Thursday, January 3, 2013

First entry untuk 2013

catitan ringkas untuk tahun baru...

1) hari ini pertama kali masuk opis. semalam cuti sebab babysitter mintakk cuti 2 hari kes nak menghantar anak2 dia aka anak2 buah aku masuk skol. Dan harini aku lambat 10 minit masuk opis..kekekek..sungguh takder azam baru dalam menukar masa masuk kerja lebih awal :P kasik chan la ek, tengah cari mood nak mulakan kerja. hehe.
2) Anak-anak aku nenek dorang jaga hari ini. Aku nak save cuti. Tahun ini aku kena pandai manage cuti, kalau boleh nak kurangkan EL. MC tahun lepas cuma 7 hari jek. So harap2 tahun nih pun less dari 10. Tak nak dah amik unpaid leave..huhu.
3) Tia still sakit bontot. Tapi bijik tu makin mengecil. Aku refer kawan2 dan kakak ipar, ramai yang cakap ala2 buasir. Aku dok rasa macam bisul. tapi macam besar sesangat. Besar duit 5 sen lama tau if korang nk imagine. Awal2 dulu sampai takleh nak berjalan..Duduk pun senget. Tidur menonggeng. Azabnyer la anak aku rasa..Kira kuat jugak la budak nih..tak meragam all the time. Sekarang dia dah boleh mandi sendiri..tak kena paksa dah. Cebok pun nak cuma still bagi aku usik. Aku pun takut nak usik..hehe.
Ubat pun dah bg aku letak. Selera makan dah ok. Harap2 bijik tuh mengecil lagi. Tia cakap, "Ummi, akit bontot...ada bijik, sapu ubat..akitt"... hehe, sebab aku yang ajar dia cakap. Dia sebok sekodeng benda kat bontot dia tuh setiap kali nak cebok. heran kot ada bijik kat lubang bontot tuh.
4) Tia dah boleh main macam biasa. Melompat2 atas katil, main gelongsor kat playground, bergaduh tendang2 dengan kembar, berlari2. Kira dah ok la tuh..syukur kepada-Mu ya Rab.
5) Si kembar dua2 dah boleh berjalan. Makin melaju dorang jalan..enjoy sungguh! Tapi si Tia lak nak berdukung aje. Asal keluar rumah nak dukung. Sekarang nih asal kuar rumah kiteorang bawak stroller 2 bijik. Sardin kereta kecik aku dengan stroller dorang. Tia dah takmo berjalan sendiri. Nak duduk atas stroller aje. Ok la lagi dari aku kena dukung dia.
6) Berat badan aku menaik mendadak. Lagi aku stress lagi badan naik kot. Sekarang dah 49++kg. jeans dengan seluar keje byk dah ketat. Sekarang dah segan pakai suar keje, kembang semangkuk pinggul ku. Hehari dok pikir nak pakai apa g keje. Jawapnya baju kurung aje la..huhuhuhu. Misi tahun nih kena turunkan berat badan beberapa kilo. Caiyaokkk!! :P *lagipun nak menggantikan puasa2 lama selama 100 hari. woahhh..giler kooo!! sompekk ker? mau hari2 kena puasa..kekeke
7) Lokman dah belikan Appeton untuk budak2. Aku terpaksa gunakan khidmat appeton untuk bagi anak aku selera makan. Since dorang nih semua underweight, jadinya kena la ikhtiar cara lain. Dah kena bagi supplement kat dorang. start bagi 2 hari lepas. Beli yang jenis liquid, masuk kan aje dalam susu/jus dorang. Si kembar jenis tak suka makan ubat. So far dorang memang makan tapi sikit2. Nak monitor dalam 3 bulan. If dah naik berat badan macam kanak2 normal lain, aku stop kan. We will see la yek. :) ada kawan aku cakap, "jgn pulak ko dah bg dorang appeton, pastu bila budak tuh nak makan macam2 ko tak bagi pulak?" kekekeke..betul gak tuh! so aku pun kena la rajin pikirkan makanan yang sesuai nak bagi kat dorang tuh nanti. Ni bebalik spageti aku sumbat kat dorang..hahahha..your lazy Ummi :P
8) Aku still lagi tak tukar department. hahahaha. Kekonon last month berkobar2 nak mintak tukar department, sekali tak tercapai lagi hasrat aku nih..ada je keje bos suruh aku buat. Sampai rasa macam kesian kat dia. huhu. Tengok la dua tiga bulan lagi. Aku tengah mencari department yang kosong. Sekarang opis aku nih tgh proses mengurangkan pekerja kot & restructuring department. Ada department yang kosong pun aku tak minat. huhu. So mengadapla aku keje yang sama tahun ini. Tu yang hehari semangat merundum.. :( dah masuk 5 tahun kot aku buat keje sama..aiyoooo..sangap!
9) Aku masih menggunakan ipon yang berskrin pecah ini.haha..takder bajet nak tukar baru. Sebab selagi Tia tak baik macam dulu, aku tak berani nak overspend. Dapat 2 lai baju dengan selai shawl untuk bulan nih dah cukup. Pastu baki duit save untuk anak2, for emergency purpose. Tahun ini still kena pandai membudget :) Belum lagi berkesempatan nak berbisnes, nak jadi dealer product. huhu. InsyaAllah, will do someday..
10) Lastly, Lokman ada interview isnin depan, moga2 rezeki dia murah. Doakan yang terbaik untuk sang suami. Harapkan Lokman aje la yang cari kerja baru buat masa sekarang nih. Aku belum lagi, sebab dah selesa rumah- opis-rumah babysitter/family dekat2. Senang aku nak handle anak-anak. Apapun, semoga Allah permudahkan urusan kami untuk tahun ini. dan dipermurahkan rezeki kami sekeluarga..Aminnn...



dah sonang Ummi Abah, takdo la berdukung aje deme semua nih..hehe


makan timee..
spageti dengan buah betik :P
Hafiy dengan gaya peace nyaa


peaceeee lagi!!


haaa ni la gaya dorang kuar berjalan sekarang ini.
tak perasan muka abah tak nampak..kekeeke..

1 idea?!:

Hafizah said...

cian tia...moge die cpt sihat..

 
Blog Template by Delicious Design Studio