Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Kilang Teh Boh & Galeria TIme Tunnel, Cameron Highland #Part 3

Last entry cite pasal CH. Promise..heheh..

Aku nak cite gak pasal ini first time aku pergi dua2 tempat nih. Bagi aku dua2 tempat ni menarik & tempat yang perlu korang singgah bila korang kat CH. Berbaloi arrr..

Kiteorang singgah sebelum balik KL. Check out dalam pukul 12, terus singgah ke Galeria Time Tunnel. Aku tak berapa sure kat area mana, yang pasti galeria nih kat tengah2 deretan kedai2..

Dalam galeria nih banyakkan barangan lama2, zaman tok kadok kite sebut. Ada cite serba sedikit sejarah CH. Pastu banyakkan barang2 lama,zaman muda mak ayah kite..then dorang pamerkan barangan zaman kite kecik2 dulu..teruja gak tengok barang2 lama..sampaikan packaging susu Dumex zaman 80-an pun ada..Kira masuk sana dapat mengimbau kenangan zaman kecik2 arr..kecik aje tempatnya, tapi ok la..masuk kena byr RM5 rasanya. dalam setengah jam dah settle melawat.

Lepas tuh terus kiteorang ke Kilang Boh. Jauh skit perjalanan ke sana. Dah memang ke arah KL..kena naik bukit tinggi. Mencabar gak arr perjalanan ke sana..jalan sempit aje. Sebab kilang dia pun dekat dengan ladang teh..so memang memanjat arr..aku suka tengok permandangan ladang teh..sampai kilang tuh, dapat tengok proses teh dibuat..cuma kat sana takder pulak guard/orang kilang nak guide kite..pepandai sendiri arrr tengok proses teh dibuat..kira open kilang gitu..lepas tengok2 kilang, boleh minum/makan kat cafe dia..sebelah cafe ada kedai jual pelbagai perisa teh. harga takla murah pun..bagi aku biasa aje laa..huhu..beli teh kat Kea Farm lagi murah rasanya. Lepak minum2 dengan cuaca segar memang cool. Lepas tuh baru kiteorang terus turun ke KL.

Oh yer, sebelum tuh ada gak kiteorang singgah ke Bharat Tea. Salah satu pengeluar teh jugak..tapi kat situ takder kilang. Just leh lepak minum kat cafe sambil layan view ladang teh & shopping teh.

On the balik KL, kiteorang ikut jalan Tapah. MasyaAllah..seriyusssss pening ikut jalan tuh..berbengkang bengkok!! tobat takmo dah ikut jalan tuh lagi..huhu..si Aariz siap muntah susu lagi..tak budak2 tuh tak reti duduk diam dalam kereta..haaa, lalok arr dibuatnyaa. kiteorang berhenti tepi bersihkan semua. recycle aje la baju dia..hohoho..nasib la mak yong tak muntah sama..kakak2 aku singgah Air Terjun Lata Iskandar, dorang bawak anak2 mandi kat sana dulu baru balik rumah. Aku & family terus balik KL, dah penat tahap gaban. singgah tepi jalan beli Madu Tualang dengan orang Asli. Dapat la sebotol RM20. murah sesangat if compare harga kat atas CH. Beli gak sayur2 dengan strawberi untuk buah tangan. Tak dapat singgah strawberi farm kat atas..huhu..so beli aje la yang sedia packing. Tia suka makan strawberi..satu bekas tu dia settle kan sorang..

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. Moh layan gambarrrrr...
















Wednesday, September 11, 2013

Cameron Highland Trip - Day 2

Sambungan entry CH Trip..

Day 2 - 15 Ogos 2013 (Khamis)

Pagi2 subuh memang sejuk yang teramat2! Aku sampai tak boleh nak tidur sebab kesejukkkan. Pagi2 tuh pulak si Tia buat ragam..menangis2 nak apa ntah..sampai satu apartment tak boleh tidur dengar dia merengek2..hahaha..consider macam alarm clock la tuh..so semua orang kena arr bangun pagi gak..hehe..

Abah & Lokman nak pergi main golf. Dorang nih taik golf..orang lain plan nak jejalan lawat kawasan, yang dorang plan nak ukur padang golf. huhu..Padang golf dengan apartment memang dekat..cross the road gitu. So aktiviti jalan2 harituh aku kena handle anak2 tanpa abah dorang. Minta bantuan kakak2 & adik2 aku lerrr..

First tempat pergi ke Butterfly Farm. First time gak aku singgah. Ok gak tengok memacam jenis rama-rama. plus dalam tuh bukan saja ada rama-rama tapi ada gak haiwan lain macam arnab, harmster, ular, kura-kura, peacock, burung merak dll. Bagi orang dewasa nih biasa aje la..tapi untuk budak2 memang dorang agak teruja la jugak..hehe. Masuk kena bayar RM10. Anak-anak aku free. 

Lepas tuh terus ke Cactus Point. Aku takde plan nak beli kaktus..tak berminat nak menjaganya..hehe..layan anak2 buah aje. tapi dalam cactus point tuh ada pulak kedai cendarahati..tetiba ada pulak terselit barang mainan. haaa, laju aje la si Tia terjah. Terus paw aku mainan..kesian gak sebab dari semalam kat Pasar Brinchang dia nak toys..aku suruh aje la dia pilih. Dia nak mainan muzik. Ada gitar, trompet dll. RM12 aje. Pastu si kembar aku beli Ultraman & Raksasa kecik2 tuh..hehe..dorang dah kenal sape itu Ultraman..so okla...excited la bila aku buka mainan tuh bagi dorang main kat Apartment petang tuh.

Dah settle, terus ambik Abah & Lokman kat Kelab Golf, then pergi lunch di restoran mamak. Tak ingat aku nama apa, tapi nak ke restoran tuh kena ke arah Tanah Rata. Sebelah restoran tuh ada Starbuck. Ramai pelancong2 mat salih lepak situ. Family aku makan nasi atas daun pisang. Aku tetiba teringin makan roti Naan cheese dengan ayam tandoori. tapi tak rasa sungguh cheese nya..huhu..Kakak yang sulung belanja makan. hehe..

Lepas makan terus balik, tidurrrr..dalam pukul 4.30 ptg adik beradik aku yang lain keluar nak cari air terjun. Aku, Lokman & askar2 malas nak ikut..anak2 aku kan tak suka main air..so tak payahla nak susahkan diri nak panjat air terjun tu..dorang main toys aje la sepanjang petang tuh. Abah aku pun malas nak join. Penat main golf ler tuuu.

Lepas Maghrib keluar dinner kat Steamboat Restoran. Tak tau nama apa..haha..aku keje mengikut aje, sebab naik kereta dengan abah aku. Per pax RM28 rasanya. Okla, kenyang..Anak2 aku pun bersungguh makan. Dah la masa tuh hujan, layan steamboat memang terbaik. Just aku rasa a bit pricey la. harga per pax tak masuk air. Pastu bagi ngam2 je bahan2 steamboat tuh..bukan buffet. Nak apa2 tambahan macam dessert ke, duit pun tambah lerr. Dinner pulak di taja oleh adik ipar..hoyeahh! makan free satu hari. konyanggg mak buyung!

Balik apartment, dorang main lagi scrabble ntah berapa round tuh. Sambil tuh kiteorang buat acara potong kek sempena harijadi aku & kakak termasuk si kembar & anak buah lagi sorang. nih la dia hadiah harijadi, birthday getaway..hehehe..tapi masa nak potong kek si kembar dah terbongkang tidur. Tia la wakilnya potong kek dgn aku..hahaha..

Happy Birthday to us!! Alhamdulillah...

settle la aktiviti hari kedua. :) moh layan gambarrrrrr....

si rama-rama terbang tak berapa bebas..

askar2 aku row depan
askar2 kakak aku di belakang
heheh..
askar2 belakang tu tukang jaga askar2 kecik aku..

semua tempat kat cameron nih jenis tangga banyak2
semput kooo!!
nak turun ok lagi, nak naik balik yang tak cukup nafas mak yong..huhuh

Hafiy first time pegang rama2..
seriau aku tengok..mau terpatah pulak kepak dia...huhu

tengok ular pulak

oh lepas dari Butterfly farm, ada singgah tempat petik strawberi
tempatnya tka best mcm aku pergi last time
dah masuk kena bayar Rm35, kira deposit arr..
pastu if dapat amik 1kg strawberi consider deposit tu burn..
pastu kawasan petik tertutup, mat bangla dok jaga pintu
ntah apa2..
tia je leh masuk ikut kakak2 dia
kakak aku bawak budak2, aku dengan yang lain layan eskrem strawberri.

ni la makan atas daun pisang nyaa..

steamboat timeee


penaja steamboat
hehehe.. terima kasih adik2 ku sayang ;p


birthday celebration

si kembar dah terbongkang kepenatan..

Wednesday, September 4, 2013

Cameron Highland Trip - Day 1

14 Ogos 2013 (Rabu)

Family trip seminggu selepas Raya. Dah kira macam acara tahunan family aku arrange holiday luar dari KL. Lazimnya memang akan dibuat masa cuti Hari Raya, sebab masa tuh aje adik beradik senang dapat cuti. Kali nih pilih time bercuti hari biasa..orang lain dah masuk keje, kiteorang baru nak bercuti..nak avoid traffic jam & kesesakan di tempat yang dituju.

Memula plan nak ke Penang, tapi bila bincang2 sepakat tukar ke CH. Last year aku ada pegi gak, tapi satu malam aje..banyak tempat tak dapat singgah. So ok la if repeat lagi. Setuju aja dong!
Bertolak Rabu pagi, sampai kat CH dah tengahari. Ikut jalan Simpang Pulai. takmo ikut Tapah..jalan kat sana berpusing2.Terus singgah kat Cameron Valley tak silap aku. Ada macam cafe untuk makan minum, pastu kat tepi cafe tu ada ladang teh seluas2 nya..budak2 terus excited terjah ladang cafe..anak2 aku pun sampai takmo duduk makan..nak main lari2 kat laluan pokok teh tu..haha..sempat alas perut dengan air teh o & roti/puff.
Terus check in kat Apartment Villa Dahlia. Kiteorang sewa Penthouse untuk 2 malam. RM1100 untuk 2 mlm, ada 5 buah bilik. Cukup besar untuk kami 9 dewasa & 7 kanak-kanak. Lepas check in, berehat kejap..then kiteorang ke Rose Centre, di area Kea Farm. Penat ooo mak buyung mendaki sampai separuh bukit RC nih..agak gigih la jugak. Abah aku, Lokman, adik laki & wifey makyong macam aku tak naik..Lokman jaga kembar tengah tidur dalam kereta..abah aku biasa la orang tua, mana la minat nak tengok bunga2..hahaha...Tia & anak2 buah aku yang semangat daki bukit sampai puncak. Panorama memang menarik..rasa tenang jiwa tengok bukit bukau penuh bunga2 dengan udara yang sejuk. Spend dalam setengah jam, then terus ke Pasar Brinchang. Beli makan malam siap2 kat sana, semua beli nasi ayam, nasi ayam orang sana takder sup & kicap. cuma bagi sos cili aje..huhu..balik apartment masa maghrib. then rest..aktiviti malam adalah main scrabble beramai2..sampai 3 round dorang nih main. aku nih tak dapat la nak main sebab nanti askar2 semua kacau..
Malam tidur sejuk giler! apartment tu takder kipas langsung, tapi sejuk macam pasang air cond. Anak2 aku meragam la jugak tengah2 malam sebab kesejukkan. tidur berhimpit2..katil queen tetiba boleh muat kami berlima. padahal kalau kat rumah sendiri, katil king tuh langsung bapaknya tak muat nak selit..hahahah..

OK settle aktiviti hari pertama. Esok2 aku sambung aktiviti hari kedua ye..

budak nih excited nak holiday..gigih tarik beg baju dia..kekeke

dah sampai CH!!
destinasi pertama...excited nak daki bukit ladang teh

suka pic nih!!
mak buyung pun excited sebenarnyaaaa..haha

at Rose Centre. besar2 bunga nya..

half way aje
sementara tunggu kakak2 aku & tia & anak2 buah turun aku duduk kat tangga
menikmati pemandangan..hehe

Tia & abg Iman

kat pasar..
tia sibuk nak paw toys
pastu nampak strawberi nak makan kat situ gak

kanak2 riang


Tia & Kakak Marsya

kat atas RC

main scrabble
macam biasa abah aku always nak menang..haha
tensen semua orang..
Master of Scrabble katanya..

Tuesday, April 10, 2012

Trip to Cameron Highlands #3

1st April 2012 (Ahad)
Sepanjang malam aku tak lena tidur sangat. Sejukkkkk! MIL aku pun tak dapat lena..kekeke..
Si kembar terjaga pukul 3 pagi sebab kesejukkan. terus aku pakaikan sweater dan selimut, then baru tido lena balik. Si Tia memang kebal. siap pakai tshirt lengan pendek aje. Aku sarungkan stokin aje. Tapi pukul 5 pagi terjaga sebab kesejukkan dan kelaparan. Bagi susu 7oz settled! Then dok merengek2 sebab sejuk. Bila aku nak pakaikan baju sejuk dia (kawan aku kasik hadiah masa tia beberapa bulan,tapi dah masuk 2 tahun baru leh pakai..kuikuikui, thanks anem!) dia takmo pulak. dok la degil kat hujung katil, tertonggeng kesejukkan...pastu aku malas nak layan. Dah lepas 15 minit aku tak layan tu, baru la terhegeh2 datang kat aku. Aku selubung dia dengan selimut dan peluk dia baru tidur balik. Aku takleh tidur dah. Perut lapar la pulakkk..lagi pulak air panas budak2 dah abis, g bangun jerang air. 2 kali aku jerang. satu tuh aku buat nescafe panas cecah dgn roti. Buat alas perut.

Pukul 7 pagi, memasing dah bangun. Ceria aje budak2. Aku kemas2 barang, cos nak terus check out. Lokman kuar g tapau breakfast. Makan dulu then pukul 10.30 pg baru keluar rumah.

Tempat pertama pergi KEA FARM. Ada gerai2 jual souvenir tepi2 jalan, dengan harga borong. Aku beli payung gambar strawberi utk Tia & cousins dia. Yang kecik RM6, yang sederhana besar RM8. Then beli pencil strawberry RM7. Cadangnyer nak beli bantal2 kecik RM8 aje letak dalam keta..tapi rasa macam tak sesuai lak..aku nih kalau nak beli benda2 merepek nih selalu pikir byk kali, sudahnyer tak beli pape. mencik btul. Bila dah blk, baru rasa menyesal..kekeke..takder makna nyerr dahhh.. :P

Tia nak bola strawberi. Sesampai CH aje tu yg dia sebut2, asal nampak aje dia tunjuk2.."nak bolaa" katanyerr..
Ok beli la, murah la pulak..RM3. yang besar skit RM5.

Lepas tuh lepak minum kat cafe situ. Try minum air choc strawberi..layan gaks! dengan ais krim strawberi. pure btul rasa strwberi tuh..RM1 sebatang. Aku rasa CH nih memang dunia strwberi laaaa..memana aje nampak buah nih...naik penat jari aku nak taip nama buahnyer pjg sgt. hehe..

Lepas tuh nak cari tempat Strawberi Farm, aku excited nak petik strawberi. Suruh lokman cari gak. Sampai 2 tempat kiteorang singgah, tapi takleh petik, just beli aje.. siap patah balik tuh masuk Brinchang..kes dah turun ke bawah arah ke kl dah..huhu. Aku ckp dah alang2 sampai sini baik cari gak tempat tuh. Siap sempat lagi google. kekeke..Nasib baik jumpa gak satu. Sekilo dia kira RM30. 2 kilo RM50. So aku, MIL, SIL & BIL pun g petik, Lokman jaga kembar sambil makan aiskrim.
Masa petik2 tuh ada la pekerja Indon tuh monitor kiteorang..dia tak bagi makan on the spot..tapi si Tia nih memang la tak reti bahasa, dia nak jugak makan kan..terpaksa la aku bagi. ada masa aku tak bagi, dia siap jengket kaki nak petik sendiri buah strwberi yang terjuntai2 tuh..kekeke..bijak budak kecik nih. Ntah berapa banyak ntah buah tuh dia makan..mintak halalkan la yerr taukeee..

Timbang2, dapat la 2.5kg. wuarghhhhh, beli strwberi aje sampai RM65!!! gileerssssssss!! nasib baik la aku memang seumur hidup takpenah beli strwberi..kecuali yang ada atas kek aje, so pakat tutup mata aje la bayar tuh. Niat nanti strwberi tuh memang nak sedekah kat adik beradik & ipar duai..ok fine! dah bayar, terus cabut.

Aku nak pulak g Tea Plantation. tapi masa tuh dah nak kul 3 ptg. macam tak sempat dah nak menyinggah. takut jammed pulak highway..so tak jadi la..kempunan aku nak jejak kawasan teh. huhu..nasib baik dah beli teh uncang utk abah aku kt KEA FARM tuh, dpt RM9 utk 2 kotak.

On the nak balik singgah lagi kat satu kedai souvenir, tapi bukan nak beli2 yer, tapi nak tumpang toilet..si kembar boleh pulak melepas hajat. hehe..Dan sebelum turun ke highway, Lokman singgah kat booth kecik2 tepi jalan beli madu asli directly from peniaga Orang Asli. Lagi murah rasanya. Untuk sebotol madu asli tuh memula dia letak RM30, tawar2 dapat la sebotol RM20. hehe..

Perjalanan balik ke PJ sangat la lambat ku rasa. Jalan sesak dari CH sampaila ke Senawang rasanya. Giler btul! padahal bukan cuti sekolah pun..aku sampai emo la jugak..penat layan kerenah budak2 yang dah kematu duduk dalam keta. Pukul 9 mlm baru sampai rumah. Balik2 budak2 terus pengsan. Aku pun pengsan juaaaa..Esok masuk kejaaaa!!

Abisla sudah cite short trip aku. :D Alhamdulillah, berjaya jugak misi cuti2 malaysia kali ini. Next trip akan ke Kedah, bukan la cuti2 M'sia tapi adik aku kawen dengan org Utara. takper, asalkan leh berjalan lagi..kena jimat2 la dari sekarang.huhu..


KEA FARM. this time takmo dukung kembar, so angkut skali dgn carrier dorang..hehe
me with Aariz
excited petik strawberi. tu tia dok mintak nak mkn la tuh..
hafiy tido dengan tenang..
haaa selubung abisss
Sedapppp miii..bukan main lagi dia makan..dah la tak basuh..kikiki. nasib perut tak meragam
morning boys!
aku lambat sangat dia nak petik sendiri...slumber aje minah kenit nih
aiskrim strawberi bersama hot choc strwberi..its considered as Strawbery Day!! yeayyy
Hall apartment yg luas. Bentang comforter utk si kembar baring2
last check point. sebab kembar dah berakkk la pulakk.
Tia with her "peace"
manissss!
menunggu Ummi dia petik strawberi, korang layan gigit kasut yekk
me & MIL and kids
ni la nama tempat strawberi tuh..tauke ke ramah, siap suruh promote farm dia..so ok la, aku tepati janji si tauke..sila korang singgah sini nanti yerrr..
selain strawberi ada gak dia jual pokok orkid. satu bekas RM10 aje. aku teringin nak beli, tapi keta dah penuh..kang patah pulak pokok2 nih..lain kali aje la yerr..
 
Blog Template by Delicious Design Studio