Monday, December 24, 2012

Demam anak berterusan, bawak ke PPUM!

Demam Tia selalu on-off. Lepas 3 hari demam aku ingat dah ok. Bangun pagi elok aje dia tengok tv & main2 dengan kembar. Tapi bila masuk petang aje tetiba dia melepek aje..peluk bantal sambil tengok tv, pastu diam aje taknak bercakap, xnk makan..minum pun nak sirap aje. Susu kurang. Berlanjutan laa 3 hari. Bila malam panas meninggi sampai 39.4 C macam tuh..huiiii...mak mana la yang tak cuak kan?
Aku ajak Lokman bawak Tia pergi PPUM. Aku penah baca blog mana ntah, dia suggest if anak sakit ker senang pergi hospital yang mana anak tuh bersalin..sebab hospital tuh akan simpan rekod anak kita. So senang dah kot..aku pun dah biasa dgn PPUM, if Tia kena masuk wad pun, wad kanak-kanak kat PPUM tuh dah selesa sangat. Wad baru kan..hospital swasta pun kalah..hehe..

Jumaat lepas masa kat opis aku msg kakak aku. Tanya perkembangan Tia. If panas lagi aku memang decide nak bawak tia g hospital. Mintak time off aje dari bos. Kakak aku ckp still mild fever, pastu dia menepek aje depan tv.
Terus kiteorang pergi PPUM.

Ini first time aku jejak PPUM lepas aku bersalinkan kembar. hehe, kira dah setahun lebih arrr tak masuk hospital. So aku ingatkan terus bawak ke Bahagian Paedtrik. Tempat aku bersalin tuh. Sampai je sana, nurse kat kaunter suruh aku pergi ke Manara Utama. Sebab kat bahagan Wanita & kanak2 nih khas untuk yang buat appointment aje. So since first time, kena register kat bahagian pesakit luar. cessssss! Lokman terpaksa patah balik cepat2 ambil aku (sebab dia drop aje pastu nak g solat Jumaat) dan drop aku kat Menara Utama. Mengagau aku dengan Tia cari Bahagian Pesakit Luar. kena turun Ground Floor pulak. Nasib ada sign board..tapi still pening..kekeke..
Oh masa otw g hospital, si tia nih elok la pulak. elok borak2..ceria tetiba. Buat aku rasa macam nak patah balik aje..hehe..
Dah jumpa Bhgn Pesakit Luar, kena ambil no. giliran. Dalam 10 minit then dapat register, rekod Tia ada lagi..so senang dah, sebab mykids Tia dekat Lokman la pulak. Kena bayar RM5 sahaja. Pastu puan kaunter suruh aku tunggu kat kaunter 8. aku pun tunggu la..tunggu punyer tunggu..tak jugak dipanggil2. Si Tia dah merengek2 ajak balik. Aku dah start confuse..kena tunggu kat kaunter luar ke or kena masuk kat bahagian dalam, terus jumpa doktor? Dah dekat sejam lebih menunggu nih..
Then aku sesaja la jalan ke dalam, dengar no aku dipanggil, kat bilik no 8. cesssss...rupanya direct jumpa doc kat dalam..aku tanya la blk puan kaunter kat tempat register tuh..rupanya dia kata terus jumpa doktor kat dalam. so betul arr no yang dipanggil tu no. aku..lelaju aku dukung tia masuk dalam bilik doc. Bising2 la doktor..dia cakap dah banyak kali panggil.huhuhuhu..buang masa sungguh!
Tia disuruh timbang. First time dapat timbang tia setelah beberapa bulan. huhuhu..Tia hanya 11kg. kurus melidi anak aku..umur 2 tahun 9 bulan.
Kena tunggu lagi dalam 15 minit, sbb doc ada patient lain. dah aku lambat..huhu
Then doc panggil..memacam soklan ditanya..
Tia makan apa? minum apa? ubat antibiotik jenis apa doktor klinik bagi sebelum nih?

haaa..ini aku nak bagi tips..

1) Mak-mak kena tau jenis antibiotik yang anak kita makan. macam kes aku, before g hospital aku bawak Tia ke klinik biasa. Doctor bagi antibiotik, tapi haram aku tak tau apa jenis. Kena la membebel free dgn doc PPUM nih. aku redha aje, sebab memang salah aku..huhu..so bila korang jumpa doktor yang lain, korang bawak je semua ubat2 yang korang dapat kat klinik sebelum tuh. So that, doctor hospital tau jenis2 ubat, senang dia nak bagi ubat yang baru. Yang lebih elok dan sesuai dengan anak korang bila demam/batuk/selsema dia tak elok2 lagi after few days. paham kan aku tulis nih? hahaha..
2) aku bagitau doktor, anak aku minum sirap.
haaaa..kena lagi ceramah free. Dia tak bagi aku bagi anak2 sirap. or any air kordial. a BIG NO!
Sebab dia kata semua kordial ada byk gula. Even aku tak buat sirap manis2 but still dalam tuh ada sugar. huhu..ok dokterrr! Dia ckp, tu yang buat kanak2 nih ada diabetes. huhu..If jus ok. Even galakkan dorang minum jus atau yogurt atau vitagen/yakult. Aku tanyer ribena boleh ke? dia cakap ribena boleh sebab itu jus buahan2. Tapi still kordial kan? ok, aku dah confuse.
haha..ok la, aku beli arr ribena je nanti..kena slowly stopkan dorang dengan sirap.
3) Doc tanya Tia makan apa?
Aku cakap Tia suka nasi dengan sup, or spageti or fish. Doctor kata ok sesangat. as long jgn banyakkan makanan bergoreng. OK bab makan, kira aku lega arr..hehe.walaupun Tia makan tak banyak, tapi still dia nak gak makan.

Kesimpulan, Tia is getting better. tekak dia memang ada merah2 lagi..tapi bukan ke tahap tonsil bengkak. Aku rasa awal2 demam tuh dah bengkak..ye la memacam aku suruh tia minum. Aku takut dia dehydrate..air masak, air sirap, jus epal, air barli, 100 plus, ais krim semua dia minum..sebab elok time dia demam bagi minum2 banyak2, kurangkan panas dalam. Tekak dia sakit, aku beli strepsil. Makan jugakla dia dua bijik. Lepas tuh baru dia laju nak makan dan minum. Rupanya dia refuse makan minum tuh sebab tekak dia sakit. So mak-mak, anak2 demam aje bagi dorang minum banyak2 yek.

Doktor rasa pamper tia basah & berat. Dari kat rumah pukul 11 pagi sampai la jumpa doktor pukul 3.30 petang tak bertukar. So dia cakap ok..lidah tia pun basah & merah. Jadinya air dalam badan dia cukup. Alhamdulillah..tak sia2 bagi dia minum macam2..hehe..walaupun sirap tak elok, tapi bila dah demam macam tuh bagi aku, as long dia nak minum aku tak kisah. Cuma yang buat demam tak kebah2 tuh sebab tekak dia merah2 lagi. Demam sebab virus & bakteria. Batuk dan selsema still ada. Cuma dah kurang.

Doktor taknak bagi antibiotik lain sebab dia tak tau jenis antibiotik sebelum nih. Dia kata tak boleh bagi antibiotik sebarangan sebab if salah bagi nanti lagi worst demam dia. Bakteria akan berlawan balik. Baru la ku tahu..huhuhu..cetek lagi ilmu aku nih. Then dia suruh aku habiskan antibiotik dulu..make sure habiskan sebotol tuh..then continue bagi ubat demam. Ubat batuk pulak bagi time nak tidur aje. Doctor tu cuma bagi ubat demam, berharga RM5.

Baru rasa lega seleganya bila jumpa Doktor Salbiah, PPUM. Very nice doctor walaupun cara dia nasihat tuh ada sikit annoying..hahahaha..ye la, marah la dia bila kite mak bapak nih tak tau konsep bila bagi anak2 makan minum dan bila anak2 sakit. Bila tanya banyakkan tak tau..hehe..pastu main bagi aje anak makan minum..huhu..
Pengajaran jugak la bila bawak jumpa doktor ppum ni. Tak sia2 la menunggu selama 3 jam. It's so worth it!
Bayar cuma RM10. Doktor tak kedekut ilmu..memacam tips dia bagitau..Alhamdulillah..thanks doctor bilik 8 :)
nasib baik Tia x kena tahan wad. Aku siap dah packing bag baju ek utk kiteorang bermalam kat wad (in case), aku siap bawak 2 buah novel tuh..hahah..sonang, kot2 kena tahan wad semua dah ada :)

Balik rumah..terus aku bagi tia makan ubat2..hehe..malam tuh terus tak demam dah. Sabtu tu ada la demam sikit..bagi ubat lagi. Ahad dah ok.


kat bahagian paedtrik - ada indoor playground. Tia excited nak main


kat depan kaunter 8 nih la aku tunggu berjam..rupanya2 kena tunggu depan bilik doktor no 8
cesssss!


muka hepi kan?
tu yang buat aku nak balik tuh..


sementara tunggu no giliran dipanggil, minum sirap dulu!!
hehe..lepas ni no sirap eh?!


demam berlanjutan..
tu tengah layan sirap..hekhekhek..berbotol2 dah berjaya masuk perut :P




masa menimbang. 10.9kg -11kg.


hari sabtu dah ok, terus g umah cousin kat Seremban 2


hari Ahad pagi. dah boleh makan sendiri.


ini la bahagian pesakit luar

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio