Thursday, August 22, 2013

Selsema yang teruk boleh mengundang sakit telinga!

Minggu lepas aku dijangkiti selsema dari si kembar. Rasa2 aku la dah lama tak kena selsema yang teruk, satu tahap tiba2 aku rasa telinga aku sakit tahap takleh tahan..kena pulak waktu malam, on the way balik rumah dari beraya..sampai aje rumah terus aku masuk tidur. masa tuh memang takder ubat langsung aku leh sapu kat telinga nih..nak makan ubat tahan sakit/panadol pun aku tak berani..sebab aku pregnant kan..tak berani makan sebarang jenis ubat time2 pregnant. Sudahnya, kenala menahan sakit aje. Ubat terbaik adalah dengan tidur!

Esoknya sakit berkurangan..tapi still rasa tak berapa baik. Pendengaran jadi kurang jelas..rasa kekadang telinga berdenggung aje..sangat tak selesa..agak moody la jugak..kesian anak2 jadi mangsa moody aku. huhu..

Pada masa yang sama aku baru perasan telinga Hafiy pun macam keluar nanah balik. Ini kali ke 3 or ke 4 aku rasa..setiap kali dia selsema batuk yang teruk sampai hingus warna kuning & hijau, pasti telinga dia akan bernanah..aiyooo..cuak sungguh aku. patut la dua tiga hari sebelum tuh dia macam takder selera nak makan..rupanya selsema dia teruk sampai effect telinga..meragam pun iyer jugak..aku minta GL dari HR untuk bawak Hafiy ke pakar Paed KJMC. Malam tuh jugak aku bawak dia ke doc.

Doc check pun geleng kepala. dia kata nanah agak teruk. takut gegendang dia dah pecah..huhu..dia bagi 5 jenis ubat makan, 1 nasal drop untuk selsema & 1 ear drop. Antibiotik wajib makan sampai habis selama seminggu termasuk ubat2 batuk, ubat cair kahak & ubat selsema-alergik. paracetamol dia bekalkan jugak sebotol in case hafiy demam. Lagi pulak rabu tu nak pergi ke cameron highland..risau gak aku nak pergi ke tanah tinggi, tekanan agak tinggi..tanya sekali pendapat doc ok tak if nak pergi sana? doc kata ok, tapi make sure masa nak naik tuh bg dia something boleh kunyah..huhu..

Aku bgtau telinga aku pun sakit, tapi doc tuh xmo check..hahahah..diluar bidang dia katanya..suggest aku pergi je klinik biasa & minta antibiotik. dia just bagi pendapat yang mungkin telinga aku sakit sebab selsema. Ok fineee..esoknya aku g klinik panel. Doc kata memang telinga aku bengkak & dia bg ubat tahan sakit, ubat selsema & antibiotik. Since aku dah masuk stage ke 3 mengandung, so boleh makan semua ubat2 tuh..no harm utk baby..baby dah kuat katanya. Baru la lega & confident nak makan semua ubat2 tuh nanti..hehehe..

Telinga aku & Hafiy kena monitor untuk seminggu. Hafiy dibawak jumpa pakar Paed balik lepas seminggu, Alhamdulillah telinga dia dah baik. Doc pun terkejut..hehe..gegendang telinga dia ok katanya, so takperlu dah makan antibiotik. cuma selsema still ada. iyerla, naik cameron tu sejuk..konfem la lambat lagi nak baik selsema tuh.tambah pulak batuk..si Aariz berjangkit semula. dah main share2 ubat la dorang tuh..huhu..telinga aku still berdenggung..aku malas makan ubat..kekekek..tapi dah tak sakit. cuma rasa gak tak selesa bila tengah berdenggung..

Doc nasihatkan supaya kena jaga2 dengan telinga Hafiy, very sensitif katanya. senang dapat infection if tak jaga. Hafiy tak boleh mandi kat swimming pool or apa bentuk pool sekalipun. Even shower pun kena kurangkan..takleh bagi air masuk telinga dia..huhu..so lepas nih no more bath tub untuk dorang semua. Tia asyik request nak mandi 'kolam' kecik (baby bath tub) dorang tuh..tapi bila aku explain tak boleh, Hafiy sakit telinga..Tia sgt memahami..terus dah tak mintak mandi kolam dah..just mandi thru shower aje..

Harap2 lepas nih takder dah dorang nih sakit2 macamnih..tiga2 dorang nih memang sensitif lerrr dengan air & sejuk. Aku kena lebih alert lagi dengan kesihatan dorang..rasa bersalah sesangat bila anak2 sakit teruk..huhu..tanggungjawab kite kan kena pastikan dorang selamat & sihat..sorry kids, lepas nih Ummi lagi tegas dengan korang..heheheh..so jgn marah Ummi eh if Ummi bersikap tegas dengan korang :D

Ummi luv u all..xoxo..semoga Allah berikan kesihatan yang terbaik pada korang semua, termasuk Ummi & Abah..InsyaAllah..Aminn..

Sakit2 pun still ada mood nak main. Hafiy yang pakai baju biru



ini ubat2 yang doc bagi..huhu
dah la Hafiy tak suka makan ubat. Dengan aku mmg tak berani lawan, kena suruh Lokman yang suap baru dia terpaksa
makan. huhu..penuh dengan drama nak pujuk dia makan ubat2..

Dah sihattt!
Check up sekali lagi after a week.
Alhamdulillah...telinga dah ok. tak nyah refer pakar ENT

After this no more 'mini kolam' in toilet yaaa kids!

2 idea?!:

Puan Ida said...

Salam,
ai saya ida
newbies blogger
baru follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com
anak ida pun tengah selsema
sedih nengok anak x sihatkan

FiraHamzah said...

Wasalam Ida,
Ok, nanti saya jejln blog awak yek..
semoga ur son cepat sembuh. my kembar dah makin ok..Alhamdulillah...

 
Blog Template by Delicious Design Studio