Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Pernah tengok Cookies Hitam?

Korang pernah tengok cookies hitam legam tak? Macam nih?

Hahaha....!

Haa, nih la cookies pertama aku. Parah kan?? Kihkihkih..

Tapiiii, ini kira boleh diampunkanla sebab ini pertama kali tau aku buat cookies. Dan pertama kali gak aku pakai oven yang kawan aku kasik time kahwin. Dah setahun lebih dok peram aje dalam cabinet. Penah guna skali masa kawan2 Lokman buat berbuka puasa di rumah aku, utk panaskan makanan aje.

Aku memang suka btul choc chip cookies. Tu yang tetiab buang tebiat nak buat sendiri. Google recipe cookies nih tengok macam “ eh, sonang ajo buek cookies nih, leh try ni!” (nada dengan confident ek). Aku pun pergi la tesco beli bahan2 nak buat cookies nih.

Jumaat malam, lepas Tia dah tidur (dalam pukul 11 lebih), aku pun start la keluarkan bahan2 & oven. Yang lagi confident nyer tu, aku nak pakai manual mixer aje..aku takder yerr mixer bowl electric tu..dok la pinjam kakak aku pengacau ala2 rupa mikrofon tuh..sekali masa nak kacau gula & mentega, MasyaAllah.. sangat la tak terlarat. Naik lenguh2 tangan aku nih, sudahnyer aku pakai tangan aje la. Dok buat cincai2..ikut btul2 resepi yang ada. Siap aku amik 3 jenis resepi dari blogger, tapi tgk2 semuanyer sama. Just sukatan gula, tepung diaorg aje yang berlainan. So aku ikut mane yang komen paling best laa..hahaha..

Yang lagi lawak, coco powder aku letak extra skit, konon bila letak coco powder lebih, rasa la cokelat lebih..tapi salah teori aku nih sebenarnyer..haha, terlebih hitam ada la cookies aku jadinyer.

Haa, masalah nak bakar pun satu hal, ada resepi tulis 10 min, ada tulis 20 minit. Ada pulak kata 16 minit. Makcikk confuse nokkk! Tu yang first baked tuh jadi hitam legam, aku dok buat 16 minit. Amik tengah2..hahahaha. Dok takut2 jadi hangus, kejap2 aku buka oven..hehe ,cuak beb, first time nih..last2 sah hangus! Tak sanggup aku nak makan. Terus aku buang! Hahahaha..malu nak tunjuk kat Lokman cookies ku yang hitam legam!

2nd time baked, baru ok, aku letak 10 min aje. Sebabkan aku ada satu jer tray, jadi la lambat. Sampai pukul 1 pagi la aku dok tunggu cookies masak utk 1 bowl nih. Sampai la jadi 2 balang. 1 balang aku kasik kakak aku. Dah aku pinjam mixer dia.
Nampak cantekk kan??, tapi rasa nyer tak secantek rupa..keh keh keh

Komen mereka: apsal cookies ko keras????

Hahahaha, antu btul!

Keras sebab mixer ko tuh tak best! Sebab tangan aku lenguh, tak dapakk nak pukul mentega & telur sampai kembang btul..hahahaha..aku buat cookies express.. so makan aje la, jangan komen lebih2! :P

Tapi overall ok la, ada la rasa choc cookies. Idak la rasa tempeyek pulak kan? Cuma memang la keras..takde la aku kasih Tia makan, mau tercabut anak gigi dia tuh.

Lepas nih aku nak buat lagi. Aku tak give up ok. Aku nak kena upgrade kan lagi, baiki mane kekurangan aku. Dah survey2 harga mixer bowl kat Sen Heng & Giant. Dapat bonus leh beli..hehehe..pastu leh beli cokelat chip Hersey ker. Ni aku pakai choc chip brand Tesco aje, tak rasa btul choc nyerr..huhu. Then, leh tambah walnut/almond skit. Aku taruk nestum aje ari tuh. First time buat mesti kena save, takut tak jadi, aku rugi ooo.

Ok, nanti 2nd time aku buat, aku demo kat korang tau! ada perkembangan ke idak...hehehe..
"Ummi, nanti buat cookies lembut2, empuk2 skit ek, leh Tia makan..
ini cookies macam batu, takut Tia nak makan tau!" hhehe..

Resepi Choc Chip (copy paste)

Ingredients

  • 1 cup butter, softened
  • 1 cup white sugar
  • 1 cup packed brown sugar
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 2 teaspoons hot water
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups semisweet chocolate chips
  • 1 cup chopped walnuts

Directions

1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
2.Cream together the butter, white sugar, and brown sugar until smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Dissolve baking soda in hot water. Add to batter along with salt. Stir in flour, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans.
3. Bake for about 10 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned.

Nota kaki/laki: Lokman cakap lepas nih leh buat bisness..Buat masa nak raya nanti.
hahaha, perli aku la tuh. Aku buat utk tekak & perut ku sendiri aje..takut org lain makan kena cirit birit..haruu..

Tuesday, December 21, 2010

Nasi Beriyani Instant Maggi - Hasil Tangan Suami

Semalam Lokman teringin makan Nasi Beriyani, kesnya kiteorang beli perencah instant Beriyani brand Maggi. MIL aku la dok promote2, kata sedappp & senang giler nak masaknyerr. Lokman terpengaruh, langsung beli kat Tesco ahad lepas. Hehe..So semalam aku sediakan bahan2 macam biasa, then Lokman la masak.


Bahan-bahannya:
1 peket perencah nasi beriyani MAGGI
3-4 ketul ayam (untuk 3 orang makan)
2 bijik Kentang (dipotong 4)
2 cawan beras yang telah dibersihkan dan ditoskan (ada beras basmathi lagi sedap)
3 cawan air (utk masak nasik)
1 sudu minyak (butter, margerin, planta pun leh)
2 ulas bawang merah dihiris (optional)
2 ulas bawang putih dihiris (optional)
Caranya memang senang, just panaskan minyak dalam rice cooker, then masuk kan perencah, gaul sampai naik bau, then masukkan beras, kentang & ayam serentak. Tutup periuk, then tunggu la nasi beriyani masak.

Side dish nya Lokman buat sambal telur. Nak buat kari aku & dia tak pass lagi...heheh, aku nih bab2 kari ka, masak lemak kaa, memang tiada keberanian lagi nak try masak. Takut kena food poisoning plak karang..huhu~Nak kena menuntut ilmu dulu dengan MIL sampai pass. Hehe..(alasan). Even takder kari malam tadi, makan Beriyani dengan sambal pedas pun layannnn..
Nasi Beriyani Lokman -kaler cokelat..hehe :P

Sambal Telur terbaikkk!

So korang, try la masak beriyani instant nih, seriusss sedap! Dan jimat! J kalau makan kat JM Beriyani tu sepinggan RM12++ kan sorang, haaa, ini sepeket perencah tuh hanya RM3++  RM2.10 (kat Carrefour) leh makan 2-3 orang. Plus ayam & kentang pun tak sampai pun RM15.

nota kaki: aku teringin masak lala pedas la, tapi kat Tesco takder plak lala~ huhu

* Pembetulan pada harga perencah itu, semlm (26/12/2010) pergi Carrefour Subang, beli lagi perencah tuh, baru perasan harga betul dia..hehe, sorry korang, silap kasik info :)

Tuesday, December 14, 2010

Belajar Masak dengan Kawan Baik

Semalam balik dari keje aku ada visitors. Kawan baik aku dari Form 2 datang rumah. Actually tujuannyer nak amik seat walker yang tertinggal kat rumah aku. aku kasik anak dia walker, then seat walker tuh terjatuh dari bungkusan. Tak dapek la nak pasang lagi.

Sudahnyer, kawan aku Erin & Sheikh datang la rumah. sekali nak jenguk Tia. Lepak dari pukul 6.30 petang sampai 10 malam. Balik keje aku tak sempat mandi, dengan baju keje aku pakai layan tetamu..hahaa :P

Aku nak masak untuk dinner, tapi tak tau nak masak ape. Si Erin tengok ada ikan siakap, dia cadang buat Ikan 3 Rasa. aduhhh, mane la aku reti. Dia cakap nak ajar aku..hehehe, dah alang2 ada orang nak ajar masak2 nih, aku ok aje la. aku sediakan la bahan2.

Bahan2 untuk sos Ikan Siakap 3 Rasa:
cili boh/cili kering 3 sudu besar
sos cili 3 suda besar
sos tomato 3-4 sudu besar (ikut selera korang)
sos tiram 2 sudu besar
cili padi (dihiris kecik2)
kacang buncis/kacang panjang (dihiris kecik2)
nenas (if takder pun takpe, aku takde lerr, dah last minute menu)
garam, gula & ajinomoto (sesedap rasa)
bawang merah 1 biji besar & 3 ulas bawang putih (aku blend kasar)


paling penting IKAN SIAKAP laaaaa.. :) (goreng sampai garing, xnyah lumur dgn serbuk kunyit yer) 


CARA-CARA
1. tumis bawang
2. dah wangi, masuk kan terus cili boh, sos cili, sos tomato & sos tiram
3. kacaukan sampai la cili masak btul, tambah la air skit
4. dah masak baru la letak garam, gula & aji
5. adjust ikut sesedap rasa anda, dah ok last masukkan la cili padi, kacang buncis & nenas
6. dah ok, tutup api then tuang la sos atas ikan goreng siakap ituuu.
7. sila makan dengan Bismillah.... :)


senang kan?? main campak2 aje bahan2 tuh..aku dok la pikir susah btul buat menu nih...dah ada org tunjukkan baru la rasa senang. InsyaAllah, lepas nih leh buat sendiri plak.. 

Para Isteri memasak, para bapak jaga anak sambil bergossip! :P


Ini la dia tetamu aku. Arissa tumpang bouncer Tia utk minum susu

Master chef aku :) 

TADAAAAA!!Special Ikan Siakap 3 Rasa oleh para Isteri

nota kaki: sorry gambar tak berapa clear. Maklumla dah malam, umah aku lampu malap2 aje..jimat lektrikk...hehe

apepun, sronok jugak dapat main masak2 dengan kawan di rumah sendiri di hari kerja :D 
 
Blog Template by Delicious Design Studio