Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Harijadi ke 31 & Rumah Terbuka Raya

Weekend lepas sure ramai orang pergi openhouse Raya, Majlis Kawen & Majlis Tunang kan? jalan jammed sini sana..kat fb pulak ramai upload & update aktiviti harian dorang..terasa meriahnya la kehidupan orang sekeliling kite kan? Alhamdulillah..Malaysia masih lagi aman...bila terbaca artikel pasal Syria aje terus rasa sedih..aku tengok video yang kanak2 mati kena senjata kimia tuh lagi rasa tak sanggup..separuh video dah tutup..tak sanggupppppp!! kejam la manusia2 kat sana..semoga Allah lindungi orang2 Islam kite disana..aminnn...

Berbalik cite minggu lepas, nak habaqq mai nih..last sabtu birthday aku ke 31 tahun..kekekek..Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas sehingga umur 31 tahun bersama2 suami tercinta & anak2 tersayang. Syukran..

Sambutan harijadi? Laki ku kata postpone ke hujung bulan..sebab tunggu dia gaji. Plus aku ingat nak celebrate sekali dengan besday kembar. Dorang tak potong kek lagi..kesian dorang..takder pun aku buat birthday party setiap tahun..si Tia aje sakan potong kek 2 kali. Time kembar nih, selalu rasa serabut..iyerla, time puasa satu hal, pastu sekarang nih aku dah sarat mengandung..rasa tak terdaya nak buat besday party ke apa, sempat mkn dinner aje kat luar..huhu..harap2 tahun2 depan, umur panjang leh buat untuk dorang ;)

Cuma sabtu lepas ada cousin aku bertunang. Abah aku jadi wakil perantara..so wajib pergi meraikan cousin aku gak..tahun depan ada la majlis kawen dalam famiy..InsyaAllah. Lepas pergi majlis kawen, pergi pulak openhouse kawan sekolah menengah aku. Lepas kenyang makan2 sebelum balik rumah singgah Tesco beli barang dapur. Anak2 pow toys..tapi aku belikan dorang khemah/tent berbentuk bas. Excited Tia suruh pasang cecepat..hilang terus penat dorang dapat main dalam tuh..dah lama berhasrat nak beli tent mainan utk dorang, sekali tesco buat harga murah, RM49 dari Rm79. terus la belikan aje..at least dorang ada port nak bermain lepas nih, toys pun aku harap tak sepah2 satu rumah..main jek dalam khemah tuh.

Ok dah melalut ke toys budak pulak. sambung cite hari ahad..ada wedding kat Ampang, then singgah g Pureen Warehouse then terus ke Rawang/Ijok kawan buat openhouse. Dari tengahari keluar rumah, lepas Maghrib baru sampai rumah balik, seriyesss pancitttt!!

Aku rasa tahun nih la paling sakan aku & Lokman kuar beraya dengan bawak askar2 aku. Sebab tahun nih anak2 dah boleh jalan sendiri & paham bahasa..senang sikit nak handle..tak payah bawak stroller bagai dah..kasik dorang jalan aje.

Alhamdulillah..dimurahkan rezeki dapat makan free selama 2 hari berturut2..kekeke..Weekend nih tak tau lagi apa plan... :D

tahun nih terasa nak berpoyo. Post poster announcement kat Instagram & FB
berdesup2 org wish birthday..kekkekeke..
terima kasih pada yang wish yekkk..
Jazakallah khair..

ni gambar kat majlis tunang cousin
ada je yang spoil kan..anak2 aku memang susah nak suruh bergambar elok2 sekarang
ada je aksi mengediks dorang tuh..grrrrrr..

kt majlis kawen di Dewan Risda Ampang

Openhouse kat Rawang
Hafiy mengada2 la tuuuu..


mentang2 kondo takder longkang..
ntah apa la dorang nih..semua benda campak masuk longkang
tuh si Aariz paling sakan skali..

my bff aka tuan rumah
sesat cari rumah nyerr..dah lama tak masuk Rawang
kawasan perumahan baru..memang arr aku nih buta jalan sokmo..hhehe
nasib baik jumpa rumahnya..kekekek
thx babe! konyang makan sampai tengah malam..hehe..

Monday, August 19, 2013

Hari Raya Aidilfitri 1434/2013

Harini dah 11 Syawal.entry ni last week aku dh taip tapi x di-postkan sbb nak upload photos skali. Dok delay2 langsung lupa..kekeke..
Kira bila korang baca bayangkan aku dok cite last week eh! Ahaksss..sorryyyy...
Entry latest aku try karang jap lg. Tgh amik mood lg kat opis..kemalasan buat kerja..huhu..

...........Aku dah masuk kerja..tapi untuk 2 hari aje..hari Rabu aku cuti balik..ada family trip...family vacation tradisi untuk keluarga aku..main cuti2 malaysia aje..hehe..anak2 kecik berderet2 tak gagah nak ke over the sea ;p

crite ringkas raya tahun ini..malam raya ke rumah abah aku. macam biasa tetiap tahun ada ziarah & takbir raya rumah ke rumah oleh orang2 surau..so kira tolong2 arrr buat hidangan..dan last berbuka puasa dirumah orang tua. Lokman first time join ziarah2 dgn abah aku.sampai pukul 12 malam. then balik kondo.

Esoknya raya, lepas Lokman solat raya terus gerak ke rumah abah aku. Aku nih dah beberapa tahun (sejak kawen kot) tak pergi solat beraya..huhu..jaga anak2 kat rumah ajo, then siap2kan dorang sementara tunggu abahnya balik solat raya.

Pagi2 si kembar dah buat drama..tak mau pakai jubah.kekeke..dari hari kiteorang beli jubah tuh dorang tak tunjuk tak minat dorang pada jubah..melalak2 suruh buka..hahaha..aku buat tak reti aje. si tia ok aje pakai baju kurung. dorang tak suka pakai jubah sebab susah nak bergerak bebas kot..asyik tersekat aje pergerakkan..angin laaa tu..kekeke..lepas makan rendang ketupat kat umah abah, terus ke Kg Pandan..rumah arwah nenek. kat situ semua sedara mara belah abah berkumpul..then terus ke Balakong, rumah mak long belah arwah ibu aku, then ke Bangi rumah pak uda. 3 buah rumah je pergi..tapi memang penat tahap melampau! panas gak arr..balik rumah terbongkang masing2. Malam lepas maghrib adik beradik belah abah dengan sedara mara bertandang kat umah abah aku lak.. adala dalam 16 bijik keta..full house!! nih semua acara tradisi setiap tahun. Abah aku kira abang yang tua..dengan 11 adik beradik..super ramai! time nih ajela dapat jumpa sedara mara even boleh dikatakan majoriti duduk kat KL..kekeke, tapi agak susah nak jumpa pada hari2 biasa.

Raya kedua pagi tengahari lepak rumah aje. Lepas asar baru pergi rumah kawan baik aku kat subang, then terus ke kampung lokman di Linggi, N9. Dua malam kat kg..tak pergi mana pun, dpt pergi rumah auntie dia kat Seremban then jalan2 kat Jusco Seremban.kekekek..

Semalam baru balik PJ. Then hari ni aku masuk opis. huhu..

Pagi tadi aku perasan telinga Hafiy ada nanah..huhu, kes dia selsema batuk yang teruk, mesti akan effect telinga dia. So aku masuk opis mintak GL. Mlm nanti aku nak bawak dia g KJMC. dah lama tak bawak dorang jumpa pakar. Aku pun tengah sakit telinga nih..berdenyut2 telinga belah kanan. sangat2 risau!! aku pun nak cari pakar teling (ENT)..huhu..harap2 tak serius. sekarang ada masalah pendengaran. tak berapa clear sgt apa orang cakap..huhuhu..

ok lagi beberapa minit nak balik.. nanti aku update lagi yek..bubyeee!!


ini kejadian pagi Raya, menyiapkan anak2..si kembar buat drama pagi..kekekeek
sebabkan takut kat abah nya, dorang redha aje la kena pakai jubah..haha

Gambar proper satu family takder..aku buat gini ajela..hahahah
naik keta abah aku aje sonang..

kat rumah Mak Long, Balakong
sebelah2 aku tuh kakak2 aku

ini malam raya pertama
si bapak melayan anak2..heheh..

si kembar aku bertemu dengan kembar bff ku
so cuteeee!
nanti kembar ni dah besar2 lagi syok tgk dorang berkawan sama2..
Raya kedua, singgah sebelum balik kampung Lokman

dah kat kampung!!
memalam bebudak main bunga api..terkejut aku si kembar tak takut langsung
dengan bunga api..tak sesabar lak tuh abah nya nak bakar
bapaknya yang seriau!
Tia amik masa gak nak main..kena aku teman pegang baru dia confident..
alahaiii anak dara sungguh!

dah penat main bunga api, bantai pulak makan durian..
suka betul budak2 nih dgn durian..
sugar rush lepas tuh, sampai takmau tido..huhuhu

kira duit rayaaaaa..
tahun nih banyak gak budak2 dapat duit Raya. Alhamdulillah..
rezeki murah sungguh dorang ;)
maknya la jadi banker..
agak2 dah sesak nih Ummi pinjam nyerrrr..kekeke..

dekat Jusco Seremban.
Bosan2 takder kemana, kiteorang turun arr Seremban
cuci2 mata..

Monday, October 29, 2012

Hari Raya Haji 2012/1433H

Macam aku tulis entry lepas, tahun nih Raya Haji tiada sambutan. huhu. Aku tak pergi solat Raya kat masjid..huhu..cuma sempat mandi sunat Raya aje pagi tuh.
Lepas siap2 kan anak2 terus pergi rumah adik ipar kat Seri Kembangan. Lokman drop aku kat sana terus dia g jadi volunteer CIMB golf tournament.
MIL aku masak rendang daging & rendang itik, sekali dengan nasi impit, kuah kacang dan roti jala. Haaa, itu aje la tanda meraikan hari Raya Haji kiteorang. Makan sampai lebam! layannnn...
MIL & adik2 ipar siap pakai baju kurung tuh..heheeh..aku tak terpikir pulak nak berpakaian traditional untuk aku & anak2..main pakai sarung aje baju kasual..kekekek..seriuss betul punyer takder mood beraya.
Lepak2 tengok tivi aje...tengok drama melayu ulangan "Panggilan Baitullah", lakonan Eizlan Yusof dengan Farihin..anak buah aku berlakon skali jadi cucu nenek yang Ahmad Farihin tolong tuh..dua2 budak laki & perempuan tu anak2 buah aku..kekekek..
Lepas Maghrib bertolak balik. Singgah tapau KFC.
Kesian terima kasih...

Notakaki: tahun depan if panjang umur aku nak solat Raya kat masjid arr...then nak bawak anak2 tengok lembu di sembelih..InsyaAllah...sebelum tuh nak puasa Hari Wukuf jugak..huhuhu..tahun nih tak kuat iman... :(
tadaaaa! raya dengan anak2 dengan jeans & rompers aje..kekeke
hehe, drama anak buah ku berlakon sampingan..
dok lepak2 dengan askar2
pastu tidooooo ZZzzzz
bebudak makan kopok
terbaikkkk rendang MIL! :)
photoshoooottttt... :)
MIL dengan cucus

Thursday, October 25, 2012

Apa korang buat time Raya Haji?

Raya Haji pada esok hari. Dan aku masih lagi bekerja. Macam biasa. tak ambil cuti pun sebab cuti tinggal sehari..kekeke..cuti2 aku selama 19 hari dah digunakan yang 80% semua sebab anak-anak. Iye, aku ada 3 anak kecik yang memerlukan Umminyer ketika sakit. :) Balance 20% aku apply bila aku memerlukan rehat tanpa gangguan.
Eh topik aku kali nih pasal Raya Haji.
Haaa, hari ni ramai opismates aku termasuk ambil half day. Semangat dorang nak balik kampung untuk beraya.
Aku?
Tahun ini abah aku dah cakap siang2, korban dia buat tahun nih tak buat kat Malaysia. Abah bagi duit korban untuk rakyat Cambodia. Tahun nih ramai orang berkorban di sana, even semalam kat opis aku ada panggil penceramah Ustaz Halim Din, dia pun akan ke Cambodia untuk melakukan ibadah korban di sana. Siap terima lagi staff2 sini if nak membuat korban di sana, just bagi RM230- RM250 untuk 1 bahagian daging lembu. Kat Malaysia harga daging korban 1 bahagian RM450. Jauh kan beza harga? Plus rakyat miskin dekat Kemboja lagi tinggi berbanding kat sini. Purata pendapatan seharian mereka di sana dalam RM5-RM10 sehari. Kalau sebulan berapa la sangat. Dan harga sekilo daging dekat sana mencecah RM30. Dorang cuma mampu makan daging lembu bila datangnya Hari Raya Haji.
So bila aku baca fakta2 nih semua baru aku paham kenapa orang2 kita ramai membuat ibadah korban di sana.
Abah aku sendiri pun kata, setiap tahun bila buat ibadah korban di kawasan rumah kiteorang di Kelana Jaya dan Kota Kemuning, bila masa nak bahagikan daging korban kepada orang miskin nih amat payah nak cari. Sampai kena hantar ke tempat lain la sebab nak betul2 bagi kepada yang memerlukan. MasyaAllah..ini menunjukkan bahawa orang2 kita hidup dalam kategori yang sempurna dan murah rezeki. Alhamdulillah...
Tu yang tahun nih abah aku bagi portion untuk orang2 Islam Kemboja. Jadinya dia cakap tahun nih tak beraya la sangat kat sini..huhu..tak dapat la nak bawak anak2 aku pergi Masjid tengok lembu2 kena sembelih, macam dulu aku penah bawak Tia tengok ibadah korban dijalankan. hehe..sadisss..sob sob..tak merasa suasana Raya Haji la pulak tahun nih..
tu sebenarnya aku nak bagitau...hahaha..
Nasib la belah famili Lokman ada buat makan2 la jugak sempena Raya Haji nih. Semua berkumpul kat rumah adik ipar esok hari. Aku dengan anak2 pergi lambat sikit sebab Lokman jadi volunteer dalam PGA Tour Golf kat The Mines. Excited nak tengok Tiger Wood main..huhuhu parah laki aku tuh..bapak aku pun sama..siap deal nak berjumpa Lokman kat sana. huhu. Harini pulak aku masuk opis seawal pukul 8 pagi sebab Lokman kena hantar aku dan terus gerak pergi The Mines Club Golf berkhidmat untuk Malaysia.haha. Iyela, dah sekarang bergerak dengan 1 kereta kan..kenala aku redhaaaa...
Weekend pulak famili aku plan nak ke Gambang Resort/ Theme Park. Eksaited..hehe..Nanti aku cite ek..first time ni nak bawak anak2 nih pergi theme park. :)

Ok korang, Selamat Hari Raya Haji!!
Semoga dipermudahkan segala urusan kita yer sempena cuti 3 hari nih.. aminnn...

Thursday, August 23, 2012

Raya Raya 2012

As Salam Semuaaaaa..best tak Raya korang? :)
Hari ni dah Raya kelima ek..dan aku dah masuk ke konti...semalam aje aku cuti lagi..
Raya tahun nih serba sederhana..dapat la menziarah ke 5 buah rumah..kekeke..Sehari sebelum raya balik Linggi, rumah ibu mertuaku. Dah 3 tahun kawen, ini la first time merasa awal malam Raya dan pagi Raya di kampung Linggi..hehehe..tukar mood pulak. Tia paling seronok sebab ada geng..Kak Long aku pun ada sama dengan 2 anak dia.
Before gerak Linggi kiteorang berbuka puasa dulu di rumah abah aku. Kakak2 dan adik2 aku semua ada. Penutup berbuka puasa bersama2, then budak2 main pop pop..ala, yang benda baling kat lantai bunyi2 pop pop tu..kekeke..bunga api takder..tu aje yang Tia berani main..excited betul dia dengan cousin2 yang lain.
Raya pertama, ziarah kubur arwah bapa mertua then beraya ke rumah nenek, port perjumpa makcik2 & pakcik semua. kat situ dah jumpa dorang dah. lepas tuh g rumah makcik Lokman kat mane ntah,,lupa pulak nak tempat tuh..kekeke..
Then lepak rumah, terbongkang sampai petang..hahaha. Linggi sangat panas terikkkk..ada masa kembar meragam gak. tak selesa la kot. Aku bantai makan aje la..hehe..
Hari kedua Raya, tengahari dah balik KL. Sampai aje PJ, terus lunch kat A&W depan Amcorp Mall tu. Tengah makan kakak aku whatapps ajak g rumah jiran lama kiteorang. Then terus ke Balakong, rumah Mak Long aku. Then ke Semenyih, rumah Pak Uda. Kat situ dah jumpa Mak Ngah sekeluarga. Lepas Isyak baru balik rumah. Kiteorang tidur Kota Kemuning 2 malam. Sedara mara aku memang semua area KL & Selangor aje..hehe..
OK tu aje kisah beraya kitaorang tahun nih..hahaha..buat masa nih lah.
Next, tunggu invitation open house la..haha, Sabtu nih dah ada dua invitation..tgk la camne..larat ke idak g dua2..
Yang pasti anak2 aku dpt banyakkkk duit Raya..haha, aku belum terlarat nak keluarkan dari sampul dan mengira. tengah sibuk membasuh baju2 dan mengemas rumah.
Hari ni kat opis, sangap! keje ala2 sipi2 aje aku buat..takder mood buat keje aku update blog..jap lagi nak time off 2 jam..Lokman ada hal nak buat, aku kena jaga askar2 kejap..huhu..
Ok la, nanti aku nak cite pasal wean-off pacifier si kembar..hehehe..Syawal ada satu kemenangan bagi umat Islam, dan aku dapat mencapai satu kemenangan dengan membebaskan mereka dengan puting..hahaahaha..ada kena mengena tak? hahaah :P nanti aku story ekkkk..c ya!

Gaya tidur dalam kereta. Dorang xmo duduk dalam car seat. so begini la jadinyer..huhu
Kami berlima
Nenek bersama cucu2
dekat A&W..takleh duduk diam budak2 nih
Nenek bagi duit Rayaaaa!
beraya rumah Mak Long Balakong
aku dan askar2 di pagi Raya pertama
malam Raya, kanak2 main pop pop!
Baru rumah pertama dah terbongkang keletihan..hehe

Tuesday, November 8, 2011

AidilAdha 2011

Raya Haji tahun nih paling tak buat apa..melepak kat rumah abah aku aje sepanjang hari. Cuma Tia aje, kakak aku bawak dia beraya kat rumah sedara husband dia kat sg buloh. Dapat la Tia duit raya RM30..hehe..Alhamdulillah..rezeki dia. Duit masuk tabung unta dia la. Dah nak penuh lagi tabung dia tuh, leh top up akaun Tabung Haji dia nanti. Pastu bukak akaun kembar sekali nanti. Mykids kembar dah siap, tapi takde masa lagi nak g amik. Abah dorang nih busy aje.

Cite balik pasal Raya Haji ni, pagi Raya parents aku & adik bongsu pegi sambut Raya dekat Rumah Anak Yatim Ulu Langat, dapat jemputan utk menyambut dengan anak2 yatim sana. So kakak & adik2 laki aku g solat Raya kat Masjid KJ, aku stay rumah jaga anak2 ler...dah 2 tahun tak dapat solat Raya..huhu..kena tunggu lagi 2-3 thn lagi kot baru dpt pergi masjid. uhuhuhuhu~

Jadinya, takde ape la yg menarik nak cite pasal Raya Haji tahun nih. cuma aku ada amik gambar kembar aje la, pakai baju baru..kekonon tak dapat beraya, tapi dapat la pakai baju Raya..hahha..poyo btul Ummi korang nih! :P


Aariz & Hafiy - berjaya captured pic dorang tgh senyum!
lepak umah aje tengok tv

Hafiy Zafran :)

si kakak yang gediks :)

haaa, masa beraya dengan kakak Marsya & Kakak syira dia (anak2 kakak aku)
kiri kanan tgn pegang angpaw raya


Wednesday, September 21, 2011

Episod Raya dalam Pantang 2011

Korangkan tau aku bersalin kira2 2 minggu sebelum Hari Raya Aidilfitrikan, so kira masa Raya aku dalam pantang. Memula risau gak, cmne la Raya nanti, boleh ke aku kuar rumah? boleh ke aku beraya sama2 dengan keluarga? huhuu..rasa sayu gak if tak dapat beraya dengan keluarga..tapi takkan aku nak duduk umah aje..hishhh, kesian pulak kat Tia & Abah Tia. 

Dua hari sebelum Raya, aku dah balik ke rumah sendiri. 10 hari aku berpantang kat rumah kakak aku, dijaga sepenuhnya oleh kakak2 aku. Pastu sebabkan Raya nak dekat, persiapan tak buat lagi..kena jugak balik rumah, aku ingat minggu Raya tu nak lepak umah abah aku. So kena packing barang2 gak. Lagipun aku dah cukup sihat, luka dah sembuh, confident dah nak handle kembar sendirian. So ok, balik rumah sendiri aje, start la pantang koboi..hehe

Malam Raya tu Lokman pegi Jalan TAR sendirian..dia nak cari baju melayu. 2 Hari sebelum tu dia dah g area S.Alam, tapi yang dia berkenan semua mahal2. So plan aje la g Jln TAR, selalu ada lelong2 bila dah last day kan. Dapat la dia baju melayu, aku pesan beli baju kurung untuk aku sekali (since aku ingat aku tak beraya tahun nih, takder langsung preparation baju kurung) tapi bila dah esok nak Raya baru la terhegeh2 rasa nak Raya gak..hahaha..dah aku tgk Lokman semangat aje tempah kuih Raya sampai 5-6 jenis. haha. Aku srh lokman belikan baju kurung siap kat aku yang sedondon dengan baju melayu dia & baju kurung Tia. Baju kurung Tia pun kakak aku kasik. Tahun lepas punyer tak pakai2. Tahun nih dia dah muat, so tema kaler ikut kaler baju Tia..haha..semua express & last minute plan. 

Nasib baik dapat baju kurung utk aku, dan nasib baik Lokman beli memang ngam2 saiz aku. hehe, nasib baik jugak lepas bersalin badan tak gemuk..hhehe.. i likeeee!!

Ok, Raya pertama pegi umah abah aku, then ikut dorang pegi Kg Pandan jumpa sanak sedara abah aku kat sana. Then terus ke Balakong, rumah Mak Long belah arwah ibu aku. Pastu dah petang terus balik. Penat dah aku angkut kembar ke sana ke mari..semuaorang terkejut aku leh lagi berjalan2 sebab baru 2 minggu aje bersalinkan kembar..hehehe..dah husband & abah aku kasik green lite..aku redah aje laaaaa..

tapi yang tak bestnyer aku tak leh mencekik giler2..seriyessss aku jaga makanan ok..makcik aku kasik makan ketupat dengan ayam masak merah aje..itupun dah cukup baikk..mmg feveret aku kalu Raya makan benda tuh. Segala rendang, kuah kacang semua aku tak sentuh. takuttttt!!

Raya kedua duduk aje rumah abah. takder dah nak g mane2..sampaila Raya ke 4, kiteorang balik Linggi. Adik Lokman nak bertunang. Tidur sana 2 mlm. 

Raya tahun ni xbest sebab tak dapat berjalan sakan dan tak dapat makan banyakkk, plus dah rasa susah nak berjalan sebab kena angkut anak2 kecik. Agak leceh jugakla..dengan kiteorg yg ddk kondo ni, Lokman kena buat 2-3 kali trip turun naik angkut barang2 dan anak2. Aku pun penat sebab kena packing semua benda, then unpAcked pulak..

Yang part best bila Tia & kembar dapat collect duit Rayaaaaa..hehehe..si kembar dapat banyak dari Tia..hehe..sebelum Raya aritu, Lokman terus buka akaun Tabung Haji untuk Tia. Lepas nih dapat aje Mykid si kembar, dah leh bukak akaun utk dorang pulak. InsyaAllah dah besar nanti tak susah dah bagi dorang duit utk pelajaran..

Lokman cakap tahun depan kite beraya sakan, cover balik tahun nih punyer Raya..haha.. lagi2 InsyaAllah tahun depan kembar dah setahun, Tia pun dah 2 thn lebih. Baru la leh beraya ke rumah kawan2. Tahun nih satu rumah kawan pun tak dapat pegi. huhu~

First time aku dapat kuar umah, otw ke umah Abah
Si kembar takleh lagi ddk dlm baby carrier, so letak aje macam tuh..hahaa

Cara senang nak bawak turun/naik hero2 kecik nih..
"kereta" pertama dorang

Our first family photo - with the twins
kaler maroon tema tahun nih :P

the girls in the family

my happy big family :) 
free styleeeee mode


ok, till then..

Wednesday, November 24, 2010

Raya Haji 2010 ~part two

Raya Haji dah seminggu abis, aku baru terhenggeh2 nak update ek..semalam aku emo pasal saman parking terus takder mood nak update benda lain..cesssss...
so masa Raya Haji kiteorang balik umah abah, then lepas solat raya ada acara sembelih lembu la, abah suruh kiteorang semua pegi. yang lelaki kena tolong2 potong2 lembu, yang perempuan tlg la potong2 bawang ke, ape ke..tapi aku nih dengan bawak Tia, idakla dapat tolong ape2, tolong tengok aje la..hehehe..lepas zohor ada la jamuan makan tengahri daging korban tu..tapi aku tak stay sampai zohor, coz tak selesa dengan budak2..panas sungguh cuaca hari itu..lokman tapau kan aje sup tulang, makan kat umah aje la.
Malam Raya Haji buat BBQ. aku buat dessert puding jagung & koktail dan puding cokelat. first trial..agak jadi jugak la, sekejap aje licin! banggaaaa aku..hehe..baru aku tau senang giler rupanyer buat puding nih..kehekeh..aku berjaya buat 2 jenis puding. Nanti nak try lagi buat puding berbagai jenis..
First layer - jagung krimer
Dah siap bekukan, lupa nak snap pix, tak sabar nak makan..hehehe..jadi la separuh aje, bukti aku buatt sendiri tau! poyo gilerr! :p
ok, kasik layan gambar aje la, malas nak tulis deret2.. cite dah basi..hehe
Surau kat area Kemuning -kebanyakkan jemaahnyer warga asing..keh keh..adik aku cakap macam beraya kat Indonesia aje..hahahaha :P (kota kemuning byk lagi construction area, itu pasal byk warga asingg..huhuhu)
Diaorang nih pun pandai, potong2 lembu then bahagian batang pinang yg sedapa tu diaorg cepat2 amik utk diaorang..perangai btul!

oh gambar Ummi & Tia wajib ada nih!..hehe..Tia angkut sekali bantal peluk bucukk dia ke surau..haha..

Sessi meratah daging lembu..adik2 laki aku, abg ipar & Lokman

tempat membahagi2 kan daging korban

Kasih Ummi kat Tia..kasik minum susu!!!! :P

Semangat giler!si lokman tu first time join potong daging korban..heeee

oh Ini tok ketua aka Abah aku..kasih arahan terbaik punyerrr!dah biasa jadi pengarah, sampai kat mane2 aje dia nak mengarahh..haihh!

Sempat bergambar bersama adik beradik di surau..keh keh keh..buat macam rumah sendiri plak
haa tu dia Tia menguap besauuu, apa lagii, cabut balik!!
****

Mini BBQ - adik laki aku tertinggal set bbq kat Kerteh, so terpaksa g Mydin beli mini set BBQ nih, RM19 aje..jadi la, sebab kakak dah prepare bahan2 BBQ..hehehe

Acara wajib..lepas makan kenyang2, Scrabble timeeeeee..!
oh, tuan pengarah/abah kalah dengan kakak aku & Lokman..kihkih..muka sangat tak puas hati sebab kalah dengan anak2..hooreeyyy!

SEKIAN
 
Blog Template by Delicious Design Studio