Thursday, January 31, 2013

Dilema kerja..

Semalam ada bos dari department admin call aku. Ajak aku masuk department dia, since 2 staff dia nak resign. Bersungguh2 dia ajak aku tukar department. Sebenarnya dari last year dia approach aku tapi aku tak ready lagi. Even memang la aku berniat sangat nak mintak transfer department, tapi aku preferable tukar ke bhgn operation. bukannya admin. hehe.
Before masuk company nih 4 thn lepas, aku memang keja as admin exec kat company parking. Kira dah ada 2 tahun experience arr dalam bidang admin. Agak stress jugak keja admin nih..lagi2 bila kena deal dengan vendor & bila kena kira stock in stock out. Takut barang kurang or tak kualiti then staff2 komplen. Aiseyyyy..aku nak kena menjawap dengan bos pulak.
Dulu aku sampai gaduh2 dengan bos lama..hahaha. siap menangis bagai..masa tuh baru pertama kali keje admin, pengalaman memang zero, start dari bawah..jadinya banyak jugak kesilapan. Bila dah silap bos main sembur2 aje..tu yg sentap tuh. Tapi lama2 aku dah lali dengan perangai bos dan aku jadikan setiap benda tuh satu pengalaman baru. Lama2 aku enjoy jer keje as admin. Sampai sabtu ahad pun rela datang opis buat filing. Masa tuh tak kawen lagi, boleh arr balik keje pukul 8 malam, pastu kerja on weekend. Sekarang nih memang tak boleh arr..mau anak-anak menjerit kat aku. huhu.

Aku dalam dilema bila bab nak bagitau bos aku sekarang nih. Rasa tak sampai hati, tapi aku kena pikirkan gak untuk diri sendiri. Aku dah takde rasa kepuasan kerja kat tempat sekarang. Buat keje yang sama selama 4 tahun. Walaupun projek setiap tahun lain2, tapi still ada beberapa keje yang sama aku kena buat setiap tahun, bos aku taknak ganti orang lain untuk buat kerja2 tu. Aku dah naik lemau buat benda yang sama. Bosan. sembilan jam duduk kat opis mengadap tempat yang sama, kerja yang sama membuatkan mood merundum..rasa macam buang masa aje dan hati jadi tak ihlas sepenuhnya..takut aku. takut rezeki jadi tak berkat..huhuhuu..mintak dijauhkan, rezeki yang dapat nih la bagi anak-anak makan minum. So daripada aku seksa diri sendiri baik la aku mulakan langkah yang baru. yer dak? walaupun kerja yang aku mintak nih bukan la sesuatu yang baru, tapi still mungkin sesuatu yang aku suka dan boleh buat. InsyaAllah.

Orang lain bila bosan dengan keje sekarang akan cari keje kat tempat lain kan? dorang cakap dah alang2 nak tukar kerja, baik tukar terus environment baru. macam aku tak terpikir lagi nak cari kerja kat tempat lain. Sebab utama lokasi opis nih dekat sesangat dengan rumah. kira dalam islam cakap takrif kejiranan adalah 40 buah rumah disetiap penjuru..haaaa, kira kalau kira umah aku dengan opis dalam lingkungan 40 buah rumah arr..jalan kaki 25 minit pun sampai rasanya ;p
Dah tak rasa serabut nak redah pergi balik opis setiap hari plus nak hantar ambil anak-anak kat rumah kakak aku. Semua dah senang, Alhamdulillah. Dalam setengah jam dah sampai rumah --> opis --> rumah babysitter.

InsyaAllah..aku try slow talk dengan bos esok. tengok apa dia kata. harap2 dia dengan senang hati dapat lepaskan aku, sebab dia pernah cakap mana2 staff dia yang nak cari pengalaman baru dia leh consider.
Korang doakan aku yek. Harap2 jalan yang aku pilih nih yang terbaik untuk aku.

Ok then, take care korang! :)

 
ini celebrate birthday bos aku last 2 weeks.
yang pakai spek tudung hitam tuh our GM. Lady big bos. :)
Sorang aje lelaki dalam department aku..hehe


Bos aku nih baik. tu yang tak sampai hati tuh.. ;(

6 idea?!:

Liz said...

Salam sis. Akak duduk mana ye? Tak berminat ke nak ikut saya ke event Sabtu nie? Hehehe...

FiraHamzah said...

Wasalam Liz,
Akk di kelana jaya..hehe
berminat sangat nak joinnnnnnn!!..tapi ada hal la babe, lepas2 nih ada lagi tak class nih? bajet dalam bulan 4 onwards boleh kite arrange pergi skali..heheheh :)

FiraHamzah said...

eh ehhh liz..tersilap event yek awak cakap? hahahahah..
baca blog awak baru terperasan entry Coway B tu..kekekek..
Sampai pukul berapa event tu babe?

Liz said...

hahaha, ape la akak ni. event tu start pukul 2 sampai 4 ptg. insya Allah. Jom la kak. Datang je terus dpt goodie bag. masa aktiviti tu, boleh menang hadiah lain juga

FiraHamzah said...

liz, ada kosong lg? email akk liz no awak..akk mcm free..hehehe

Munirah Mohd Ali said...

Huhuhu~~ Sama la kite kakfira. Saya pon dok fening2 jugak. Baru jugak tulis tadi. Hahahaha ;p

Apa2 pon, good luck to both of us!! Semoga kita dapat apa yang terbaik.. Jom istikharah! Kekekeke ;)

 
Blog Template by Delicious Design Studio