1st April 2012 (Ahad)
Sepanjang malam aku tak lena tidur sangat. Sejukkkkk! MIL aku pun tak dapat lena..kekeke..
Si kembar terjaga pukul 3 pagi sebab kesejukkan. terus aku pakaikan sweater dan selimut, then baru tido lena balik. Si Tia memang kebal. siap pakai tshirt lengan pendek aje. Aku sarungkan stokin aje. Tapi pukul 5 pagi terjaga sebab kesejukkan dan kelaparan. Bagi susu 7oz settled! Then dok merengek2 sebab sejuk. Bila aku nak pakaikan baju sejuk dia (kawan aku kasik hadiah masa tia beberapa bulan,tapi dah masuk 2 tahun baru leh pakai..kuikuikui, thanks anem!) dia takmo pulak. dok la degil kat hujung katil, tertonggeng kesejukkan...pastu aku malas nak layan. Dah lepas 15 minit aku tak layan tu, baru la terhegeh2 datang kat aku. Aku selubung dia dengan selimut dan peluk dia baru tidur balik. Aku takleh tidur dah. Perut lapar la pulakkk..lagi pulak air panas budak2 dah abis, g bangun jerang air. 2 kali aku jerang. satu tuh aku buat nescafe panas cecah dgn roti. Buat alas perut.
Pukul 7 pagi, memasing dah bangun. Ceria aje budak2. Aku kemas2 barang, cos nak terus check out. Lokman kuar g tapau breakfast. Makan dulu then pukul 10.30 pg baru keluar rumah.
Tempat pertama pergi KEA FARM. Ada gerai2 jual souvenir tepi2 jalan, dengan harga borong. Aku beli payung gambar strawberi utk Tia & cousins dia. Yang kecik RM6, yang sederhana besar RM8. Then beli pencil strawberry RM7. Cadangnyer nak beli bantal2 kecik RM8 aje letak dalam keta..tapi rasa macam tak sesuai lak..aku nih kalau nak beli benda2 merepek nih selalu pikir byk kali, sudahnyer tak beli pape. mencik btul. Bila dah blk, baru rasa menyesal..kekeke..takder makna nyerr dahhh.. :P
Tia nak bola strawberi. Sesampai CH aje tu yg dia sebut2, asal nampak aje dia tunjuk2.."nak bolaa" katanyerr..
Ok beli la, murah la pulak..RM3. yang besar skit RM5.
Lepas tuh lepak minum kat cafe situ. Try minum air choc strawberi..layan gaks! dengan ais krim strawberi. pure btul rasa strwberi tuh..RM1 sebatang. Aku rasa CH nih memang dunia strwberi laaaa..memana aje nampak buah nih...naik penat jari aku nak taip nama buahnyer pjg sgt. hehe..
Lepas tuh nak cari tempat Strawberi Farm, aku excited nak petik strawberi. Suruh lokman cari gak. Sampai 2 tempat kiteorang singgah, tapi takleh petik, just beli aje.. siap patah balik tuh masuk Brinchang..kes dah turun ke bawah arah ke kl dah..huhu. Aku ckp dah alang2 sampai sini baik cari gak tempat tuh. Siap sempat lagi google. kekeke..Nasib baik jumpa gak satu. Sekilo dia kira RM30. 2 kilo RM50. So aku, MIL, SIL & BIL pun g petik, Lokman jaga kembar sambil makan aiskrim.
Masa petik2 tuh ada la pekerja Indon tuh monitor kiteorang..dia tak bagi makan on the spot..tapi si Tia nih memang la tak reti bahasa, dia nak jugak makan kan..terpaksa la aku bagi. ada masa aku tak bagi, dia siap jengket kaki nak petik sendiri buah strwberi yang terjuntai2 tuh..kekeke..bijak budak kecik nih. Ntah berapa banyak ntah buah tuh dia makan..mintak halalkan la yerr taukeee..
Timbang2, dapat la 2.5kg. wuarghhhhh, beli strwberi aje sampai RM65!!! gileerssssssss!! nasib baik la aku memang seumur hidup takpenah beli strwberi..kecuali yang ada atas kek aje, so pakat tutup mata aje la bayar tuh. Niat nanti strwberi tuh memang nak sedekah kat adik beradik & ipar duai..ok fine! dah bayar, terus cabut.
Aku nak pulak g Tea Plantation. tapi masa tuh dah nak kul 3 ptg. macam tak sempat dah nak menyinggah. takut jammed pulak highway..so tak jadi la..kempunan aku nak jejak kawasan teh. huhu..nasib baik dah beli teh uncang utk abah aku kt KEA FARM tuh, dpt RM9 utk 2 kotak.
On the nak balik singgah lagi kat satu kedai souvenir, tapi bukan nak beli2 yer, tapi nak tumpang toilet..si kembar boleh pulak melepas hajat. hehe..Dan sebelum turun ke highway, Lokman singgah kat booth kecik2 tepi jalan beli madu asli directly from peniaga Orang Asli. Lagi murah rasanya. Untuk sebotol madu asli tuh memula dia letak RM30, tawar2 dapat la sebotol RM20. hehe..
Perjalanan balik ke PJ sangat la lambat ku rasa. Jalan sesak dari CH sampaila ke Senawang rasanya. Giler btul! padahal bukan cuti sekolah pun..aku sampai emo la jugak..penat layan kerenah budak2 yang dah kematu duduk dalam keta. Pukul 9 mlm baru sampai rumah. Balik2 budak2 terus pengsan. Aku pun pengsan juaaaa..Esok masuk kejaaaa!!
Abisla sudah cite short trip aku. :D Alhamdulillah, berjaya jugak misi cuti2 malaysia kali ini. Next trip akan ke Kedah, bukan la cuti2 M'sia tapi adik aku kawen dengan org Utara. takper, asalkan leh berjalan lagi..kena jimat2 la dari sekarang.huhu..
KEA FARM. this time takmo dukung kembar, so angkut skali dgn carrier dorang..hehe
me with Aariz
excited petik strawberi. tu tia dok mintak nak mkn la tuh..
hafiy tido dengan tenang..
haaa selubung abisss
Sedapppp miii..bukan main lagi dia makan..dah la tak basuh..kikiki. nasib perut tak meragam
morning boys!
aku lambat sangat dia nak petik sendiri...slumber aje minah kenit nih
aiskrim strawberi bersama hot choc strwberi..its considered as Strawbery Day!! yeayyy
Hall apartment yg luas. Bentang comforter utk si kembar baring2
last check point. sebab kembar dah berakkk la pulakk.
Tia with her "peace"
manissss!
menunggu Ummi dia petik strawberi, korang layan gigit kasut yekk
me & MIL and kids
ni la nama tempat strawberi tuh..tauke ke ramah, siap suruh promote farm dia..so ok la, aku tepati janji si tauke..sila korang singgah sini nanti yerrr..
selain strawberi ada gak dia jual pokok orkid. satu bekas RM10 aje. aku teringin nak beli, tapi keta dah penuh..kang patah pulak pokok2 nih..lain kali aje la yerr..