Tuesday, January 15, 2013

Bila anak menegur Ummi nyaa..

Budak-budak sekarang sangat cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Dengan gadget2 sekarang yang serba canggih..cepat aje dorang belajar kan?Even kite tengok pun macam tak percaya.

Si kembar aku dah pandai guna iphone. Bukan main laju kalau aku keluarkan iphone. Berebut2 masing2 nak pegang. Nak main tekan2 skrin. Bila dah stage bergaduh2 sebab berebut nak pegang, aku pun terus simpan. Semua pun tak dapat pegang. Adil! tensen kepala otak tengok dorang gaduh. huhu..sudahnya, aku akan tengok hp bila semua dah tidur - pukul 10 malam. Itupun kalau aku belum tidur gak arr. Selalunya dengan aku pun join dorang tidur skali. hekehkeh.

Eh, lari tajuk pulak. ngeeee..

Nak cite pasal Tia. Sekarang kan dia makin banyak bercakap. Semua benda pun dia nak cakap. And dia suka cakap "apa halllll?" kat semua orang yang kacau dia. Siap gaya cari gaduh punyer. Sikit2 apa hal..dengan kembar la paling banyak kena. Aku geram dia cakap macam tuh. Banyak kali aku warning dia jangan dok sebut perkataan tu. Aku cakap aku tak suka dan aku cakap la, "Tia, tak baik tau cakap macam tuh. Ummi tak suka la".
Memula dia tak layan. Still dok cakap ayat tuh. Huishhh darah maknya naik meluap arr. So terpaksa guna cara lain. Tegur bebaik tak jalan.
Then bila dia buat lagi, aku terus jentik mulut dia. melalak kau.
hehehe...
aku ulang balik kat dia aku tak suka dia sebut perkataan tuh. warning ke berapa kali pun aku tak terkira. budak kecik nih memang kita kena rajin send reminder kat dorang. Baru serap masuk otak. Aku ni bila menegur aku akan ulang 2-3 kali. mungkin sebab aku nih cakap laju, takut dorang tak paham aku cakap apa..haha. So kena ulang2 baru dorang akan paham. selalunya macam tuh la. jenuh kau.

Lepas-lepas tuh dah takder dah dengar dia sebut. Bagus!

Semalam nak jadi cerita...

Dalam kereta lepas ambil dorang. Singgah tesco beli barang dapur. Si Tia paw aku gula2 lolipop. Pastu dia takmo dia kasik arr Hafiy. Berebut Hafiy & Aariz lolipop yang satu. aku still takmau belikan kembar barang sorang satu.kekeke.Lagi2 barang makan yang tak berkhasiat. Aku belikan utk Tia aje sebab si Tia dah pandai mintak2, tak dapat kang mulut dia bising.
Ok dah bagi Hafiy, kusyuk la si hafiy makan. Sampai comot2. Aku lap arr mulut Hafiy sambil cakap..
"kau ni Hafiy, asal makan aje comot2, apa hal?"

sekali dengar mak nenek duduk belakang bersuara..

"tak baik tau Ummi cakap apa hal...tak baik tau"

haaaaaa...sudahhh! terkono batang hidung den!

pastu, aku cakap la.."oooo tak baik ek Tia. ok sorryyy Tia..Ummi tak cakap lagi, sorry yerr" ...si anak mengangguk2 arr

kekekeke..

Pengajarannya, apa2 nak cakap lepas nih kena jaga-jaga. Anak mendengar dan mengikut. hehehe..

Insaf kejap. Bukan senang sebenarnya nak jadi role model pada anak2. Kita kena ubah sikap yang negatif kepada yang positif demi anak-anak. InsyaAllah..


anak yang makin membesar & memahami persekitaran
she is 34 months yesterday..getting to 3 yrs soon! InsyaAllah..


menjadi kakak kecik yang terbaik untuk adik-adik. InsyaAllah..
Tia suka pimpin si kembar berjalan.
I luv her so much!! :)
thanks kakak Tia..

3 idea?!:

Amanda Suria said...

Kak Long dah pandai ckp laaa.....

Munirah Mohd Ali said...

hahahaha.. klaka2. i love her too! muah2! lama x jumpa kakak tia~~

FiraHamzah said...

Sis Amanda, dah pandai sesangat, petah tapi pelat2 dia la..pening kepala dia cakap tak berhenti2..kekeke

Munirah: hahha, lawak kan, malu den kena tegur dgn anak..kuikuikui..haah, lama tak lepak gosip dgn acik muni laa..heee :P

 
Blog Template by Delicious Design Studio