Monday, December 3, 2012

Jalan-jalan ke Melaka

Negeri Melaka nih kalau pergi sekali sekala tetap rasa menarik kan? ada je benda baru dorang buat dan tambah. Kira nak compare 10 tahun lalu memang agak banyak perubahannya.
last aku pergi Melaka bersama-sama dengan family aku. masa tuh belum berkahwin lagi..dalam 4 tahun lepas.
Kali ini aku pergi lagi dengan kawan-kawan sekolah Lokman, bersama-sama anak-anak aku. ecehhhh..kali nih aku lak bawak anak. Dulu bawak anak-anak buah aje..kekeke..
Tapi memula dorang plan2 nak pergi tuh, Lokman memang takmo join, sebab terbayang nak handle si kembar nanti..iyelah sekarang kan agak susah nak bawak bebudak nih jejalan..lagi2 jalan2 jauh nih..memang kena pikir lebih dari 10 kali.
Then rasa macam syok jugak jejalan ramai-ramai nih..plus nak jugak bawak Tia pergi zoo melaka. hehe, zoo KL pun tak bawak dia lagi, dah sampai nak bawak ke Melaka yek..takper..mana2 pun sama aje..janji peluang nak bawak dorang berjalan tuh bukannya selalu.
Kiteorang pergi seramai 6 keluarga. Sewa satu banglo besar - Syaheerah Homestay yang ada 5 bilik, setiap bilik lengkap dengan aircon, bilik air dengan water heater, katil queen dengan extra single bed. Memang selesa! And rumah tu lengkap gak dengan hall, tv, dapur yang lengkap, mesin basuh, iron, wifi free, cuma astro aje takder..kekkeke..Yang paling penting sangat dekat dengan tempat2 menarik.
Hari pertama jumpa dorang terus kat Zoo Melaka. Sepatutnya jumpa kat tol ayer keroh seawal pukul 8 pagi..tapi dah aku nih askar ramai..memang gerak pun lambat..so jumpa dorang aje la kat zoo. Dah lama tak pergi zoo, memang agak pancit gak la..Tia excited tengok haiwan2..paling suka tengok monyet..paling takut tengok Tiger..si kembar haram tak paham apa..layan perasaan aje la duduk dalam stroller tuh. dah separuh jalan hujan pulak..hujan agak renyai..terpaksa stop sekejap. Then tempat 2 lain terus cancel nak pergi..hujan macam tak berhenti..nasib tak lebat, tapi memang still tak sesuai bawak anak2 kena hujan. Oh tiket masuk zoo melaka untuk dewasa RM10. dah naik RM3 lak tahun nih. Kanak2 atas 3 tahun kena bayar RM7. Anak-anak aku semua free. hehehe..untung jugak bawak budak kecik nih, semua pun free. haha..
Lepas tuh terus ke Dataran Pahlawan. Singgah lunch kat mana ntah (gerai makan tepi jalan) sebelum sampai dataran pahlawan. Pastu pergi Menara Taming Sari. Lokman dan Tia takmo naik..gayat la konon..si kembar lak masa sampai tuh tengah tidur. So si Lokman g mengurut, ada khemah mengurut oleh OKU kat situ..harga pun murah. Aku melayan la budak2 kat bawah sementara tunggu yang lain naik menara. nasib la aku penah naik menara dulu-dulu, so takder la ralat sebab tak dapat naik kali ni. RM10 aje tiket bila tunjuk Mykad. Lepas tuh dorang terus sewa beca pusing bandar melaka..kiteorang memang tak la nak naik beca..RM25 katanya sekali naik..kiteorang g minum then kena paw dengan Tia nak bubble air tuh. Nak bagi Tia main motor control kat depan menara taming sari dia tak mau..semua benda pun takut..dulu masa kecik2 semua dia berani. Agaknya sebab dah merasa naik benda2 tuh masa kecik, dah besar skit nih jadi tak heran..haha..bagus gak tuh, save duit. Cuma sekarang dia suka mintak junk food or mainan. Kembar belum lagi tahap nak minta memacam..Alhamdulillah..agak save lagi sekarang nih..hehe.
Dah settle, terus check in homestay. Berehat & mandi.
Lepas maghrib ke Ikan Bakar Sg Duyung. Anak2 aku dah start cranky. Takleh makan dengan aman..huhuhuhuhu..lepas dinner dorang continue naik cruise. Aku dengan satu lagi family terus balik homestay. Sangat penat! Dapat la layan bolasepak Malaysia lawan Indo sekejap.
Esoknya check out tengahari, family aku terus cabut, tak dapat nak join dorang g makan asam pedas kat Klebang. Kiteorang singgah Jusco Ayer Keroh..hehehe..sebab tempat ber-air con aje anak2 aku behave skit. Tia pulak sempat main kat playland kat situ, 20 minit cuma RM5 shj..giler murahhh..kat KL nan hadooo..
Lepas lunch baru cabut balik KL.
Tamat la cuti 2 hari kiteorang...memang super penat. Bukan penat berjalan sangat, tapi penat kena handle askar2..seriyesss bukan senang nak berjalan2 dengan anak-anak kecik. Lepas nih kiteorang rest dulu, tahun depan baru plan trip lagi. Kasik kembar boleh berlari-lari dulu. huhu..
Legoland mungkin :) InsyaAllah...



Suka tengok monkey tergaru2


Sendiri ajak aku & lokman masuk playland


we are here @ zoo melaka! yeayy


@ Menara Taming Sari


Bird kaler blue!! kata Tia :)


Budak nih pun sibuk nak tengok binatang








Bergambar saje..
dorang takleh lagi naik benda nih..kekeke


habit terbaru..
gigit jari2..gigi banyak dalam proses nak tumbuh dah nih..


seronok main bubble aje..


geng Jimba meeting nak pergi mana lepas nih..


Dinner kat Medan Bakar Sg Duyung. Layan gakk. Tapi ketam masak cili dia biasa aje..huhu



Meh tengok rimau..

4 idea?!:

Ajan said...

last time pergi melaka tak sempat nk naik taming sari. q pjg sgt.

FiraHamzah said...

Hi Ajan,
haritu pun Q pjg, tapi sebab ramai yang nak naik, so tunggu ajelaaa..menarik gak jan bila dpt naik.. :)

siti norsarah Aminuddin said...

si kembar tu sudah nampak matured dah muka..ilang baby face..cepatnya masa berlalu. ayan aku tu pun sama dah ilang bbface.

FiraHamzah said...

Saraaaaahhhh!!
Sorry dah lama tak bermessage dengan ko. Niat nk berbisnes tertangguh lagi..huhuhu..tunggu tahun depan ek? hehehe.. :P
haah babe, si kembar makin matured muka..tapi perangai still ala2 manja lagi. Ayan ko pun dah besau..tapi still gebu2...hehehe..

 
Blog Template by Delicious Design Studio