Wednesday, March 14, 2012

Happy 2nd Birthday Tia Zahraa!

Happy Birthday my little sweety pie..Tia Zahraa Lokman!!

14 March 2012, Tia genap 2 tahun. Alhamdulillah..

Aku plan dulu bila birthday dia aku nak mintak cuti, then nak bawak dia jalan2..tapi sebabkan cuti aku dah tinggal sikit, tak dapat la aku nak cuti. Mungkin weekend nih ker bawak dia jalan2. Malam nih plan nak kuar makan aje kot. Tahun nih takder birthday party macam tahun lepas..sebab aku takder masa dah since ada kembar. Mungkin just makan2 bersama keluarga ker..InshaAllah...

Hadiah untuk dia pun tak beli lagi. Aku dah paw adik beradik aku belikan Tia basikal 3 roda tu..hahaha, leh ek cenggitu? bolehhhh..adik beradik punyer pasal sure akan dapat. Dorang cakap anak tak lebih2, mak dia yang terlebih bodek. hahah..takper sekali setahun aje..

Anak dara aku dah pandai serba serbi. Dia la penghibur hati aku dan jugak penyawan emosi aku..hahah..iyela, kekadang dia paham bahasa, kekadang dia tak paham dan sengaja buat tak paham..haaa, datang sawan angin kus kus aku memang aku hanginnnkan aje. Tapi aku tau dia tak simpan dalam hati..heheh..Tia orang yang ceria, senang nak pujuk hati dia kalau kena gaya. Bila mood dia baik apa kite cakap dia ikut aje. Dah besar nih aku tengok ada la perangai aku dia ikut skit2..ada jugak perangai lokman. So tau la nak kaw tim macammane bila dia mood tak baik tuh.

Tia dah pakai diaper Petpet saiz L. Minum susu dah 6oz sekali minum, itupun selalunya dia mesti akan tinggalkan dalam 1oz..bila suruh abiskan, jgn harap dia nak buat. So susu memang membazir aje memanjang. Berat badan dia aku tak timbag pun..anggaran dalam 10 kg rasanya. Still kurus melidi. Tapi makan byk. Kebanyakkan makan benda merepek..huhu. Dia dah pandai mintak gula2 (le'lek & popok) keropok. Memang takleh nak buat apa la..dah Abah dia suka melayan. Sekarang nih dah tau bila singgah kedai dia mesti nak ikut, pastu sendiri g amik kopok & gula2 dia nak. Abah dia cakap, nak amik kopok yang mahal2 aje, bagi yg murah2 dia takmau..hahaha, padan la muka abahnyerrr, sapa suruh ajar anak makan kopok. hehe, aku pun 2 kali lima aje :P cuma aku kurang la makan compare dgn lokman.

Tia dah pandai main dengan kembar. Dia dah leh terima kehadiran kembar hari2 dalam hidup dia. Bila aku suruh main dengan adik2, terus dia duduk sebelah dorang..ajak main skali. Kekadang dia mintak nak dukungkan kembar la, nak enjut bouncer la..dah ada sifat2 kekakakkan gituuu..sgt sweetttt bila dia layan si kembar. Aku cukup suka tengok dorang main skali. :D Tapi part aku takut bila dia pepandai g sumbat kembar dengan susu. Bila budak2 tuh nangis aje, laju aje dia pegi kat kembar then bagi susu. Aisehhhh..scaryy okk, takut tersedak susu aje.Sebab dia akan paksa kembar minum walaupun kembar tak nak. And kekadang cara dia main tuh kasar kan..kekadang menangis kembar dibuatnyer..hehe..kena la aku perhatikan dorang nih jugak.






1 idea?!:

Bonda Adam said...

Happy Birthday Tia!! moga membesar jadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat.

 
Blog Template by Delicious Design Studio