Friday, January 25, 2013

Cuti dan Sakit

Salam Jumaat..

Hari ni aku keje. Ramai budak2 opis yang cuti..rasa macam cuti Hari Raya aje..kosong opis.
Semalam cuti Maulidur rasul. Aku & family lepak kat rumah adik ipar. Lokman teringin makan ikan bakar yang di salai sendiri. Gigih sungguh! Kakak ipar & family pun join sekali. Tapi aku start semalam tak sihat. Demam & selsema menyerang. Rerasa dah lama tak kena selsema teruk sampai terbersin2 tak henti2..kepala berpusing2..
then hari ni hidung tersumbat. Duduk dalam opis yang air con kuat rasa tak boleh nak bernafas..adehhhh..
Ntah kenapa aku tak mau amik mc...gigih jugak masuk opis. :p

Esok sampai isnin cuti. Ramai yang dah sampai ke kampung kan? ada pulak yang pergi bercuti-cuti. Bestnyeerrrrrr..

Aku?

esok ada cousin nak bertunang. Abah aku 2 kali hantar reminder kat adik beradik suruh semua orang pergi..kekeke. Sebab ini cousin belah arwah ibu. Memang time Raya aje jumpa dorang nih.. So bila ada kenduri2 macam nih Abah akan bersungguh2 mengajak kiteorang join, supaya kiteorang kenal dengan semua sedara mara belah arwah. Yer la, takut kiteorang tak kenal sedara mara.
Abah aku tak tau kiteorang still keep in touch each other dalam facebook. Ada abg saudara dah buat family group dalam FB. So semua cousin2 dah join..since last year baru la jugak aku kenal cousin2 aku yang jarang2 jumpa, ada yang dah anak 2-3 baru ku tahu..kekekek..Abah aku tak tau sebab sejak pencen dia memang tak pegang komputer dah..hehehe..Alhamdulillah, semoga tali persaudaraan tetap berpanjangan walaupun arwah ibu dah takder. Dapat tengok dorang kat fb pun dah cukup baik. sekurang-kurangnya anak-anak aku kenal cousin2 dorang lepasnih.

Berbalik pada cuti, Ahad & Isnin still takder plan. Mungkin duduk rumah aje.

Gaji aku dah selamat dapat. Memang sah di tolak RM500++ unpaid leave. Sadissss..sob sob. Jumaat lepas AM, HR dah call aku. Dia try jugak explained. Aku redha aje la..tapi still aku cakap policy dorang tak clear. Even dalam manual pun tak clarify terang2. Tak aci arr macam tuh. Jadinya dia janji akan highlight kat management meeting. huhu..

Tadi pergi bank2 bayar hutang. Tinggal la baki seciput..sipi-sipi aje belanja bulan nih..wuaarrghhhhh!

Ok..takde mood nak berblog. Tak rasa ada hidung hari nih..rimas! Balik nih nak telan panadol lagi..

oh kanak-kanak kat rumah aku sihat. hari2 bergaduh sesama dorang. dah gaduh pastu cium-cium balik. Pening aku. :D

bubye korang....happy weekend & happy public off-day!!

bebudak kat rumah cousin dorang semalam.
Excited dapat main kat luar..panas2 pun nak main. Sampai penat, pastu meragam.
Tu Hafiy la tuh tengah meragam..




dah penat main bola kat luar, minum susu sambil tengok upin ipin


nih pagi semalam. Breakfast time.
Dah pandai la pulak nak guna pisau & garfu. Gaya je lebih. Makannya idak..
Hafiy si boo-lat!

4 idea?!:

Suria Amanda said...

comel2 semuanya...cuti ni akak lepak rumah jer la..x tau la nak buat apa weekend ni..pasal apa la banyak sgt cuti ni...

nurulizzahz said...

Mama Fira, Mama Fira pun pakai la kunyit campur kapur tu n letak k hidung.. agak2 tia, aariz, hafiy takut, lukis sekali misai kucing.. keke.. at least xpenat nyawa guna mulut.. hehe..

Unknown said...

fir..lenkali kalo selsema makan hacks..xpon gule2 mint..confirm lega pastuh..lagi berangin gule2 tu lg ok..

lokmanfirajunior said...

AmandaSuria: thx babe..haah cuti ddk rumah jek, betul gak ek, byk sgt cuti sampai tak tau nak buat apa..kekeke..

Izzah: hishhhh takmo la sapu kunyit..tak tahan bau nyaaa..hahaha..nasib baik dah sembuh esok harinya..hehe..tapi baru rasa insaf, sbb camni la Tia kalau kena flu, dia meragam sebab susah nak bernafas, pastu akk akan marah2 dia sebab dia cranky..huhuhu..terus rasa bersalah. Lepas nih dah tau nak buat apa bila dia kena flu.. :p

Kak dila: alamak kak, lama giler tak mkn hacks dah. sampai terlupa sudahhhh nak buat apa time kena flu. Oraits kak, tima kasih atas petua akk. Lepas nih sy ingat..heheh.. :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio