Monday, March 19, 2012

SIL Wedding

2 March 2012 lepas adik ipar aku bernikah. Sandingnya di kampung Lokman pada 3 Mac. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Macam biasa bila ada majlis perkahwinan aje harusla pakaian seisi keluarga tuh sedondonkan? hehe, adik ipar sponsored baju family beli kat Bandung, pegi sana bawak MIL, sambil jejalan sambil tuh beli kain nak kawen.

Aku and Lokman sgt excited and buang tebiat g tempah baju kat tailor bernama Heyroll di Bazzar Rakyat dalam Bangunan MARA. Kakak ipar aku yang rekemen, so satu famili tempah kat dia. Senang plus kiteorang memang tak tau nak tempah kat mane. Aku nih byk kali experience dgn tailor yang tak best. Byk baju2 kurung tempah just pakai sekali aje..kes jahitan tak bagus. Bayar mahal2 pastu dpt baju ntah apa2. aku jadi serik nak hantar tempah kat tailor yg ada kedai2 nih. Last punyer baju raya pun beli siap kes aku baru bersalinkan kembarkan. Baju beli siap lagi selesa..aku rela hantar baju kat mak kawan aku kt JB atau hantar kat tailor berbangsa Pakistan yang jahitan sgt kemas dan murah. Cuma bagi baju contoh dia akan ikut sebijik2 macam baju contoh. Puas hati aku.

Okkk, aku dah lari tajukkkk. Nak cite pasal wedding adik ipar..kekekeke, sorryyy..

so baju tempah kat heyroll nih nasib baik ok. Walaupun kakak ipar & adik2 ipar aku kata baju dorang tak best dia jahit, tapi nasib baik baju aku & Lokman ok, cuma dress Tia aje out habissss. part nih memang aku geram gilerr, dah la dress budak tuh simple giler, dia charge RM40. Beria amik ukuran badan Tia, tapi sekali buat besar kedabak. Emo btul aku. Aku nak pulang kat dia balik, suruh alter. Tapi tak tau biler nak g KL tu..huhu. Baju aku tuh ukuran ok cuma lace yang dia tampal skit benar. padahal lace aku bagi kat dia tuh 2 meter. takkan la skit aje dia dpt amik. Musykil btul aku.

ok tutup cite pasal baju. seriyess tak cakap dah pasal baju.muhahah

Pasal wedding, aku tak byk leh take part sebab akukan kena jaga kembar. Sepanjang kat kg aku dok berkepit dgn kembar aje la. huhu, seriyess aku tak dpt tolong byk..setakat kemas skit2 aje. Lokman sebagai abang dia la byk buat keje. hehe. aku tolong jaga anak aje la. Tia pulak bukan main lagi excited dia balik kampung jumpa cousin2. Main aje la sampai kena paksa tidur baru nak tidur. Kembar pulak 2 malam pertama susah nak tidur. Sebab tak biasa..kesabaran jugakla melayan kerenah dorang nih. Nasib baik leh tidur gak. Itupun lepas pukul 1 pagi baru dorang lena.
Aku suka pelamin dorang. Cantek sgt! Aku sekarang tengah nak cari ilham nak deco pelamin adik aku kawen bln 6 nanti. Pelamin semua buat sendiri. So bila g kawen2 nih, carila ilham. cedok sini sana idea orang. hehe.

Majlis bertandang kat Melaka, minggu berikutnya. Kiteorang stay 1 malam kat homestay area Merlimau then malam lepas kenduri layan ikan bakar kat Umbai. Lama giler tak g sana, last masa aku awal2 mengandungkan kembar rasanya. Since ada kembar nih memang jarang dah makan luar. Bila ada ramai2 nih baru confident nak bawak kembar makan luar & jalan2 jauh.

Dua minggu berturut2 berjalan jauh. Balik dari Melaka tu yang terus kembar demam. Penat berjalan rasanya.Pastu kat tempat orang dorang susah nak tidur. lagi2 kalau tempat panas. Takperla sekali sekala dapat berjalan..hehe..

Adik ipar aku pun dah selamat balik dari Honeymoon kat Karambrunai. Bestnyerrr..Semoga berkekalan hingga akhir hayat Nabiha & Mel :D



1 idea?!:

Wawa said...

santek la design baju akak...:)

 
Blog Template by Delicious Design Studio