Thursday, October 27, 2011

Botol Susu: Tommee Tippie vs Avent

Selama nih Tia pakai botol susu Avent aje. Pakai pulak teat no 2 lagi..aku try tukar yang no 3, dia tak selesa sebab mungkin teat tu keras. Korang tau kan, botol susu Avent nih harga nih memang la mahal (bagi aku la) tapi nak jugak belikan?? hehe, cari penyakit namanya..

Masa anak sorang, mampu la lagi beli botol brand nih, tapi bila dah keluar si kembar nih, aku dah rasa bengkok dah..hahaha..jadinya, aku nak try botol susu brand lain yang aku berkemampuan.

Actually aku dah lama berkenan dengan botol susu brand Tommee Tippie nih. Coz bentuk dia yang unik. Masa time tia kecik2 dulu, masa dia nak start guna botol susu kan, aku ada try guna TT ni, tapi minah kecik nih tak nak langsung..abis tumpah2 dia sedut. Ada gak beberapa brand lain aku try, semua dia taknak kecuali Avent. haaa, tu pasal aku terpaksa guna Avent tuk dia.

Aku tengok si kembar nih tak banyak ragam macam kakak dia. Jenis tak memilih. Minum susu pun brand biasa aje, tak mahal macam kakak dia. So aku rasa mesti botol susu pun dorang tak memilih..hihi. So bila Bbstore buat sales, aku pun mintak Lokman beli botol TT nih utk kembar try. Alhamdulillah, dorang minum dengan cemerlang!! Then aku try pulak kasik Tia guna TT jugak. haaaaaaaa, aku terperanjat dia dah tak memilih..yeayyy, abis susu licin dia minum. Jadi apa lagiiii, harus la aku tukar semua botol2 dia ni. Dah lama sgt guna Avent tu haaa, naik bosan aku tengok. dah la tu, skrg nih harga Avent dah naik. Aku beli teats dia aje dah RM28 - 2 pcs. Tahun lepas rasa lagi rendah harganya. Then tgk harga botol pun macam mahal, aku ni kalau nak beli botol Avent tu macam kena beli 3 bijik terus. Dah anaknya 3 kan? huhuhuhu...harga 3 bijik botol dah macam boleh beli satu car seat Mydear aku rasa..hahaha (semlm pegi warehouse Mydear, tu yang buat comparison macam nih..haha, logik tak??) iyela, 1 car seat leh dapat harga RM150.

Masalah avent nih bukan sebab harga aje, tapi sebab lain, agak leceh bila kena ada cap ring tuh. Kalau terlupa pasang, dah bocor. Kalau terhilang, dah takleh pakai kan..rugi la pulak. Byk sgt item2 yang kena pasang buka bila nak basuh..ishhhh, since anak dah ramai anak nih rasa malas pulak nak buat keje2 leceh2 nih..tak user friendly gitu...haha. Masa yang sesuai untuk tukar botol yang senang digunapakai.

So semalam aku borong botol TT utk Tia & kembar. Stok sampai tahun depan kot, beli 7 botol TT, total harga baru RM118. hihi. haaa, berbaloi tak??
aku beli color biru untuk kembar
color pink untuk Tia
yang clear botol pulak kembar punyer. semua 9oz
Actually minggu lepas lokman dah beli 4 bijik, tapi aku still rasa tak cukup. hehe,
dah alang2 tgh murah nih, aku borong la lagi. senang, taknyah basuh byk kali setiap kali nak buat susu.

selamat tinggal Avent..

outlet bbstore kat KJ

aku berminat dengan mat nih. yang gambar binatang2 tu
value buy RM39.90
kena tunggu budak2 nih ada bilik sendiri baru aku beli..yang lama punyer ABC tu si abah dah buka..nyemak dia kata bubuh kat hall..huhuhu :(

with my sister & anak dia.
Tia tu nasib baik tak mintak toys..huhu

So....No more Avent after this. bubyeeee Avent. I cant afford to be with u anymore..hehe, and hellooo mr Tommee!!! :P
If korang nak beli botol TT nih pegi la myBBstore. Outlet kat KJ nih memang jiran dengan umah aku. Ada lagi 2 outlets kat tempat lain. Ada sales sampai ujung bulan nih. Semua product la (10% - 15%). paling best diskaun TT nih. Susah nak dapat harga 2 botol RM35, harga asal RM50.90. If jauh nak g outlet dia, korang leh beli online aje. sangat senang. marilaaaaa...hehe




3 idea?!:

nurulizzahz said...

akk, agk2 bl la mybbstore nk bwt kad kan? haha.. collect point.. dh puluh ribu sen habis kt situ.. sabo jela..

FiraHamzah said...

izzah,
haah, patut ada member card kan? hihi, baru syiokk nak shopping. tapi kt situ bila sales mmg berbaloi, time xde sales aje tak best..jadi mahal. mmg takla akk singgah :P

Bonda Adam said...

fira,

sama kes lah..anka sulung sarah, adam mmg pakai avent..maklumla anak sorg.., bila kembar lahir bagi TT jugak. amir pakai kaler biru, amar kaler pink.. ehehehe skrg kembar pakai botol cap ayam je, tapi adam maintain nak botol avent, dia taknak botol lain. baby aryan pulak pakai botol TT.

 
Blog Template by Delicious Design Studio