Semalam 2 jam dekat PPUM.
Sesampai sana ambil no giliran, lepas 45 minit di panggil untuk pembayaran RM15. Terus ke tingkat 4, bahagian klinik surgeri.
Tia ditimbang. Second time dia pergi hospital dia dah tau nak buat apa. Nurse tak suruh naik penimbang lagi dia dah melulu nak naik. heheh..terkejut nurse..kasut pun tak buka lagi. Nurse cakap dia tak takut. bagus katanya.
Mood Tia semalam sangat baik. Seronok keluar dengan Ummi Abah tanpa si kembar. Dapat layanan istimewa la tuh. Bila tanya "mana Afiy Ayish?" Dia cakap "tidur kat rumah mama". sambil tersengih2.
Berat Tia naik 600 gram selepas 2 minggu lebih. total jadi 10.6kg. huhu..ok la naik la jugak lepas dia sakit2 dua minggu lepas. harap2 lepas nih terus naik mencanak2..InsyaAllah.
Lepas timbang tunggu lagi giliran untuk jumpa doktor surgeri. dalam pada tuh Tia sempat lagi membuang air besar. Masa meneran tuh berkerut-kerut muka dia. Bila g cuci tengok najis dia keras. Aiseyy...padahal semlm sebelum tidur makan ubat cair najis dah. but still keras. Dalam toilet dia mengada2..nak cuci tangan la, nak pegang itu ini la..pastu belum pakai diaper balik dah sibuk nak keluar. Aku panggil2 suruh pakai diaper dia buat tak dengar, sibuk nak buka pintu. Hanginnnnn la mak jemah nih..aku dok risau nombor dah kena panggil. Dia pulak buat perangai mengada dia. Kena la marah sebijik! Apa lagi, tersentap hati nyerr..melalak arr.
Dah settle pakai diaper, keluar aje, abahnya dah tunggu depan pintu bagitau no dah dipanggil. Haaa, kalut arr masuk bilik doc.
Tengok2 doc pompuan, Ms Theng. Bukan doctor yang haritu. Ok xpe..Dia tengok Tia still nangis slow2. Aku bagitau la baru lepas cuci berak dia, tu yg lambat skit. Then dia tanya najis Tia camne? Aku cakap la agak keras. Pastuh dia ingat Tia nangis sebab berak sakit. hehehe..terpaksa la aku cerita napa Tia nangis..hahah, malu dah aku.
Pastu doc nak check bijik Tia tu. Tia memula takmo bagi tengok..bila aku pujuk2 baru dia ok. Tak la dia melalak teruk lagi. Dia redha aje la doc nak check.
Doc cakap ada luka kat lubang buntut dia, since dia baru lepas berak & najis dia pun keras..terjadila luka. Doc kata tu la punca bijik dia terjadi. Luka berterusan setiap kali buang air besar. huhu..
Doc suruh jaga pemakanan dia. If tak jaga benda tuh leh jadi balik. Bijik dia tuh dah mengecil, tapi if nak hilang terus memang kena jaga makanan/minuman dia. If not, bijik tuh tetap la kat situ..huhuu..sampai ke besar dan leh jadi sembelit. Haaa, dah besar nanti lagi susah doktor kata.
Aduhhhh!~
Lagi satu cara mengatasinya, doc suruh potty train. Free dari diapers. okkkkkk..its about time to teach her pergi membuang di toilet.
Dah lama aku plan nak ajar dia tapi tak terbuat, sebab si kembar suka escort bila aje aku bawak Tia ke toilet. Dan aku tak ready mental & fizikal if dalam proses nak potty train, si Tia kencing berak bersepah2 kat rumah. Takut si kembar menserabutkan lagi keadaan. huhu..
If aku nak potty tia, aku mesti bagi 100% fokus kat dia. So si kembar kena ada org tolong jaga. Abahnya la kena tolong sama. Nak harap aku sorang memang tak terlayan rasanya.
Lepas nih aku kena start membaca cara2 nak potty train Tia. Ada dah aku tanya pendapat kawan2 yang dah train anak2 dorang. Memacam tips ada..hehe..tunggu arr aku praktikkan bila ada cuti panjang. mungkin akan start cuti Maulidur Rasul nanti. We will see..haha..
Doc cakap bila nanti dah potty, si Tia berak akan duduk kat bekas potty tuh, so akan reducekan sakit dan luka. Siap doc ajar kaki kena buka luas2 ke depan supaya lancar proses meneran. Iye la itu pasal sunat Rasullah s.a.w masa membuang air besar atau kecik seeloknya mencangkung. Supaya segala kotoran keluar habis. huhu..
Dekat 20 minit gak borak2 dgn doc. Then settle. Ambil ubat then balik.
Doc suruh continue makan ubat air. If rasa najis dah lembut then boleh reducekan dos ubat dari 5ml ke 2.5ml. Cenggitu...
Balik dari hospital terus singgah Giant. Beli arr makanan berkhasiat utk budak2 nih. Jus delima, buah prune, cornflakes, oat, cheese, roti etc..
Harap2 la budak kecik nih kembali sihat..lagi 2 bulan appointment balik..azam aku nak naikkan berat Tia sampai 15kg..kekeke..teruskan bagi appeton. Mungkin nak tukar susu dia la..kawan aku cakap tak elok bagi susu perisa coklat..sebab coklat tuh boleh menggeraskan najis. Aiseyyy..slowly kena inform Tia yang dia takleh dah minum susu coklat. Mungkin sekali sekala aje leh bagi..heheh..kesian bila dia dok asyik mintak2. Hati Ummi cair bila anak merayu2 mintak sesuatu dengan muka kesian ;p
Semoga cepat sihat wahai anakku sayang. Nanti kita sama2 usaha yekkk pulihkan awak. Luv u!
sebelum pergi hospital, lunch kat A&W PJ..Tia makan fries aje dua tiga ketul.
dok main indoor playground, ada anak cina yang comel nak berkawan dgn dia..
tapi Tia malu2 la pulak..
sementara tunggu giliran dia sibuk nak makan cupcake. paw abah nya..
makan icing aje pun..beli cream dah abis dia pun xmo dah..
huhu..camno la tak kurus..semua makanan dia pilih2..
tak pernahnya habis makan. half/suku aje masuk mulut
singgah giant, gula-gula jugak yang dia mintak..
huhu..
2 idea?!:
salam,
pasal susu coklat tu, agaknya betul kot minum susu coklat boleh sembelit budak-budak ni, saya dulu masa dalam process nak wean off aleesya, bagi dia minum susu coklat sustagen baru dia nak, susu lain semua reject, risau kan dia tak minum susu, bayangkan dia masa tu umur 1 thn 2 bulan,sampai 1 tahun 5 baru dia accept susu coklat. sepanjang tu cuma minum air masak. nak bagi susu badan susu tak de, tengah pregnant. tapi memang sembelit la, terpaksa usaha tukar susu putih jugak, lepas 3 bulan baru dia terima susu putih.
MiuMiu,
memang jadi sembelit ek Aleesya lepas minum susu coklat?Susahkan anak ajar dorang sesuatu benda baru..kena slowly, tak boleh nak drastik sangat..huhu aduhaaiii..risau la pulak..kena stop kan Tia sikit2 arr..takmo la dah bagi dia susu coklat. Camnooo yekk..potty train pun tak terjalan lagi.. ;p
Post a Comment