Showing posts with label TiaZahraa. Show all posts
Showing posts with label TiaZahraa. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Un-control-able twins

Hi blogger!

Mood nak memblog agak merundum skit lately. Aku masih jiwa kacau nak tukar department. Aku dah slow talk dengan my lady bos. Dia dengan sikap terbuka membenarkan aku transfer, cuba dia suruh aku betul2 pilih department yang bersesuaian. Aku kekadang ada rasa teragak2 dengan pilihan aku. Takut aku salah pilih..harap2 pilihan aku tak salah. Hari ni aku akan hantar internal memo ke HR. Semoga segalanya berjalan lancar. Ameenn..

Cerita pasal kembar pulak hari ini.

Aariz & Hafiy dah makin melasak, sejak2 dah lancar berjalan nih agak susah nak control dorang. Lagi2 bila kiteorang outing. Dorang nak berjalan sendiri. Takmau duduk kat stroller lama-lama. Actually, tak kisah lagi dorang nak berjalan sendiri tapi yang jadi kisahnya bila dorang nih jalan ikut suka kaki. menonong aje tak peduli mana mak bapak dorang pergi. haha..tengok2 dah ke arah lain. Ntah apa-apa..
Jenuh aku nak kena perhati dan tunggu dorang jalan terkedek2 tanpa peduli orang yang tengah lalu lalang. Sampai selalunya menganggu laluan orang gak arr..nasib baik comel jek, orang tak marah..sengih2 aje tengok dua budak tenit nih berjalan usha orang.
Lagi buat hilang kesabaran bila kiteorang pergi beli barang dapur. Sekejap aje nak duduk dalam trolley, pastu mulala buat perangai. Nak keluar then nak mencapai benda2 kat rak. Aku nih sibuk nak pilih2 barang sambil pikir2 barang apa yang dah habis kat rumah tuh, tapi jadi takleh nak memikir bila budak2 nih buat perangai. Tak layan nanti dorang akan menangis siap protes duduk kat lantai. Nasib baik takder aksi guling2. huhu..dorang akan menangis2 serentak sampai sebatu leh dengar suara dorang. Malu nokkk!!
Selalunya nak bagi dorang duduk lama dalam trolley adalah dengan pancing dorang dengan makanan ringan & air vitagen/nutrigen. Tapi sekejap je pun, dah bosan makan minum dorang tetap nak keluar. Aduhaii..serabut kepala makkk! Ada satu part nih, si Hafiy jalan menonong dalam Tesco sampai terlanggar bucu rak. Terus berdarah bibir dia..melalak2 la apa lagi. Gabra aku dibuatnya. Tu pasal kiteorang tak bagi dorang keluar jalan..agak bahaya. takut dorang capai2 barang sampai jatuh atas dorang ke..ishhh..

Bila semua dah buat perangai, terus mood nak membeli ke laut, sampai lupa terus nak beli apa. Cepat2 pergi kaunter dan terus balik. Balik rumah sebelum Ummi korang nih naik sawan ultraman..huhu..lagi parah!
Sampai rumah baru arrr teringat balik barang yang diambil. aiseyyy..

Si kembar ni suka tengok si kakak dorang..si kakak la jadi role model dorang..apa kakak makan dorang nak jugak. Kakak nak berjalan dorang pun nak jalan sama. Si kakak suka mintak macam2..tu yg adik2 nak mengikut. Sudahnya si kakak aku marah dulu. huhu..

Lepas nih kena cari time lain beli barang dapur. Takleh rasanya nak bawak dorang ni...huru hara jadinya..Tapi bila tak bawak dorang keluar rasa kesian terperap kat rumah aje. huhu..dilema seorang Ummi...

 

haaa ni dia 2 budak macho berjalan..
konfiden kan? hehe


ini gambar semalam..pergi beli barang dapur lagi lepas ambil dorang kat rumah babysitter
si hafiy siap angkat kaki nak keluar sesangat
si aariz melalak lalala..
air nutrigen beli sampai habis 1 pek..
pun melalak jugak..parah!


drama drama...


ni kat speedmart. sibuk tiga2 nak keluar ikut abah nya
sudahnya abah ambik trolley & airkrim bagi duduk diam2..hahah


di paradigm mall..


orang dah kat depan, dorang terhegeh2 lagi kat belakang
aku dah kena berjalan cara berundur, sebab nak tengok dorang..haha










Friday, December 28, 2012

Kedua kali ke PPUM..

Sambungan dari entry sebelum ini..

Pukul 7.30 pagi kiteorang dah siap2 ke hospital. Hantar kembar ke rumah kakak, then terus shoot ke Menara Utama. Tempat pertama kali Tia pergi masa demam last week.
Ambil no giliran, register then bayar RM5. Terus masuk tunggu giliran jumpa doktor. Dalam sejam kemudian, doktor panggil.
Dia tengok aje bijik Tia, terus dia refer ke Klinik Surgery. Dia pun tak tau apa benda tuh & punca. Mungkin dia tau, tapi dia takmo komen..
Terus dia tulis memo to doctor kat surgery..then suruh naik tingkat 1. Naik la pulak ke tingkat 1, orang punyer la ramai! Aku tergagau kejap..tak tau nak buat apa..beratur aje la kat kaunter pertanyaan. Aku tanya nurse kat situ, tapi nurse layan tak layan sebab orang memang super ramai. Bila sampai Q, aku tunjuk memo kat nurse tuh, terus dia tanya date untuk appointment.
Cessss....anak aku dah sakit2 lagi mau appointment kah?
Aku cakap la nak jumpa doktor harini jugak..sebab anak dah sakit sangat.
Dia tanya anak umur berapa..padahal dalam memo dah tulis umur Tia. huhuhu..
Serabut agaknya nurse tuh sebab melayan nenek sebelum kiteorang nih. hehe..Bila dia tau tia 2 tahun lebih, terus dia suruh pergi bahagian paedtrik, klinik kanak-kanak kat wing lain. Aduhaiiiiiii....
Kiteorang jalan arrr g bangunan baru bhgn kanak-kanak, nasib baik bersambung2 & signboard membantu..
sampai je sana, terus tunjuk nurse memo kecik doc. Dia cakap bahagian surgical hanya ada pada hari khamis petang & jumaat. MasyaAllah...
kena set appointment pulakkk..redha aje la. Kiteorang ambil khamis petang, esoknya lah. Appointment pukul 3. Memang Unpaid leave lagi la aku..
Dah tu boleh balik. tak guna pun tunggu lagi kat hospital. Masa tu baru pukul 10 pagi. Nak masuk keje memang dah malas. Then aku decide nak bawak Hafiy la pergi klinik. Telinga dia bernanah semula. huhuu..Tu lagi sorang anak bujang aku nih..tak memasal telinga dia bermasalah balik. Last dulu masa bulan 1. Bawak pergi klinik panel biasa aku pergi. Doktor situ suruh bawak g pakar telinga. takut ear drum dia effect. huhuhuhu..
Aku bertambah serabut. MasyaAllah..
Doctor bagi ubat titik aje. Balik rumah aku bagi Tia ubat paracetamol..ubat tu sebagai penahan sakit dia untuk sementara nih. Hafiy aku bersihkan telinga dia dan bagi ubat titik. Nak monitor dia beberapa hari nih, if next week tak elok gak telinga tuh aku bawak la dia ke pakar telinga pulak. Aku serabut nak baikkan si kakak, si adik pun ada masalah gak. Dua-dua perlukan perhatian. Bukan sakit yang leh ambil ringan..cuma aku tak cukup masa & tenaga. Cuti pun dah habis. Aku mengharapkan tahun 2012 nih berakhir dengan cepat, so that aku dapat apply cuti tahunan 2013 dan medical expenses pun yang baru...semoga Allah permudahkan urusan kami.
Berbalik pada cite Tia tu, esoknya kiteorang pergi lagi hospital, jumpa doktor muda di surgery klinik kanak-kanak. Siap dia pun tak confident, dia panggil kawan dia yang lagi berpenggalaman.
Dorang siap argue lagi pasal benda yang tumbuh kat punggung tia tu. Dia cakap benda tu jadi macam tuh (like bisul) sebab setiap kali berak keras, ada lebihan daging tertolak keluar. lama2 dia membesar jadi sakit.
Tak boleh just nak cut benda tuh sebab otot2 pembuangan kat situ, takut ada kesan sampingan. So meantime, doctor suruh sapu ubat kat bisul tuh, ubat tuh cuma bagi kebas aje supaya dia tak rasa sakit masa nak membuang dengan makan ubat lembut najis.
Aku rasa nak marah gak. That's it?? sebab takder ke ubat yang leh mengecutkan benda tuh? huhu..anak aku tuh dah sakit melalak, takkan tu je ubat yang boleh bagi kat dia?
Doc ckp xde. Then monitor lagi 2 minggu lebih. Next appointment on 17 Jan.
Mak datukkk..lama tuuuu..dia kata lagi if rasa benda tuh makin growing bawak jumpa dia secepat mungkin.

Tu je laaaaa..malam sebelum tidur aku nak sapukan tia gel tu, melalak2 dia x bagi..sampai emo aku...aku jadi stress sesangat sebab aku takleh nak tolong dia. Dia jadi fobia setiap kali aku tengok benda tuh..huhu
Ya Allah, semoga Tia cepat sembuh..Ya Allah, ko kasihani la anak aku ini..



Ubat ni aku kena beli sendiri kat farmasi, sebab ubat nih kononnya abis stok kat PPUM
tengok hargaaaaa..mak aihhh..patut la takder stok.huhu


ubat pelembut najis


si budak sakit telinga. Hafiy zafran


ni sebelum g hospital. Tengah ceria siap leh buat peace lagi :)
strong little girl!


ooo ni dah mandomm..
tunggu giliran


singgah kedai buku, dia paw abah nya buku satu
baru la senggih balik


ni pun budak sakit, tapi sengih tak lepas2..good boy!


tempat menunggu kat klinik surgery
ada tv flat pasang kartun
dah kata bahagian kanak-kanak
Memang selesa laa..


kat tingkat 4.

Monday, May 14, 2012

Toddler 26 months + TiaZahraa

Tia dah 26 bulan hari nih. Aku tetap nak update progress dia walaupun dulu aku penah cakap nak stopkan aje cite progress si kakak biler dia dah cecah umur 2 tahun..kekeke..tapi terasa byk benda baru yang Tia pandai buat..ada yg positif dan ada jugak yang negatifnyer..
Positifnyer;
Tia dah pandai main denga adik2..dari dulu dah pandai, tapi dulu kira masih peringkat pengenalan yang dia ada orang baru dalam rumah dan dengan Ummi dia. Dulu dia tak mesra sgt dengan kembar. Jarang dia nak main skali dengan dorang. lagipun kembar kecik lagi kan..minum susu dan tidur aje. Tapi sekarang si kembar pun dah lincah, dah pandai gelak ketawa bila Tia buat lawak. Bila Tia tengok si kembar ada ada respon dengan dia, tu yang makin suka dia berkawan dengan kembar. Part paling aku suka tengok bila si kembar dua2 tuh panjang atas badan Tia, si Tia biar aje budak2 tu buli dia. Bila dia dah rasa stuck, dia akan jerit, "Ummi, tolongggg!!!"..hahaha, Tia dah pandai cakap perkataan "tolong" tu buat aku tergelak. Dia akan ulang2 sampai la aku tolong angkat kembar. Kira takder la dia berkasar dengan kembar..cakap pun ada masa lembut aje dengan kembar, dia cuma leh cakap "Ayish, Afiy jangannn arr...pi kettt" (tepi sikit)..kekeke, mane la si kembar nak paham..sengih2 aje la dorang dapat buli Tia. Banyak dah 3-4 perkataan2 yang Tia dah pandai sebut, contoh: "afiy, meh sini", "abah, makan", "Ummi, nak air", "Ummi, nak mandi", "Ummi, nak tidur"...hurmmm, semua benda pun Ummi. Bila aku suruh mintak kat Lokman, baru la dia pegi kat Abah dia..

Aku dah belikan Tia color pencil & buku warna. Hari2 la dia kaler buku dia. ada time nakal dia, abis la carpet, buku aku, skrin tv & kabinet tv dia conteng skali. Memang takleh nak halangkan..budak2 nih fikiran dorang kreatif dan suka explore..lagi kite halang lagi diaorang akan tetap buat. Sifat ingin tahu tuh menebal dalam otak dorang. hehe..aku redha kan aje la bila ada benda2 yang dia dah conteng tuh takleh nak bersih kan 100 peratus..huhuhu..

Dia dah pandai kira 1-5. Aku baru tau bila satu hari tuh kiteorang g KLCC dulu tuh, tengah menunggu makan dihantar, Tia main la sachet gula kat atas meja tuh..pastu dia kira.."satu, dua, tiga.." MasyaAllah, seriyes aku terkejut! selama nih kiteorang cakap baru dia follow..tak sangka pulak dia dah leh ingat dan pratikkan sendiri..hehe..good girl! Now, aku ajar dia mengira 1-10 dalam dua version, bahasa malaysia dan english. Then nak ajar dia mengenal warna pulak. Aku ada dengar radio IKIM, ada pakar kanak2 bgtau, masa nak mengajar anak mengenal warna, kite kena sabar tunjukkan kan dia warna2 tuh..sambil sebut sambil tuh kite kena tunjuk macam bagi contoh kat dia. Baru la dia paham apa kita cakap. Dan identify setiap benda dengan warna, contoh, Red car, Blue pencil, White ifon..kekeke.. InshaAllah..semoga dipermudahkan mengajar anak2 ku sekalian..

Bab makan, Tia masih lagi menyukai sayur dan buah. Tapi rupanya tak semua buah dia suka makan. Last2 week aku beli buah pear..dia makan dua tiga gigit aje, pastu buang. Aku ingatkan dia baham semua jenis buah..rupanya tang buah pun dia memilih gak..so aku dpt identify buah yang dia suka; anggur, buah naga, mangga, pisang, betik, tembikai, oren, laici & strawberi. Sayur pulak pea, tauge, bayam, kobis, carrot..macam yg pahit2 tuh dia kurang..takpe..kira ada dia makan sayur tuh pun dah kira baik. Yang aku tak tahan tuh makanan si kembar pun dia nak jugak. Bila aku suap si kembar bubur blend dia pun nak jugak. So terpaksa la aku kasik skali..nak pulak dia makan benda2 hancur ni..kekek, mengada sungguh! :P

Umur dia nih makin meningkat, tapi badan tetap halus macam dulu2..tak berubah pun..huhu..baju pakai saiz 18 bulan punyer..ada sesetengah baju yang 12 bulan pun still dia leh pakai..haaa halus kan..aku pun dah jarang belikan dia baju. kekeke..tunggu nak Raya la baru beli yerr.. Diaper pulak maintain pakai brand Pet2..saiz L. Next year aje la aku plan nak potty dia. Selagi dia tak pandai bukak seluar dengan cepat selagi tuh aku tak kuasa nak ajar dia potty..huhu. Si kembar pun tak pandai berjalan lagi..agak leceh nak handle 3 askar2 tak reti bahasa sangat nih. So no rush.. :)

okla, nak sambung buat keje..Happy 26 months my darling Tia..Ummi always luv u!! XOXO
Tia tengah melukis, si kembar datang menyibukk

Dah pandai main dengan Barbie..Barbie2 nih pun ada dpt masa besday Tia
setahun dulu, ada gak yang cousin dia bagi..aku memang tak beli arr
kekeke..sebab dulu masa aku kecik2 aku tak penah dpt barbie yang baru, semua
aku main kakak2 punyer..sob sob sob..

bergurau senfa dengan adik2..bangun tidur terus main sama2

Tia mengedika..amik inner aku buat main :P
makanan aku pun dia nak makan..akibatnyer tergigit cili..terus insaf..kekeke..
Dah makin berani & nakal..naik atas dashboard belakang kereta..menikmati permandangan..
Dah start jadi gegirl..abis Lip Balm lokman dia pakai..
hahaha..aku awal2 dah sorok lipstick aku..
 
Blog Template by Delicious Design Studio