anak buah kakak aku berusia 2 tahun panggil susu badan, 'CUTET'. kalu dia nak susu botol plak dia panggil "CUTOL". hehehe..first time aku dengar dia cakap, bantai aku gelak kuat2..sangat cute!
anak-anak buah ku yang comel2 & nakal - Nur Marha Insyirah, Nur Marsya Irdina & Mohd Nur Iman bin Qairul Naim
so my baby sekarang masih lagi belajar nak cutol. she still refused to feeding thru bottle..MIL bgtau dia just minum 1-2Oz aje setiap 2-3 jam..huhu...tak tau la skit ke or normal, cos setiap kali aku perah susu nih mmg akan dapat dalam 2oz. kekadang leh la cecah 3oz. then dia isap kerap, setiap sejam setgh or 2 jam. Hope la berat badan dia naik, next month nak g check up and cucuk dia, sure kena timbang berat.
Semalam MIL kasik dia try pacifier. nak plak dia isap. so dapat la mengurangkan bebelan dan tangisan dia..tapi tak nak galakkan dia isap puting tu lama2..nanti dia ketagih susah plak. nak g mane2 nak kena bawak puting, then tak elok untuk gusi dia nanti..so, kasi dia isap puting samapi max 6 bulan aje. Sejak dia dapat puting, MIL kata dia dah kurang nangis. layan kot isap puting tu..hehe..tapi masalah plak kat aku biler nak breastfeed dia balik. dia macam tak mau, then nangis punyer la teruk. Mungkin dia dah confuse dah ,mana satu cutol, mane satu cutet.huhu..cian anak Ummi!
Dia nangis2 sampai la tertido. Tak minum pun susu dari kul 9pm sampaila kul 3pagi, baru dia nangis kelaparan. Aku bg cutet,baru dia nak..Alhamdulillah..by that time, dah nak bengkak dah breast ku..huhu..then kul 5pagi dia nak cutet lagi. sangat lega dapat susukan dia.harap2 harini jgn la buat perangai lagi. dah cakap kat dia ulang2,
"tia, siang tia cutol dgn nenek nyerr, malam jer cutet dgn Ummi.." hehe..terkebil2 dia pandang aku..hahah..InsyaAllah dia pahammmmm...
Ini doa amalan untuk menyusukan anak , dapat dari blog panduan penyusuan ibu. Terima kasih atas info2 anda..sangat membantu sayaaa... :)
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Kami Covid-19 fighter...
2 years ago
0 idea?!:
Post a Comment