Showing posts with label MerepekMerapu. Show all posts
Showing posts with label MerepekMerapu. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Dilema kerja..

Semalam ada bos dari department admin call aku. Ajak aku masuk department dia, since 2 staff dia nak resign. Bersungguh2 dia ajak aku tukar department. Sebenarnya dari last year dia approach aku tapi aku tak ready lagi. Even memang la aku berniat sangat nak mintak transfer department, tapi aku preferable tukar ke bhgn operation. bukannya admin. hehe.
Before masuk company nih 4 thn lepas, aku memang keja as admin exec kat company parking. Kira dah ada 2 tahun experience arr dalam bidang admin. Agak stress jugak keja admin nih..lagi2 bila kena deal dengan vendor & bila kena kira stock in stock out. Takut barang kurang or tak kualiti then staff2 komplen. Aiseyyyy..aku nak kena menjawap dengan bos pulak.
Dulu aku sampai gaduh2 dengan bos lama..hahaha. siap menangis bagai..masa tuh baru pertama kali keje admin, pengalaman memang zero, start dari bawah..jadinya banyak jugak kesilapan. Bila dah silap bos main sembur2 aje..tu yg sentap tuh. Tapi lama2 aku dah lali dengan perangai bos dan aku jadikan setiap benda tuh satu pengalaman baru. Lama2 aku enjoy jer keje as admin. Sampai sabtu ahad pun rela datang opis buat filing. Masa tuh tak kawen lagi, boleh arr balik keje pukul 8 malam, pastu kerja on weekend. Sekarang nih memang tak boleh arr..mau anak-anak menjerit kat aku. huhu.

Aku dalam dilema bila bab nak bagitau bos aku sekarang nih. Rasa tak sampai hati, tapi aku kena pikirkan gak untuk diri sendiri. Aku dah takde rasa kepuasan kerja kat tempat sekarang. Buat keje yang sama selama 4 tahun. Walaupun projek setiap tahun lain2, tapi still ada beberapa keje yang sama aku kena buat setiap tahun, bos aku taknak ganti orang lain untuk buat kerja2 tu. Aku dah naik lemau buat benda yang sama. Bosan. sembilan jam duduk kat opis mengadap tempat yang sama, kerja yang sama membuatkan mood merundum..rasa macam buang masa aje dan hati jadi tak ihlas sepenuhnya..takut aku. takut rezeki jadi tak berkat..huhuhuu..mintak dijauhkan, rezeki yang dapat nih la bagi anak-anak makan minum. So daripada aku seksa diri sendiri baik la aku mulakan langkah yang baru. yer dak? walaupun kerja yang aku mintak nih bukan la sesuatu yang baru, tapi still mungkin sesuatu yang aku suka dan boleh buat. InsyaAllah.

Orang lain bila bosan dengan keje sekarang akan cari keje kat tempat lain kan? dorang cakap dah alang2 nak tukar kerja, baik tukar terus environment baru. macam aku tak terpikir lagi nak cari kerja kat tempat lain. Sebab utama lokasi opis nih dekat sesangat dengan rumah. kira dalam islam cakap takrif kejiranan adalah 40 buah rumah disetiap penjuru..haaaa, kira kalau kira umah aku dengan opis dalam lingkungan 40 buah rumah arr..jalan kaki 25 minit pun sampai rasanya ;p
Dah tak rasa serabut nak redah pergi balik opis setiap hari plus nak hantar ambil anak-anak kat rumah kakak aku. Semua dah senang, Alhamdulillah. Dalam setengah jam dah sampai rumah --> opis --> rumah babysitter.

InsyaAllah..aku try slow talk dengan bos esok. tengok apa dia kata. harap2 dia dengan senang hati dapat lepaskan aku, sebab dia pernah cakap mana2 staff dia yang nak cari pengalaman baru dia leh consider.
Korang doakan aku yek. Harap2 jalan yang aku pilih nih yang terbaik untuk aku.

Ok then, take care korang! :)

 
ini celebrate birthday bos aku last 2 weeks.
yang pakai spek tudung hitam tuh our GM. Lady big bos. :)
Sorang aje lelaki dalam department aku..hehe


Bos aku nih baik. tu yang tak sampai hati tuh.. ;(

Wednesday, January 16, 2013

Macam mana kiraan Unpaid Leave Company korang?

Semalam mood aku terus hangat selepas aku dapat email dari kerani Human Resource (HR).
Dia bagitau yang unpaid leave aku amik pada 26 & 27 December 2012 tuh akan tolak gaji bulan January 2013.

Ok fine.

Yang tak fine nyer bila dia inform gaji aku ditolak untuk 5 hari. aikkkk?
Cuti 2 hari, tapi gaji kena tolak untuk 5 hari? Macam mana pulak tuh?

Kesnya, dorang kira jugak untuk Krismas day (public hol - 25/12/12) dan weekend.

giler tak? company korang ada tak policy macam nih?

haaa, kat company aku dorang kira macam tuh. Sesapa aje yang ambil unpaid leave pada jumaat, terus sabtu ahad pun dorang akan kira.
kes aku pulak aku applied for wednesday & thursday. tapi tak memasal selasa, sabtu dan ahad pun dorang tolak gak. adil ker tuh?

lebih dari RM500 tau...huhuhu

duit poket aku untuk setiap bulan. sadissss aku.

kena puasa la gamaknya bulan depan. dah la hujung bulan 1 dan awal bulan february banyak cuti umum. baru plan nak bawak anak2 g jejalan & shopping2 sebab tgh sales CNY kan? uhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu
plus besday lokman pun awal bulan Feb. Baru plan nak order sebijik pavlova..gamaknya tukar dengan kek batik biskut marie aje la yerrrr yang? hehehe..bini mu sengkek bulan depan ;p

aku tak puas hati sesangat! aku bising2 gak arr dengan kakak2 senior opis nih. semalam ramai yang ambil unpaid leave pada bulan 12 dapat email dari HR. Ramai gak yang tension. Dok sok sek lepas geram.
HOD HR baru resigned. Dapat AM baru. Aku terus shoot email tak puas hati pada dia, since dia budak baru, mesti dia nak tau dari policy mana benda nih muncul. Sebab dari dulu bila ada yg tanya kerani2 HR nih mana policy dorang ikut, semua cakap tak tau. Policy zaman HoD yang lama kata dorang, tapi bebudak HR ni sekor pun tak pernah baca policy tuh. Just buat kerja mengikut peraturan lama yang dorang sendiri tak tau punca. Benggong!
Aku yang dah 4 tahun kerja kat department System & method pun tak pernah tgk policy2 dorang nih. Agak sengal gak arrr. Padahal salah satu keje aku adalah meng-update manual2 & policy2 company dan setiap department. hehe. even bos aku pun senyap aje. Kira HR company nih tak transparent arr dengan staff2 dia. atau memang HR ada hak untuk P&C kan setiap policy dorang? Boleh ker?
Ada kakak opis nih siap tepon org kat labor law, menanyakan ada ker policy macam nih wujud. Dorang cakap takder. dan tak boleh buat macam tuh.
So apa kessssss???
Aku lagi la tak tau pasal labour law nih..huhuhu..semalam ada gak aku google sini sana pasal akta labour law..tak jumpa pulak pasal unpaid leave nih. haiyaaa..

Email aku ke AM HR tuh tak berbalas lagi pagi ini. Minah tuh senyap pulak. nanti aku nak follow up dengan dia. at least aku nak tau gak jawapan dari dia.. gaji tuh memang sah2 akan dipotong..keraskan hati aje la tengok slip gaji nanti..huhu.

Korang ada tak yang kerja kat bahagian HR? apa pendapat korang? leh share?

Monday, December 31, 2012

Kejayaan, kemanisan, kesedihan & kenangan 2012

Sempena harini hari terakhir untuk tahun 2012, aku nak kenang2 kembali benda2 yang terjadi sepanjang tahun ini..mana yang aku ingat laa.. :)

Tak ikut urutan bulan, aku tulis mana yang aku ingat aje yek..

1) Cuti-cuti Malaysia tahun ini ke Cameraon Highland & Bukit Tinggi Pahang, Bukit Gambang WaterPark, Melaka dengan geng Jimba Lokman. Sempat ke Kedah, adik laki aku kahwin. Aktiviti lain berpiknik kat Taman Layang2 bersama siblings.
2) Kereta Wira Lokman hilang kat lrt kj bulan 10. sampai sekarang tak dengar berita.
3) Tak dapat join family aku pergi holiday ke Sarawak, gara-gara tertinggal mykids anak-anak kat rumah. huhu. Burn tiket satu family (aku, lokman & kids)..huhu
4) Tahun ini aku cuma sempat join kelas mengaji & tajwid kat opis selama setgh tahun sahaja. Lepastuh berhenti sekejap sebab masalah nak urus2kan anak2 lepas kerja dsb. Tahun depan, InsyaAllah nak sambung balik. Harap2 ada kelas bahasa Arab sekali. teringin belajar bahasa arab :)
5) Aku genap 30 tahun, dengan 3 orang anak. Menyambut anniversary perkahwinan ke 3 tahun. hehe. Angka 3 ek tahun nih :)
6) First time medical expenses company habis aku kerjakan, siap negatif lagi..gara-gara satu family sakit2 lagi2 anak-anak. KJMC pergi, PPUM pun pergi. Alhamdulillah, dorang masih lagi sihat & membesar dengan ceria.
7) First time jugak aku ambil unpaid leave selama aku bekerja since graduate (7tahun sudahh). gara-gara Tia Zahra sakit. sekarang masih lagi sakit.
8) Awal tahun haritu, si Hafiy & Tia kena serangan HFMD. Nasib baik tak kena tahan wad. Hujung tahun ni pulak Hafiy & Tia jugak diserang demam lebih 3 hari.
9) Abah aku kena tahan wad DSH selama 2 minggu bulan Ramadhan lepas kes hempedu rosak. First time berbuka puasa berramai2 di hospital. Nasib baik sebelum Raya boleh keluar wad.
10) Belum lagi ada rezeki nak jalan-jalan oversea..huhu. plus tak sanggup nak tinggalkan anak-anak dan tak sanggup jugak bawak anak-anak berjalan keluar negara. Tiada kesanggupan lagi nak handle dorang kat luar berhari2. Harap2 tahun depan ada rezeki lerr.. :P
11) Berjaya jugak tengok movie kat panggung wayang cerita The Hobbits bersama adik beradik & layan teater Tun Siti Hasmah kat Istana Budaya bersama Lokman & family. eh, ini pun kena tulis ek? haha..sebab aktiviti sosial aku kan terbatas..so bila dapat berlibur kat luar nih kira best arr..kekeke
12) First time kenalkan Tia & kembar dengan indoor playground kat OU & Setia City Mall. Sangat suka, lepas main tuh hari2 Tia dok minta nak main kat situ lagi. huhu. Lepas nih dah tau nak cari aktiviti luar untuk anak-anak. Tahun depan dorang dah 3 dan 2 tahun, boleh explore banyak lagi aktiviti riadah bersama2.
13) Blog aku dah mencecah 83 followers. :) terima kasih pada yang membaca blog aku yang biasa ini. Dan makin ramai kawan2 dari blogger. Suka dapat kenal dengan korang, walau masih tak berkesempatan berjumpa. Terima kasih atas nasihat & idea2 korang. Sama2 kita share cerita & pengalaman yek. :D
14) Finally, tahun 2012 nih tahun cabaran paling hebat aku alami. Menguruskan 3 orang anak kecil tak sesenang yang disangka. Memacam masalah kiteorang hadapi; anak-anak sakit, kereta hilang, kewangan terbatas, kerja2 opis yang berlambak & mencabar dan lain-lain lagi. Walau apapun Alhamdulillah, aku & Lokman boleh menghadapinya dengan kesabaran..walaupun aku banyak kali gak dilanda emosi sawan (stress melampau!) hahaha..terima kasih jugak pada keluarga aku & keluarga Lokman. Dorang la yang banyak tolong kiteorang bila2 masa diperlukan.
Kawan2 baik pun ada gak yang membantu. Bantu dari segi nasihat2 dan kata2 semangat. Sangat2 menghargai jasa diaorang..Hanya Allah swt yang dapat membalas kebaikan dorang selama ini.

Alhamdulillah..semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun ini. InsyaAllah.. :D

15) oh yang terakhir, sabtu lepas iphone aku terjatuh katil. skrin dah retak berbelas2..oh noooo!!! baru berusia setahun 6 bulan..hukhuk..nak tukar skrin baru beratus-ratus ringgit..tunggu la bonus kuar..huhuhu..kesian aku ;( dugaan betul bulan Disember nih..


five of us


Abah di wad selama 2 minggu


my kids :)


Birthday celebration untuk orang2 yang lahir bulan Ogos.
entry pasal nih aku peram kat blog. Lupa nak post kan
Besday aku 30,  kakak  31 & si kembar 1 tahun :)
kek disponsor oleh adik laki & adik ipar..yummy!



si Tia  & kembar ;)


Friday, November 2, 2012

Muscle strain again..

Lepas balik dari Gambang, aku rasa penat sesangat. Yela, pergi sabtu ahad, isnin terus masuk keje. kat opis duduk dalam aircon 9 jam straight! ada head kat level aku nih lahir kat kutub utara rasanya, tak bagi langsung kitaorang tutup aircond..giler selfish gakk arrr, semua dah pakat mengigil dia buat tak paham aje, siap suruh beli winter coat. kurang asam betul. Badan pun jadi lemau2 la bila dah duduk dalam aircon aje.. aku jenis tak tahan dengan air con. even anak2 aku semua pun sama. hehe..
Pagi semalam aku rasa sakit2 badan, sampai susah nak bernafas, dada rasa sakit. Bila tarik nafas dalam2 kat belakang badan rasa sakit.
Adik ipar cakap angin masuk badan. Aku tanya kawan aku keje doktor ortho, dia cakap muscle strain, and suggest aku buat x-ray if rasa sakit sangat. huhuhu..aku bab2 g hospital nih memang lemah. Takutttt!! Aku mengalami sakit2 muscle2  ni since bersalin kembar lagi..ada la aku makan jamu untuk sakit2 sendi/sakit pinggang/buang angin..tapi aku nih tak disiplin bab2 makan ubat nih..so mmg tak berapa jalan arr..
Malam tadi adik ipar tolong urut2. Pagi nih sakit2 lagi..aduiyaiiii...
Punca nya aku kerap dukung kembar dua orang sekali. Tangkap pinggang & belakang kot..huhu. Si Tia pun asyik nak berdukung jugak.
Umur baru 30 tahun, tapi dah lemau2..hukhukhuk..
Apa perlu aku buat ek?
minum susu banyak2?
makan supplement apa yang ok?
arrghhhhh...tak pandai jaga badan gak aku nih..
cepat la si kembar nih pandai berjalan..takder la nak berdukung aje..
Weekend kena duduk rumah, baring aje..takleh nak buat keje berat2 dah..
Ada kawan aku cakap, lepas bersalin hari tuh, masa dalam pantang patut takleh banyak duduk, kena banyakkan berbaring..sebab tulang2 masih lembut lagi..aku banyak duduk kot, sebab bergilir2 breast feed si kembar..tu yang until now effect pinggang & belakang badan.
So pada korang yang nak berpantang lepas bersalin nanti, banyakkan baring yerr..rehat secukupnya.
Aku nak minum susu banyak2 la lepas nih..
Harap2 takder effect benda lain..takmau la buat x-ray.. :P

nota kaki: pagi nih buka fb baca2 kata2 motivasi dari Prof Dr. Muhaya & Prof Dr Rozieta Shaary, Tanyalah Ustaz..sangat memberi semangat positif. :)
Positive words yang sangat memberi inspirasi :)

Macam ni la gaya kiteorang dukung si kembar..

dua2 nak mengempeng dgn aku..
still luv them..
susah2 sekarang..harap2 in future semua dah senang :) InsyaAllah..

Thursday, February 9, 2012

No time!

Lately nih aku busy..keje kat opis makin banyak sampai tak tau nak buat yang mana satu dah. Dengan kena buat Minutes meeting setiap 2 minggu, pastu kena arrange program talk setiap bulan dengan pelbagai kempen2, pastu bulan nih aku kena siapkan 4 departmental manuals..kepala serabut bila kat opis!

balik rumah aku aku dah penat.

serabut lagi dengan keje2 rumah. kain baju 2 bakul berlonggok2..ntah biler aku nak settlekan pun aku tak tau.
masuk aje dapur nampak botol2 susu budak2 nih berlonggok2 tunggu nak basuh. plus segala pinggan mangkuk 3-4 ketul dalam sink.
masuk hall, tengok pulak toys tia bersepah2..dgn bakul2 baju menunggu utk di punggah oleh Tia. keje mengutip aje la aku & Lokman.

mak aihhhh..

biler la aku nak update blog nih??

minggu lepas pulak aku di serang demam selesema. orang bercuti pergi jalan2, aku pulak melayan sakit. tapi ada jugak kuar..hehe..kesian kat anak2 terperap kat rumah aje. Selsema masih lagi ada sampai sekarang. Rasa tak selesa btul bila duduk dalam air con kat opis nih.

Malam nih tak tau Lokman nak masak apa..hahaah, lokman ek masak? patut soklan tuh ditukar kepada, malam nih tak tau AKU nak masak apa..hihihi
Seriyess, aku masih tak terlalu rajin untuk masak. Aku cuma sediakan bahan2, potong bawang, potong kentang, dll..tukang masak UTAMA adalah lokman. cuma aku masak sayur atau goreng telur aje. Kekdg aku buang tebiat aku masak la jugak. macam bihun singapore, sambal telur ker, sup ayam ker..yang senang2 tuh aku masakla..hehe..tapi masterchef tetap lokman. Aku siap tanyer dia, "yang, peria nih potong macam ni ker'? "yang, camne nak masak sambal nih?" ...hahahahaha..

parah kan?

takper, tak tau, sila bertanyer..kalau tak tanyer, mau hangit makanan aku buat. lagi membazir! kan kan??

heheh..

ok, lagi 3 minit nak balik. esok kalau aku ada masa aku update blog aku. nak cite pasal kiteorang celebrate besday lokman minggu lepas :D

bubye semua.

nota kaki: kepada semua follower aku, terima kasih yek membaca blog aku. Makin hari makin bertambah follower aku..seronok btul!! nanti i blogwalking blog korang yekk..akan ku curik2 masa yang ada..take care semua...c ya!

Friday, December 23, 2011

Ada tak mesin pencuci botol??

Rutin aku lepas aje sampai rumah, balik dari keje adalah menyental botol2 susu askar-askar kecik.

Seriyess banyakkkk!!

Aku suka kumpul banyak2 pastu baru basuh..sebab aku tak suka basuh botol sebenarnyaaa..hahah, bagi aku leceh teramat! Basuh pinggan mangkuk ke aku ok lagi, tapi tang basuh botol nih memang la aku menyampah. Mungkin sebab banyak kot..hihi. Dah budak2 nih, kalau sorang minum yang lain pun tetiba nak minum gak..lagi2 si kakak tuh, dah pandai sebut "uhu" kan, so laju aje la dia minum susu skrg nih. Botol susu dia aje sampai 6 bijik. Si kembar nih nasib la leh share2. Beberapa ketuii ajela botol dorang tuh. Kat rumah babysitter lain pulak..aku tak bawak balik botol2 dorang kat sana.

Apsal aku tak suka basuh botol susu? mungkin sebab basuh botol susu anak agak rumit. Kena sental elok2, segala celah2 puting susu & botol susu tu. Aku amat cerewet tang kebersihan botol susu nih, sebab budak kan sensitif kalau botol susu tak basuh bersih, senang dapat penyakit. Macam sakit perut, sakit ulcer mulut dsb.  Even masa aku bawak kembar g cucuk 3 bulan last 3 weeks, nurse siap pesan gak kat aku supaya basuh botol2 dorang tuh bersih2.
Lepas basuh kena pulak sterilizer kan..aku ada la sterilizer microwave Avent tuh, tapi malas nak guna. Masih lagi dalam kotak..heheh..sejak dah tukar brand botol susu ke TT aku terus tak nak guna sterilizer tuh..tak menyempat kot ke aku malas? haha..aku nak let go benda tuh, tapi pun takder masa nak post dalam blog nih barang2 nak let go. huhu..Sape nak beli sterilizer tuh leh arr roger aku..hehe. Dah alang2 aku sebut nih.. :P

Bebalik cite basuh botol nih, dulu zaman tia aku rajin aje rebus botol2 dia guna periuk aje..skrg nih sebab kan botol2 dah banyak tu yg tak berapa rajin tuh..agaknya mau kena beli periuk besar pulak..hahahah..over btul!

haiyaaa, ada tak jual mesin pencuci botol yang dijamin bersih?? kalau la ada..dah jimat setengah jam aku..hehe..kalau pinggan mangkuk orang putin pakai dishwasher aje kan? basuh botol skali leh ker?? huhu.

berderet2 botol susu sedia untuk di sental!!
liquid cleanser tuh pun tahan sebulan aje..huhu


Sebelum tidur kena basuh lagi semua botol2 nih, so bila aku bangun 2-3 kali pada pukul 2 - 5 pagi takder la aku kena basuh kan? jimat air pun ada jugak..hehe..
tu belum lagi masuk bekas serbuk susu lagi..satu anak satu bekas nih..senang, tak gaduh2
bekas air panas, bekas air masak..
banyakkkkk ko!!
lenguh tangan kan? hehe..


 
Blog Template by Delicious Design Studio