Sunday, February 17, 2013

Melawat & membeli coklat di Museum Chocolate & shop @ Kota Damansara

Dalam beberapa minggu lepas ada kakak ipar bagitau yang kat KD ada muzium coklat. Selain mini muzium ada jugak kedai coklat. Yang menariknya harga coklat2 kat situ boleh dikatakan murah la jugak dibandingkan dengan harga di kedai.
Jadinya siang tadi aku & lokman bawakla budak2 ke sana. Singgah lunch dulu kat rumah kakak ipar area KD gak then terus ke sana. Katanya tutup pukul 5 petang, so cepat2 makan terus gerak.
Aku mmg xfamiliar area sana. Ikut je kakak yg bawak. Katanyer berdekatan dengan uptown damansara tu. masuk area2 kilang & bengkel2.
Masuk free, cuma sampai je parking kereta kat dalam, then kena ambil pas masuk kat guard house. Masuk je terus ke bahagian muzium..ada cerita tentang sejarah coklat, jenis2 coklat dan macam2 info mengenai coklat serba ringkas. Kiteorg tak dapat baca satu persatu, sebab kanak2 ramai (anak2 kiteorang)..dorang bising berlari2 ke sini sana, susah nak handle. Sudahnya sempat amik beberapa gambar aje. area muzium tu takla besar, dalam 3-4 bahagian dah settle. Terus ke shop coklat. Tengok coklat2 memang rambang mata. Paling murah milky bar dalam rm5.++, paling mahal ada cecah rm80++. Itu mcm beli secara borong. Bermacam jenama coklat ada; daim rm22 sepeket, hersey rm15-rm60, merci, cadbury rm13 bar besar, tobblerone, mars rm20, m&m rm17 sepeket besar, ferro roche rm45 kotak besar, swiss choc, etc. if nk buat untuk hantaran pun ok atau nak bagi hadiah kat orang or nak buat birthday party anak.
Memang murah dalam 4-5 ringgit dari harga luar & murah sesangat dari Candylicious kt OU tu..hehe, bagi aku laa, cuma kalau nak compare harga kat langkawi, langkawi murah lg rm3-4 dari hrga kat sini..hehe..yerla, tp bila pulak nak pergi Langkawi tu kan?haha..if sesapa yang hantu coklat ke sesuaila g sana, buat stok peti ais tetiap bulan..hahaha. Kakak ipar aku dah beberapa kali pergi top up coklat, setiap kali pergi akan spend around rm100++ dasat! Suka dia layan anak2 dia ke sana.
Ownernya xsilap orang melayu. Dia hasilkan coklat sendiri jenama fidani. :D

Dalam 45 minit dah settle..haha. Jadila lawatan sambil belajar & sambil membeli kiteorang di hari sabtu. Beli 2 jenis coklat yg xpernah kiteorg makan..hehe

Alamat tempat ni:
Lot 2, jln teknologi 3/4
Tmn sains selangor 1,
Kota Damansara.

Jom usha gambar!



































4 idea?!:

mama ila said...

wahhhh..bestnyer!!! bar tahu..ada chocolate museum kat KD.. pasni leh try gi sana =)

FiraHamzah said...

Mama Ila,
hehe, ramai yang tak tau lagi..inipun kalau kakak tak bagitau mmg sampai ke sudah tak tau..haha..leh arr nanti bawak anak ke sana ek..hehe :)

Liz said...

muzium coklat ni pernah keluar kat tv. aku pun teruja menengoknya. nasib baik jauh dari rumah. laki dgn anak aku suka coklat

FiraHamzah said...

Liz,
eh ada kuar tv ek? eheh nampak narr aku tak alert..ala, ajak je suami mu ke sana..alang2 leh singgah OU ke, Ikea ker..dah dekat2 sgt dah tuh..sekali sekala turun PJ nih..hahah (gaya menghasut sungguh!;p)

 
Blog Template by Delicious Design Studio