Thursday, March 8, 2012

Sempit lah!

Pukul 4 pagi aku terbangun lagi. terdengar suara si kakak Tia menangis. Aku tengok kat sebelah aku dia takder..berpandu pada bunyi suara tengok2 si Tia dah ada kat atas lantai..sambil memeluk bantal dan menangis!! hahahahaha..
Nak tergelak gak time tuh, tapi dalam masa yang sama kesian okkk. Dah lama si halus nih tak jatuh katil, tak pasal2 malam tadi jatuh pulak. kesnyer dia tidur kat hujung skali. Aku dah dpt agak masa nk tidor, si budak nih mesti jatuh katil kalau tidur tepi, dah la tido lasak..haaa, amik ko..betul2 ko jatuh katil Tia oiii! Sorry la yerrr..
Malam tadi aku nak tidur kan si kembar. Si tia sibuk nak main games kat ifon aku. so aku bagi la dia baring kat hujung. so that aku baring kat tengah2 nak tidurkan hafiy. Aku geram si kembar lately nih susah btul nak tidur. Asyik nak main aje walaupun dah penat. Pastu bila tak dapat tidur asyik nak merengek. Kesabaran aku memang teruji laa sejak dorang nih masuk umur 6 bulan. Lagi2 dua2 dah pandai meniarap & mencapai. huhu..
Pastu sekarang nih lima-lima (aku, lokman, tia & kembar) nak tidur atas katil yang sama! Nasib king size. tapi stilllllll...sempit gilerr! yang jadi mangsa..sapa lagi kalau bukan aku. grrrrrrr...
Aariz dah taknak tido dalam baby cot dia. Sebab dalam tu panas agaknyer. Malam tadi aku masuk kan dia dalam baby cot sebab dah beberapa hari aku kesempitan bila lima2 atas katil. Sudahnyer pukul 3 pagi dia menangis2 tak selesa. Bila Lokman angkat bawak tidur atas katil baru dia senyap & lena. Mengada sungguh! Si hafiy pun taknak jugak tidur dalam cot. Sanggup tidur atas katil kena himpit2 dgn kakak Tia pastu kena tendang2 dgn tia..aisehhh..
Bila dah lima2 menyempit atas katil, dorang berempat tidur menegak..aku tetiba melintang ek, kat bawah kaki anak2, hujung2 pulak tu..kalau aku jatuh katil tetiba, memang tak terkejut la kan?..huhu..apala nasibbbbbbb..
Disebabkan itu aku jadi stress sebab tidur tak lena dan tak selesa. dah la setiap 2 jam aku kena bangun bagi budak2 nih susu. Tambah pulak kena tidur melengkuk aje..wuarrrgggghhhh!! tak aciiii..
Tak sabar betul nak beli katil budak2 nih..nak deco bilik dorang tuh. aku tak kira, nak kena asingkan budak2 nih jugak. Haaa, korang tido la bilik lain! Kesian kat Ummi tau! Dan kesian jugak kat dorang cos risiko berhimpit & jatuh katil. huhuh...it's time to change our nite life. Orang putih awal2 dah ajar anak2 dorang tidur asing kan? nape kite takleh ek?

ok takper..langkah pertama aku..beli katil dulu. then tengok camne..

Tunggu bonus keluar dalam beberapa minggu lagi, then aim pertama aku nak beli katil. Sekarang pulak IKEA tengah buat sales..haaa, harus la aku cuci mata ke sana. Insha' Allah..moga2 bonus tahun ini banyakk walaupun KPI aku rendah tahun lepas..kuikuikui..

I wannnnntt my sleeping beauty back! heeee~ (sleeping beauty la sgt.. :P )

3 budak nakal :)

3 idea?!:

Wawa said...

hihi..comelnye ank2 akak~!!

Bonda Adam said...

wakaka..sian ko..aku dah melepasi zaman tu..now tiga hero aku dah tido katil masing2..tinggal hero bongsu je melekap dgn aku..good luck eh..

FiraHamzah said...

thx wawa! :)

sarah, si kembar ko dah leh tidur sendiri ek? adehh bestnyer..kasik aku tips beb cmnoo nak ajar anak2 tidur sendiri nih..huhu..

 
Blog Template by Delicious Design Studio