Monday, May 31, 2010

1st wedding anniversary

29 may 2010 was our 1st marriage. Alhamdulillah. We were celebrate with our cutey daughter!!haha..Luncheon at JM Beriayani. Si hubby teringin gam kambing..huhuhu..orang lain kalu celebrate anniversary pegi la candle lite dinner kat hotel la, kat restoran mahal2 la makan western foods ala Italian, new zeland bla bla bla.., yang kiteorang pegi makan beriayani aje?! Huh!tu la laki aku, sangat la tak romantic..hehe..ikut perut dia aje la nak makan ape..

lagipun hari yang sama, my SIL buat besday party anak dia kat kota damansara, lewat petang tuh, so for sure la berlarut sampai malam, itu pasal tak dapek la nak candle lite dinner romantik2, tumpang tiup lilin kat kek anak buah kiteorg aje laaaa..haha
Ape pun, hepi anniversary to me & mr. lokman.
 I LOVE u and Tia forever, InsyaAllah..Thanks for being a wonderful husband and father to us!

My special note to my husband: yang, Tia dah dapat hadiah stroller (kaler ijau striking lagi, hadiah untuk I u lupa nak beli laaa..mana aci nih..i nak handbag Gucci satu..tima kacehh :P
Owh lagi satu, CONGRATS dear hubby, dapat sambung study bulan June ni..hehe..lepas nih lagi penat la u jadi suami, abah, pekerja & student dalam satu masa..jangan stress2 yerr..nanti I lagi la stressssss..heheheh..


hepi 1 year to US! :) green team..hekhek..

memory remains...
with my babes :)

with my luvly Abah

Nikah Nite at Masjid Nurul Yaqin SS7, Kelana Jaya
My own creativity, for both hantaran!luv it!
Black silver vs White Pink

Wednesday, May 26, 2010

budak mogok lapar!

Yesterday, I took EL becos of the daughter. She refused to feed. Last Monday, we placed her at MIL as usual. Then MIL told us that she only consumed 5oz for the whole day (8am to 8pm). Whatt?? For 12 hours = 5oz?! ini diet extreme nih Tia!!huhu..cian anak Ummi..
Dia ni aganyer merajuk la kot..ari Isninkan, baby pun ada Monday bluesss..hek hekk! dah weekend 48 hours with her luvly parents kan, so biler esoknyer kena antar jauh2, dia lancarkan MOGOK LAPAR.

Masa datang umah adik ipar tuh, tengok muka dia kesian sangat..angkat pun ringan aje (ini semua psikologi kite la, baru sehari tak cukup minum dah terasa ringan..hehe)..then aku terus nak kasik direct breastfeed, dia terus minum , tapi sekejap aje..tetiba dia menangis2..tak nak gak minum. Pastu aku kasik susu badan dalam botol, still gak tak mau even Ummi yang kasik. Btul merajuk nih!huhuh..kiteorg rasa dia tak suka puting botol susu tuh, so Lokman & MIL g Jusco, cari puting baru. My bos suggested ‘Dr Baby’ teat (latex teat, which is soft like nipple). I never heard about this brand before, but she said find it at pharmacy. Tapi since hubby pegi Jusco, mane ada brand tu, so dia pilih brand NUK. Puting ni ada iras2 nipple gak dan lembut. Alhamdulillah, Tia nak minum biler dia rasa teat baru (try keesokkan harinya). Cerewet sungguh budak nih!

Normal time dia minum pada tengah malam plak dalam 1.30am, 3am & 5am.. aku monitor dia all nite long, siap paksa dia bangun lagi, menyusu. Tapi dia tido lena aje, buat tak reti aje aku tepuk2 dia suruh bangun. Dia ada minum sikit pukul 1am & 5am but still rasa macam nak tak nak aje dia minum. Hati dah makin risau. Ape kena la dia nih? Esoknyer tekad bawak g klinik, jumpa pakar kanak2 kat KJMC.

Esoknyer bawak la dia balik KJ. Lepas mandikan dia kul 8pg, try nak direct brestfeed dia, dia tak mau!huhu, sedihhh..then try la bancuh susu formula, buat 2oz..terus dia minum. Tapi skit2 la minum..banyak btul iklan nak kasik dia abiskan sebotol tuh, nak kena nyanyi la, borak2 la, kasik dia relax dulu la..baru la abis. Itu baru sebotol..so sampai ke petang la melayan dia isap botol. Selang seli dgn susu badan yg telah diperah & susu formula. Akhirnya berjaya minum dlm 8.5oz, dari 8pg ke 6ptg. Terus tak jadik bawak jumpa doktor, cos tgk keadaan dia yg dah ceria balik. Abah dia nyanyi, dia pun nak nyanyi jugakk..memang la homesick budak nih!!haha..manja la haiiii..

Lepas mandi petang, dia taknak plak botol, nak direct breastfeed...yeayyy..saya sangat hepi..ingatkan dia dah tak mau direct bf dah..jenuh plak nak pump malam2..she breastfeeding with me until 5am, today..and NOW, I am so sleepyyyy..nak ilangkan ngantuk kat opis ni, tulis la blog..hehhee..alasan tak buat keje!huhu..

Hope Tia will be ok..MIL send a report, until this afternoon dia dah minum 5oz..which is okla..tadi aku baca kat baby center, http://www.babycenter.com/0_how-to-tell-how-much-formula-your-baby-needs_9136.bc
camne kite nak tau jumlah susu yang perlu baby kite minum dalam sehari:-
If your baby isn't eating any solids (if he's younger than 4 to 6 months, he shouldn't be), the rule of thumb is to offer him 2.5 ounces of formula per pound of body weight each day.

So if your baby weighs 6 pounds, you'll give him about 15 ounces of formula in a 24-hour period. If he weighs 10 pounds, he should drink about 25 ounces in a 24-hour period.
So tia sekarang anggaran 4kg = 8.81 pounds. So 8.81 * 2.5 = 22oz.

Jadinya Tia kena minum 22oz sehari..siang hari dia kena minum at least 8oz, 7oz malam (8pm – 12am), 7oz up 12am to 6am.

Mulai hari ni kena monitor jumlah dia minum setiap hari..so takla kiteorg risau aje memanjang, selama nih main bagi jer dia minum kalu dia lapar..tak penah kira..teruk kan?!huhu..pengalaman mengajar kite erti kesedaran..hhehehe.. :)


anak Ummi yang manjaa..


anak Abah yang mengada...

Quiz: Know your baby

Get this website when i just google around :)

http://mybayi.com/baby.html (dont know how to link them, buta IT gak aku nih..hehehe)

the result of the quiz for my baby type...

The Textbook baby. This is our predictable baby, and as such, he's fairly easy to handle. Oliver does everything on cue, so there are few surprises with him. He reaches all the milestones right on schedule-sleeps through the night by three months, rolls over by five, sits up by six. He'll have growth spurts like clockwork­periods during which his appetite will suddenly increase because he's putting on extra body weight or making a developmental leap. Even as young as a week, he can play on his own for short periods­fifteen minutes or so-and he'll coo a lot and look around. And he smiles when someone smiles at him. Though Oliver has normal cranky periods, just like the books describe, he's easy to calm. It's not hard to get him to sleep, either

Thursday, May 20, 2010

biler si kecik pandai bercakap?!

Tia sekarang dah pandai nak berborak.Paling rajin nak layan dia adalah ABAH dia..perkataan dia selalu sebut ialah 'aaaarrgerrrr'

video

Ibu Susuan Tia

hehehe..tajuk kat atas memang comeyyy...
tia ada ibu susuan..
nama dia MAMA ANA.. (lona baca mesti tergelak!, hek hek)
Terima Kasih bebanyak yerr Mama Ana, kasik Tia kenyang & tak melalakk..

kisahnyer begini..
ada sekali tuh, ada pureen warehouse, kebetulan masa tuh dah nak abis pantang.dalam hari ke 40 kot..so dah leh kuar2 umah..disebabkan nak top up barang Tia, so aku & lokman nak pegi. Jadinyer tinggalkan Tia dgn nenek & mama ana kat seri kembangan. Aku bajet leh pegi dalam 3jam gitu. lagipun bleh train tia minum susu botol cos tinggal beberapa minggu aku nak masuk keje. Then sebabkan kelam kabut, sempat pump kat tia dlm 1oz aje, sbb sebelum pegi tuh breastfeed kt dia kasik kenyang btul2, then dia tido, terus kiteorg gerak. Sampai warehouse tuh, punyerla ramai org..huhu. maka lambat la balik skit. Tia dah merengek2, susu ebm 1oz tu dia dah abiskan, tp dia lapar lagi. nenek try kasik susu formula, dia taknak..diaorg dah tak tau nak baut camne, darurat - kena la kasik kat Mama Ana utk direct breastfeed..hehehe.dengan lajunyer Tia minum, tanpa rasa malu2 sehingga kenyang tergedangggg!!hahaha..tergelak besar Ummi biler Nenek cite sebaik aje samapi umah. so secara rasminyer MAMA ANA jadila Ibu susuan Tia..hehe..adik beradik susuan la Tia dengan Balqis :) so nanti korang jangan gaduh2 yer, main sama2..hehe

2nd time kes plak- lepas pantang, aku nk kuar dengan kawan2 (my bresfren nak bertunang bln 5 nih, so nak temankan dia beli brg2 hantaran), so hubby izinkan kuar memandangkan saya telah lama terperuk di rumah dan alasan nak train Tia jugak biler takder Ummi.hehe..husband pegi umah Along kat kota damansara, kebetulan semua adik beradik dia ada kat sana, termasuk Mama Ana..sebab ada mama ana la Ummi tak takut tinggalkan awak,Tia..hehe..lepas aku kuar, tia melalak teruk nak susu, dari umah ke kota damansara dia nangis, naik tensen Acu & abah dia.so sesampai aje kat umah Along, terus bagi Tia kat Mama Ana. sekali lagi Mama Ana jadi RESCUER..haha..cian anak aku. tak mau susu formula, tak mau EBM..nak direct breast feed jugak. Nasib baik ada Mama Ana. :)

Sekarang, Tia dah nak EBM dah, skit2 nenek bagi..ada improvement. dia dah leh adjust dah Ummi & Abah dia keje siang hari. So Ummi kena giat buat stok susu utk awak. :)

inila Balqis - baby kesayangan Mama Ana!

p/s: pix Mama Ana ada kat bawah,yang gambar dgn Abah mandikan Tia tuh..

Wednesday, May 19, 2010

Ummi, nak CUTET!!

anak buah kakak aku berusia 2 tahun panggil susu badan, 'CUTET'. kalu dia nak susu botol plak dia panggil "CUTOL". hehehe..first time aku dengar dia cakap, bantai aku gelak kuat2..sangat cute!

anak-anak buah ku yang comel2 & nakal - Nur Marha Insyirah, Nur Marsya Irdina & Mohd Nur Iman bin Qairul Naim

so my baby sekarang masih lagi belajar nak cutol. she still refused to feeding thru bottle..MIL bgtau dia just minum 1-2Oz aje setiap 2-3 jam..huhu...tak tau la skit ke or normal, cos setiap kali aku perah susu nih mmg akan dapat dalam 2oz. kekadang leh la cecah 3oz. then dia isap kerap, setiap sejam setgh or 2 jam. Hope la berat badan dia naik, next month nak g check up and cucuk dia, sure kena timbang berat.

Semalam MIL kasik dia try pacifier. nak plak dia isap. so dapat la mengurangkan bebelan dan tangisan dia..tapi tak nak galakkan dia isap puting tu lama2..nanti dia ketagih susah plak. nak g mane2 nak kena bawak puting, then tak elok untuk gusi dia nanti..so, kasi dia isap puting samapi max 6 bulan aje. Sejak dia dapat puting, MIL kata dia dah kurang nangis. layan kot isap puting tu..hehe..tapi masalah plak kat aku biler nak breastfeed dia balik. dia macam tak mau, then nangis punyer la teruk. Mungkin dia dah confuse dah ,mana satu cutol, mane satu cutet.huhu..cian anak Ummi!

Dia nangis2 sampai la tertido. Tak minum pun susu dari kul 9pm sampaila kul 3pagi, baru dia nangis kelaparan. Aku bg cutet,baru dia nak..Alhamdulillah..by that time, dah nak bengkak dah breast ku..huhu..then kul 5pagi dia nak cutet lagi. sangat lega dapat susukan dia.harap2 harini jgn la buat perangai lagi. dah cakap kat dia ulang2,
"tia, siang tia cutol dgn nenek nyerr, malam jer cutet dgn Ummi.." hehe..terkebil2 dia pandang aku..hahah..InsyaAllah dia pahammmmm...


Ini doa amalan untuk menyusukan anak , dapat dari blog panduan penyusuan ibu. Terima kasih atas info2 anda..sangat membantu sayaaa... :)
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Monday, May 17, 2010

working mama!

keje dah startt..focus focus!
huhuh..tapi takleh focus, risau kat baby tia..
dia masih tak reti minum susu/puting botol..
dan arini start tinggal kan kat seri kembangan (umah adik ipar)
sedeyyyy..menangis la masa nak tinggalkan dia.kul 6pagi dah gerak dari seri kembangan. lokman cadang tido sana malam tadi,cos pagi ni leh monitor traffic.so start esok kul 5.30pagi kena kuar umah (di kelana jaya) ke seri kembangan.
setengah jam utk satu perjalanan..so amik masa sejam utk pegi dan balik. anak punyer pasal, sanggup la kiteorang redah pepagi embun then amik tia balik lepas maghrib. tak tau la sampai biler kiteorg tahan..InsyaAllah, semoga dipermudahkan semuanya..

jadi sekarang setiap malam kena tido awal dgn tia. kul 10pm aje masuk bilik.huhu..no more AXN, STAR world, etc series..NO House, NO CSI, NO Mercy, NO Criminal Mind..kena tgk siaran ulangan la on weekend.sebab skrg pun weekend aje tak kuar mane2..tia kecik lagi, takleh bawak jejalan sgt.rasa2 macam takder social life la for a few month..DEMI ANAK!

okla, skrg pun dah mengantuk..nak urut encik lokman dulu, otot dia terkehel sebab terlebih swing kayu golf..hek hek..tak pasal2 MC beberapa hari..cari penyakit!mangsanyer aku jugakk kena sental ubat angin..

good nitey!! :)

Thursday, May 13, 2010

Tia- 2 months old

My princess is 2 months now. Dah makin montel dan bulat!

Dia skrg dah pandai bising2..Me panggil dia ‘bertih jagung’.. mulut bising aje..memcm bunyi dia buat, kekdg kul 3 4 pagi dia ngomel2 sendiri, sampai tak boleh tido di buatnyer..then kite pun melayan la, ajuk balik bunyi2 dia buat tuh..suka la dia. Dah pandai senyum kalu kite tengok muka dia.

Abah tia suka meniarapkan tia kat atas dada & perut dia yang boncett tuh..aku cakap Tia tido atas tilam air..hahaha..tu pasal dia lena aje biler baring atas badan abah dia..sekali dengan abah dia tido gk.risau aje budak tuh tergolek ke bawah. Abah..abah..

salah satu aksi Tia tido atas tilam air!haha

Siang ari tia suka tido dalam bouncer. Jenuh dok enjut2 dia sampai lena. Tapi tak sampai sejam dia dah bangun blk, suruh sambung enjut. Ummi takleh nak buat keje umah langsung! Sampai masak pun tak boleh, tu pasal berat Ummi skrg dah 47kg. Berat tia plak dah naik. Tia skrg dah 3.9kg (last check up 24/3 at PPUM utk cucuk). Nasib baik Abah boleh masak, so Abah masak, Ummi jaga Tia..hehe (alasan mengulat tak nak masak sebenarnyer..hehe).

Kaki, tangan dan leher Tia dah kuat!kalu mengamuk kaki dia menendang2 (kesan abah dia mengurut ari2 selepas mandi). Leher pun dah pandai di angkat2, tu pasal dah confident dukung tegak. Dia suka gantung kepala dia kat bahu kite..comey aje, tapi takut gk kalu2 leher dia jadi teleng..hahaah..jangan la Tia oiii..kang muka comey, tapi kepala teleng..hihi

gaya tido teleng..isk iskk..

Tia sempat fully breast feed dari lahir sampai la 2 hari lepas. Ummi baru train awak minum susu formula. tak sampai ati la nak bg formula, tapi kena jugak cos Ummi dah start keje hari ni..huhu..lagipun nnti ummi nak keluar2 susah la nak breast feed direct dgn Tia. Seminggu sebelum start keje Ummi dah prepare 6 botol susu Ummi dalam freezer. Tapi tadi Nenek bg awak minum susu tuh, Nenek cakap awak tak mau..huhuh..sedihh Ummi. Penat tau Ummi pump, guna manual pump lagi..Ummi siap beli cooler storage set lagi utk breast pump kat opis. Ummi nak try kasik awak susu badan sampai at least 6 bulan. hope tak putus la susu badan nih..InsyaAllah.

Tia dah 2 bulan, tp abah Tia cakap tak tau lagi dia byk ikut muka sapa..aku rasa byk ikut aku la,tang mata, idung, dagu.. cos aku kuarkan gambar ummi masa baby dulu, sebijik macam Tia, even rambut pun sama..hehehe..just kulit Tia aje putih ikut Abah. Tapi abah tak nak percaya..hehe, jeles sebenarnye tuuu..nanti aku tunjukkan gambar aku time baby yer..

Abah Tia janji ujung bulan nih nak belikan Tia stroller..cian Tia nak kuar pun susah. Letak dalam baby carier, tak brape confident, arituh letak Tia dalam carier masa g giant, bantai Tia melalak..tak biasa la kot or gayat, lgpun tulang2 dia lembut lagi, takut gk.so nanti ada stroller senang la, tak payah aku dukung2 dah, Tia pun dah berat, Ummi ni kecikk aje..tak larat!Beli stroller cantek2 skit yer Abah!hehe..

ok, selamat hari jadi ke dua bulan Tia!!semoga membesar dengan sihat & comel!!

Before I was a Mom..

Before I was a Mom,
I never tripped over toys
or forgot words to a lullaby.
I didn't worry whether or not
my plants were poisonous.
I never thought about immunizations.

Before I was a Mom,
I had never been puked on.
Pooped on.
Chewed on.
Peed on.
I had complete control of my mind
and my thoughts.
I slept all night.

Before I was a Mom,
I never held down a screaming child
so doctors could do tests.
Or give shots.
I never looked into teary eyes and cried.
I never got gloriously happy over a simple grin.
I never sat up late hours at night
watching a baby sleep.

Before I was a Mom,
I never held a sleeping baby just because
I didn't want to put her down.
I never felt my heart break into a million pieces
when I couldn't stop the hurt.
I never knew that something so small
could affect my life so much.
I never knew that I could love someone so much.
I never knew I would love being a Mom.

Before I was a Mom,
I didn't know the feeling of
having my heart outside my body..
I didn't know how special it could feel
to feed a hungry baby.
I didn't know that bond
between a mother and her child.
I didn't know that something so small
could make me feel so important and happy.
Before I was a Mom,
I had never gotten up in the middle of the night
every 10 minutes to make sure all was okay.
I had never known the warmth,
the joy,
the love,
the heartache,
the wonderment
or the satisfaction of being a Mom.
I didn't know I was capable of feeling so much,
before I was a Mom
And Happy Mother's Day to me & all mothers out there :)

p/s : poem nih aku cedok je, fwd email from a fren..hehe..


Ummi luv u Tia Zahraa..

Wednesday, May 12, 2010

kembar tak serupa :)

owh, tia ada kembarr, hehe..
nama dia nur marissa balqis binti omar
dia lahir selang 3 minggu aje dgn tia (DOB 8 April 2010)
dia cousin tia (anak adik perempuan lokman)
walaupun dia lahir lambat dari tia, tapi dia lagi besar and berat dari Tia..camne leh jadik cmni ek?? hehehe.. Berat balqis 4.3kg!sgt comel & gebu2..
tetiap ujung minggu tia & balqis mesti berjumpa..then ummi amik gambar2 diaorg. tapi dalam gambar diaorg nih mcm tak baikkk aje..hehe..sorang pandang kiri, sorang pandang kanan..haha...sgt comeyyy!!





Nanti Nenek kena jaga dua2 cucu ni biler kiteorg keje..larat ke nenekk??hehe

ni nenek tengah susu kan Balqis, Tia plak tido..



Kiteorg nak mandiiiiii...sape nak mandi dulu??



abah tia & mama Balqis tengah nak pakaikan baju diaorg..hehe..nenek yang monitor.Ummi tukang amik gambar jer..hahaha



ini mama ana..masih dalam pantang..



ini abah,tgh sapu lotion kt tia,kasik kulit cantekk!haha

Tuesday, May 11, 2010

ragam si kecik

lusa dah kena masuk keje..huhu..the most thing I'm so worry about my little princess is breastfeeding. Until now she still bf with me..sekali sekala aje guna botol susu, dia tak berapa reti and tak nak langsung dgn botol. Manjala sangatttt! Biler start keje tia akan ditinggalkan dgn nenek dia (my MIL). so aku ada 2 hari lagi nk ajar dia isap botol susu. memula isi dgn susu sendiri, nnti biler dah biasa dgn botol susu, baru kasik susu formula (teori aku sendiri la nih)..

jadinyer, hari nih start la train dia..

at first, dia start menangis bile puting botol disuakan kat mulut dia..huhu..hati ku masih gagah nih..

ni aksi memula si kecik


then dia dah start menjerit2 kuat sampai merah2 muka, air mata pun dah mengalir2..huhu..ati dah makin kesian. tp buat cekal aje..doa jugak minta Allah permudahkan si kecik senang minum.. huhu..
aku terpaksa tukar botol susu dari botol anakku ke tommee tippee (dah byk giler botol susu kiteorg beli, memacam brand (Avent 3 botol, Tupperware 2 botol, TT 5 botol, First Year)..ada gak yg org bagi. tu yg sampai pening tak tau mane satu nk kasik Tia try. Sengal btul..haha..


baju kena buka, kalu tidak basah!berkemban aje ye tia..hehe

lepas 30 minit,baru dia slow down,penat dah kot..dan lapar..dgn slow2 dia start menhisap puting susu tu..finally...


dgn laju menghabiskan susu itu.. :) Ummi tersenyum legaaaa...pandai anak ummi..

then petang tadi lagi sekali try bagi botol, dia still menangis dalam 30 minit sebelum habiskan 2oz susu.

malam try lagi, dlm 15 minit aje dia terus isap, tp tak abiskan susu..tapi macam tak puas then muntah susu, kena gk bg direct breastfeed..cian Tia.

Esok, kena try lagi..huhu

Saturday, May 8, 2010

welcome tia zahraa

Nak cite kisah kelahiran tia zahraa ni, hope nnti dia leh baca sendiri macammane dia dilahirkan, cos I dont even know how I am here in this world..my mother passed away when I was 10 yrs old, and my dad isn't a good story teller about us (my siblings), how we were born, how we were grown up together, sape yang manja antara among my siblings etc.nak tanyer takutt, cos takut abah jadi sensitif biler tanyer pasal arwah ibu or kiteorg yg jadi sensitif kot biler bukak cite pasal arwah..hurmmm...



ok, cite pasal tia..
14th March 2010 (Sunday) , 28 Rabiul Awal 1431
6.30 pagi
Bangun untuk Subuh, tgk ada darah kuar skit. tapi takder rasa sakit perut, teringatla aku penah baca kat blog & majalah, kuar darah tu mmg tanda2 nk bersalin,pulak tuh baru2 nih aku dapat false alrm kan, tapi takde rasa contraction, maka lambat lg nk bersalin,leh mkn masa 10-12 jam.jadinyer aku pun confidentla nak tido balik (sebab ngantuk!!),tapi sebabkan rasa2 cuak dah ada so takleh nak lena, tido2 ayam aje..husband pun tak dikejutkan lagi, biarkan dia berdengkur dulu..hehe..
8.30 pagi
aduhhh, dah rasa sakit2 kat pinggang la..terus bangun, g mandi.tgk darah makin byk & pekat..so ni confirm la nih nk bersalin. lepas mandi terus kejutkan lokman..terkejut beruk plak mamat nih, terus dia g mandi..hehe..me terus kemas2 ape yg patut,baca doa & zikir byk2 otw ke hospital.sepanjang perjalanan ke hosp, mengira sakit contraction every 10 minit..huhu..hati dah makin takut nih..tapi..

rasa lapar jugakk.hurmm, teringat ada mommie blogger nih cite nak menunggu bersalin nih lama, and once dah masuk labour room, doktor tak kasik makan, so wajib makan dulu sebelum berjuang!aku pun ajak la lokman singgah mane2 utk breakfast (walaupun sakit2, tahan jugak la)..lokman suggest mkn kat area hospital, ape2 senang nk berkejar ke sana. so pilihan yg ada, kedai mamak la..lokman order tosai rava dgn milo panas. jadi laaa...kenyang la kot sampai tghari karang. Nak makan nasik pun takleh jugak, cos baru pukul 8 pagi.


9.40 pagi
makkk aiii, contraction makin kerap..tak sanggup dah dok kedai mamak nih, kang mau ane2 nih sambut baby aku plak kang, baik la cepat g hospital..hehe..
sampai PPUM, terus ke wad bersalin. jumpa nurse kat depan pintu labour room tuh ckp nk beranak dah nih,terus dia suruh masuk.


10.15 pagi
nurse suruh tukar baju, masa tukar baju tuh ada sorang minah ni pun sama macam saya..first baby and sakit kul 6 pg tadi, baru masuk 37 minggu. sempat la berborak2 dgn dia, rasa takut pun kurang la skit, cos ada geng sakit..hehe..
sementara menunggu masuk ke labour room, nurse kasik ubat buang air besauu, lega gk dpt buang air, sbb takut kang masa meneran, najis plak yg kuar..dah settle, terus masuk labour room..bermula laaaa..


10.30 pagi
2 org pelatih datang, nak cucuk tgn, masukkan air, sorang pelatih nih mcm mengelabah,takut kot nak cucuk, terus tersalah cucuk tangan ku, rasa nk marah aje, tp sabarrrr lagi. dia takut, terus panggil doktor cucukkan. aku nih fobia dah bab cucuk2 tgn nih cos dulu penah sampai bengkak teruk tangan nih akibat denggi (seminggu kena tahan wad). huhu..pastu doktor cina lelaki terus check2, pasang mesin monitor jantung baby. masa tuh rasa tak sabar plak nk tengok baby..sempat bisik2 kat baby supaya keluar dengan mudah and tolong Ummi dia nih sekali. takut pun dah ada..


then dtg plak 2 org doktor lelaki. kali nih nak check bawah plak..aiyooo, sgt la maluuuuu...tp dah sakit punyer pasal, buat tak reti aje la..
doktor check kata dah buka 5 cm..waaaa, terkejut sangat cos baru jer masuk LR, cmnoo leh buka cepat sgt, then diaorg terus pecahkan air ketuban sedikit sedikit. sakit jugak la, terasa air ketuban tu panas aje. Doktor ckp tunggu lagi 3-5 jam lagi baru buka abis. meantime, dia bg pilihan nak ubat tahan sakit mcmmane. Nak epidural ke, gas ker or bius cecair cucuk kat pungung..aku pilih 2 terus, hehe..gas dengan cucuk. tp taknak epidural cos takut nak kena cucuk kat tulang belakang nih, masa tuh confident gak nak bersalin tanpa bantuan epidural. nurse siap bg article/pamplet pasal epi..lawak giler, time sakit2 tuh diaorg suruh baca..layankan aje..contraction makin kerap..tp sebabkan ada gas tuh, setiap kali sakit, pelatih tuh suruh sedut gas tuh kuat2 and jerit dlm topeng gas tuh..huhu..dalam masa yg sama, rasa mamai aje..byk kali la tertido. bebudak pelatih tuh setia menunggu.


11.30 pagi, rasa contraction yg melampau, automatik rasa nak meneran. sampai pelatih2 tuh tak bg teran. takut terkoyak dan cepat letih. then aku marah la baik budak2 tuh (sebab tengah mamai plus sakit),bukan sengaja nk teran, tapi macam terasa dah baby nk kuar.aku suruh diaorg panggil doktor tapi dia cakap tak nmpak lagi rambut baby. lepas beberapa minit rasa lagi contraction, sangat sakit! bile pelatih tu check dia terkejut cos dah nampak rambut baby, terus panggil doktor.then doktor check ckp dah 8cm..warrrrrrrhhh, nak dekat dahh..dalam rasa takut2 tu tetiba leh terlelappp...


12.00 tengahari
terdengar suara doktor suruh buka mata besar2, baby dah nk kuar, tengok2 ramai giler doktor2, nurse2 and pelatih kat depan aku (semua muka serius giler!).lantak la, terasa kepala baby dah..nurse terus suruh tarik nafas dalam2, then lepassss..setiap kali lepas 1 nafas, terasa kepala baby menurun.(midwife & pelatih2 terus kasik semangat kat aku) setelah 5 kali teran, bussssshhhh...baby pun kuarrr...legaaaa.. :)


doktor istiharkan tepat 12.05 tengahari , Tia Zahraa selamat dilahirkan :)


nurse terus tunjuk jantina baby, tp tak tunjuk pun muka dia, then doktor terus jahit. me siap suruh doktor tuh jahit cantek2.hahaha..lepas 1 jam nurse bwk baby, suruh kasik susu..camnoo la aku nk kasik susu tgh jahit plak..haiyaa..so nurse la pepandai sua mulut baby nyusu..hehe, pengalaman pertama menyusukan baby sgt la kelakar dan sakittt.sakit dijahit dan sakit menyusu serentakkk!!..huhuhu..tp Alhamdulillah, semua berjalan lancar..masa tgk muka baby kali pertama rasa sgt teruja, selama 9 bulan menunggu dan menjaga dia dlm rahim, akhirnya dapat tengok jugak dia :)


Lepas tuh, Lokman di panggil untuk mengazankan Tia dan terus mentahnikkan dia dgn kurma. my abah & ibu, mother in law and adik beradik lokman semua ada menunggu kat luar LR. aku plak menunggu masa utk di bawa ke wad.


Sangat bersyukur kerana dipermudahkan semasa bersalinkan Tia. tak sempat minum air selusuh pun..huhu..sangat tak sangka dpt bersalinkan tia secara normal cos masa mengandung memcm dugaan menimpa, antaranya :

  • usia kandungan masuk 2 bulan, aku bleeding..kena cucuk kat punggung utk kuatkan rahim. bleeding sbb mengalami alahan yg teruk..huhuh..

  • baby dalam posisi songsang pada 5 bulan, then melintang pada 7 bulan. then bleeding skit, doktor takut kalu2 pre-mature baby, so for sure kenala c-sec.

  • sepanjang mengandung rasa tidak bermaya, penat aje..memanjang MC..huhu 9sampai merah la KPI aku tahun lepas..huhu (nasib bonus dapat gak!hehe, rezeki anak..)

  • dan selama 3 bulan pertama, dgn alahan yg kritikal, lokman plak outstation ke Kemaman kerana training (blk kl hanya 2 minggu sekali,huhu :( )hari2 aku menangis cos hormon org pregnant mmg tak betul kannn..haha..
Dari awal2 aku memang dah ready kalu2 kena c-sec, bagi aku asalkan baby selamat & sihat.lagipun dengan fizikal yg kecik cmni leh tak confident plak nak salin normal. tapi tu la, Allah lagi Maha Mengetahui, semuanya atas ketentuan-Nya.Syukurrr... :)


sehari aje duduk hospital, esoknyer terus leh balik. charge kat PPUM amat la berbaloi.rm130 satu malam. total dalam rm530, under my company. top up skit aje :) terima kasih CGC!!hehe..
Tia Zahraa selepas sejam dilahirkan..

Dear My Princess Zahraa,

Ummi & Abah love u sooo muchhh!no words cant describe our luv to you. We are so greatful for having you now. All we only hope that Allah swt will bless you & protect u always..semoga menjadi anak yang solehah di dunia & akhirat dan semoga menjadi anak yang baik akhlaq & akidah hendaknya..Ummi sayanggg awakk!Muahhhh *

 
Blog Template by Delicious Design Studio