Showing posts with label picnic. Show all posts
Showing posts with label picnic. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Picnic again with geng Jimba @ Lake Garden

Dah macam aktiviti tahunan pulak berpiknik di taman rekreasi..hehe, sejak ada anak nih, macam best pulak berpiknik beramai2 kat sana dengan kawan-kawan/famili, sambil layan kerenah anak, sambil tu bergosip dengan mak-mak.

Aktiviti dengan geng Jimba (kawan-kawan sekolah Lokman) memang akan dibuat setiap tahun. Last time kiteorang pergi Melaka sama2..untuk tahun baru ni kiteorang start dengan aktiviti berkelah. Tahun 2010 kiteorang berpiknik kat Sg Congkak. Seronottt! ;)

Semalam (ahad) kiteorang sekali lagi buat piknik kat Taman Tasik Perdana, KL. Last kiteorang pergi masa aku pregnantkan Tia 8 bulan (aku pun dah tak ingat bila, nasib baik tulis kat blog dolu2..haha).
Piknik bermula pukul 9 pagi, aku & Lokman tak menyempat nak prepare makanan, just beli air jus aje..heheh..maklumla anak kecik ramai, tak menyempat2..yang lain masing bawak makanan/minuman as per plan (potluch picnic katanya!)..ada nasi lemak, laksam, pasta, chicken wing, kek coklat, cupcakes, jajan, etc. Kebetulan dalam bulan 2 ni ada dua orang birthday dekat2 (Lokman & Adie), so kira celebrate birthday dorang skali arr..cupcakes ditempah khas untuk dorang ;) thanks to Azila.

Anak2 aku macam biasa la excited nak main playground. Layankan aje. Sampai tengahari masing2 start buat perangai..sebab dah panas & penat. Lagipun tengahari adalah masa2 diaorang nap. Si Hafiy kat situ gak nak melena. terus kemas2 dan gerak balik.

Sampai rumah terus terbongkang keletihan lima-lima.. ;p great sunday!

gambar2 bawah banyakkan aku cedok dari Instagram kekawan..aku tak cukup tangan nak pegang ipon & jaga anak2..






budak hepi dapat pergi playground


budak kena cium dek nyamuk kat dahi..
hepi gak main panjat2


Hafiy ku - keje memanjat la jugak nih haaa..


ni la geng Jimba..ramai kannnn?
theme kali nih - block color..so ramai ikut tema kaler terang2..kekeke


bapaknya siap bawak bola..kasik training dengan anak2 laki dia


ada seisi tiup bubble
berebut2 budak2 nih nak tiup


haaa ini budak org tiup dia g rasa bubble tu..sodap ke nakk ooii?
aiseyyy..tak reti tiup tapi sibuk nak jugak




gambar2 kat instagram Azila ;)


lat seisi before balik
berphoto dengan family masing2
ada member bawak camera polaroid, snap terus dapat gambarnya..
terujaaaa!
teringin pulak nak memiliki camera macam nih..tapi filemnya agak mahallll
nanti usha kat Groupon..kekeke

Monday, January 21, 2013

Birthday Party Berpiknik @ Lembah Kiara TTDI

Happy Monday all!

Sabtu lepas aad invitation kawan opis lama, dia buat besday party anak dia ke setahun.
Konsep birthday party ala berpiknik kat taman rekreasi. Since anak-anak aku suka pergi taman rekreasi cos dapat main playground, aku & Lokman boleh arr bawak dorang. If birthday party kat rumah orang tuh memang agak susah nak lepak lama2..iyela dorang nih bukan boleh duduk senyap2..ada je kang huru hara rumah orang dorang buat.
First time kiteorang sampai kat Taman Rekreasi TTDI nih, actually tak pernah tau pun kat TTDI nih ada taman rekreasi..hahaha..dulu2 masuk TTDI pun sebab kekawan zaman belajar suka lepak makan kat Rasta. Rasa dah bertahun2 kot tak pergi Rasta since dorang dah berpindah tempat. huhu.
Melilau gak cari tempat ni..landmarknya sekolah kebangsaan TTDI. parking sangat senang. Kiteorang sampai dalam pukul 4.30 petang. Orang dah ramai gak. Nasib cuaca tak terlampau panas dan tak hujan. Just nice untuk lepas budak2 main.
Terus pergi ke playground. Area party betul2 depan kawasan playground. Sementara tunggu dorang set up tempat, aku & Lokman layan budak2 main. Excited budak2 nih main, sampai takmo stop. heh.
Overall, suka gak aku konsep birthday party anak macam nih. Bebas nak buat apa2 kat situ. Nak main playground, nak main air kat mini air sungai seberang playground tuh, or main badminton ker..hehe..actually if ada beberapa aktiviti untuk kanak2 lagi macam best (macam ala2 sukaneka, permainan tiup belon ke, cari gula2 dalam tepung dll) selain aktiviti makan-makan.
Suka jugak taman rekreasi nih. Luas & bersih. Sangat terjaga. Selesa la nak bawak anak-anak. Nak bawak stroller sambil jogging pun boleh. Ada aku tengok beberapa orang foreigners buat camtu. Rileks aje..ada area untuk main badminton, area budak2 belajar roller blade. siap ada instructor khas lagi. Seronok nengok...rerasa lagi macam syok aje bawak anak2 beriadah kat sini, idak lerrr balik2 pergi shopping mall, hehe..

Nanti nak belikan Tia basikal, so leh bawak dia main kat sana. Asal dia tengok budak2 baya dia main basikal aje dia cakap nak main gak. aiyooo..
sebab dah janji dengan dia, besday dia nanti kiteorang nak belikan dia basikal..kekeke..haaa, teringat2 la budak tuh..asyik dok cakap nak naik beskal aje la...penat lagi la aku nak explain..huhu.

Moh layan gambar..
aku selitkan sekali gambar pergi taman rekreasi kelana jaya, seberang aje dengan kondo kiteorang duduk. Amat berbeza la dua2 rekreasi nih..huhu. Tmn rekreaksi KJ tu amat2 la tak terjaga. Playground pun dah pecah2 & berlumut2. Ikan kat tasik dah mati timbul2 lagi..Tia excited tengok ikan mati terampung..haha. Dia ingat fish tu tidur kot. kekeke..



confident aje minah kecik nih berjalan kat depan..siap cekak pinggang..




piknikkkk & playground time


my fren & her little boy, Atie.
Dia buat semua sendiri party nih..siap boleh jadi event planner if korang nak buat low cost besday party.
Dia boleh tolong :)


ada mat badut dok bagi belon kat bebudak


penuh tangan hafiy dengan makanan..


view kawasan party
seberang sana ada mini air sungai. Aku tak snap photo kat sana
Tia takmo main air..lebih suka main kat playground


kanak2 belajar roller blade ..sebelah aje dengan playground


+++++
ini kat taman rekreasi KJ. 2 minggu lepas




kat kolam nih arr ada ikan mati terapung. dorang nak sentuh air tuh
aku tak bagiiii...heeeee ;p


playground nya banyak..tapi tak terjaga..

Friday, November 16, 2012

Main layang-layang di tengahari terik..

Cuti Hari Deepavali aku dengan adik beradik plan untuk berpiknik sambil main layang2 kat Taman Rekreasi Layang-layang dekat Selayang (first time aku pergi tempat nih).
Si Tia ada tengok satu episod upin ipin main layang-layang, then sejak tuh asyik cakap nak main WAU. hahaha..anak dara aku tuh cepat terpengaruh dengan cite Upin Ipin. Selagi dia tak dapat nak main selagi tuh la dia dok ulang2. sekarang nih pulak dia giler makan ayam goreng..kekekek, sebab terliur kot tengok Upin Ipin makan ayam drum stick..tapi ada bagus gak, at least ada gak benda dia nak makan.
Plan nak berpiknik nih sebab memasing sangap dok rumah. Then nak buat aktiviti yang tak mengeluarkan belanja yang besar..haha..plan bajet ciput namanya..
Setakat prepare makan untuk breakfast, then layan kerenah anak2 main layang-layang. Setiap kiteorang bawak makanan. Ada nasi lemak, kari hijau, sandwich, macaroni goreng. etc Siap bawak tikar untuk lepak makan. sambil makan sambil berborak..ni ajela masa nak berkumpul adik beradik share2 cerita..parents kiteorang pergi Lumut, amik adik bongsu aku dari kursus. So takder la nak lepak rumah parent. Buat aktiviti kat luar aje la.
Plan asal nak keluar rumah pukul 8.30 pagi. Tapi dah memacamnya nak masak, jadinya lambat arr keluar rumah. Pukul 11 pagi baru sampai destinasi. Sudah panas terik, orang pun dah tak berapa nak ada. huhuhu..
Dah alang2 sampai kiteorang pun berpiknik la kat tepi tasik. Panas terikkkkk weyyy!! Hilang akal gak la orang tengok..haha..nak g petang2, tapi sekarang nih asal petang aje hujan..lagi tak dapat berpiknik langsung.
dengan angin yang sepoi2 bahasa..layang2 tak dapat terbang..huhu..kecewa budak2 tak dapat main..last2 main kat playground aje la..jadilaaaa...enjoy gak dorang.
Lepak sejam dua pastu balikkk..sampai rumah anak2 dengan bapak budak terbongkang kepenatan...
Malam pulak ada majlis tahlil kat rumah adik ipar.
Jadila aktiviti hari cuti kiteorang...moh layan gambar ajee..

Monday, December 20, 2010

piknik bersama jimba!

Sabtu aktiviti bersama kawan2. Actually kawan2 baik lokman plan buat piknik di Sg. Congkak. Last lepak dengan diaorang berpiknik di Tasik Perdana masa aku tengah pregnant 8 bulan. Jadinyer piknik kali nih bertukar venue; Sg Congkak, Hulu Langat. 

Perjalanan makan masa sejam setgh kot, bukan sebab jauh sangat ke ape, tapi jalan jammed yg amat. traffic light lama buatkan perjalanan slow. Sampai Tia mengamuk la jugak dok lelama dalam kereta. Aku yang letih dok control dia. Pening kepala~

Kitaorang sampai lambat. Bebudak lain dah siap BBQ, makan & mandi manda (plan gerak pukul 8pagi, tapi kiteorang sampai dalam pukul 11pagi..hehe..aku sesampai aje, terus mengcekik gak, giler lapar sepanjang perjalanan. Aku tak mandi sebab rasa leceh plak nak kena jaga Tia. So just duduk2 borak2 & makan2 la. 

Piknik kat Sg Congkak best jugak. tempat dia bersih & teratur. Ramai giler orang kat sana, maklumla cuti sekolah.. Setiap tempat ada jer family2 & budak2,, tapi jadi tak sesak sebab teratur. Pihak kuasa Sg Congkak dah sediakan tempat2 utk orang yg datang. So duduk well organized la, idak lerr bersepah2. Air sungai pun bersih. Tempat kiteorang pergi nih takla dalam & ada air terjun yg tinggi tu. Just sesuai utk budak2 kecik mandi. Air paras betis aje. Tapi ada je bapak budak yg mandi..hehehe..Recommend la pada family nak bawak anak2 time cuti2 sekolah nih.

Overall sekali sekala buat aktiviti macam nih memang best! tapi penat jangan cakap la, bukan penat sebab mandi sungai, tapi sebab duduk dalam kereta lama2..huhu. Ada jemputan kenduri kawen kawan Lokman gak tengahari tuh, tapi dah tak larat. Balik rumah kiteorang bertiga terbongkang sampai Maghrib..huhuu.

Si kecik takleh dok diam, semua benda nak usik. termasuk amik sandwich dalam bekas, confident aje nak makan..

Daging lembu, kambing, ayam, garlic bread, potatoes, hotdog..semua ada!

Geng wanita - dok lepak makan2 & gossip2

Geng lelaki - mandi di sungai cetek sambil layan anak2, oh, tapi Lokman tak mandi..tak thrill dia cakap.

Celebrate besday Mira sekali, kebetulan jatuh hari yang sama.. Happy Besday Cip!! Organizer bagi piknik jimba ini.. :) terbaikkk!!! :)

Si kecik dah penat, siap leh tidurr 15 minit. Aku angkut bantal bucukk dia skali.

Last photo together2. ramai jugak tak dapat join, ramai g kenduri kawen.

hehe, nak gak amik gambar dgn keta mini kawan lokman. Aku suka giler keta nih, ada duit lebih nak buat la keta "mini" aku cmni..hehe * mode berangan*

Layan si kecikk yang aktif!
Abah kasik Tia merasa air sejuk sungaii..heeeee

Nana siap bawak khemah & kerusi lagi..hehe, excited! :P

Lagi with miniiiiiiiiiii
 
Blog Template by Delicious Design Studio