Showing posts with label Ummi Fira. Show all posts
Showing posts with label Ummi Fira. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Selsema yang teruk boleh mengundang sakit telinga!

Minggu lepas aku dijangkiti selsema dari si kembar. Rasa2 aku la dah lama tak kena selsema yang teruk, satu tahap tiba2 aku rasa telinga aku sakit tahap takleh tahan..kena pulak waktu malam, on the way balik rumah dari beraya..sampai aje rumah terus aku masuk tidur. masa tuh memang takder ubat langsung aku leh sapu kat telinga nih..nak makan ubat tahan sakit/panadol pun aku tak berani..sebab aku pregnant kan..tak berani makan sebarang jenis ubat time2 pregnant. Sudahnya, kenala menahan sakit aje. Ubat terbaik adalah dengan tidur!

Esoknya sakit berkurangan..tapi still rasa tak berapa baik. Pendengaran jadi kurang jelas..rasa kekadang telinga berdenggung aje..sangat tak selesa..agak moody la jugak..kesian anak2 jadi mangsa moody aku. huhu..

Pada masa yang sama aku baru perasan telinga Hafiy pun macam keluar nanah balik. Ini kali ke 3 or ke 4 aku rasa..setiap kali dia selsema batuk yang teruk sampai hingus warna kuning & hijau, pasti telinga dia akan bernanah..aiyooo..cuak sungguh aku. patut la dua tiga hari sebelum tuh dia macam takder selera nak makan..rupanya selsema dia teruk sampai effect telinga..meragam pun iyer jugak..aku minta GL dari HR untuk bawak Hafiy ke pakar Paed KJMC. Malam tuh jugak aku bawak dia ke doc.

Doc check pun geleng kepala. dia kata nanah agak teruk. takut gegendang dia dah pecah..huhu..dia bagi 5 jenis ubat makan, 1 nasal drop untuk selsema & 1 ear drop. Antibiotik wajib makan sampai habis selama seminggu termasuk ubat2 batuk, ubat cair kahak & ubat selsema-alergik. paracetamol dia bekalkan jugak sebotol in case hafiy demam. Lagi pulak rabu tu nak pergi ke cameron highland..risau gak aku nak pergi ke tanah tinggi, tekanan agak tinggi..tanya sekali pendapat doc ok tak if nak pergi sana? doc kata ok, tapi make sure masa nak naik tuh bg dia something boleh kunyah..huhu..

Aku bgtau telinga aku pun sakit, tapi doc tuh xmo check..hahahah..diluar bidang dia katanya..suggest aku pergi je klinik biasa & minta antibiotik. dia just bagi pendapat yang mungkin telinga aku sakit sebab selsema. Ok fineee..esoknya aku g klinik panel. Doc kata memang telinga aku bengkak & dia bg ubat tahan sakit, ubat selsema & antibiotik. Since aku dah masuk stage ke 3 mengandung, so boleh makan semua ubat2 tuh..no harm utk baby..baby dah kuat katanya. Baru la lega & confident nak makan semua ubat2 tuh nanti..hehehe..

Telinga aku & Hafiy kena monitor untuk seminggu. Hafiy dibawak jumpa pakar Paed balik lepas seminggu, Alhamdulillah telinga dia dah baik. Doc pun terkejut..hehe..gegendang telinga dia ok katanya, so takperlu dah makan antibiotik. cuma selsema still ada. iyerla, naik cameron tu sejuk..konfem la lambat lagi nak baik selsema tuh.tambah pulak batuk..si Aariz berjangkit semula. dah main share2 ubat la dorang tuh..huhu..telinga aku still berdenggung..aku malas makan ubat..kekekek..tapi dah tak sakit. cuma rasa gak tak selesa bila tengah berdenggung..

Doc nasihatkan supaya kena jaga2 dengan telinga Hafiy, very sensitif katanya. senang dapat infection if tak jaga. Hafiy tak boleh mandi kat swimming pool or apa bentuk pool sekalipun. Even shower pun kena kurangkan..takleh bagi air masuk telinga dia..huhu..so lepas nih no more bath tub untuk dorang semua. Tia asyik request nak mandi 'kolam' kecik (baby bath tub) dorang tuh..tapi bila aku explain tak boleh, Hafiy sakit telinga..Tia sgt memahami..terus dah tak mintak mandi kolam dah..just mandi thru shower aje..

Harap2 lepas nih takder dah dorang nih sakit2 macamnih..tiga2 dorang nih memang sensitif lerrr dengan air & sejuk. Aku kena lebih alert lagi dengan kesihatan dorang..rasa bersalah sesangat bila anak2 sakit teruk..huhu..tanggungjawab kite kan kena pastikan dorang selamat & sihat..sorry kids, lepas nih Ummi lagi tegas dengan korang..heheheh..so jgn marah Ummi eh if Ummi bersikap tegas dengan korang :D

Ummi luv u all..xoxo..semoga Allah berikan kesihatan yang terbaik pada korang semua, termasuk Ummi & Abah..InsyaAllah..Aminn..

Sakit2 pun still ada mood nak main. Hafiy yang pakai baju biru



ini ubat2 yang doc bagi..huhu
dah la Hafiy tak suka makan ubat. Dengan aku mmg tak berani lawan, kena suruh Lokman yang suap baru dia terpaksa
makan. huhu..penuh dengan drama nak pujuk dia makan ubat2..

Dah sihattt!
Check up sekali lagi after a week.
Alhamdulillah...telinga dah ok. tak nyah refer pakar ENT

After this no more 'mini kolam' in toilet yaaa kids!

Thursday, February 28, 2013

Kereta yang hilang bertemu kembali!

Tahun lepas, bulan 10 kereta Lokman hilang dekat LRT Kelana Jaya. Selama 4 bulan kiteorang bergerak bersama2..pergi balik opis sama2, eh tapi xde la hantar Lokman sampai opis dia, aku hantar & ambil kat lrt aje..hehe..memula rasa susah jugak la..tapi Alhamdulillah, lama2 dah jadi biasa. Kereta yang hilang tuh kiteorang dah redha aje la kehilangannya. Cuma tunggu masa nak polis nak declare close case aje so leh proceed dengan insurance bagai.
Tiba-tiba minggu lepas, dapat call dari polis kata kereta tuh jumpa semula, dekat area Taylor Kolej, PJ. Beberapa km aje dari rumah kiteorang. huhu..Orang2 area sana buat komplen kat polis sebab dah lama tersadai kat sana. Polis jumpa kereta tuh dengan dipasang plat no. lain.

Condition kereta tuh?

Memang tak dapatla yang cantik berkilat. huhu..Agak teruk jugak kata Lokman. Aku tak teman dia tengok kereta kat balai. Lokman just send gambar kereta thru wassap. Tayar tinggal 2 bijik. itupun yang 2 bijik tuh bukan tayar asal kereta tuh. cermin belakang habis pecah. meter board, dashboard, radio, speaker, gear box semua takder..lopong! tapi barang2 dalam bonet semua ada lagi. Banyakkan barang2 anak2 aku..baby carrier, tilam & bantal budak2, cover stroller kembar etc.
Nasib la yang lain ok..kerusi semua ada, enjin pun ada.
Masih boleh direpair katanya..dalam RM4-5k kos baik pulih. Polis dah bagi release kereta tuh..kasik tunda sampai ke bengkel untuk proses pemulihan.

Alhamdulillah..walaupun keadaan kereta tak berapa elok, senang cite parah gak arr, tapi dapat kembali harta yang hilang setelah beberapa bulan. Tak jadi la angan2ku nak pakai kereta baru..hahaha..buat masa sekarang kiteorang nak kasik habis loan2 kereta..tinggal dalam 2 tahun aje lagi pinjaman kereta masing2 habis bayar, InsyaAllah, tu yang rasa sayang nak jual..bersabar la wahai hati, lagi beberapa tahun aje la..dugaan Allah bagi sudah pasti ada hikmahnya..InsyaAllah..

Nota kaki: Pimp My Ride takder ker kat Malaysia? kalau la ada, rerasa dorang terima tak kereta Lokman tu??hahahah..   *verangan nak transform kereta wira jadi wolksagen gitewwww ;p


rongak sudahhh..


barang2 yang ada lagi dalam bonet..
bantal busyyukkk aku since dari sekolah ada lagi tu..hahaha..


kereta idaman..tunggu yekkk..lagi 2 tahun saya beli awak..InsyaAllah.. :)

Thursday, January 31, 2013

Dilema kerja..

Semalam ada bos dari department admin call aku. Ajak aku masuk department dia, since 2 staff dia nak resign. Bersungguh2 dia ajak aku tukar department. Sebenarnya dari last year dia approach aku tapi aku tak ready lagi. Even memang la aku berniat sangat nak mintak transfer department, tapi aku preferable tukar ke bhgn operation. bukannya admin. hehe.
Before masuk company nih 4 thn lepas, aku memang keja as admin exec kat company parking. Kira dah ada 2 tahun experience arr dalam bidang admin. Agak stress jugak keja admin nih..lagi2 bila kena deal dengan vendor & bila kena kira stock in stock out. Takut barang kurang or tak kualiti then staff2 komplen. Aiseyyyy..aku nak kena menjawap dengan bos pulak.
Dulu aku sampai gaduh2 dengan bos lama..hahaha. siap menangis bagai..masa tuh baru pertama kali keje admin, pengalaman memang zero, start dari bawah..jadinya banyak jugak kesilapan. Bila dah silap bos main sembur2 aje..tu yg sentap tuh. Tapi lama2 aku dah lali dengan perangai bos dan aku jadikan setiap benda tuh satu pengalaman baru. Lama2 aku enjoy jer keje as admin. Sampai sabtu ahad pun rela datang opis buat filing. Masa tuh tak kawen lagi, boleh arr balik keje pukul 8 malam, pastu kerja on weekend. Sekarang nih memang tak boleh arr..mau anak-anak menjerit kat aku. huhu.

Aku dalam dilema bila bab nak bagitau bos aku sekarang nih. Rasa tak sampai hati, tapi aku kena pikirkan gak untuk diri sendiri. Aku dah takde rasa kepuasan kerja kat tempat sekarang. Buat keje yang sama selama 4 tahun. Walaupun projek setiap tahun lain2, tapi still ada beberapa keje yang sama aku kena buat setiap tahun, bos aku taknak ganti orang lain untuk buat kerja2 tu. Aku dah naik lemau buat benda yang sama. Bosan. sembilan jam duduk kat opis mengadap tempat yang sama, kerja yang sama membuatkan mood merundum..rasa macam buang masa aje dan hati jadi tak ihlas sepenuhnya..takut aku. takut rezeki jadi tak berkat..huhuhuu..mintak dijauhkan, rezeki yang dapat nih la bagi anak-anak makan minum. So daripada aku seksa diri sendiri baik la aku mulakan langkah yang baru. yer dak? walaupun kerja yang aku mintak nih bukan la sesuatu yang baru, tapi still mungkin sesuatu yang aku suka dan boleh buat. InsyaAllah.

Orang lain bila bosan dengan keje sekarang akan cari keje kat tempat lain kan? dorang cakap dah alang2 nak tukar kerja, baik tukar terus environment baru. macam aku tak terpikir lagi nak cari kerja kat tempat lain. Sebab utama lokasi opis nih dekat sesangat dengan rumah. kira dalam islam cakap takrif kejiranan adalah 40 buah rumah disetiap penjuru..haaaa, kira kalau kira umah aku dengan opis dalam lingkungan 40 buah rumah arr..jalan kaki 25 minit pun sampai rasanya ;p
Dah tak rasa serabut nak redah pergi balik opis setiap hari plus nak hantar ambil anak-anak kat rumah kakak aku. Semua dah senang, Alhamdulillah. Dalam setengah jam dah sampai rumah --> opis --> rumah babysitter.

InsyaAllah..aku try slow talk dengan bos esok. tengok apa dia kata. harap2 dia dengan senang hati dapat lepaskan aku, sebab dia pernah cakap mana2 staff dia yang nak cari pengalaman baru dia leh consider.
Korang doakan aku yek. Harap2 jalan yang aku pilih nih yang terbaik untuk aku.

Ok then, take care korang! :)

 
ini celebrate birthday bos aku last 2 weeks.
yang pakai spek tudung hitam tuh our GM. Lady big bos. :)
Sorang aje lelaki dalam department aku..hehe


Bos aku nih baik. tu yang tak sampai hati tuh.. ;(

Thursday, December 6, 2012

Gaya meng-handle anak-anak seorang diri..

tadaaaaaaa....

pagi tadi pukul 5.30 pagi Lokman dah gerak ke Kemaman. Kena outstation selama 2 hari. Hari ini dan esok. So aku kena handle askar2 kecik sesorang..
Agak cuak gak la..huhuhu..selama nih Lokman mesti ada bila kena handle dorang. Takpun bila Lokman takder ke macam pergi Gambang harituh, adik beradik aku ada tolong2 sama.
Pagi nih first time aku kena bawak askar2 pergi rumah babysitter seorang diri dari atas kondo sampai la ke sana. Since kembar tak lancar lagi berjalan, aku pulak tak larat nak dukung kembar serentak kes muscle strain dulu..so aku letak dorang tiga2 atas stroller Tia.

kekekekek..

Si kakak pun mengada nak duduk atas stroller..tengok syok2 si kembar duduk atas tu..dia pun request nak duduk gak..hah, layan kan aje..janji senang kan aku..

Nasib baik la behave la jugak, dalam kereta pun si Hafiy aje mengada nak duduk dengan aku.

Alhamdulillah..selamattttttt sampai ke rumah babysitter aka my own sister :)

Malam nih aku tidur sana aje terus. Tak kuasa la pulak nak angkut dorang turun naik kondo sesorang lagi..huhuhuhu...actually hati aku agak kecut gak arrr..hahahaha..tak nak ambil risiko la..bukan senang weyy nak handle askar2 kecik tak reti bahasa nih sesorang..mau aku yang sawan karang. Solution terbaik aku numpang la tidur semalam kat rumah kakak aku..hehehe..nasib baik ada bilik lebih.. :P





Friday, October 19, 2012

Tragedi Oktober...

No..no..no..
ini bukan pasal lagu Awie ek..aku cedok tajuk aje...content dia lain..huhu..
Kisah terjadi selasa lepas, Lokman call aku pukul 3.30 petang, suruh aku call M*PJ zon tunda, kot-kot keta dia kena tunda sebab dia dah dua tiga kali ulang alik tempat dia parking keta dia pagi tadi, bayang keta tak nampak. Aku terus buka website cari no tepon Penguatkuasa, then org Penguatkuasa bagi no tepon suruh aku call bahagian zon tunda. Dail la lagi no lain pulak. Aku tanyer ada ke buat operasi tunda kereta kat area LRT KJ? Dia cakap takde.
So sah la kereta Lokman dicuri!!
Time tuh pulak hujan lebat turun. Aku tak bawak payung pulak. Lokman cakap nih nak g buat report. Tapi tak suruh aku amik dia lagi. So aku pun sambung buat keje. Fikiran masih blur2 tak tau nak buat apa..hehe..
Pukul 4.15 petang, Lokman call lagi, suruh aku ambil dia kat kedai mamak. Teman dia g buat report.
Aku pun minta time off, terus fetch dia then dia ajak aku pusing lagi area parking tuh..kotak parking dia dah ada keta lain yang park. huhu...
Kiteorang terus pergi balai polis Dataran Prima. Balai polis kosong, senang buat report terus. Lepas tuh pegawai tuh suruh pergi lak Balai Polis Sg Way, jumpa dengan Sarjan Sofian. Sampai sana Sarjan tu nak copy geran kereta dengan insurance kereta. Benda tuh semua kat opis dia. Sarjan tuh dah bising2. sebab rupanya pegawai kat Dataran Prima salah tulis tarikh hilang. Dia buat kata kereta hilang pada hari Isnin. Benggongggg..dah tak pasal2 Lokman lak kena marah. Aku heran betul dengan pegawai polis yang kerek tak tentu pasal nih, bukan nyer kiteorang nih penjenayah nak cakap sombong2 macam tuh. Takder budi bahasa ek ko Sarjan? pastuh Sarjan minta buat copy IC dan lesen kereta. Lokman minta aje pegawai polis kat kaunter depan tuh tolong photostate, takder keje la nak kuar balai balik cari kedai.
Dah settle, Sarjan tu mintak Lokman faks kan geran & insurance esok pagi. Sarjan tuh cakap dia akan inform dia akan masukkan report ke dalam system dorang, then akan inform polis trafik and inform pada polis2 yang buat road block.
Setakat itu aje la dorang boleh buat pun..
Kiteorang pun takder letak harapan tinggi nak jumpa balik kereta itu dalam keadaan yang sempurna...
Cuma berharap kereta tuh tetap dapat jumpa untuk proceed claim insurance.
Dah la nak tunggu dapat claim tuh makan masa. Minimum pun 6 bulan ek..
Nasib baik la aku ada kereta sendiri. So buat masa sekarang kiteorang bergerak bersama2 la. Nasib baik la jugak opis Lokman dan rumah kiteorang dekat dengan LRT. So start semalam kiteorang keluar seawal 7 pagi, hantar budak2 kat umah kakak aku, then terus hantar Lokman ke LRT. Aku sempat lagi balik rumah balik, siap2 ke opis pulak.
Plan nak beli kereta baru masih dalam perancangan...selagi takder berita pasal kereta yang hilang tuh, selagi tuh rasa macam tergantung..huhu..

Aku pulak sekarang serabut sebab si Aariz demam. Dah 2 malam aku tak lena tidur. Dia jenis cranky bila demam..merengek2 aje..aduhaiiii...

Ya Allah ya Tuhanku, sungguh berat rasa dugaan Mu kali ini. Aku mohon agar Kau berikan aku kekuatan dalam menghadapi dugaan Mu ini...dan Kau berikan kesihatan yang baik2 ke atas anak-anak ku..Aminnn..
gambar semalam : lepas ambil budak2 kat babysitter, terus pegi tesco..
Rabu petang: Even kereta hilang, anak2 bukan paham pun
Dorang nak main kat playground, layan kan aje laaa..
Aariz dah demam masa nih..takder mood nak main
Dalam kenangan la ko kereta yerrr..merajuk ko ek sampai hilang terus!
(plan dulu nak beli keta lain, tu yg merajuk kot..huhu)
Ni pegawai kat Dataran Prima..
Yang ini ok even dia salah tulis tarikh kan..but ok la tak menyombong macam Sarjan Sg Way..
tak sampai setgh jam settle buat report dengan dia.

Tuesday, October 2, 2012

3 hari 2 malam tanpa anak-anak...best ke rindu?

Minggu lepas mother in law nak bawak askar-askar aku ke rumah SIL. SIL baru pindah rumah baru kat Puncak Alam..then teringin nak memeriahkan rumah dengan budak2. Mintakla permission nak pinjam budak2 nih..aku pun rela hati gak la bagi. Nak gak merasa tidur tanpa budak2..hahaahha..Sekali sekala dah ada orang offer nak jaga budak2 24 jam kan...
Seriyesly, ini first time aku berjauhan dengan kembar. Selama 13 bulan dorang tidur malam dengan aku...nak gak tengok camne dorang if aku takder.
Aku tak risau sangat cos selama sebulan lebih Mil & Sil jaga dorang siang hari..so dorang dah biasa dah..
Adik ipar nak pinjam dorang 3 hari. Aku kata okla kalau korang tahan berjaga malam. Sebab si kembar setiap 3 jam bangun nak susu..hehe, ada masa serentak dua2 nak susu, ada masa lain2 time..so lebih 3 kali arr kena bangun..huhu..sanggup ke tak tu? hheeheh..aku cakap try semalam dulu, if rasa bertahan lagi, jaga la lagi 2 malam..hehe..
.....
Hari pertama.
Budak2 ok, happy aje kat sana. SIL siap send photo happy faces dorang lagi plus MIL kata dorang makan banyak. Aku cuma call pagi sekali, petang sekali. Lega hati tengok dorang gumbira..Aku pun happy sebab leh bersenang lenang..hhahha..duduk berdua aje dengan Lokman. Aku layan cerita korea online sampai pukul 3 pagi..hahahaha! Oh sebelum tuh aku & Lokman g dating ke Uptown Damansara. Aku dah lama teringin grill Lamb Chop Blackpepper. Zaman single mingle & bercintan dulu memang rajin lepak situ..kira port kawan2 Uitm arr..tapi since ada kembar memang dah tak jejak ke sana. Memang tak makan la jadinyer if bawak dorang. Kira ni peluang terbaik arrr, dapat makan dengan tenang lagi..haha..

Hari kedua.
Pagi tuh aku call MIL kata ok gak. Makan & main aje dorang. Maybe nak continue lagi semalam. Ok fine. aku.tak.kisah. hihihi..
Malam tuh aku dengan Lokman pegi Tesco pulak. Beli barang dapur tanpa rushing2 dan siap dinner kat luar lagi. Plan esok malam nak tengok wayang pulak..haha..Malam tuh aku tidur pukul 3 pagi lagi, sambung cerita korea..haha, oh sekarang giler tengok cite Faith, lakonan hero Lee MinHo..haruslaaa layannn!! tu yang sanggup dua mlm2 berturut2 tidur lambat..hoorey hooreyy!!

Hari ketiga.
Sebelum pegi keje, tetiba Mil & SIL sampai rumah dengan budak2. Eh? kata nak stay sampai 3 malam? alamakkk, abis program nak tengok wayang malam tu..
melepassss!
kalau tau semlm lagi kiteorang layan midnite. haha..dah bertahun2 tak tengok wayang ko...teringin giler! huhu..
takperla, rindu gak kat askar2 aku tuh..dua hari tak jumpa rasa lain jugak la.
tapi...dorang buat muka takder perasaan aje bila sampai rumah. tak excited pun tengok muka aku..hahaha..sabar aje la..aku peluk bagai, cium2 dorang slumber aje..haha. seronok kot sekali sekala tukar angin tidur tempat lain..nak pulak ada orang melayan dorang kat sana.

Bagi aku dengan Lokman, sekali sekala tanpa anak2 pun ok gak. Rasa rilex dan ilang stress. Patut la orang cakap ada masa pergi la honeymoon mana2..tanpa bawak anak2. Hubungan suami isteri pun kena jaga, kan? Dulu aku memang susah nak lepaskan dorang. Aku rasa tak sanggup berpisah. Tapi sekarang bila anak2 dah besar skit, baru aku rasa ok. And aku pun sometimes rasa perlukan masa untuk diri aku gak. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik2...anak2 tak meragam. dorang dah boleh bawak diri, sebab dorang bertiga ada sekali. Mungkin sebab dorang bergeng so dorang takder rasa takut.

So lepas nih leh plan honeymoon dengan Lokman, no? hahaha..i likeeee :)


Gambar bawah muka2 hepi askar-askar aku masa kat rumah sister in law.

Friday, July 20, 2012

Azam Berpuasa

Alhamdulillah..esok dah Ramadhan.
Dan esok bermula episod aku nak berpuasa wajib, dah 2 tahun aku tak puasa pada bulan Ramadhan..heheeh..kes kes..anak berderet2 selama 2 tahun..so tahun ni aku free, jangan la mengandung yekkk! hihi..kasik la rehat 3-4 tahun..
Apapun, harapan aku Ramadhan kali nih agar aku dapat berpuasa penuh dan yang penting dapat membuat solat Terawih. Mungkin bersolat terawih bersendirian..ye la, mana la nak dapat pergi ke Masjid macam zaman bujang dulu-dulu. Dulu takder anak, sekarang nih anak2 tengah kecil lagi..takleh nak tinggal. nak bawak ke masjid pulak harus la nanti menganggu orang lain nak solat kan..so baik la aku solat kat rumah aje. Itupun kena tunggu anak2 tidur dulu baru boleh aku solat..Harap2 terbuka la pintu hati ini nak bersolat terawih..InsyaAllah..
Dan dapat membaca Al-Quran sekurang2nyer 1 muka surat sehari. heheeh..Takleh kot buat satu juzuk sehari...mau anak melalak2 sama..
hurmm...takbaikkan aku bagi alasan anak aje kan..padahal sendiri yang rasa susah nak buat ibadah banyak..MasyaAllah! huhu T_T
Okeylaaa, kasik positif skit..akan aku cuba buat ibadah sebanyak mungkin di bulan Ramadhan ini.hehe. Ganjaran yg Allah swt janjikan adalah berlipat kali ganda. Jadi, jgn lepaskan peluang!! Mari kite beramalll..oh ye, dan aku mau minta maaf jika selama entry aku tulis ada buat korang tersentap ke..maaf kan mak yekk.. :)

Wasalam.

Wednesday, July 18, 2012

Jumble Sales + Blood Donation + Anniversary

Aku kebusyan ada event company back to back. Start hari Jumaat lepas ada Jumble Sales, aku one of the Event Committee, so segala persiapan kena buat..keje2 opis memang tolak ke tepi. xde mood nak fikir. hehe..Kat Jumble Sales berjaya beli kasut flat. hihi, kira kasut jejalan bersama kembar. Takder dah nak terkehel2 masa dukung budak2 nih nanti. hehe..Aku jual baju2 Tia yang masih elok2 lagi. Suku dari hasil jualan pergi ke charity. Alhamdulillah. Hasil Jualan staff2 sini pun sebahagian pergi ke Rumah Anak Yatim terpilih.
Semalam pulak aku ada Blood Donation Campaign. Panggil orang Pusat Darah Negara datang. Tahun nih sambutan kurang la pulak, kes bertindih dengan Training..ramai staff2 pegi training, pastu ramai jugak yang cuti. Biasala, hari Isnin ramai monday blues. Nasib baik dapat la jugak achieved minimum donor 40 orang. Actually ramai jugak datang mendaftar. more than 60 staffs, but tak lepas ujian saringan (ujian darah). termasuk la aku..hehehe..hemoglobin rendah. 12.3 daripada target lepas 12.5. cissss!!! nurse tu pulak very the strict one, tak cukup syarat aje takleh menderma. Ada kawan aku, berat 44.5kg, pun takleh menderma terus. Berat minimum 45kg. Berat aku 46kg..hehe..tapi dah hb rendah..kecewa pulak tak dapat menderma. huhu..last time aku menderma masa zaman belajar UiTM dulu..ada la 10 tahun lepas. lama gilerrr!! bila ada peluang camni, aku pulak tuh yg organized tak dapat pulak. Last year sebab aku tengah pregnant. Memang sah2 la tak boleh menderma. Tahun ini pun tak dapat. Harap2 tahun depan boleh arrr. Kena ambil iron tablet la camni. Ingatkan lepas bersalin nih HB aku naik..rupanyer sama jugak. Masa pregnantkan kembar lagi la rendah, tahap 10 aje. huhuhu..Nampak sangat tahap kesihatan aku masih tak stabil. adehhh..kena amik supplement ker ek??
Jamu aku beli harituh pun tak makan2 lagi..kekekeke..asyik terlupa aje. parahh!
Apapun, nak menderma darah ni bukan senang rupanyer. Banyak sgt syarat2 nyer. Aku sangat2 berterima kasih pada sapa yang menderma darah semalam. Berjaya jugak achieved target walaupun tak seramai tahun lepas. Harap2 darah yang di derma dapat menbantu orang2 yang memerlukan.
Hari nih pulak ada Anniversary company ke 40 tahun. Buat celebration kecil2an aje..aku tolong skit2 aje la..hehe, penat semalam pun tak abis lagi. So harinih aku nak enjoy aje the event. Jap lagi kena distribute cupcakes kat semua staffs. Tadi tengahari sempat singgah Starbuck kat Giant, beli gift cards untuk contest dress up terbaik. Dalam penat2 tuh sempat lagi lari ke Giant beli gifts..huhu..
ok la, sorryyy harini aku membebel syok sendiri. hehe..
Esok aku update pasal anak2 yer. Dorang dah bertambah bulan..kembar dah 11 bulan, Tia dah 28 bulan :)

Bubyyyyeee! :)
Anniversary CGC ke 40..dan ada Red Theme Day..so kebanyakkan staff pakai baju warna merah mak ngah!
Sgt supportive staff...suka aku..hehe...berbaloi arr penat lelah g beli voucher etc..
Blood Donation Day
Aku pun takder card Starbuck nih..bestnyerrr kalau org bagi free...huhu
Finally dapat la dua tong darah dari staff CGC..
Orang2 kuat sepanjang event 3 hari berlangsung
mini poster aku create sendiri..hehe
aku kat sini sgt multi-tasking...kekeke..
back to back events
Dapat la kurma Yusuf Taiyoob sekotak dari GM aku..
Alhamdulillah..sempena nak Ramadhan nih.. :D
Setiap staff dapat la cupcakes nih sempena CGC Anniversary

Thursday, July 12, 2012

Bergaya tak dukung anak dengan tumit tinggi?

Masa anak dara, jiwa remaja galak bukan main lagi bergaya dengan kasut tumit tinggi setinggi 3-4 inci. Sakan ko!! siap berbagai warna lagi..oren, kuning, merah...ikut tema baju lagi..hehe..
Tapi sekarang dah ada askar2 kecik nih kena pikir 10 kali nak pakai ke idak. Hati memang teringin nak pakai tapi....
Nak jadikan crite..aku nak g keje pagi nih, pakai la kasut ala2 2 inci setengah, wedges gitu..confident nih sambil kena dukung Hafiy. heheeh, sekali nak sampai ke kereta boleh pulak aku terkehel. adehhhh!!! nasib baik anak tak jatuh..seriau btul! ingatkan pakai kasut tinggi jenis wedges nih selamat..tapi tak jugakkk..keeee, sebab aku jalan tak betul?? hahaha..sebab nak cepat g keje, jalan macam ribut! bukan sekali ok aku terkehel, dua kali..depan rumah babysitter pun terkehel lagi skali. huhuhu..
tetiba rasa insaf pulak..gamaknyer kasut Raya tahun nih beli yang flat aje la..huhu..
Last week aku dah buang semua kasut2 tinggi aku yang dah buruk2. bertahun2 simpan..ada yang zaman sebelum kawin lagi kasut tuh..bajet simpan dalam kotak selamat, tapi yer la, bertahun2 ko..dah terkopek2 dah..asal pakai aje, ada la nanti tertanggal sini sana..kasut simpan dalam kotak tak guna pun tak boleh tahan jugak. sebenarnyer kasut nih tak boleh simpan aje, kena gak pakai sekali sekala.
tapi dah aku nih dua tahun berturut2 mengandung, terus la aku simpan high heels aku semua..aku avoid masa pregnant pakai heels. Sebab ada rasa tak confident bergaya sakan masa pregnant. Plus takut ada effect sakit2 pinggang & kaki.
Aku tengok AM aku kat opis nih, tengah pregnant 5 bulan slumber lagi pakai heels 2 inci setgh. laju pulak tuh dia jalan! seriyess aku yang tengok pun rasa seriauu..tapi tengok orang la kot..ada org tak kisah..asal bergaya..hehe..korang masa pregnant pakai heels tak?
Sales Raya dah start nih, korang dah shopping ker? Charles & Keith pun dah sales..hehe, harus la aku usha2. tak dapat 3 inci heels pun takper la, aku beli yang 2 inci punyer..hehehe..nak jugak rasa tinggi masa beraya nanti. hihihihi..tapi kena berhati2 semasa mendukung anak. Jangan sebabkan nak bergaya sakan memudaratkan anak dan diri sendiri..cari nahas namanyerr..
ok babes, take care..sayangila kaki kite..hehe :)
antara kasut2 yang aku dah buang..sayang je nak buang, tapi if repair pun sekarang kos repair leh beli kasut baru yg 50% diskaun..btul tak? hehe
kasut pakai pagi ini..terkehel jugakk..
huhuh..sakit kaki sudahh..

Tuesday, July 10, 2012

Bowling with Company

Sabtu lepas aku join bowling tournament under my company. Opismate aku ajak partner dengan dia..so macam ok ajela since aku dah lama gak tak main bowling. Dah lama tak bersosial gituu..
Inform Lokman awal2, so that bleh mintak tolong dia jaga askar2 untuk 3-4 jam.
Sehari sebelum bowling, aku ingatkan start pagi, rupanyer2 bowling start pukul 3 ptg. aiseyyy...aku dah agak confirm budak2 takder orang nak jaga. Lokman pulak tetiba tak confident nak jaga kembar sesorang dia. MIL kena g wedding pulakkk..kekeke..
Sudahnyer angkut la skali dorang nih g Sunway Pyramid. Aku pun main sesaja, idak lerr nak aim for trofi ke..hehe..tapi partner aku tuh terrer sehh, tetiap tahun dia dapat trofi..rasa serba salah gak if aku tak dapat tolong dia score kan..huhu. Partner lama dia dah resign..since dulu aku penah main bowling gak, tu yg dia ajak aku main. haha..kesian dia dapat partner Ratu Longkang macam aku nih...kekeke..
Sampai sana pukul 3 ptg, organizer kata games terpaksa delay cos ada company lain tgh ada tournament gak, pastu dorang lambat habis. Tunggu punyer tunggu, pukul 6ptg baru kiteorang dapat main. hampeh sungguhhhh..mood hilang terus. Si kembar dah boring duduk dalam stroller. Asal dorang meragam aje, Lokman terpaksa bawak jejalan. Ntah brape kali tawaf la tuh sementara tunggu aku abis main. huhuhu..sampai 2 kali tidur kot dorang tu. Nasib baik si Tia tak meragam sama. Dia yang excited tengok aku main. Berlari2 dia layan diri sendiri, sambil aku main tuh. Main 3 games kooo..seriyess penat..hacus gak la aku main..ada second round tuh kembar meragam..siap berak lagi si Hafiy.
Pukul 8 mlm baru habis main, terus balik rumah. Malas nak tunggu sampai event habis, sah2 la dah tak menang..kekek..Singgah tapau makanan..sampai aje rumah semua dah keletihan. Kembar terus mandi then aku tidurkan. Tia pun sama. Letih dapat berjalan hari ni :)
Terima kasih bebanyak pada hubby Lokman kerana menemankan saya & melayan kerenah anak2 dengan penuh kesabaran..hihihi :p muah muah!

Result baru send thru email to all. Aku & Partner dapat no 10 daripada 15 Mix team.kekeke..ok la ek, aku la spoiler. Partner aku dapat no 10 utk ranking lelaki daripada 59 org. Aku pulak no 40 dari 45 player wanita. hahahahahahha..parah!!! nasib baik bukan last la kan..hihihi :P LOL
sebelum main makan kat Burger King
budak gedik nih sibuk nak duduk dalam stroller pulak
my partner aka my super senior kat CGC
nak ada sejam setengah kena tunggu, bawak tia main kat playground situ..seronok dia..
si Ratu Kecik Bowling. nanti dah besar leh main sama2 k :)
angkat bola pun tak larat, main sepak aje dia..
my great supporter. siap clapping hand lagi bila aku dah baling bola. so sweetttt la cayang!
and my heroes...thanks babyyyyy :)

Monday, March 26, 2012

FUN fun with Frens

Sabtu lepas penuh giler aktiviti aku. Dari tengahari sampai ke malam. Seriyess penat..lagi2 bila bawak budak2 kecik nih. Hari Ahad semua lepak umah keletihan..nak kuar beli barang dapur pun tak larat. Sudahnyer makan malam tapau aje. Makan tengahari pun maggi aje..hahaha kes malas nak masak sebab barang dapur ciput2 aje tinggal. kuikuikui..

Agenda hari sabtu:
1) 11 pagi - pergi KJMC. check kembar..sebab batuk & selsema teruk sgt. Rasa kahak tersekat. Dua2 kena nebulizer. Doc suruh buat 3 kali.

2) 1ptg - Pergi majlis kawen kat Setapak. Kawan opis lama aku.

3) 3ptg - Sampai The Curve. Lepak minum Dome then baru naik atas..kawan2 sekolah Lokman buat acara main bowling pukul 5 ptg.

Dah lama tak main bowling. Aku sangat teruja dapat main..hehe..
Yang lawak, si kembar (Aariz) takmo duduk dalam stroller, maka kiteorang bergilir2 pegang dia..seronok la budak tuh kena dukung aje.
Si Tia lagi excited. First time aku & Lokman tengok dia cergas & happy go lucky dengan semua orang. Kalau boleh satu kawasan bowling tuh dia nak lari. Sampai orang2 kat bowling yang 3-4 lane dengan kiteorang tau dia anak aku. Aisehhh, malu gak arr. Dia bantai g tempat orang kaco2. Penat aku panggil2 dia. Ada satu tahap dia g 3 lane sebelah, pastu ntah apa dia buat kat lantai sampai aku tak nampak dia. Tercarik2 aku, then budak2 remaja tuh perasan aku cari si kakak tuh, dorang pun tunjuk2 kat aku mane Tia. Sengal btul. Terpaksa aku g tempat dorang angkut budak kecik tu. Happy sesangat dia. Lagi2 ada geng, salah sorang kawan tuh anak laki dia umur 4 tahun, haaa, dok la geng dgn dia. siap paw nugget bapak irfan tuh..haha. kes mak pak Tia excited main bowling lupa anak tak makan lagi..hihi. parahhh!!

Kiteorang main 2 games. First games aku tangga tercorot..haha, kes serabut masa main time tuh la handle kembar. tukarkan diaper2 budak2..then tukar baju dorang. agak kelam kabut aku..haha. buat macam rumah sendiri la pulak. Pastu second game aku no 3..hihihihi - dari 8 orang ye kawan2. part paling best aku kalahkan lokman set ke dua. Dia pulak tangga tercorot. abis kena bahan dengan semua orang. kihkihkhih..lokman memang bukan tangan bowling. hampeh sungguh! :P

Lepas main, dinner kat Ayam Penyet. First time makan situ. Sedap la bagi aku, licin aku makan. tapi part tak best, kena duduk kat luar. panas giler, sampai kembar meragam. Pukul 11 malam baru sampai rumah. Budak2 dah mengantuk sesangat. terus pengsan lepas letak atas katil. hehehe..

Lokman dengan skillnyer, tapi bola masuk longkang juaaaa..haha
Tia bersorak2 sebab bola masuk longkang..kihkihkih
Go ABAH! :P

Hafiy dengan Auntie Babe. First time berjumpa setelah kembar 7 bulan..hihi
Tu Tia dengan perangai pelik2..jakun tengok lampu spotlight bawah lantai kott..hehe

Happy nyerr diaaa..
Langsung tak takut orang..aku sgt heran..

Bowling geng :D
great time with all of them
Tia ada boyfren baru. irfan - 4 yrs. budak nih petah btul bercakap.
Apa dia buat, Tia ikut aje..hehe, comels!

Masa kat KJMC
Hafiy dah 6.2kg. Dah sama dengan Aariz :)

Aariz kena neb. Memula diam, lepas tuh dah meragam.
Sama je dgn Hafiy,,adehhh

My old fren - Asdilla & Atie.
Selamat Pengantin Baru! :D

Thursday, March 8, 2012

Sempit lah!

Pukul 4 pagi aku terbangun lagi. terdengar suara si kakak Tia menangis. Aku tengok kat sebelah aku dia takder..berpandu pada bunyi suara tengok2 si Tia dah ada kat atas lantai..sambil memeluk bantal dan menangis!! hahahahaha..
Nak tergelak gak time tuh, tapi dalam masa yang sama kesian okkk. Dah lama si halus nih tak jatuh katil, tak pasal2 malam tadi jatuh pulak. kesnyer dia tidur kat hujung skali. Aku dah dpt agak masa nk tidor, si budak nih mesti jatuh katil kalau tidur tepi, dah la tido lasak..haaa, amik ko..betul2 ko jatuh katil Tia oiii! Sorry la yerrr..
Malam tadi aku nak tidur kan si kembar. Si tia sibuk nak main games kat ifon aku. so aku bagi la dia baring kat hujung. so that aku baring kat tengah2 nak tidurkan hafiy. Aku geram si kembar lately nih susah btul nak tidur. Asyik nak main aje walaupun dah penat. Pastu bila tak dapat tidur asyik nak merengek. Kesabaran aku memang teruji laa sejak dorang nih masuk umur 6 bulan. Lagi2 dua2 dah pandai meniarap & mencapai. huhu..
Pastu sekarang nih lima-lima (aku, lokman, tia & kembar) nak tidur atas katil yang sama! Nasib king size. tapi stilllllll...sempit gilerr! yang jadi mangsa..sapa lagi kalau bukan aku. grrrrrrr...
Aariz dah taknak tido dalam baby cot dia. Sebab dalam tu panas agaknyer. Malam tadi aku masuk kan dia dalam baby cot sebab dah beberapa hari aku kesempitan bila lima2 atas katil. Sudahnyer pukul 3 pagi dia menangis2 tak selesa. Bila Lokman angkat bawak tidur atas katil baru dia senyap & lena. Mengada sungguh! Si hafiy pun taknak jugak tidur dalam cot. Sanggup tidur atas katil kena himpit2 dgn kakak Tia pastu kena tendang2 dgn tia..aisehhh..
Bila dah lima2 menyempit atas katil, dorang berempat tidur menegak..aku tetiba melintang ek, kat bawah kaki anak2, hujung2 pulak tu..kalau aku jatuh katil tetiba, memang tak terkejut la kan?..huhu..apala nasibbbbbbb..
Disebabkan itu aku jadi stress sebab tidur tak lena dan tak selesa. dah la setiap 2 jam aku kena bangun bagi budak2 nih susu. Tambah pulak kena tidur melengkuk aje..wuarrrgggghhhh!! tak aciiii..
Tak sabar betul nak beli katil budak2 nih..nak deco bilik dorang tuh. aku tak kira, nak kena asingkan budak2 nih jugak. Haaa, korang tido la bilik lain! Kesian kat Ummi tau! Dan kesian jugak kat dorang cos risiko berhimpit & jatuh katil. huhuh...it's time to change our nite life. Orang putih awal2 dah ajar anak2 dorang tidur asing kan? nape kite takleh ek?

ok takper..langkah pertama aku..beli katil dulu. then tengok camne..

Tunggu bonus keluar dalam beberapa minggu lagi, then aim pertama aku nak beli katil. Sekarang pulak IKEA tengah buat sales..haaa, harus la aku cuci mata ke sana. Insha' Allah..moga2 bonus tahun ini banyakk walaupun KPI aku rendah tahun lepas..kuikuikui..

I wannnnntt my sleeping beauty back! heeee~ (sleeping beauty la sgt.. :P )

3 budak nakal :)

Tuesday, January 31, 2012

Cara-cara mendidik anak kecil (2 tahun ke 10 tahun)

Last 2 entry aku ada copy paste artikel dari Prof Dr. Rozieta Shaari kan? Aku ada add dia dalam FB aku. Sebab aku rasa info2 dan tip2 yang Prof nih kasik sangat2 berguna utk aku.
Semalam aku ada tanyer dia cmne aku nak control dan didik anak dara aku yang baru nak masuk usia 2 tahun tu. Lately nih, sejak dia pandai bercakap nih dan makin bijak dalam segala hal, dia makin kuat melawan dan buat2 benda yang aku susah nak control. Aku selalu menggunakan perkataan NO pada dia..aku takut menjadi kesan negatif pada diri Tia bila besar nanti. As Prof nih cakap, banyakkan perkataan positif like YES to our kids, so that dia sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan bila besar nanti.
Jadinya, aku tanye la Prof lebih lanjut macamane cara aku nak respon yg positif pada anak2 aku nanti. dalam masa yang sama aku takder la emosi melampau sampai aku kena pukul/cubit dia. Tipu la kalau aku tak rasa menyesal lepas aku pukul dia..seriyess aku akan rasa bersalah..aku keksg pukul dia dalam keadaan marah dan tertekan. Kesian dia bila dok meraung2 lepas tuh. Walaupun aku akan pujuk dia balik, tapi aku takut akan ada kesan negatif dalam diri Tia nanti.
Even Abah aku pun tak suka aku & kakak mendidik anak2 dgn cara memukul. Sebab abah aku tak penah pukul kiteorang, cuma sekali aje dia penah pukul aku kat punggung sebab aku tak nak solat. haha, ok masa tuh baru dalam 11/12 tahun yerr..dan aku penah nampak abah aku pukul adik aku pun sebab adik aku ponteng kelas mengaji, masa tuh adik aku berumur 12 tahun gak. sekali tuh aje abah aku penah pukul aku, aku ingat sampai sekarang. Bayangkan kalau aku pukul tia banyak kali, mesti benda tuh akan jadi satu bayangan negatif kat dia kan? huhuhu..sorry sayang.. Ummi cuba untuk tidak pukul awak lagi. Hopefully aku leh control emosi aku dalam mengajar anak2..

Prof pesan, bila mengajar anak atau menegur anak, lakukan dengan penuh kasih sayang, jangan melakukan seperti menghukum dan membenci. tenaga yang hendak kite sampaikan pada anak, ialah kite tahu dia boleh berkelakuan baik dan kelakuan dia tadi adalah tidak mendatangkan kepadanya dan semua orang.

InsyaAllah..aku cuba pratikkan slow2..aku ni mak baru, mak muda kata orang, hihi, so byk ilmu ibubapa nih aku tak pandai lagi. banyak benda baru aku kena belajar..lagi2 anak2 makin membesar..dorang membesar dgn memandang kelakuan kita hari2..so secara tak langsung kite adalah model dorang kan?

Semoga Allah permudahkan aku dalam mendidik anak2 menjadi anak yang soleh & solehah. Aminn..

Korang yang ada masalah macam aku nih, aku sarankan korang add la FB Prof nih. Banyak tips2 dia kasik..Aku rasa sangat manfaat utk kite. Wallahualam..

Thursday, January 12, 2012

Belajar Tajwid

Tahun ni aku berjaya mendaftarkan diri ke kelas tajwid, anjuran persatuan company aku. Kelas ni since last year dh ada, tp bila aku baru letak nama, tetiba dpt mabuk2...daku mengandung lagi pulakkk, hehe..sgt x mampu nk join kelas ni. Sebab kelas ni lepas masa bekerja. Dari pukul 5.40 ptg sampai pkul 7 mlm. So last year punyer kelas terpaksala aku tangguh.
This year kelas dibuat lagi skali, terus aku mintak izin lokman siap2 nak join, so seminggu skali dia kena amik budak2 sorang2 la..hehe. setiap hari Rabu (ingat tu encik Lokman yerrr..)
Takper, seminggu sekali aje aku attend kelas ni. Aku pikir bila lg nk belajar tajwid. Dulu2 masa kecik pernahla belajar segala jenis mad mad, iqlab ni kan, tapi bak kata ustaz tu semalam, even kite dh penah khatam quran 2-3 kali masa zaman kanak-kanak2 riang, itu masih tidak cukup. Sebab zaman tu permikiran kite x berapa matang lagi, penghayatan & kelancaran tu x berapa sempurna..jadinya bila dah tua-tua macam ni adalah perlu kite khatam quran blk dgn tajwid yg betul. Al-kisahhhh...
Jadinya, utk tahun ni aku tambah lagi azam yang baru... Belajar tajwid setakat mana yg termampu & cuba khatam quran dgn bergurukan ustaz. insyaAllah..
Pertama kali masuk kelas semalam, 20 minit pertama ustaz ajar tajwid. Lepastu baru sorang per seorangan g mengaji depan ustaz. Mane2 sebutan yg x betul akan dibetulkan, sekaligus dpt memahami tajwid..alhamdulillah..
Pertama kali aku kena baca depan tok guru sangat la cuak okk..kira ada ketaran la kat suara nih..hahah, bacaan pun ada tersekat2..nak pulak kena baca start dgn muqaddam..surah Ad Dhuha..haaa. tergeliat ko lidah nak menyebutnyerrr..Ada dua surah pendek aku kena baca, then settle! takleh lagi masuk Quran..sebab aku nih kira beginner la..hahah..saya redha Ustazzzz!! next week dia suruh aku baca Al-Fatihah pulak..haaa sudahhh..sebab ustaz cakap Al-fatihah tu penting sebab kite baca hari2 dalam solat kan..kena perbetulkan tajwid betul2..

haa, ni dia Muqaddam aku pinjam dari kakak opismate..hehe
aku confident bawak Quran aje..
bagus muqaddam nih, besar2 tulisan jawinya..
aku nak cari satu kat kedai la..leh buat hafalan jugak ayat2 lazim. then leh ajar anak2 nanti aliff ba ta
InsyaAllah..

Semoga Allah permudahkan urusanku untuk belajar ilmu- Nya..aminnn..
 
Blog Template by Delicious Design Studio