Friday, January 11, 2013

Tempat yang sesuai untuk simpan ubat-ubatan

Ubat-ubat kat rumah aku sangat banyak. Bermacam-macam jenis. Ada jenis air & pil2. Praktik yang sekarang aku buat adalah menyimpan ubat-ubat air di dalam peti sejuk. Dan ubat-ubat pil di dalam laci kabinet di dapur.

Ternyata cara aku menyimpan ubat-ubat dalam peti sejuk adalah SALAH!

huhuhu...

selalu kita baca dekat label ubat, "Simpan dalam suhu kering dan dingin"

Pemahaman aku adalah simpan di dalam peti sejuk. Sebab tak kena panas dan ubat akan tahan lama. Lagipun dari kecik kita dok nengok orang tua2 kita simpan ubat dalam peti ais, so kite ikut aje la..heheh (salahkan orang tua pulak ek? ;P) tapi betul ni, aku tak tipu.. :D

Tapi rupanya aku salah. Ubat tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk kecuali dengan arahan yang diberikan oleh farmasi/tertulis di label ubat. Macam contoh, masa aku dapat ubat demam Tia & Hafiy harituh,yang jenis masukkan ke dalam punggung budak2 nih..bahasa pasarnya kite panggil "ubat bontot"..kekeke..haaa, had tu ada kakak klinik inform suruh simpan ubat tuh kat dalam peti sejuk. takut cair katanya if simpan kat luar.
Simpan dalam peti sejuk pulak bukan yang kat tepi2 tuh, yang bahagian pintu dan ruang air2 & telur tuh. Sebab kat situ bila pintu peti di buka udara sejuk pun beralih kan..boleh jugak menjejaskan ubat. So paling sesuai letak kat bahagian tengah peti, dan  yang penting tidak boleh dicapai oleh anak-anak. Takut depa dok ingat benda tuh gula-gula pulak.  

Ubat yang disimpan dalam peti sejuk boleh menyebabkan ubat berkenaan lebih cepat rosak.

"kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk akan membuatkan ubat berkenaan menjadi lembap walaupun bungkusannya tidah dibuka. Apabila kita keluarkan ubat dari peti sejuk, perubahan suhu (sejuk ke panas) akan membuatkan persekitaran dalaman ubat meruap dan menjejaskan mutu ubat berkenaan". - Pengurus Farmasi Hospital Assunta, Kwan Yee Man.

adehhhh..silap teori la pulakk..

Jadinya ubat-ubat yang lain tak boleh disimpan dalam peti sejuk, di tempat kena cahaya matahari dan di tempat yang lembap seperti dalam bilik air. Trend cite orang putih kat bilik mandi dorang mesti ada peti simpanan bercermin, dok simpan ubat-ubat dalam tuh kan? haaa, cara tuh pun salah. Sebab bilik air mempunyai kelembapan yang tinggi dan mungkin boleh merosakkan ubat. So jangan terpengaruh nak pi buat kabinet cermin macam depa tuh dok simpan ubat noo dalam bilik ayaq. hehe..

Tempat paling sesuai adalah di bilik tidur atau di ruang makan (suhu yang sesuai), tapi make sure jugak budak2 tak mudah nak ambil. Ada jugak yang suggest kabinet ubat mesti berkunci bagi yang ada anak-anak kecik.

Selain tuh, ada beberapa lagi penjagaan/penyimpanan ubat yang perlu kita ikut, seperti:

  • jangan menyimpan beberapa jenis ubat dalam satu bekas.
  • jangan simpan ubat dalam kereta - suhu panas.
  • sentiasa simpan ditempat yang kering dan jauh pada cahaya matahari
  • buang ubat yang sudah melebihi 6 bulan selepas di buka.
  • jika ubat disimpan di dalam peti sejuk, pastikan ubat cecair atau sirap digoncang sebelum digunakan kerana dalam suhu yang rendah, kandungan ubat akan mendap.
  • jangan simpan di dalam kabinet daput juga, kerana kadar kelembapannya yang tinggi daripada bahagian rumah yang lain.
Kita jugak kena faham makna arahan pada label kotak/botol ubat.

  • Dingin beku - simpan dalam suhu antara -20C sehingga -10 celsius
  • peti sejuk - simpan dalam suhu terkawal antara 2c ke 8 c
  • Tempat sejuk - 8c ke 15c
  • Suhu bilik - 15 c ke 30 c (kebykkan ubat kena letak dalam suhu bilik)
  • Hangat - suhu dari 30 c ke 40 c
  • Panas - melebihi 40 c
  • Nota kaki: balik opis nih aku nak tengok ubat2 dalam peti sejuk tuh..huhu..ada yang dari tahun lepas pun aku simpan. Ingatkan selagi belum expired leh lagi guna. huhu..Last week aku dah buang yang expired. Tapi still ada lagi yang belum expired cuma dah lebih 6 bulan tak guna lepas dibuka.

    Pastuh nak cari port baru simpan ubat budak2 nih dalam bilik tidur. Takmo dah simpan dalam peti sejuk.

    + risiko gak simpan dalam peti sejuk, sebab Tia & Hafiy dah pandai buka peti sejuk sendiri. Tia suka makan ubat. Ada masa dia sendiri mintak nak makan even tak sakit. huhu..risau gak takut2 dia makan ubat2 tu sendiri.


    Sources:






    2 idea?!:

    NorrShakor said...

    info yg bagus..untuk panduan bersama..

    MamaRizqin said...

    good info...

     
    Blog Template by Delicious Design Studio