Assalam korang..salam Jumaat :)
Aku baru masuk office hari ini. Dua hari aku ambil unpaid leave. Selama aku bekerja 7 tahun, ini pertama kali aku ambil unpaid leave..
Penutup tahun ini sangat menduga hidup aku sebagai mak. Allahu akbar! kesabaran memang teruji laaa..
Betul la orang cakap, nak jadi mak nih bukan kerja mudah. Kalau tak kuat hati memang akan kecundang. Nasib la iman nih masih kuat (insyaAllah), aku berserah pada Allah swt dan redha atas segala dugaan dari-Nya.
Last week kan Tia & Hafiy demam. Hafiy baik lepas 3 hari. Tia berlanjutan seminggu on-off.
Hari isnin malam dia melalak lepas buang air besar. Aku nak cuci dia tak nak. Jenuh kena paksa. sampai tertidur la dia dengan tak cebok. Last2 Lokman paksa dia g toilet. Menangis2 la abah dia cebokkan. Then aku rasa tak lain macam, nape dia refuse nak cebok, aku pun g tengok, so biar aku pakaikan diaper dia. Tengok2 kat bontot dia ada ketulan besar kemerah-merahan. Aku belek2 dia melalak2 tak bagi aku pegang. Suruh pakaikan diaper cepat2. MasyaAllah! menggigil kaki dia menahan sakit lepas dicebok. Sedihnyerrrr..Aku pujuk2 la dia. Terus demam dia naik balik. Malam tuh aku bagi dia makan paracetamol, antibiotik dengan ubat batuk. Suruh dia tidur. Esok plan nak bawak g klinik. Or if teruk sangat aku nak angkut g PPUM balik. Tapi esok tuh cuti umum. Aduhhhaii, serabut kepala otak aku!
Selasa - sepanjang hari Tia baring depan tv. Makan pun tak nak. Minum susu aje. Bila nak berak dia akan menangis. Aku suruh cangkung dia marah aku balik. Tak bagi kacau dia. Struggle gak dia nak berak. Bila nak cebok pun still tak bagi. Mandi pun takmau. Tengok benda tuh still besar keras. Aku tengok dia nak jalan & duduk pun tak boleh. Risau tahap maximum dah nih! Aku ajak Lokman cari klinik. Aku tanya kakak aku, dia cakap dulu ada gak anak orang dia jaga sakit macam tuh. Berak keras. Actually, ketulan tu memang dah lama Tia ada, tapi aku ingat tak bahaya dan tak membesar. Dah lama nak bawak ke pakar tapi asyik lupa.huhuhu..my bad. Part nih memang aku rasa bersalah sangat2..rasa teruk sangat aku nih..ambil mudah bab2 kesihatan anak.huhuhu..ye la, nak handle 3 anak-anak kecil dalam satu masa buatkan aku tak terbelek dorang nih. huhu..
Merata mencari klinik kat area rumah aku, semuanya tutup, klinik melayu tutup inikan klinik cina..doktor2 klinik semua bercuti jugak. Klinik pakar kanak-kanak pun tutup. Last2 aku teringat adik ipar pernah pergi klinik 24jam kat Kota Damansara. Cuba nasib ajak Lokman ke sana. Alhamdulillah, klinik tuh buka. Bila doktor tuh tengok aje terus dia suruh refer hospital. dia kata maybe kena buat minor surgery. Uisshhh lagi arr hati tak keruan..tak pasal2 kena surgery pulak..huhu..kesian awak Tia. Melalak gak masa doktor nak cek. Doktor tu takleh nak buat apa, cuma dia kasik ubat cair, bagi melembutkan najis. Charge Rm15. Lepas tuh kiteorang singgah Tesco, beli barang dapur..hehehe, sempat lagi eh? sebab masa tuh Tia dah ceria balik. Tia seorang anak yang ceria orangnya. Ada masa tetiba dia leh buat lawak. Dia kuat..sakit2 pun leh borak2 & ada mood dia nak main, dia bangun g main dengan kembar.
Aku kesian dia terperap kat rumah aje..bawak la pergi tesco..boleh pulak tuh duduk dalam trolley. Siap paw toys lagi..huhu, layan la aje, dah sakit tuh..harap ada toy mood dia kembali ceria.
Esok paginya, aku dengan lokman bawak dia g PPUM.
ok...nanti sambung..mau belek kerja yang tertunggak selama 2 hari nih..
Rabu tengahari - takleh tidur & duduk dengan betul. Camni la gaya dia tidur since sakit ;(
hepi dapat toys
kat restoran pun dia berdiri aje..huhu.. takmo makan, nak minum aje |
Di hospital
masa menunggu giliran.
Elok tak meragam sepanjang kat hospital..
1 idea?!:
oh..kalau anak sakit omak memang takan mampu nak tidur walau mata mengantuk bagai nak tertutup....
cepat sembuh ye sayang :)
Post a Comment