi sekarang asal mandi dgn aku memang aku jadikan rutin utk dia..aku paksa gak utk berus gigi dia..hope is not too late!And hope gigi dia tak mereput dgn cepat..huhuh
Sekarang nih dia tgh nak belajar bermesra dgn orang. Anak aku nih penakut dgn orang yang dia tak kenal. Tapi skit2 la kena bg dia x takut. Macam kalau keluar jalan2, aku suruh dia lambai & say babai kat org2 yang tegur2 dia. Kekadang dia buat..tapi mostly dia buat muka slumber dia aje..haha. Kalau g event2 sedara mara & frens, ada time dia nak kat orang lain, ada time berkepit aje dgn aku/Lokman. Lambat mesra punyer budak.

Twins: Aariz Zaydan & Hafiy Zafran Lokman

Aariz dah pandai meniarap dgn jayanyer..Berat dia dah 5.9kg. Dah rajin bersembang. Hafiy pulak masih suka baring2 jek..langsung takder gaya nak meniarap, even mengiring pun jarang2..haha..steady aje budak bulat nih. Berat dia 5.8kg. sama gak, rajin bersembang. Diaorang nih kembar yang seiras tapi karakter dorang berbeza (buat masa skrg nih la).
Hafiy lagi ramah, mudah tersenyum bila orang agah. Aariz macam seriyes skit..susah nak buat dia tersenyum bila mood takder..haha.
Dua2 minum sekali 4oz (120ml = 4 scoops susu). Bila malam aku cuma bgn dua kali aje..selang 4 jam baru dorang melalak nak susu..tapi mostly aku kena bgn 4 kali!! huhu, sebab timing dorang nih minum berlainan..jarang la minum sekali serentak. selang sejam pulak tu..huhu..ponekkk!
Kembar dah kenal orang..orang yg diaorang tak biasa akan merengek2 bila kena dukung. kata adik ipar aku la..mane la aku pasti, sebab dgn aku dorang ok aje..muhahahah (dh kata ummi nyerr)
Aku belum lagi kasik dorang makan solid food. tunggu dah 6 bulan baru start. Next mth dah kena senaraikan barang2 nak kena beli buat preparation utk dorang mkn..hehe, part ni memang aku sukaaaa! yeayyy..nanti aku buat entry khas ek. (poyo jek)
Size baju dorang 3-6 bulan. Kira saiz normal macam baby lain arr..tak mcm tia dulu..umur 5 bulan pakai baju newborn pun boleh lagi..hhehe..
Rambut dorang dah panjang, lokman ckp ikut rambut belah family aku..ala2 curl & keras..mcm rambut adik lelaki aku jek..hahaha..tak kisah la kan, janji tetap comel di mata aku.
Yang bagus tentang kembar nih, time malam dorang memang tidur aje. Bangun cuma nak susu, then leh sambung tidur balik. So aku pun leh tidur jugak.
sekarang nih dah leh dengar dorang melalak dgn sekuat hati bila lambat dapat susu. First time aku dgr dorang melalak kuat2 adalah malam tadi. Sampai lokman yang selalu tidur mati pun leh terjaga sebab terkejut dengar Hafiy menjerit2..hahah..padan muka!
Baru la aku paham camne blogger lain selalu tulis yg anak2 dorang menangis2 mcm kena dera cmtuh..hehehe..

okla itu aje..

noa kaki: aku & lokman baru balik dari klinik, hantar Tia check doc. MIL kata dia takmo makan & minum. tidur aje. rupanya doc cakap ada ulcer kat tekak & kat dlm mulut. panas dalam. huhu, cian dia..semoga Tia cepat sembuh yer sayang.. Adik2 baru sihat, ko pulak amik turn sakit yerrr...pusing kepala Ummi nih! huhu

Sunday, January 8, 2012

72hours with kids

Jumaat lepas aku cuti, campur dgn semlm & harini..haaa jadila 72 jam dgn bebudak..cmne nak kata ek? Seronok2 layan dorang, tp ada masa aku stress giler..hahaha..skrg seriyess penat!! Seharian aku kemas2 rumah. Tukar langsir, bersihkan habuk bawah katil, sawang2..lap kipas, basuh laundry area, sental lantai, lipat kain 2 bakul, tukar cadar... Masak jek tak buat..hikhik. Lokman yg jadi Master chef, aku assistant ajek..sambil2 buat2 keje berlari2 gk buat susu budak2.. Haa mau tak seteresssss!!
Tapi overall sgt puas hati. Rumah dah bersih! Budak2 pun behave..weekend yg sgt fully utilised.

Meh layan picca aje la

Aku update guna ifon. Gambar sure terabur..heh3..ampunnn yekk

Ada gambar tia main dgn kembar.
Si kembar yg makin ada ragam
Kiteorg sempat outing dinner kt Empire
Si tia ber karaoke dgn abah dia.seriyess lawak.. Leh berebut mikrofon pulak tu.tapi nyanyi bahasa german dia laaa..
dekat Empire..si kakak merajinkan diri menolak stroller
si kakak syiokkkk leh karokk!
taknak lepas langsung mikrofon tu
haaa, tangkap feeling lebeyy..padahal nyanyi bahasa alien dia..haha
budak kecik jadi assistant abah
hafiy
kakak melayan adik
haaa, sila abaikan kain kat atas sofa itu..hehe, berlambak koooo!
weekend time with kids! luv it!
my adorable twins
dinner @ La Bodega Empire
dah penat main, lepas mandi terus tido..legaaaa Ummi! :P
 
Blog Template by Delicious Design Studio