Sambungan dari entry sebelum ini..
Pukul 7.30 pagi kiteorang dah siap2 ke hospital. Hantar kembar ke rumah kakak, then terus shoot ke Menara Utama. Tempat pertama kali Tia pergi masa demam last week.
Ambil no giliran, register then bayar RM5. Terus masuk tunggu giliran jumpa doktor. Dalam sejam kemudian, doktor panggil.
Dia tengok aje bijik Tia, terus dia refer ke Klinik Surgery. Dia pun tak tau apa benda tuh & punca. Mungkin dia tau, tapi dia takmo komen..
Terus dia tulis memo to doctor kat surgery..then suruh naik tingkat 1. Naik la pulak ke tingkat 1, orang punyer la ramai! Aku tergagau kejap..tak tau nak buat apa..beratur aje la kat kaunter pertanyaan. Aku tanya nurse kat situ, tapi nurse layan tak layan sebab orang memang super ramai. Bila sampai Q, aku tunjuk memo kat nurse tuh, terus dia tanya date untuk appointment.
Cessss....anak aku dah sakit2 lagi mau appointment kah?
Aku cakap la nak jumpa doktor harini jugak..sebab anak dah sakit sangat.
Dia tanya anak umur berapa..padahal dalam memo dah tulis umur Tia. huhuhu..
Serabut agaknya nurse tuh sebab melayan nenek sebelum kiteorang nih. hehe..Bila dia tau tia 2 tahun lebih, terus dia suruh pergi bahagian paedtrik, klinik kanak-kanak kat wing lain. Aduhaiiiiiii....
Kiteorang jalan arrr g bangunan baru bhgn kanak-kanak, nasib baik bersambung2 & signboard membantu..
sampai je sana, terus tunjuk nurse memo kecik doc. Dia cakap bahagian surgical hanya ada pada hari khamis petang & jumaat. MasyaAllah...
kena set appointment pulakkk..redha aje la. Kiteorang ambil khamis petang, esoknya lah. Appointment pukul 3. Memang Unpaid leave lagi la aku..
Dah tu boleh balik. tak guna pun tunggu lagi kat hospital. Masa tu baru pukul 10 pagi. Nak masuk keje memang dah malas. Then aku decide nak bawak Hafiy la pergi klinik. Telinga dia bernanah semula. huhuu..Tu lagi sorang anak bujang aku nih..tak memasal telinga dia bermasalah balik. Last dulu masa bulan 1. Bawak pergi klinik panel biasa aku pergi. Doktor situ suruh bawak g pakar telinga. takut ear drum dia effect. huhuhuhu..
Aku bertambah serabut. MasyaAllah..
Doctor bagi ubat titik aje. Balik rumah aku bagi Tia ubat paracetamol..ubat tu sebagai penahan sakit dia untuk sementara nih. Hafiy aku bersihkan telinga dia dan bagi ubat titik. Nak monitor dia beberapa hari nih, if next week tak elok gak telinga tuh aku bawak la dia ke pakar telinga pulak. Aku serabut nak baikkan si kakak, si adik pun ada masalah gak. Dua-dua perlukan perhatian. Bukan sakit yang leh ambil ringan..cuma aku tak cukup masa & tenaga. Cuti pun dah habis. Aku mengharapkan tahun 2012 nih berakhir dengan cepat, so that aku dapat apply cuti tahunan 2013 dan medical expenses pun yang baru...semoga Allah permudahkan urusan kami.
Berbalik pada cite Tia tu, esoknya kiteorang pergi lagi hospital, jumpa doktor muda di surgery klinik kanak-kanak. Siap dia pun tak confident, dia panggil kawan dia yang lagi berpenggalaman.
Dorang siap argue lagi pasal benda yang tumbuh kat punggung tia tu. Dia cakap benda tu jadi macam tuh (like bisul) sebab setiap kali berak keras, ada lebihan daging tertolak keluar. lama2 dia membesar jadi sakit.
Tak boleh just nak cut benda tuh sebab otot2 pembuangan kat situ, takut ada kesan sampingan. So meantime, doctor suruh sapu ubat kat bisul tuh, ubat tuh cuma bagi kebas aje supaya dia tak rasa sakit masa nak membuang dengan makan ubat lembut najis.
Aku rasa nak marah gak. That's it?? sebab takder ke ubat yang leh mengecutkan benda tuh? huhu..anak aku tuh dah sakit melalak, takkan tu je ubat yang boleh bagi kat dia?
Doc ckp xde. Then monitor lagi 2 minggu lebih. Next appointment on 17 Jan.
Mak datukkk..lama tuuuu..dia kata lagi if rasa benda tuh makin growing bawak jumpa dia secepat mungkin.
Tu je laaaaa..malam sebelum tidur aku nak sapukan tia gel tu, melalak2 dia x bagi..sampai emo aku...aku jadi stress sesangat sebab aku takleh nak tolong dia. Dia jadi fobia setiap kali aku tengok benda tuh..huhu
Ya Allah, semoga Tia cepat sembuh..Ya Allah, ko kasihani la anak aku ini..
Ubat ni aku kena beli sendiri kat farmasi, sebab ubat nih kononnya abis stok kat PPUM tengok hargaaaaa..mak aihhh..patut la takder stok.huhu |
ubat pelembut najis
si budak sakit telinga. Hafiy zafran
ni sebelum g hospital. Tengah ceria siap leh buat peace lagi :)
strong little girl!
ooo ni dah mandomm..
tunggu giliran
singgah kedai buku, dia paw abah nya buku satu
baru la senggih balik
ni pun budak sakit, tapi sengih tak lepas2..good boy!
tempat menunggu kat klinik surgery
ada tv flat pasang kartun
dah kata bahagian kanak-kanak
Memang selesa laa..
kat tingkat 4.
0 idea?!:
Post a Comment